Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

MEKAP MUDAH DENGAN ALTHEA KOREA

$
0
0
Bella sangat teruja bila kesemua barang mekap Althe Korea Bella dah sampai! Banyak ok. Terima kasih Althea Korea. Service pantas. Tak pernah mengecewakan. Barang - barang semua berkualiti. Menggunakan barang mekap yang Bella dapat ni, jom Bella tunjukan mekap look yang mudah dan boleh dikatakan senang sangatlah nak apply. Mekap ni, paling penting asas dia. Asas jangan capuk yer, kuncinya jangan malas nak blend.


1. LAPISAN ASAS MEKAP

Macam Bella, untuk lapisan asas selalunya Bella akan pakai :-

  • Serum
  • Sunblock
  • Primer
  • FLAWLESS CREAMY CONCEALER 
Fungsi Flawless Creamy Concealer ini sebenarnya adalah untuk menutup segala cela dan parut dimuka.


Tengok betapa banyaknya cela dekat wajah Bella. Bella tempek semua. Sebenarnya Bella terus jadikan Concealer ini sebagai foundation. Hah! Senang. Sebab apa, testur foundation Althea ini agak likat dan Bella rasa memang ok je jadikan foundation. Lagipun Bella tak mekap tabal. Cara Bella guna. Flawless Creamy Concealer yang berwarna gelap, Bella letakkan di bahagian tapi untuk buat shading, yang cerah letak dibahagian untuk di highlight dan yang sama dengan warna kulit letakkan diseluruh wajah. Cara Bella letak titik - titik kan saja.


2. CANTIKAN MATA

Memang terbaik The BCL x Althea Korea make up ni. Terdapat warna asas yang biasa kita guna. Warnanya yang lembut, dan juga warna cerah untuk menaikan seri di kelopak mata. Boleh buat dua look sama ada fresh look ataupun glamour look. Hari ni Bella buat fresh look saja. Takda party ke event ke kan?


Hah! Nampak tak? Cara Bella pakai, letak warna kuning paling cerah tu sebagai asas. Kelopak hujung mata tu letak warna orange pekat tu dan tengah letak warna merah pekat tu. Tapi sikit je tau. Korang ambil berus halus, sapukan sedikit dan sapu halus warna orange pekat. Bella punya eyeshadow tak nampak sangat sebab banyak warna orange yang seakan - akan warna kulit.


3. SERLAHKAN MATA

Korang tahu tak apa beza mekap biasa - biasa dengan mekap orang korea. Dorang gliter kan mata dorang tau. Sebab tu nampak lagi comel. Kalau korang tak caya, korang cuba beli dan pakai. Memang comel. Pakai Spotlight Eye Glitter ni, Bella takda ambil gambar. Glitter ini jenis cecair. Bella tak biasa lagi nak pakai. Pedih biji mata. Tapi menjadilah. Korang kena ambil sikit - sikit jangan terus sapu setompok dekat mata. Cara pakainya dekat bawah bawah. Sama ada nak pakai keseluruhan bawah mata, ataupun hujung mata sebelah dalam.



4. PENAIK SERI MEKAP

Bahagian paling penting. Bibir. Mekap tebal sampai boleh kikis tapi bibir pucat terus mekap tak naik seri kan? Jadi, Althea Korea bagi 4 Watercolour Cream Tint untuk Bella cuba. Semuanya cantik. Nampak sama. Tapi warnanya memang berbeza. Ada yang buat watercolor cream tint ini sebagai blusher juga. Kalau korang nak buat sebagai blusher memang boleh. Tapi pastikan korang ratakan cepat - cepat dan keadaan kulit korang waktu tu tidak terlalu kering. Kalau tak, abislah bercapuk.



Wajah Sebelum Make up dengan Althea Korea. Adus sedih tengok. Jarang - jarang Bella nak post pic selebet macam ni. Kecuali lepas mandi pool atau laut. Mekap gugur. Tapi boleh guna apps kan. Ini memang tak guna beauty apps ok.


Wajah selepas mekap. Gunakan beberapa jenis mekap je. Hasilnya tetap memuaskan. Setakat nak pergi Pavillion memang takdahal la. Nampak tak glitter tepi mata tu? Hasil Sportlight Eye Glitter.  Nampak lain kan? Merah dekat pipi Bella memang tak berani nak letak banyak. Satu dot saja untuk nampak sedikit lain dari warna asal. MEKAP MUDAH DENGAN ALTHEA KOREA. Betul kan?


HILANGKAN MASALAH DI WAJAH

Bonus!! untuk korang yang ada masalah pada wajah, korang boleh gunakan Skin Relief Spot Film Gel yang menggunakan Tea Tree Leaf Extract Gel To Film Texture. Bella tengah gunakan untuk menghilangkan kesan jerawat. Harap berkesan.

Bella srasa korang bolehlah cuba aplikasikan dan cuba banyak kali cara mekap yang Bella ajar ini sebab mudah sangat. Cepat - cepat pergi website Althea Korea sebelum sold out. Althea Korea jual barang yang sangat berkualiti. Jangan memang laku keras dan panas. 

PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL

$
0
0
Pencuci muka Bella abis ni. Paling malas kan nak fikir untuk beli dan tukar pencuci muka baru. Selalunya Bella akan tukar pencuci muka selepas 3 bulan setia menggunakan satu jenama. Sebab selepas 3 bulan pencuci muka tu dah macam takda memberi kesan kat wajah Bella. Sebelum ni, Bella ada jerawat besar - besar dekat bawah pipi. Nasib kat bawah pipi kan? Pakai tudung hilang. Kih2x. Selepas 3 bulan, jerawat besar tu mengecil. Tapi mengecil dan menjadi jerawat kecil - kecil pula. Adoi! Bella dah lama dapat tahu yang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL. Cuma tak sempat nak cuba. Jadi inilah masa yang paling sesuai Bella nak cuba. Bella akan cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Jom - jom pergi cari. 



CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER MENJADIKAN KULIT WAJAH LEBIH SIHAT

Kenapa Bella cakap Pencuci muka terbaik Cetaphil? Korang tak percaya korang Google dan carilah senarai pencuci muka terbaik sama ada di Malaysia ataupun Indonesia. Mesti Brand Cetaphil akan tersenarai. Ia juga disarankan oleh Dermatologist (Malaysia No.1 derma Skincare Brand). Bella baca ini pun dan teruja. Memang terus pilih. Tak pandang yang lain. 


Korang jangan salah pilih produk tau. Jangan tertarik dengan iklan dan janji - janji manis produk kecantikan yang menawarkan kulit akan cantik, putih nampak macam kulit bayi dalam masa 7 hari. Jangan! Korang sepatutnya cari produk yang menyihatkan kulit wajah korang luar dan dalam. Bella memilih Gentle Skin Cleanser dan baca segala kebaikan yang akan diberikan kepada kulit wajah. Bella tertarik sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan menjadikan kulit wajah lebih sihat dari dalam. Membuatkan wajah benar - benar sihat. 

CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER DENGAN FORMULA MELINDUNGI KULIT

Kulit wajah yang sihat tu macam mana ya? Tanpa jerawat? Putih melepak? Kalau korang nak tahu, kulit wajah yang benar - benar sihat adalah yang bila sentuh dan belai rasa lembut dan lembab. Bukan kering atau berminyak tau. Jadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan melindungi kulit dengan kandungan semulajadi yang terdapat didalamnya. Sebuk lembut inilah formula rahsia yang akan membersih jauh kedalam kulit dan sekaligus akan melembabkan kulit wajah. Cara inilah yang akan membuatkan Bella mendapat kulit wajah sihat idaman Bella. 


CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER SESUAI DENGAN SEMUA JENIS KULIT

Bila korang nak cuba, mesti korang terfikirkan? "Ala, kulit muka Bella macam ok je. Kulit muka aku ni, berminyak. Atau Sensitif. Atau kering sangat." Jangan risau, sebab kajian telah dilakukan dan dan 99% sangat bersetuju yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersihkan wajah dengan lebih bersih dan menjadikan kulit wajah lebih lembut dan lembab keatas semua jenis kulit. Jadi semua jenis kulit pun sesuai. Korang guna saja tanpa was - was. Sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini :-
  • Tanpa sabun
Pencuci muka yang mengandungi sabun akan berbuih dan buih itu akan mengikis lapisan pelindung semula jadi dan akan membuatkan kulit kering.
  • Tanpa pewangi tambahan
Kalau korang kulit sensitif, janganlah guna pencuci yang wangi kerana pewangi itu akan merengsakan kulit dan jadikan kulit lebih merah atau gatal.
  • PH yang seimbang
Cetaphil Gentle Skin Cleanser mengandungi PH value yang dekat dengan PH value kulit semulajadi kita.
  • Terbukti secara klinikal
Oleh sebab itu pakar kulit selalu mengesorkan kepada individu supaya kulit lebih sihat kerana ia selamat digunakan dan berkesan menjaga kulit dengan baik.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga sesuai digunakan di badan yang bermasalah jerawat dan juga muka. Ia juga boleh digunakan sebagai penjagaan harian untuk kulit sensitif. Ia juga boleh digunakan keatas kulit bayi. Selamat. Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah dengan mengunakan air atau tanpa air. Macam magik! 
  • Bila nak gunakan air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian cuci menggunakan air sehingga diyakini bersih. 
  • Tanpa air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih. 
Ia amat memudahkan sebab ia tiada buih. Kerja mencuci menjadi lebih mudah dan cepat. Bella terfikir, seronok ni kalau bawa dan gunakan semasa mengembara, bercuti ataupun semasa membuat aktiviti lasak diluar. Bila nak solat, nak cuci mekap ringan kat muka tak payah guna air. Kalau tak, habis basah baju nak basuh muka saja. Selalunya bila nak hilangkan kotoran dan minyak dimuka kita lap saja. Kalau lap saja kadang - kadang kotoran dan lebihan minyak akan melekat. Membuatkan kulit akan jadi lebih teruk. Lepas ni memang bawa sajalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser kemana saja. Sapu kat muka, lap saja pakai kain. Mudahnya. 

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGUNAKAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

HARI PERTAMA



Bella pakai sebelum tidur. Cuci mekap dengan pencuci mekap dan pamkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit muka Bella. Alamak! takda buih. Tak biasa sungguh! Sangat janggal dan rasa kulit tak bersih. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini berwarna jernih. Ia dah bertukar kepada warna kelabu bila digosakkan ke wajah Bella. Sebab ia juga menanggalkan mekap yang ringan dan mencuci jauh kedalam. Bella tak perasan sangat masa tu. Tapi bila Bella cuci muka dengan air, air yang jatuh itu berwarna putih susu. Memang jelas sebab sinki Bella warna hitam. Selepas cuci Bella gosok dengan jari, owh dah kesat. Maknanya kulit dah bersih dari kotoran dan minyak. Bella pun tidur.

HARI KEDUA


Bangun pagi - pagi sebelum nak ambil air sembahyang, perasan muka langsung takda minyak. Macam pakai bedak nipis macam tu. Kulit muka Bella jenis berminyak. Selalunya bangun pagi, memang berkilat - kilat muka Bella. Ini macam matte gitew. Bella macam eh! betul ke ni? ke mimpi? Sambil gosok - gosok pipi. Pagi tu Bella cuci sekali lagi. Bila petang, masa Bella tengah masak HB balik kerja dia tegur. Eh! harini ada orang pakai pemerah pipi la. Bella macam eh! takdalah. Tak kuasa Bella nak pakai mekap. Seriously?? Maknanya muka Bella dah nampak perubahan dan glowing. Serius la. Macam tak percaya kali ketiga!

HARI KETIGA





Bella cuba cuci badan HB sebab dia ada masalah jerawat dekat badan. Bukan nak buka aib suami, tapi benda baik dan memberi kebaikan kepada semua, InshaALLAH. Tapi Takda gambar suamilah yer, mahal. Kah2x. Bella buat sama macam cuci muka. Gosok belakang HB rata - rata. Dalam masa 5min macam tu, jerawat yang dah kering, membuang kulit mati dan bintik putih jatuh! Jatuh dekat telapak tangan Bella! Tunjuk dekat HB. Tapi susah sebab warnanya sama dengan warna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Puas Bella cuba. Bella cakap " Sayang, Jerawat sayang jatuhlah!""Mana??" Bila tunjuk "Bintik putih la" Selama ini dengar je kata bintik putih jatuh. Hari ini tengok ada atas tangan. Allahu. Bersyukur sangat kenal dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni.

HARI KEEMPAT




Kesan jerawat kecil - kecil yang ada bawah pipi Bella mula mengeluarkan isinya. Selama ini ingat jerawat mati. Rupanya ada isi! Patutlah tak hilang - hilang. Boleh dikatakan semua jerawat kecil yang tak hilang - hilang ada isi kat dalam. Bella picit memang banyak sungguh yang keluar. Isi putih macam bintik putih. Sekarang tinggal kesan jerawat yang besar dan yang dah takda isi. Sekarang Bella   teruskan supaya kulit Bella mulus dan licin tanpa jerawat.

HARI KELIMA



Bella berani keluar tanpa mekap! pergi pasar raya besar tau. Pergi makan malam dengan HB. Selalunya HB akan tegur, eh kenapa muka berminyak sangat ni? Hari ini HB diam je sampai Bella tanya, pelik tak muka hari ni? HB kata nape? Ok je. Sebab selalunya Bella akan mekap nipis sangat. Bagi muka nampak berseri sikit cukuplah. Jadi HB ingat Bella pakai bedak macam tu. Padahal Bella bedak pun tak pakai. Bella bagitahu yang Bella tak pakai mekap hari ni. HB terkejut sangat - sangat. Dia kata memang ok. Selalunya berminyak. Lagi natural beauty katanya. Tersengih macam kerang busuk Bella.


Memang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL! Bella terus sukakannya dan jatuh cinta. Masa mula pakai takdalah harapkan kesan sepantas, secepat dan sebaik ini. Bella selalunya akan nampak kesan setakat muka kurang berminyak saja. Target Bella, hilang jerawat cukuplah. Ini memang terbaik. Semua kesan Bella rasa dalam masa kurang seminggu. Sekarang yang susah bintik putih dekat hidung dan jerawat kecil - kecil sekitar muka. Tapi yang takda isi. Harapan harap Cetaphil Gentle Skin Cleanser boleh hilangkan juga. 

Korang boleh cari dekat drug store seperti Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia dan juga e-commerce store seperti Shopee dan Lazada. 

RAMADHAN BUFFET ANCASA HOTEL & SPA YANG MESTI DICUBA

$
0
0
Assalamualaikum, Selamat Berpuasa semua. Korang berbuka dekat mana? Hari ini Bella sangat teruja kerana dijemput Ancasa Hotel & Spa untuk bersama - sama berbuka dan berkongsi keceriaan berbuka di bulan Ramadhan yang mulia ini bersama anak - anak Pusat Jagaan Kasih Murni. Setiap kali menjelang Ramadhan, RAMADHAN BUFFET ANCASA HOTEL & SPA YANG MESTI DICUBA. Bagi Bella, Buffet di Ancasa Hotel & Spa bukan saja amat berbaloi dengan harganya tetapi juga hidangan berbuka yang dihidangkan juga sangat banyak dan sedap - sedap belaka.


Hari ini agak berbeza bagi Ancasa Hotel & Spa kerana turut berlangsungnya program dan acara tahunan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, sekaligus dapat menceriakan anak - anak yatim. Hah! sebab tu Bella teruja. Disamping bulan puasa ini, mengajar Bella dan semua umat islam macam mana peritnya hidup serba kekurangan tanpa makanan, dengan mengikuti program sebegini, ia juga mengajar dan mengajak kita untuk sama - sama bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah atau ummi dan abi atau apak dan emak. Sangat menyentuh jauh kedalam lubuk hati Bella.

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Apa yang sangat bagus mengenai program yang dianjurkan Ancasa Hotel & Spa ini, ia turut mendapat sokongan dan pelbagai tajaan daripada :-
  • Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan mengambil dan menghantar anak - anak yatim ini.
  • Kumpulan Media Karangkraf menaja bahan bacaan.
  • ADABI Consumers Berhad menyediakan bahan - bahan bubur lambuk dan menyumbangkan barang - barang keperluan asas kepada anak - anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadhan. 
Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Acara Tahunan Ancasa Hotel & Spa ini sebenarnya telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk bersama - sama dengan wakil ADABI dalam menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Ini acara tahunan tau. Kalau korang nak rasa bubur lambuk hasil daripada Ancasa Hotel & Spa ini, korang boleh follow FB Ancasa Hotel & Spa untuk jadi orang pertama yang tahu bila bubur lambuk ini akan diagihkan. Dorang akan bagi bubur lambuk ini depan hotel saja. Tahun ini dah terlepas. Korang follow siap - siap untuk cuba tahun depan.

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Disamping berbagai acara kemasyarakatan dan sumbangan yang dihulurkan, tidak dilupakan hidangan Ramdhan Buffet yang turut dihidangkan kepada anak - anak yatim. Sekaligus melancarkan Ramdhan Buffet yang bertemakan Aroma D'Ancasa.  

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019




Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Sedap - sedap kesemuanya. Hidangan yang menjadi tumpuan adalah kambing bakar. Bella sempat rasa pelbagai jenis kerabu, pasta, rojak, rojak buah, mee kari, pelbagai jenis buah - buahan dan lauk masakan panas. Ada macam - macam juga sampai Bella pun dan lupa nama hidangannya. Paling istimewa bagi Bella, apam balik nipis yang Bella idamkan setiap kali berbuka disini. Terbaik ada teh tarik masala kali ini. Jatuh cinta pertama kali rasa. Cara dia bancuh sangat unik. Air yang disediakan juga sedap - sedap belaka, sampai Bella tak boleh makan banyak sebab kenyang minum air. Sampaikan kek, biskut, dan kuih muih satu pun Bella tak sentuh. Argghhh!! rugi sangat. Kena berbuka sini sekali lagi. Lagipun hidangan sedap - sedap. Mesti datang lagi. 

Buffet ramdhan terbaik, Buffet Sedap KL, Buffet murah, Buffet ramadhan 2019

Buffet Ramadhan ini pada Bella amat berpatutan iaitu Rm70.00 sahaja bagi dewasa manakala harga bagi kanak - kanak adalah Rm40.00 Maklumat lanjut :-

MAKLUMAT LANJUT :- 

Alamat     :  Jalan Tun Tan Cheng Lock, P.O Box 12700, 50786 Kuala Lumpur.

Tel.          :  03-20266060   sambungan 7703

Faxs.       :  03-20268322

Email       : reservation@ancasanet.com

Website   : www.ancasa-hotel.com

Korang juga boleh baca Acara yang Bella turut sama sertai pada tahun lepas. Dekat link ini, ada gambar apam balik idaman Bella tau. Buffet Ramadhan Terbaik Ancasa Hotel & Spa

LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY

$
0
0
Sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ini. Rasanya baru semalam Bella pergi Solat Sunat Terawikh dengan Mak dan adik beradik. Tup..tup tinggal lagi beberapa hari saja lagi dah nak Raya. Sedih juga sebab Bulan Ramadhan yang mulia ini dah nak pergi meninggalkan kita. Tapi, Hari Raya juga perlu disambut gembira dengan rasa penuh kesyukuran. Ini tanda kemenangan kita berjaya puasa sebulan. Sebab itulah budak - budak yang puasa penuh seronok sangat pergi beraya. Kita yang dah tua ni, seronok nak melantak banyak - banyak jelah kan? Betul tak? Takkan itu aja. Bella nak buatkan korang LEBIH GEMBIRA BERAYA DENGAN PELBAGAI GANJARAN DARI WECHAT PAY. Dengar pun macam dah terlebih seronok ni.


Kenapa Bella kata terlebih seronok? Sebab, WeChat Pay MY, akan memberikan lebih kegembiraan untuk sambutan Hari Raya kali ini dengan pelbagai ganjaran untuk penggunanya. Tawaran hebat daripada Starbucks dan Hari-Hari!! Wah!. Kalau korang nak tahu, ada yang lebih menarik. Bagi pengguna WeChat Pay MY yang bernasib baik, korang akan menikmati kupon serta paket wang melalui 'Shake Bonus'. Macam mana nak terima ganjaran dari WeChat Pay MY ini? Siapa tak nak voucher Starbucks dan hari - hari kan? Kalau dapat lagi murah dari biasa kan lebih seronok tu. Baju Raya kalau tak beli lagi bolehlah dapat lebih diskaun bila beli di Hari - Hari.


Nikmati secawan kopi panas di Starbucks selepas Buka Puasa juga lebih diskaun dengan WeChat Pay MY. Caranya senang sangat dan korang akan menerima ganjaran sebaik sahaja mendaftar di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/. Caranya :-
  • log masuk ke laman FB rasmi MY WeChat Pay. Terus scroll ke bawah di mana anda akan menemui kod bar Hari-Hari.
  • Imbas kod QR untuk menerima kupon tunai RM5 yang anda boleh gunakan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
  • Cara menebusnya pula :-

  • Sama juga macam Starbucks, korang akan dapat potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman pada bila-bila masa dengan hanya membelanjakan RM8. 
  • Cuma kunjungi Starbucks terdekat dan tebus hadiah anda. Cara menebus ganjaranya :- 

Bella bagi dalam bentuk bergambar. Senang korang nak fahamkan dan gunakan. Memang sangat mudah. Tidak berhenti setakat itu sahaja, promosi yang dijalankan dengan Starbucks dan Hari-Hari ini, korang boleh dapatkan lebih banyak nilai setiap kali berbelanja di kedua-dua cawangan ini dan berpeluang mendapatkan kupon tambahan bernilai sehingga RM9.90. Korang hanya perlu membelanja minimum RM8 di Starbucks atau RM10 di Hari-Hari dan pengguna boleh menantikan Shake Bonus daripada WeChat Pay. Coupon Starbucks ini valid sehingga Jun ini sahaja.


Tapi kena ingat, setiap kupon hanya sah selama 14 hari dari hari ia diterima dan hanya satu kupon boleh digunakan untuk satu transaksi. Kalau korang kumpul lebih daripada satu kupon dalam dompet WeChat Pay MY, kupon yang mempunyai nilai tertinggi akan digunakan terlebih dahulu secara automatik. Macam itu juga untuk kupon yang akan tamat tempoh, akan digunakan terlebih dahulu jika pengguna mempunyai lebih daripada satu kupon dengan nilai yang sama.


Kalau korang menang kupon ni, nilai kupon akan ditambah kepada kredit sedia ada dalam dompet WeChat Pay MY. Penting untuk korang diperhatikan tamat tempoh kupon. Kupon mesti dibuka untuk melihat tamat tempohnya. Kalau tak, rugilah korang. Lebih tambah meriah kalau kredit kita semakin bertambah di hari raya ni kan? Ala, nak minta duit raya segan kan? Korang minta la belanja Starbucks. Kalau alasan dorang jauh. Jangan risau!! Kini ada jalan penyelesaiannya. Lepas ni, pakcik makcik atau sesiapa sahaja yang berada diperantauan, yang tak dapat pulang ke desa berhari raya, takda alasan lagi tak nak bagi duit raya atau tak nak belanja kita lagi. Aplikasi WeChat Pay MY memudahkan kita menerima duit raya ataupun duit belanja dari yang jauh di negara orang. Caranya:


  1. Pilih siapa yang akan menerima Duit Raya daripada anda dan pilih ciri Paket Wang pada aplikasi WeChat anda 
  2. Masukkan jumlah yang ingin anda hantar dan sertakan mesej khas buat insan tersayang.
  3. Pilih sampul Paket Wang. 
  4. Hantarkan Duit Raya.
  5. Penerima kini boleh membuka paket wang mereka dan amaun itu akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka.

Duit dah ada dalam akaun. Bolehlah lepak Starbucks selalu. Senang sangat kan? Owh, lupa plak Bella nak cite. Kalau korang nak keluarkan duit raya ini secara tunai, korang hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk pindahan ke akaun korang. Lepas 3 hari terus boleh kuarkan dekat mesin ATM. Senang sangat kan? Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti Akaun Rasmi WeChat (WeChat Pay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY https://www.facebook.com/WeChatPayMY.official.

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

$
0
0
SACC Convec Sdn Bhd adalah salah satu majlis berbuka puasa yang Bella tak pernah tertinggal untuk sama - sama sertai. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun, berbagai menu baru yang SACC Convec Sdn Bhd sajikan. Tak kurang juga pelbagai aktiviti. Pada tahun ini, SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA. SACC Convec Sdn Bhd mengambil peluang untuk meneruskan amalam kemasyarakatan melalui program ini dan seramai 52 orang anak - anak yatim diraikan.

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA


SACC Convec Sdn Bhd turut memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Industries Sdn Bhd. Seronok pula Bella tengok kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Seronoklah. Belum raya dah dapat duit raya.

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

Kami juga disajikan dengan juadah set Ramadhan edisi istimewa Sajian Nelayan nama diberi, yang disediakan oleh Westside Bistro @SACC. Bella suka sangat - sangat kek dari Westside Bistro ini. Semua sangat sedap. Korang yang nak cuba kelazatan Set Sajian Nelayan ini, boleh memilih sama ada dalam variasi masakan melayu ataupun masakan cina. Diantara hidangan yang disajikan adalah seperti :-
  • Udang Masak Lemak Cendawan Kulat
  • Sotong Kalio
  • Ikan Talapia Stim Cara Teochew
  • Ketupat Sotong
  • Chili Crab dll
Harganya bermula hanya dari Rm30+ untuk seorang dengan minima set untuk 4orang. Pastikan satu set korang makan berempat saja. Kalau lebih dari itu memang tak cukup. Pengalaman Bella makan hari tu memang tak cukup. licin! Sedap sangat semuanya.

SACC CONVEC RAI ANAK - ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

Maklumat lanjut di :-

FACEBOOK :- WESTSIDE BISTRO
INSTAGRAM :- WESTSIDE BISTRO
TELEFON :- 03 55118858
ALAMAT :- NO.4, JALAN PERBADANAN 14/9, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR

TIADA LAGI SALAH ORDER DENGAN WECHAT PAY MY

$
0
0
Marah betul rasa bila kita order lain dapat lain. Nasib sekarang ada WeChat Pay MY dan Bella dah tak malu nak mengaku Bella budak WeChat. Hello.. WeChat sekarang maju ok, dengan adanya aplikasi tambahan WeChat Pay MY. Hari tu download dapat guna voucher.  (Boleh baca sini Lebih Gembira dengan WECHAT PAY MY ), sekarang dah boleh order dan bayar dekat kedai mamak pula! lebih gembira WeChat Pay MY dapat selesaikan masalah salah order ataupun lambat ambil order. Mamak kan bukan faham sangat. Laki Bella berapa kali bergaduh dengan mamak. Minta teh ais dia bagi teh tarik. Minta roti telur dapat roti kosong. Adoi. Sekarang, era digital. TIADA LAGI SALAH ORDER DENGAN WECHAT PAY MY. Macam mana tu? Baca sampai abis ok. Ada diskaun lagi sekarang ini kalau guna. 


WeChat Pay My adalah salah satu daripada penyelesaian pembayaran mudah alih zaman digital sekarang ini. Sangat mengikuti arus digital yang canggih sekarang ini. Ia adalah satu penyelesaian yang inovatif. Perkhidmatan 'Smart Order' yang pertama ok. Bella dah cuba. Segala menu ada didalam smart order ini. Sangat mudah. Sesi melepak pun menjadi lebih seronok. Cuma kena tengok - tengok je mamak yang tercari - cari no meja sebab sistem masih baru. Dorang tak biasa dengan no meja yang sudah ditukar mengikut sistem digital yang baru ni. 


Sebenarnya WeChat Pay MY telah berkembang sejak dari 2018 lagi. Setiap hari mereka mencuba dan bertungkus-lumus untuk memberikan warga Malaysia suatu aplikasi yang sangat tertumpu kepada pengalaman pengguna. Kalau korang nak tahu, Malaysia kini menduduki tempat keempat di seluruh dunia dalam penembusan sosial mudah alih dan WeChat Pay MY terus memperkenalkan Smart Order. 

"Restoran Mamak di Malaysia sentiasa menjadi kawasan yang sesuai untuk gangguan tunai, dan melalui Smart Order, WeChat Pay MY berharap untuk menerajui dan menjadi perintis dalam meningkatkan pengalaman 'mamak' untuk pelanggan," kata Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay MY. Beliau menambah bahawa matlamatnya adalah untuk membolehkan pengguna WeChat Pay mengelak daripada perlu menunggu pelayan, atau barisan panjang untuk makanan. Sebaliknya, pesanan dan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi WeChat Pay. Ini akan secara berurutan memberi pengguna lebih banyak peluang untuk menggunakan WeChat Pay MY untuk transaksi pembayaran yang lebih mudah dan lebih lancar.


Bella sekarang keluar dari mamak dengan hati riang. Mana taknya, banyak masalah selesai. Banyak tau :-

  • Mamak tak faham ✓
  • Mamak lambat ambil order ✓
  • Mamak salah ambil order ✓
  • Mamak salah hantar makanan ✓
  • Mamak kira cincai ✓
  • Mamak tak pulangkan baki duit ✓
  • Mamak busuk ambil order ✓

Hah!! nampak tak? banyak betul masalah Bella selesai dengan Smart Order ini. Kadang - kadang bukan semua kecanggihan bawa keburukan betul tak? WeChat Pay bawa banyak kebaikan dan keceriaan untuk Bella lepak mamak. Bella harap semua mamak bolehlah turut serta. Panjang cerita jom Bella tunjukkan cara nak guna WeChat Pay MY ni. Tengok gambar dekat bawah ok.


Masuk je restoran mamak, tengok atas meja dia. Ada tak mamak ni, lekatkan sticker Smart Order macam gambar dekat atas? Kalau ada. Korang boleh gunakan application WeChat Pay. Nanti dekat bawah Bella letakkan senarai semua restaurant yang ada WeChat Pay ok. Ini kalau korang malas baca, inilah salah satu petunjuknya. Ada sticker macam dekat atas. Bila dah jumpa sticker ni, bolehlah ke step 2.

Step 2. Buka App WeChat. Kalau takda download. Sign up saja guna FB. Senang dan mudah sangat. Masuk dekat page depan akan keluar screen macam gambar dekat atas. Korang nampak tak sebelah atas kanan tanda tambah tu (+) tekan situ dan terus ke step 3.

Step 3. Bila korang tekan dia akan kuar seperti gambar diatas. Korang tekan scan, dan scan barcode yang ada atas meja korang tu. Barcode seperti gambar pertama dekat atas. Kalau tak pasti, pergi scroll naik atas balik tengok. Hah!! Nanti keluar menu. 



Kesimpulan penuhnya sama macam gambar dekat atas ni. Korang dah sampai step 3. Step keluar menu dah tu. Lepas pilih makanan dan minuman, klik pay untuk bayar. Step dia sama macam order grab food, food panda, online order. Sama sangat. Memang senang dan mudah saja.


Bila dah selalu lepak mamak, alamak!! kredit dah berkuranglah pula. Jangan risau. Ini cara - cara nak tambah wang dalam WeChat Pay kita. Korang boleh juga letak password kalau korang takut ada orang salah gunakan WeChat Pay korang ni. Senang sangat kan? Senarai restoran yang ambil bahagian.

JOHOR
18C Café, Pontian, Johor
Larkopi, Skudai, Johor
Red Vege, Pulai, Johor
The Metallic Kitchen, Bukit Indah, Johor
The Metallic Kitchen, Mount Austin, Johor

SELANGOR
ABC Foods Corner (Balakong)
ABC Foods Corner (Desa Petaling)
ABC Foods Corner (Puchong)
ABC One Bistro (Brickfields)
ABC One Bistro (PJ)
Syed Bistro Kelana Jaya
Syed Bistro Lembah Keramat
Syed Bistro PJ
Syed Bistro Puchong
Syed Bistro Shah Alam Sek 11
Syed Bistro Shah Alam Sek 14
Syed Bistro Shah Alam Sek 9
Kuala Lumpur
Ishin Japanese Restaurant, KL
Syed Bistro Bangsar
Syed Bistro Dang Wangi, KL

IPOH
Como Café Ipoh
U 2 Caffe, Ipoh
Penang
Syed Bistro Penang
The Lightbulb Café Penang
US Pizza Greenlane
US Pizza Bukit Mertajam
US Pizza Raja Uda
US Pizza Summerton
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Straits Quay)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (AEON Mall Alma)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (All Seasons Place)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Autocity)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Gurney Plaza)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Queensbay Mall)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Sunway Carnival)


Korang pergilah cuba cepat. Bila korang bayar Rm8 dapat diskaun Rm3 tau. Macam percuma air macam tu. Kena cepat sebab promo sehingga 31 July 2019 ini sahaja. Maklumat lanjut, log masuk ke halaman FB WeChat Pay MY di: WeChatPayMY.official


Kenangan Masuk Surat Khabar Berita Harian

$
0
0
Assalamualaikum.. Hari ini Bella nak cerita sikitlah yang Bella pernah masuk "paper" kah!Kah! atas jasa baik wartawan Aniza. Bukan nak bangga atau mendabik dada. Bukan cerita kejayaan yang perlu dibanggakan, hanyalah cerita dan perkongsiaan minat Bella. Minat dan juga impian Bella. Siapa je tak ada impian untuk mengelilingi dunia? Jadi sebelum surat khabar hancur adalah baiknya Bella tulis Kenangan Masuk Surat Khabar Berita Harian di diari online Bella ni.

METRO AHAD, HARIAN METRO

Cerita penuh Bella dalam ruangan Famili tulisan wartawan Aniza Zainudin. Jom Bella kongsikan soalan yang ditanya dan jawapan Bella, sebelum diedit. Cerita satu page ni korang dah baca kan? Bacalah yang belum edit ni pula. Lagilah menusuk kalbu gitew.

1.Kongsikan pertemuan anda dan suami secara terperinci?

Pertemuan Bella dengan suami bermula semasa kami melanjutkan pelajaran di POLIMAS Jitra Kedah pada tahun 2006. Kami bukanlah sekelas ataupun sama jurusan. Boleh di katakan jodoh kami yang kuat  menemukan kami. Bella di dalam bidang kejuruteraan dan suami pula dalam jurusan perniagaan. Peratusan untuk berjumpa antara satu sama lain di dalam Poli boleh di katakan agak rendah dan sukar. Pertemuan pertama di bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah sewa kami. Disitu majoriti penyewanya adalah pelajar Polimas. Bella langsung tak perasan dan suami pula tidak berani untuk tegur kerana menyangka Bella orang Siam dan bukan orang melayu. Mungkin kulit dan raut wajah Bella pada masa itu lain dari kebanyakan orang Kedah kebetulan negeri Kedah bersempadan dengan Thailand.

BERTUNANG 20.10.2010

Jodoh menemukan kami apabila suami yang mengambil jurusan perniagaan menyertai karnival jualan makanan  di laluan utama Polimas. Bella yang berjalan untuk balik setelah habis waktu kelas lalu dihadapan gerai jualan mereka dan dia sangat terkejut apabila melihat Bella yang pada awalnya di sangkakan orang Siam rupa-rupanya belajar di tempat yang sama. Dia dengan segera berlari mengejar Bella untuk mendapatkan no telefon. Tapi sayangnya tidak sempat kerana pada masa itu Bella sudah pun di dalam van yang sedang bergerak. Setelah hampir 2 minggu, akhirnya kami bertemu sekali lagi di bazaar Ramadan yang sama. Bazar Ramadhan yang pertama kali suami jumpa Bella dulu. Suami Bella secara drastiknya  menghadang  Bella dengan tangan di gerai menjual kuih dan menyerahkan telefonnya kepada Bella untuk mendapatkan nombor telefon dan seterusnya terus membuat panggilan untuk mengesahkan bahawa nombor tersebut adalah nombor telefon Bella yang betul. Yela, takkan Bella nak jual murah kan?. Susah tau zaman dulu - dulu lelaki nak mengorat. Takda Instagram, whatsapp, weChat dan Facebook. Semenjak itu kami terus berhubung sehinggalah ke jinjang perkahwinan. Alhamdulillah jodoh kami panjang.

NIKAH 11.11.11
2. Apakah yang membuatkan anda menerimanya sebagai suami?

Kesungguhan yang ditunjukkan untuk hidup bersama dengan Bella dan boleh dikatakan dia sentiasa ada semasa Bella susah ataupun senang. Dia akan cuba sedaya upaya gembirakan hati Bella dan memujuk secepat mungkin kalau Bella merajuk. Dia seorang yang cakap lepas dalam menegur,kasar dan agak garang tapi sebenarnya hatinya baik dan mudah tersentuh. Paling penting dia selalu buat lawak yang sentiasa membuatkan Bella ketawa dan senang hati.

3. Apakah persamaan antara anda berdua?

Persamaan dari segi perangai. Kami berdua sangat suka membantu, lembut hati dan sayang dengan orang yang terdekat dengan kami. Sama ada kawan, keluarga ataupun saudara mara. Kami sangat sporting dan saling menyokong apa saja pasangan kami buat. Persamaan dari segi minat pula, kami berdua minat menyanyi, bercuti dan mencuba makanan ditempat yang baru.

4. Apakah perbezaan antara anda berdua? Bagaimana anda berdua saling menyesuaikan?

Perbezaan sebenarnya lagi banyak dari persamaan. Bella sukakan pakaian yang berwarna ceria dan fesyen. Suami pula lebih sukakan warna gelap saja. Cara penyelesaiannya Bella hanya mengenakan pakaian yang over bila di majlis - majlis dan bergaya santai mengikut gaya suami kemana saja bila keluar bersama. Suami minat sukan. Pernah mewakili daerah di peringkat negeri Kedah dalam sepak takraw dan sukan bola sepak. Tapi Bella langsung tak minat sukan. Jadi, bila ada perlawanan bola misalnya Bella biarkan saja dia pergi dengan kawan - kawan. Banyak benda sebenarnya yang berbeza dan penyelesaiannya adalah salah seorang harus mengalah. Komunikasi adalah sangat penting dalam apa juga situasi.

SANDING 12.11.11

5. Difahamkan anda berdua sering bercuti, adakah itu minat yang anda berdua kongsikan bersama? 

Betul. Kami sama - sama suka pergi bercuti tapi definasi bercuti kami berbeza. Minat untuk mengembara adalah minat Bella sebenarnya. Impian Bella untuk mengembara ke setiap negara yang ada didunia ini dan menjejakan kaki ke sana untuk melihat sendiri permandangan di tempat orang.Suami pula terpaksa ikut. Tak kan nak biarkan isterinya mengembara seorang diri kan?
Lama - kelamaan aktiviti ini turut menjadi kesukaan suami. Cuma definasi kami berbeza. Suami lebih semangat untuk ke taman tema, membuat aktiviti laut dan bersantai didalam hotel. Tetapi Bella lebih teruja untuk meneroka tempat baru seperti melihat pantai, melihat pemandangan, budaya dan melihat aktiviti setempat. Bella juga sangat teruja untuk mencuba makanan yang baru setiap kali bercuti. Bagi suami pula, cukuplah ada nasi bagi dia. Tapi selalunya suami akan mengikut saja susunan perjalanan yang Bella telah aturkan walaupun dengan berwajah penat.

6. Apakah yang membuatkan anda berdua tertarik dengan aktiviti melancong? 

Macam Bella bagitahu tadi, aktiviti melancong adalah impian dan minat Bella. Suami menemani Bella mengapai impian Bella tu. Bella kalau boleh ingin mengembara kesetiap negeri disetiap negara. Contoh Indonesia. Bella mahu pergi merantau ke seluruh Indonesia. Tetapi suami tidak berminat. Bagi dia Indonesia sama saja mana - mana negeri pun. Bagi Bella, setiap negeri ada keistimewaannya. Jadi buat masa sekarang, Bella menjarakkan masa untuk melawat Indonesia tetapi kami tetap akan sampai suatu hari nanti. Bella kena mengalah untuk ke negara lain pula kerana suami rasa lain negara lain pengalamannya.

7. Kongsikan manfaat kepada anda berdua.

Manfaatnya sangat banyak. Dulu semasa Bella masih bekerja juga dalam bidang perbankkan, memang terlalu banyak tekanan. Bercuti membuatkan kita lupa seketika segala masalah dan kerja. Menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan lebih menyangi negara sendiri. Betul, hujan emas dinegara orang. Hujan batu di negara sendiri. Baik lagi negara sendiri. Di samping kami dapat meluangkan masa berkualiti bersama semasa bercuti di negara orang.

SAND BANK MALDIVES 2019
8. Ceritakan apakah peranan anda berdua ketika merancang percutian? Mengapakah peranan itu dipertanggungjawabkan antara satu sama lain? Kelebihan atau sikap/ perangai pasangan dalam menguruskan peranan itu.

Percutian memang dirancang 100% oleh Bella, dari segi bajet, penginapan, pengangkutan dan susun atur perjalanan. Suami pula akan menjayakan rancangan dengan penjagaan masa semasa bercuti. Suami akan bagitahu Bella bila waktu sepatutnya kita kena gerak ke destinasi seterusnya kerana dia sangat teliti dengan waktu, jarak dan tempat yang hendak di tuju dan turut membantu Bella mengangkat beg yang berat.

9. Mengapakah peranan itu dipertanggungjawabkan antara satu sama lain? Kelebihan atau sikap/ perangai pasangan dalam menguruskan peranan itu.

Perancangan dan susun atur dibuat oleh Bella sebab percutian ini adalah untuk mencapai impian Bella untuk sampai dan meneroka tempat baru. Lagipun Bella lebih teliti dan tersusun. Suami pula bijak dan displin dalam mengikut masa dan kami akan berkerjasama untuk memudahkan perjalanan kami di sana. Bab mengangkat beg yang berat pula, mestilah suami sebab dia lagi kuat dari Bella. Lelaki kan? Lagipun tidak akan biarkan Bella mengangkat beg yang berat.

10. Apakah kelebihan apabila bercuti bersama pasangan sendiri? 

Hanya dengan bercuti kami merasakan yang kami saling memerlukan antara satu sama lain sebab kami bercuti tanpa bantuan agensi pelancongan. Mengawal sikap panas baran kami. Sama - sama panas terutama bila lapar, sesat pula tu. Hubungan menjadi lebih rapat dan mesra. Lebih mengenali pasangan dan lebih memahami antara satu sama lain. Hari - hari macam berbulan madu gitew.

PHUKET THAILAND, 2015

11. Apakah pula kekurangan apabila berkongsi minat yang sama?

Kekurangan  tu macam tiada. Malah lebih seronok dan bermakna disetiap perjalanan yang kami lalui dan membuatkan kami lebih teruja untuk melancong lagi.

12. Apabila anda berdua berkongsi minat sama ini, adakah ia mengehadkan aktiviti percutian anda bersama kawan2? Adakah suami menyekat?

Sebenarnya suami Bella seorang yang sangat supportive. Dia tidak pernah menghalang apa juga yang Bella minat dan nak buat selagi masih menjaga maruah dan menjaga status Bella sebagai seorang isteri. Cuma Bella yang selalu mahukan suami ada disisi untuk berkongsi saat - saat indah semasa bercuti. Bella lebih teruja dan merasakan percutiaan lebih bermakna hanya jika bersama suami. Cuma jika ia melibatkan aktiviti kumpulan yang tidak membenarkan suami turut serta, itu terpaksalah Bella turutkan. Bukan mengada - ngada, cuma Bella tak biasa bila suami tiada disisi. Lagipun selepas berkahwin ni, dialah sahabat, dialah kawan gaduh, dialah suami. Jadi memang jarang sangat Bella buat aktiviti bersama kawan - kawan. Kalau buat pun mesti dia akan ikut.

13. Berapakah kekerapan anda berdua melancong dalam tempoh enam bulan?

Setiap kali cuti hujung minggu memang kami tidak akan hanya duduk dirumah. Jika tiada apa - apa aktiviti kami akan pulang ke kampung. Jika melancong ke luar negara pula, kami akan memilih tarikh - tarikh penting untuk melancong iaitu Bulan 3, hari lahir Bella. Bulan 4, hari lahir suami, Bulan 11 ulang tahun perkahwinan. Bercuti didalam negara juga kena tengok cuti yang masih berbaki sebab suami Bella bekerja. Lepas tolak cuti raya dsb, barulah Bella akan berkira - kira untuk melancong ke luar negara. Jadi kekerapan keluar negara sangat bergantung pada cuti yang suami ada. kadang kala dua kali kadang kala hanya sekali.

UNIVERSAL STUDIO JAPAN 2018
14. Bagaimanakah anda berdua merancang percutian? Pemilihan lokasi? Bajet?

Walaupun perancangn 100% dibuat oleh Bella, tapi pemilihan lokasi sebelum menempah tiket penerbagan adalah pilihan bersama. Ia penting untuk membuatkan kami sama - sama gembira bila sampai ke destinasi tersebut dan membuatkan suami Bella tahu dia mahu kemana. Jujur Bella katakan, kami adalah pengembara bajet sahaja. Jadi jika ada tiket penerbangan murah, barulah perancangan seterusnya akan dibuat. Untuk menjaga bajet dalam percutian juga, Bella selalu menempah percutian kami setahun sebelum. Perancangan ini memudahkan Bella untuk bersedia dari segi itinerary perjalanan dan mencari keistimewaan setiap tempat menarik yang bakal kami lawati.
Ia amat penting untuk meneliti kebersihan negara itu, tempat makanan halal dan keselamatan jika pergi berdua.

15. Selalunya lokasi manakah yang menjadi pilihan anda berdua? Dalam atau luar negara, kenapa?

Sama banyak kerana ke luar negara memerlukan cuti yang banyak dan bajet yang lebih besar. Jadi, jika kami perlukan percutian tapi cuti dah tiada, kami akan menggunakan sepenuhnya cuti hari minggu sabtu dan ahad. Percutian didalam negara lebih kepada mencari tempat makanan sedap yang baru dan mencuba menginap di hotel yang baru. Jika cuti masih banyak kami akan ke luar negara iaitu tempat yang kami tidak pernah jejak lagi. Sudah tentu untuk merasai pengalaman baru di negara yang baru.

Perasaan teruja untuk menjadi seperti orang asing yang bercakap seperti ayam dan itik yang masing-masing tidak faham antara satu sama lain tidak pernah hilang. Apa yang pasti, kami tidak akan pergi tempat yang sama apabila ke luar negara walaupun seronok mana pun negara tersebut ketika percutian pertama kami kerana masih banyak lagi negara yang kami belum sampai. Kalau pergi dua atau tiga kali tempat yang sama perasaan teruja akan berkurangan dan percutian tersebut terasa merugikan.

LOMBOK INDONESIA 2017

16. Terbaru, anda baru pulang dari mana?

Dalam negara ke Melaka iaitu percutian bersama kawan - kawan dan Ipoh Perak tajaan Impiana Hotel Ipoh. Luar negara Pattaya serta Bangkok dan percutian seterusnya dalam perancangan adalah ke Osaka, Kyoto, Nara dan Tokyo.Jepun.

17. Apakah ciri-ciri destinasi percutian anda berdua? Pantai/ tempat bersejarah/ pulau/ bandar etc…kenapa?

Kesemuanya. Tiada sekatan atau limit. kami boleh masuk dalam kampung atau bandar meneroka tempat baru adalah bagaikan satu kejayaan percutian buat kami dan kalau boleh kami mahu sampai ke semua tempat- tempat menarik yang ada.

18. Destinasi percutian impian anda? Kenapa ia jadi pilihan? Merancang bila untuk laksana?

Banyak. Salah satunya Paris bagi Bella sebab ia adalah kota cinta. Bella teruja sangat nak bermanja dengan suami bersaksikan menara Paris. Hahaha. Suami pula Abu Dhabi  dia sangat teruja nak mencuba taman tema terbaru disana. Perancangan untuk melaksanakan adalah berdasarkan bajet yang terkumpul. Bella lebih teruja jika mengapai impian Bella dulu untuk mengembara ke setiap Asia dan kemudian barulah beralih ke negara Eropah. Ramai juga yang bertanya. Kenapa Bella tidak terus mengembara ke negara - negara yang lebih mengujakan di Eropah. Setiap orang impian tak sama. Bagi Bella, sekecil mana pun tempat itu, mesti ada keistimewaan yang tersembunyi. Kalau orang cakap “takda apalah tempat itu” Bagi Bella ada. Ia bagaikan satu kepuasan bila Bella dapat sampai ke setiap tempat tersebut dan melihatnya sendiri.

YOGJAKARTA INDONESIA 2019

19. Setakat ini, lokasi manakah yang memberi pengalaman dan memori indah buat anda berdua? Kenapa?

Australia dan Japan. Masyarakat sangat tersusun, displin dan merendah diri. Merasakan betapa bertuahnya Malaysia jika semua rakyatnya mementingkan kebersihan dan menyanyagi negara sendiri. 

Setiap tempat ada cerita dan setiap perjalanan ada memori yang sukar diungkapkan. Hanya kami yang merasai dan tahu kemanisan dan kesusahan disetiap perjalanan. Terima kasih sebab sudi menulis dan berkongsi cerita Bella.


Cerita dan jawapan Bella yang panjang lebar tu, dah jadi satu page penuh saja. Ada juga soalan yang tak dimasukan.


Apa - apa pun terima kasih Aniza. Merasa masuk surat khabar. Nak jadi cover majalah je tak tercapai lagi ni. Hehehe. 

PERCUTIAN JIMAT DENGAN AIRASIA

$
0
0
Siapa yang nak tip jimat masa travel? Dapat berjimat, melancong pun dapat. Mestilah nak kan? Mendapat kebaikan daripada apa yang kita buat. Buat apa hendak membazir jika boleh berjimat? Sedangkan islam kata membazir itu amalan syaitan. Jadi jom Bella bagi Tips PERCUTIAN JIMAT DENGAN AIRASIA. 


Bella pergi mana-mana memang akan terbang bersama - sama AirAsia. Ramai yang kata Malindo lagi best, MAS terbaik, Firefly laa.. bagi Bella, AirAsia adalah yang paling Bella percaya, senang nak faham dan mampu milik. Korang bacalah mana - mana tips percutiaan bajet, tidak pernah lagi menyenaraikan selain AirAsia sebagai penerbangan bajet. Semuanya akan bagi tips jimat dengan AirAsia. Terbaik kan? Bella pun sama. Bella dan HB adalah pengguna no.1 dan setia AirAsia. Sampaikan  nak pergi ke destinasi yang AirAsia tak pergi rasa takut sangat dan tak yakin.


Bella setakat ini memang ada target atau matlamat untuk mengelilingi seluruh Asia dulu sebelum mengelilingi Eropah atau negara lain. Jadi, selama ini Bella memang naik AirAsia promo ke Asia saja. Bella tidak pernah menaiki AirAsia X. Buat pertama kali nya Bella menaiki AirAsia X untuk ke Gyeongjungbuk Korea. Terima Kasih AirAsia. Korang tahu tak maklumat penting pasal AirAsia? Bella kongsikan sikit Ya.

KL to Busan: 4x weekly
KL to Seoul: Twice daily

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.



Bella hendak kongsikan juga dengan korang hari ini keterujaan Bella menaiki AirAsia X . Keadaan didalam flight sangat luas. Maklumlah pertama kali. Terbahagi kepada 3bahagian. Flexi bed, quiet zone, bajet zone. 


Bella memang fikirkan Bella pergi Korea ini sebagai media, Jadi mestilah Bella dapat yang siap boleh baring tido semua. Sekali tu. Sama saja macam naik AirAsia yang biasa. Ada 3 barisan kerusi. Bella pulak boleh tinggalkan baju sejuk dalam luggage. Arrgghhhh stress. Bella rasa sedih sangat sebab dapat bahagian belakang dan sebelah Bella pula lelaki busuk. Arrrrghh stress lagi. Bella kata sabar dulu, lepas simbol tali pinggang keselamatan dipadamkan (siapa selalu naik mesti tahu) Bella terus tukar seat depan. Biarlah. Tak tahan la. Tapi, kalau korang bayar tambang murah, korang bolehlah tambah ( add on ) untuk hot seat atau flexi seat. Sangat selesa dan puas hati. Kalau tak, bertabah yer. Janji sampai kan?? . 



Kali kedua Bella naik AirAsia X ke Jepun. Masa ni Bella terus add on untuk dapatkan seat di quiet zone. Memang sangat selesa. Tapi tetap jalan lupakan baju sejuk korang yer. Kang beku sementara nak sampai. Dekat ruang quiet zone memang ada 3 baris juga kerusi tapi tetap terasa selesa. Kalau tak memang sebijiklah rasa macam naik bas. 



Korang kalau dapat seat yang depan - depan sikit masih ok. Jangan belakang. Kalau korang dapat auto seat dapat yang belakang silalah add on bagi dapat yang bahagian depan atau quit zone. Kalau korang jenis tak kisah berhimpit atau berbau tak pe. Belasah jela. Tapi jangan balik travel complain kata travel korang spoil sebab sepanjang perjalanan korang rasa teruk. Siapa suruh korang kedekut sangat nak tukar seat. Hehehe,


Seat ini yang paling selesa. Ada satu lagi yang siap macam dalam bilik lagi. Bertutup langsir lagi. Tapi bagi Bella, dapat duduk dekat quite zone pun dah kira ok. Tiket korang takdalah naik jadi travel mewah. masih under bajet. Macam Bella, untuk double jimat, Bella memang beli tiket setahun awal untuk travel tahun depan. Macam contoh untuk travel tahun 2020, Bella dah beli siap - siap tahun 2019. Jadi, untuk tahun 2020 Bella tinggal kumpul duit belanja sepanjang travel. Itulah antara tip percutiaan jimat dengan AirAsia Bella. Jimat tapi tetap selesa.

Terima kasih AirAsia. Dengan AirAsia Bella dah travel banyak tempat antaranya :-

  • Jepun
  • Indonesia
  • Korea
  • Thailand
  • Vietnam
  • Myanmar
  • Australia
  • Hongkong
  • Macau
  • Singapore
Banyak kan? Jadi korang jangan ragu - ragu. Terus berjimat dengan AirAsia.

PENGALAMAN MASUK PASAR TRADISI KOREA SEOMUN MARKET DAEGU

$
0
0
Bas membawa kami dari keindahan bunga sakura dan terus menerus mengembirakan kami dengan membawa kami ke Seomun Market. Shopping time!! Semakin excited dan semakin teruja Bella. Ini adalah PENGALAMAN MASUK PASAR TRADISI KOREA SEOMUN MARKET DAEGU yang pertama kalinya bagi Bella. Kalau korang nak tahu Pasar Seomun adalah pasar yang terbesar di Daegu Korea Selatan. Pasar ini mengandungi lebih daripada 4000 kedai. Pasar ini juga sangat terkenal dengan kedai kainnya dan tempat untuk membuat tempahan membuat baju. Ia juga adalah tempat utama industri fesyen di Daegu.


Masa mula - mula sampai, Bella dihidangkan dengan pemandangan yang agak serabut. Bella macam "woah bersepah juga pasar dekat Korea ni."Standard pasarlah kan? Tapi memang banyak orang meniaga. Belum masuk pasar sebenar tau. Tepi - tepi jalan pun dan mula dengan pelbagai jenis gerai, kiosk, penjaja dan kedai - kedai kecil yang menjual pelbagai barangan. Tak sabar nak melompat turun nak mula shopping!! Tapi Bella haruslah sedar diri sebab Bella datang dengan media trip. Jadi niat tu kena ubah kepada mengumpul maklumat sebanyak mana yang boleh untuk dikongsikan. Bukan sebanyak mana barang hendak dibeli. Takdalah kecewa sangat, sebab kalau betul - betul nak shopping memang kena guna banyak masa. Jadi kena bawa tanggung jawab tu. Siapa kata Media Trip tu seronok sangat? Berat tanggung jawab tau.  


Bas memberhentikan kami di tepi jalan dan cari parking. Kalau datang sendiri kena banyak buat research ni. Tempat parking pun Bella tak nampak. Kalau pakai tour guide korang wajib! minta masukkan Seomun Market dalam itinerary. Kena cakap betul - betul. Sebab Night Market Seomun Daegu pun ada. Tapi yang ini Traditional Seomun Market. Jangan salah pergi pula. Tak sama barang yang dijual. Kalau korang datang sini mungkin boleh masuk Seomun Market Tourist Information ini untuk ambil map atau no tel. Mana tahu sesat ke. Pasar ini besar giler ok. Tapi berita baiknya korang boleh datang ke sini sendiri dengan Subway!


Kami dibawa masuk melalui lorong ini. Bella tak pasti yang mana satu. Dihadapan, wah! banyaknya barangan Korea yang comel - comel. Ingat nak berhenti beli. Tapi Bella fikir nantilah pergi masa balik. Bella ingatkan kecil atau akan melalui jalan yang sama. Sekali tak! pasar ini sangat besar dan pintu keluar masuk ke sini banyak dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lorong yang kami masuk ini banyak menjual kraftangan dan barangan yang comel - comel macam baju kanak - kanak, bekas duit, scaf, barangan wanita dan banyak lagi lah.






Menyusuri pasar diteruskan dan Bella dah melihat berbagai - bagai makanan tradisi yang dihasilkan disini. Nak beli memang tak berani. Dari bahagian menjual hasil tanaman sehinggalah ke bahagian menjual makanan. Memang jamu mata sajalah. Gambar pun tak seberapa nak sharp sebab tangkap sambil berjalan. Tapi korang dapatlah sedikit gambaran kan apa makanan yang rakyat tempatan sini. Kimchi dengan oden tu dah ada dekat Malaysia. Cuma versi korea tak tahu macam mana. 


Tujuan utama kami adalah untuk dibawa ke bahagian atas. Bahagian membuat dan menjadi pakaian tradisi rakyat Korea. Selfie jelah mampu. Bahagian bawah itulah yang Bella lalui tadi. Ada tangga untuk menuju ke bahagian menjahit baju dibahagian atas.




Bahagian atas ini bukan buat baju biasa tau. Tapi disini adalah pembuatan baju Hanbok iaitu pakaian tradisional bagi masyarakat Korea. Pakaian ini terkenal dengan sebutan Hanbok (한복) dan di Korea Utara menyebutnya Chonso-ot (저선 옷). Kata “Han” berarti sebutan bagi Warga Korea dan “bok” berarti pakaian. Gaya pakaian tradisional ini sebenarnya mengacu pada zaman dinasti Joseon. Pakaian ini biasa dipakai oleh masyarakat Korea pada acara-acara formal, semi formal, pengunaan sehari-hari, upacara atau festival-festival tradisional seperti menyambut ulang tahun anak pertama (doljanchi), pernikahan, atau upacara kematian. 




Sekarang di Korea pakaian Hanbok tidak dipakai hari - hari. Dorang pun dah moden kan. Disini korang bolehlah tempah hanbook pilihan korang kalau banyak masa. Dorang boleh jahitkan mengikut pemilihan warna yang korang nak dan design yang korang mahukan. Tengoklah bila dah dibungkus sebagai hadiah. Cantik sangat - sangat. Kombinasi warnanya memang menarik betul. Bella memang tak belilah. Tak tahu nak pakai bila. Mesin jahitnya pun comel sangat kan?



Kami diberi sedikit masa untuk berjalan sendiri dan menerokai Seomun Market Daegu ini. Korang kalau nak terus mencari baju Korea, kasut dan apa saja yang berkaitan dengan pemakaian cara Korean, bolehlah masuk ke lorong south 2 gate ini. Macam - macam ada dijual. Dari hujung rambut sampailah kehujung kaki. Korang kena survey dan carilah yang murah dan harga yang tak dapat dekat Malaysia. Bella nak survey harga memang tak sempat. Bella cari yang jarang jumpa dekat Malaysia je. Dapatlah seluar sehelai. Jadilah. Kalau handmade Korea memang mahal. Kalau baju sejuk dan kasut memang murah. 


Korang yang nak datang sini sendiri? Backpackers bolehlah kesini dengan Subway! Atas ni Bella letak mapnya. Dengan teknologi sekarang boleh kot guna Google Maps. Bella tak pasti Korea, tapi masa Bella Backpackers ke Jepun memang sangat - sangat membantu. Siap bagitahu train mana yang akan menjimatkan masa. Bella rasa kalau nak melawat keseluruhan tempat dan berbelanja mesti spend satu hari. Kalau korang pilih tempat untuk membeli belah dan korang dah hafal map sini, separuh hari mungkin cukup. Kalau Bella datang sini lagi, Bella hanya akan ke bahagian jual barangan perempuan sebab over cute dan bahagian menjual pakaian.


Inilah subway nya. Kalau tengok maps memang dekat dah dengan Seomun Market ni.

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.

Apa Yang Menarik Di E-WORLD DAEGU SOUTH KOREA

$
0
0
Keluar saja dari Pasar Tradisi Seomun Market, kami dibawa pula ke E-WORLD. Bunyi macam dunia keseronokan. Bella memang ternanti - nanti Apa Yang Menarik Di E-WORLD DAEGU SOUTH KOREA ni. E-World ini sebenarnya adalah taman tema yang dibina di sekitar Menara Woobang. Kawasan di sekitar menara itu diubahsuai sebagai taman gaya Eropah dan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 1995. Ia mempunyai air terjun, air pancut, pameran lampu, dan bunga, serta pameran dan dewan persembahan. E-World mempunyai beberapa plaza yang dicirikan oleh tema yang berbeza. Plaza utama termasuk Entry Plaza, Central Plaza, Plaza kanak-kanak (taman permainan), dan Young Town Plaza. Menarik kan? Jom kita terjah masuk. Adakah sama macam Universal Studio? Sebab Bella macam nampak ada roller coaster la.
 
E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Harga tiket masuk E - World :- 

Kalau korang tunjuk DAEGU Card, korang akan dapat harga :- 

    - entrance ticket for 12,000won (E-world enter + Free concert)

    - Free Pass for 19,000won (E-World & 83 Tower enter + Free concert + rides)

Opening Hours

  10:00~21:00

Admission fee Without Daegu Card

  Entrance Ticket : 23,000won (E-World enter + Free concert)

  Free Pass : 33,000won (E-World & 83 Tower enter + Free concert)

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Bas memberhentikan kami disuatu kawasan yang sangat cantik. Penuh bunga - bungaan. Bungaan Asli lagi tau. Kagum sungguh Bella. Ingat bunga plastik. Bella siap sentuh lagi. Kawasan ini sangat cantik dan romantik. Bella nampak memang ada banyak permainan tapi lebih kepada permainan kanak - kanak. Macam tak seram sangatlah. Nak berhenti lama - lama memang tak berkesempatanlah yer. Sebab KTO terus membawa kami menaiki Sky Way. Dalam keadaan hujan dan berlari - lari anak kami kena cepat kerana mengejar jadual yang telah ditetapkan. 

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Sky Way E - World di Daegu sebijik dan sama je macam kabel car. Bella rasa kereta kabel ni, semua negara mesti ada. Bella dah pergi banyak negara, mesti ada kereta kabel dekat kawasan tumpuan dan dijadikan kawasan perlancongan. Cuma pemandangan yang dihidangkan berbeza - beza. Kebanyakan tempat kita akan melihat sama ada kawasan yang seluas lautan ataupun pemandangan bukit bakau yang menghijau. Menariknya Sky Way di E-World ini, kita akan dapat melihat pemandangan keseluruhan taman tema ini dan kecantikan bunga sakura! Sangat cantik sebab masa Bella sampai sini, pokok bunga sakura ni disini banyak yang tak gugur lagi. Wow! SubhanaALLAH.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Cantik sangat - sangat kan? Kami berebut - rebut nak duduk ditepi tingkap. Orang Korea buat tak tahu je dengan pemandangan indah ini. Kami terus keatas bukit. Tinggi juga. Dari dalam kereta kabel ini pun dah terasa kesejukkannya. Macam makin lama makin sejuk ni. Bella tak pasti kami naik hingga ketinggian berapa. Sebab Bella terlalu leka memerhatikan pemandangan yang indah dan memukau ini. Mana nak jumpa pokok pink di Malaysia kan? Sepanjang dekat Korea, nampak je pokok ni, 10 OOTD. Ambil semua sudut. Tak nak lepaskan peluang. Dari atas juga nampak tempat ni agak kosong. Mungkin sebab cuaca sejuk dan hujan.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Sampai dekat atas, sekali lagi Bella teruja. Wow! Luasnya tempat ni. Tempat yang nampak lebih terkenal dengan kawasan dating dan kelihatan amat - amat romantik! Tengok dari sini pun nampak pemandangan bawah. Cantik. Tempat ini dinamakan Sky Garden.Tapi sejuk sangat - sangat menyebabkan Bella tak lama berada diluar menara. Cepat - cepat masuk untuk ke 83 Observatory Tower. Kalau tak nak naik ke Menara 83, korang boleh je menikmati pemandangan Daegu dari menara Sky Garden yang terletak di tingkat Keempat. Ini adalah tempat yang ideal untuk menikmati matahari terbenam dengan secawan kopi atau koktel sebelum menaiki menara untuk menikmati pemandangan kota. Gitew! Sky Garden telah direka dengan elegan dan sangat rapi. Memang cantik dan unik bagi Bella.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum, 
Sebenarnya bila kita masuk ke dunia E - World ini, kita boleh habiskan satu hari hanya untuk menikmati keseluruhan tarikan yang terdapat didalam E - World ini. E-World juga akan membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Kita boleh nikmati semua tarikan dan rasakan keseronokan menaiki roller coaster, kemudian berpindah ke 83 pemerhatian Menara dan menikmati pandangan kota Daegu. Banyak sangat aktiviti yang dapat dilakukan seperti Magic Art Show, gelanggang ais, dan bahagian Play Kids.


E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Harga Tiket Masuk Observatory Tower

If you show us your DAEGU Card, we will give you observatory entrance ticket for 5,000won

Opening Hours

  [Weekdays] 11:00~22:00

  [Weekends] 10:30~22:30

  No holidays

Admission fee Without Daegu Card : 10,000won

   E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

   E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

  E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Daegu E-world 83 Tower Menara Daegu dengan (ketinggian 202m) terletak di dalam E-World ini. Ia juga adalah salah satu tarikan pelancong yang terdapat disini. Bila kita Menaiki Daegu E - World 83 Tower ini, kita boleh melihat seluruh bandar Daegu. Pastikan cuaca eloklah yer. Keindahan seni bina menara tradisional telah diterbitkan semula dan bentuk pagoda Dabotop telah dicipta semula. Bahagian barat Menara Daegu (jumlah kawasan: 1,653,965㎡) mempunyai Pusat Kebudayaan dan Kesenian Daegu, Seongdangmot dan Daegu di mana para pelancong dapat menikmati pelbagai pertunjukan dan pameran.

Terdapat kemudahan latihan fizikal rakyat termasuk padang sukan pelbagai guna, kolam renang, padang bola sepak, gelanggang tenis, stadium baseball, gelanggang luncur sebaris, dan sebagainya yang Bella boleh nampak dengan jelas dari atas menara ini. Dalam menara ini juga ada restaurant yang korang boleh lepak sambil tengok pemandangan yang indah. Korang juga boleh melawat pusat maklumat pelancongan Daegu yang merupakan pangkalan pelancongan serantau Daegu berhampiran menara ini apabila anda memerlukan bantuan.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Turun ke tingkat 1 dan 2 juga terdapat tarikan yang tak kurang hebatnya iaitu menara kedua. Menara yang mempunyai gelanggang ais yang dihiasi indah sebagai kawasan ajaib musim sejuk. Kalau korang mempunyai pas masuk E-world yuran hanya 3000won untuk menyewa topi keledar keselamatan dan masuk ke taman ais ini dan korang boleh skate selama mana yang korang suka. Tapi kami tak masuk ke Ice Rink, kami terus menuju ke Euroseum. Euroseum harga tiket masuk adalah 5000won.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Euroseum juga terletak di tingkat dua. Euroseum sama je sebenarnya dengan Muzium Trick Eye Art. Korang hanya perlukan kreativiti untuk menangkap gambar dengan karya seni 3D yang inovatif dan ilusi optik. Di sini korang boleh mendapatkan beberapa gambar kreatif dan menyeronokkan. Korang memang akan mengambil masa didalam ini sebab tempat ini luas dan menarik. Bella rasa, kalau korang tak cukup masa, korang boleh skip dan pergi ke tempat lain. Gambar 3D ini pun dah banyak sangat dekat merata - rata tempat kan?  

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Keluar saja dari menara, Bella terkejut tengok keadaan dah gelap. Hah? dah malam? cemburunya masa dengan kami. Bila malam E - World menjadi sangat indah dengan gemerlapan lampu yang berwarna warni. Bila malam kunjugan lebih ramai dari kalangan golongan remaja. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang kami skip. Kalau korang cari makanan korang bolehlah ke Foodpolitan. Apa yang menariknya, di Foodpolitan terdapat makanan dari seluruh dunia termasuk makanan Korea, Barat, Asia dan Fusion. Cuma halalnya Bella tak pasti. Mungkin tiada apa yang halal.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Bella masuk ke sini melalui jalan lain dan keluar melalui jalan lain. Dapatlah Bella menikmati keindahan E-World dari sisi yang berbeza - beza. Apa yang pasti, bila sampai ke Daegu korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di Menara 83 Observatory dan menikmati keseronokan di E-Land. Jika korang datang menggunakan pengangkutan awam dan ingin menuju ke E-land adalah 5 minit berjalan kaki dari Stesen Duryu (Daegu Subway Line 2) keluar 15. Untuk sampai ke 83 Menara korang boleh melalui taman jika mahu melihat dunia E - World terlebih dahulu. 

Kalau korang nak pergi terus ke menara, disyorkan mengambil teksi dari stesen kereta bawah tanah yang akan memandu anda ke sekitar Eworld dan akan memberhentikan anda betul-betul di hadapan pintu masuk ke menara. Berjalan ke menara adalah kira-kira 10-15 minit jadi silalah pakai pakaian dan kasut yang sesuai ya. Korang boleh pilih sebenarnya. Sama ada untuk menikmati dan menjelajah E-World pada waktu malam atau siang. Kedua - duanya mempunyai tiket yang berbeza. Maklumat lanjut atau untuk mengetahui sebarang perubahan, korang bolehlah ke :-

Website :- E WORLD GUIDE

Address:

English Address: 200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu City

Korean Address: 대구광역시 달서구 두류공원로 200 (두류동)

Waktu Operasi :-

  Hari Biasa : 11: 00 ~ 22: 00

  Hari Minggu : 10: 30 ~ 22: 30

  Tiada cuti 

Merasai Ketam Madu di Daegu Korea

$
0
0
Penat juga seharian berjalan mengukur bumi Korea. Perut cepat berbunyi sebab keadaan sejuk di Korea akan membuatkan perut kita sentiasa minta diisi. Apa yang baiknya, kurang rasa dahaga. Tapi bila mengembara di bumi orang ni, takdalah semua makanan boleh disebat dan dimakan. Jadi, KTO (Korea Tourism Organisation) telah mengaturkan makan malam kami di Restaurant yang menyediakan makanan yang berasaskan makanan laut dan hidagan utamanya adalah ketam! Wow! Makanan kegemaran Bella. Ketam. Ramai yang tak suka sebab leceh nak makan kan? Kadang - kadang nak gigit penyepitnya tu, sampai terkoyak bibir. Sebab itulah makan ketam kena perlahan - lahan sambil menghayati isinya yang sikit tu. Makan malam kali ini Bella Merasai Ketam Madu di Daegu Korea.


Nama Restaurant ini adalah Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 ) yang menyediakan semua makanan laut. Macam biasalah. Makanan yang berasaskan sayuran mesti ada disetiap hidangan. Kimchi memang tak pernah takada. Macam sambal belacan plak bagi orang melayu. Masa ni, kami masih menanti hidangan ketam yang bakal disajikan. Bella makan ketam no.1, memang sangat teruja dan makan memang tak akan cover atau malu - malu. Memang belasah je makan. 






Makan malam di Restaurant ini takada makan dalam pinggan biasa yer. Selalunya disediakan mangkuk kecil. Tapi kali ini lebih unik sebab disediakan nasi dalam ala - ala periuk batu. Macam lesung batu dah Bella tengok rupanya. Ini adalah nasi yang terus dimasak dalam batu ini tau. Bukan nasi yang dah siap dimasak dimasukan dalam periuk batu ni. Janganlah sentuh yer. Panas. Bella pun takdalah nak pegang - pegang untuk dapatkan kepastiaan. Tengok nasi dan berasap tu, percaya jela. Air pun tuang dari cerek terus. Ini kalau dekat kampung, anak dara hidang terus sekali dengan cerek memang berdarah telingalah kena bebel dengan mak. 


Walah!! inilah hidangan ketamnya. Separuh masak macam sushi. Disebabkan isi ketam ini dimasak separuh masak, jadi dia akan rasa liat - liat sikit. Tapi bagi pencinta ketam macam Bella ni, memang sedap sungguhlah bagi Bella. Ditambah dengan telur ketam tu. Memang manis dan rasa yang lain dari yang lain. Tapi, bila korang makan dengan nasi panas yang dalam batu tu, isi ketam ini akan jadi masak sedikit. Pada Bella, kesedapan ketam ni lebih sebab setiap ketam ada telur.



Rasanya tak loya atau hanyir. Sos soya yang ditambah dengan kepedasan cili, memang buat hidangan ni sedap meletup - letup dalam mulut Bella. Tapi kalau korang nak pergi Merasai Ketam Madu di Daegu Korea macam Bella, korang kenalah hati - hati. Tak semestinya kalau seafood je Halal yer, Sos soya ini, kalau bukan yang halal dorang akan tambah arak. Bella pergi dengan KTO jadi dorang memang dah sediakan awal - awal lagi supaya dari punca makanan ini memang Halal. Bella makan memang takda rasa ragu -ragu dah. Memang Bella lah yang habiskan semua ketam yang ada. Siapa ada resepi ketam ni? Meh share. Nak cuba masak sendiri la. Nak pergi jauh. 


Bella makan sampai abis nasi dalam bekas batu ni yer, kawan - kawan. Orang Korea yang bawa kami seronok betul tengok Bella makan banyak. Siap suruh Bella isi air panas dalam bekas nasi Bella, supaya nasi yang menjadi kerak yang melekat - lekat dekat mangkuk batu tu Bella boleh korek dan makan sampai licin. Unik juga. Sayur - sayur depan Bella langsung tak terusik. Bella memang menghayati ketam je. 


Hidangan ikan pun ada juga. Tapi Bella dah kenyang dengan ketam. Lagipun Bella segan juga nak habiskan semua yang didepan mata. Apa yang penting Bella sangat - sangat puas hati Merasai Ketam Madu di Daegu Korea ini. Jadi hidangan lain memang tolak tepi. 


Selesai saja makan, kami diberi air beras ini. Heh! sedapnya. Mungkin selama dekat Korea ini banyak minum air teh hijau, tiba - tiba dapat air manis ini rasa macam wow nya. Ditekankan air ini memang tidak memabukan. Ia lebih macam rasa air Barli macam tu. Bella pernah beli air beras ni dekat Malaysia yang dalam tin dan ada Halal Korea, tapi rasanya tetap tak sama. Rasanya lagi sedap dekat kedai ini. Kalau repeat pergi Korea pun belum tentu dapat rasa air beras yang Halal ni. Sebab Bella takut masa kami datang saja semuanya di sediakan yang Halal belaka. Pergi sendiri dengan tak fahamnya. Memang susah. Kecuali bawa yang tahu cakap Korea. Masa FAM Bella pergi tu, ada lebih kurang 5 orang yang boleh cakap Korea dan terjemahkan kepada kami dalam English. 


Ketam masak pedas macam ini pun ada disediakan. Tapi rasanya biasa - biasa saja. Sedap lagi ketam masak sambal di Malaysia Bella rasa. Bella pun dah lupa apa rasa sambalnya, sebab ketam masak soya tu lagi mengancam dan menarik perhatian Bella. Bagi korang yang nak rasa sendiri kesedapan Ketam di Daegu Korea ini, Bolehlah search :-

Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 )

Daejeon-ri, Daedeok-ro, Nam-gu, Daegu, Korea
(No.) 561-255, Bongdeok 5-dong, Nam-gu, Daegu, Korea
대구 남구 대덕로 157
(지번) 대구광역시 남구 봉덕동 561-25

11.00am till 10.00pm
053-474-8130

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

$
0
0
Semua pasangan yang berkahwin mesti mahukan zuriat, termasuklah Bella. Mana ada orang kahwin tak nak anak. Mungkin mula - mula kahwin atau kahwin diusia yang muda rasa macam lambat lagi dapat anak pun takpelah. Tapi itu bukan Bella dan HB. Kami lepas je akad nikah terus buat anak. Eh! terus HB kata kan seronok kalau kita kahwin - kahwin terus dapat anak kan? Sambil dukung anak buah dia Elman. Bella pun kata setuju. Bella memang ok je sebab Bella dari 9orang adik beradik. Keluarga besar lagi seronok sebenarnya. Tapi apa kan daya, kita hanya merancang. Tuhanlah penentu segalanya. Bella REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN mengharungi bahtera alam perkahwinan.

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

7 Tahun bukan suatu tempoh yang singkat. Pasangan yang baru setahun dua tak dapat anak pun dah rasa putus asa sampai ada yang bercerai berai. Kami 7 tahun. Hanya yang mengalaminya saja faham apa yang Bella rasa. Bella bersyukur, HB sangat tenang dan tak pernah memberikan tekanan dalam soal anak ni. Dia lebih nampak beria - ia dalam modified kereta dia, tukar kereta, beli motor, tukar sportrim pasal anak dia selalu kata takpe, sabar je. Kita muda lagi. Bella yang selalu menangis bila fikir soal anak. Bella tak boleh tengok video baby yang comel - comel. Bella mesti menangis. Tapi Bella tak pernah salahkan takdir. Bella redha dan faham, ini dugaan untuk Bella. 

Berat dugaan seseorang mana sama. Bella banyakkan membaca supaya Bella jadi positif dan tak fikirkan sangat pasal zuriat ini. Lagipun kawan - kawan sekeliling Bella pun ramai yang senasib dengan Bella dan mereka semua bahagia. Ada yang dah kahwin lagi lama dari Bella pun ada yang tak dapat anak lagi. Tekanan berkuranganlah sikit disitu. Bella sentiasa doakan mereka dikurniakan zuriat dan Bella harap mereka pun tolonglah doakan untuk Bella juga. Tapi doa yang terbaik adalah doa yang tanpa pengetahuan sahabat kita tu. Kalau korang bagitahu dorang pastu mengharapkan balasan dorang pun doakan korang, itu dah jadi lain dah tu.  

KELUAR DARI ZON TEKANAN YANG MEMBEBANKAN

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Masa Bella dapat tahu yang Bella mengandung. Bella sangat - sangat terkejut! Bella takdalah usaha beria - ria masa ni. Takda perancangan dan semangat nak mengandung. Bella buat macam biasa je. Kiranya fikiran dan keinginan untuk mengandung masa ni kosong. Memang tak fikirkan langsung. Bella cuba fikirkan balik apa yang menyebabkan Bella mengandung kali ni. Apa yang Bella tak buat sebelum ini dan tahun ni Bella buat. Rupanya sebab Bella dah bebas dari tekanan dan bebanan kerja. Bella mengandung selepas sebulan Bella berhenti kerja. Bella keluar dari zon tekanan yang membebankan hati, emosi dan perasaan Bella. Korang pun bolehlah cuba untuk berhenti kerja kalau dah stress sangat.

Bella ingatkan Bella ini seorang yang mampu, boleh mengawal emosi dan tak tertekan dengan kerja. Rupanya Bella adalah seorang yang tidak boleh mengawal emosi sehinggakan ia mendatangkan pelbagai penyakit dalam diam keatas diri Bella. Bella memang langsung tak seronok kerja. Selalu menangis. Selalu pendam perasaan sampai makan diri. Tapi tak sangka kesannya seteruk ini. Tekanan dan bebanan ini rupanya makan diri Bella dalam diam. Bella berhenti kerja 16 Feb 2018 dan Bella mengandung pada 7 April 2018.

BUAT APA YANG BELLA PALING HAPPY!! TRAVEL!! BERCUTI!!

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Korang buatlah apa saja yang buatkan korang gembira dan happy kan diri korang. Jangan stress. Cuba buang stress. Macam Bella, memang akan bercuti tiap - tiap bulan. Nak ke luar negara tiap - tiap bulan memang tak dapatlah, jadi Bella akan bercuti je dalam negara. Janji tiap - tiap bulan dapat relax dan tenangkan otak. Kadang - kadang mood baru tu buatkan kita lebih segar dan mungkin menaikan lagi rasa kasih dan sayang antara kita suami isteri. Mood sama je bertahun - tahun bosan kan? Kali terakhir kami melancong ke Pattaya dan Bangkok. Balik dari Bangkok 17 March 2018. Pregnant 7 April 2018. Adakah baby hasil di Bangkok? Hahaha. Mood happy tu. Shopping banyak.

Korang tak suka travel atau bercuti? Korang pun tak pasti apa yang membuatkan korang seronok sampai ke bulan. Jangan tak tahu tau, ada je orang yang tak suka pergi bercuti. Senang je, korang capai apa impian korang. Macam Bella, impian Bella memang teringin untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Jadi bila sampai ke tempat baru, walaupun ramai yang kata tak ada apa pun yang menarik dekat situ, tapi kegembiraan dan rasa kesyukuran Bella tu boleh sampai ke bulan happynya. Mungkin korang nak ada simpanan dalam Acc sejuta, nak panjat Gunung Everest atau menyelam ke lautan pasific, buat je. Bagi korang seronok dan kuarkan mood happy korang tu.

JAGA PEMAKANAN DAN AKTIFKAN DIRI 

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Selain daripada itu, Bella juga masa tu masuk program Jom Kurus. Program ini bagus bagi Bella sebab banyak sangat aktiviti kecergasan yang diajar. Paling penting boleh kurus! Bella pula join program Jom Kurus ini pada 27 Jan 2018 - 10 Mac 2018 dengan Team Rawang. Team ini bawah Coach King memang sangat aktif dan Coach King sangat bertanggung jawab memastikan semua ahlinya lost weight. Korang area Rawang memang disarankan untuk sertai program dengan Coach King ini. Korang boleh baca di Jom Kurus Team Rawang

Bella sebelum tu memang diet. Dari 68kg turun sehingga 60kg. Masa Bella 68kg tu, Bella sebat semua food review. Makan percuma wei. Memang banyaklah makan. Sampai tak terjaga dan gemuk tak terkawal. Bila berat 68kg, HB pula berat 70kg Bella macam tersentak. Eh! Tak akanlah HB kurus aku gemuk. Dah la takda anak. Dibuatnya dia cari lain. Baru ada akal kan? Jadi Bella diet. Bila berat Bella 60kg berat tu maintain je. Tak nak turun - turun. Jadi Bella masuklah jom kurus dengan harapan berat Bella makin menurun. Tapi sila ikut cakap Coach King dan displin yer. Korang tak nak ke? Kurus dapat, anak pun dapat. Double happiness tu. InshaALLAH. Kita usaha dan tawakal. Masa Bella masuk jom kurus ni pun target memang nak kurus je. Tak sangka dapat rezeki lain juga. Alhamdulilah.

BERURUT DAN MANJAKAN DIRI DI SPA

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Berurut ni memang sinonimlah dengan masyarakat melayu kita. Rahim jatuh la, nak kuatkan rahim la, urat tersumbat la, darah tak lancar dan macam - macam lagi. Tapi tak boleh pandang ringan juga. Banyak sangat testimoni yang menyatakan dorang mengandung selepas berurut. Bella berurut dengan orang tua, muda, makcik, orang Indonesia dan orang kampung semua pernah. Bella ada kongsikan no telefon makcik - makcik tukang urut ni dulu dekat satu artikel tapi Bella dah padam sebab Bella rasa macam ada yang tak kena dan Bella tak recommend kan sangat. Semua tempat yang Bella pergi berurut rasa macam tak ok. Ramai pula yang comment dan email tanya. Kira hit la artikel tu. Walaupun hit, demi kebaikan semua Bella padam. Bella nak kongsikan hanya yang terbaik.

Lama memang lama dah Bella berhenti berurut dan kali terakhir Bella urut dengan makcik Indonesia ni sakit sangat. Sampai Bella menangis - nangis dan Bella terus trauma dan berhenti cari makcik urut. Lepas je Bella urut dengan makcik ni, perut Bella macam bengkak dan buncit. Tak surut - surut plak tu. Lepas tu plak semua nampak dan tegur perut Bella nampak dah macam ada isi. Adui! Bella pergi pun ada kawan yang cadangkan dan dia kata ramai yang mengandung sebab makcik tu tolong urutkan. Makcik tu islam. Dia pun kata kalau lepas ni pregnant jangan cakap sebab dia. Itu semua kuasa Allah s.w.t juga. Bella urut 3x buat lepas syarat dan tak pergi - pergi dah. Makcik tu pun kata rahim Bella ok je. Semua ok. Cuma belum rezeki lagi. Bella dah takda no makcik ni, jangan minta. Ini pun tahun 2016 ke 2015 kot Bella pergi urut. Lama dah. 

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Bila dah trauma berurut dengan makcik - makcik tradisional ini, Bella beralihlah pula ke urutan yang moden sikit. Ini sedap dan tak sakit. Bella cuba herba ball massage di RIESSA ROSE SPA korang boleh klik untuk baca. Walaupun macam bercakap dengan ayam dan itik sebab makcik yang tukang urut tu orang Thailand, tapi boleh faham sikit - sikit la. Hebat sangat dia sebab boleh tahu bahagian mana yang Bella sakit dan bermasalah. Lepas urut tu badan rasa panas je. Tanda darah jalan lancar katanya.

Owner Kak Lisa Ridz baik sangat dan bekalkan Bella satu botol jamu dan elok katanya untuk rahim Bella. Bella tak pasti sangat apa, tapi Bella memang ada amalkan jamu itu dan period Bella jadi sangat teratur lepas makan jamu tu. Bella rasa urutan dan jamu ini juga turut membantu sedikit sebanyak. Tapi silap Bella juga sebab Bella tak abiskan. Bila period dah ok Bella stop. Mana - mana jamu pun panas ye. Kena minum air banyak. Jadi Bella malas. Bella memang ada masalah period tak tetap dari zaman sekolah lagi. Sengugut yang teruk dan period tak tetap. Jadi bila period datang tepat dalam kiraan tu memang kira bersyukur sangatlah.

REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN

Ini adalah segala amalan dan aktiviti yang Bella lakukan sebelum Bella hamil. Paling penting jangan terlalu fikirkan sangat, jangan terlalu stress dan jangan paksa diri untuk sentiasa berusaha sebelum berjaya hamil. Usaha satu, rehat dulu lepas tu baru usaha balik. Paling penting mind set tu kena sentiasa kata kita memang boleh hamil cuma rezeki tak sampai lagi. Ini adalah aktiviti dan amalan Bella dalam masa terdekat sebelum hamil. Lepas ni, Bella kongsikan pula amalan berterusan dan segala usaha yang Bella dah lakukan sebelum - sebelum ini. Semoga bermanfaat dan Bella ikhlas kongsikan supaya semua yang berharap dan menanti dapat rasa apa yang Bella rasa. Insya-ALLAH. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

$
0
0
Aktiviti hari ini adalah mengenai kecantikan wajah. Teruja sangat sebab Bella pun nak tahu kenapa wajah orang Korea lelaki dan perempuan sangatlah licin tanpa sebarang cela. Bella pernah tanya dekat orang Korea, dia kata pemakanan dorang yang kebanyakannya adalah berasaskan sayur dan cuaca dekat Korea juga memainkan peranan penting. Tapi kalau dibiarkan saja tanpa apa - apa penjagaan, mesti tak jadi jugakan? Jadi bila KTO nak bawa kami MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI terujalah Bella. Barulah yakin yang produk Korean memang berkualiti. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Kami dibawa ke bandar Daegu untuk menuju kedai dan pusat pembuatan penjagaan wajah Skylake. Bas memberhentikan kami di bahagian hadapan dan Skylake dibahagian belakang. Perjalanan menuju ke kedai Skylake melalui deretan kedai yang menjual berbagai jenis baju yang sangat cantik dan comel - comel belaka. Murah juga harganya. Sempat juga kami pegang - pegang. Masa kami pergi ni musim sejuk. Jadi kebanyakan baju yang dijual adalah tebal - tebal belaka. Bila Bella fikir - fikir balik tak jadilah Bella nak beli. Takut tak terpakai pula. Kebanyakan kedai dan pusat jualan disini memang bersih dan kelihatan comel - comel belaka. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Skylake ini berada didalam bangunan dan ditingkat atas. Lokasi tepatnya adalah di Down Town Daegu. Boleh juga cari lokasi atas nama Dong - Seong - Ro. Paling teruja, Bella bukan saja akan mengenali bahan - bahan asas yang digunakan didalam penjagaan wajah Skylake ini, tapi Bella juga akan diajar cara - cara untuk buat topeng muka menggunakan bahan semulajadi dari Skylake. Sebelum memulakan pembelajaran, kami diminta untuk memakai pakaian yang sesuai untuk menjaga kebersihan. Comel je. Warna oren. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Banyak sungguh bahan - bahan yang disediakan. Setiap bahan - bahan ini tak bolehlah main campur saja. Setiap bahan ada fungsi tersendiri. Macam untuk lembabkan wajah ke, wajah kering ke, hilangkan jerawat ke, dan lain - lain mengikut keperluaan wajah kita. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Ini adalah bahan utama dalam kesemua produk penjagaan wajah disini. Menurut pekerja dekat sini, bahan ini telah dicipta berkurun bermula dari nenek moyang mereka dalam mengekalkan kelembapan wajah. Air herbal oriental ini dari ramuan yang diperam bertahun- tahun. Bukan saja diperam, ia juga diekstrak dan disuling daripada ubat herbal oriental yang matang dalam balang oriental Korea. Air herba ini mempunyai komponen ramuan semulajadi tanpa apa - apa tambahan bahan - bahan kimia. Ia macam air yang ditapis banyak kali sehingga tinggal air herbal yang paling semulajadi, bersih dan paling diperlukan dalam penghasilan bahan - bahan penjagaan wajah Skylake.

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Ini adalah bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat topeng muka (face mask) yang kami belajar hari ini. Kalau korang boleh jumpa kesemua bahan - bahan ini, bolehlah korang buat topeng muka ala - ala Korea sendiri. Kami membuat topeng muka yang akan membuatkan wajah menjadi putih dan cerah. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Bahan - bahan dekat atas itu adalah bahan - bahan asas. Tapi yang akan membezakan topeng muka korang berkesan untuk apa, adalah bahan terakhir yang dimasukkan. Macam topeng muka kami, Aloe Vera gel dimasukkan untuk memberi kesan memutihkan muka. Kalau sekadar hendak melembabkan muka, bolehlah masukkan madu. 

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Siap!!! jangan tak tahu, topeng muka yang kita buat tadi kita boleh bawa balik dan guna. Bancuhan tadi, boleh dapat 2 keping topeng muka dan sebotol kecil semburan kesegaran wajah. Siap tulis expired date lagi.

MENGENALI PENJAGAAN WAJAH SKYLAKE YANG SANGAT SEMULAJADI

Apa yang korang kena tahu pasal kelas ni, ianya tertutup. Korang boleh juga masuk kelas ini Tapi untuk sertai kelas ni, korang perlu buat temujanji terlebih dahulu dengan minimum 4 orang untuk 1 kelas.

Maklumat Lanjut :- 

Telefon No : 053-857-2380 (reservation)

Harga seperti di bawah :

Course 1 : Soup (80g) + Shampoo (100g) = 15 000 won
Course 2 : Soup (80g) + Essence Skin (40g) = 15 000 won
Course 3 : Shampoo (100g) + Essence Skin (40g) = 19 000 won
Course 4 : Hanbang Mask = 10 000 won

Additional Fee will be 9000 won per one product.

Lokasi & Waktu Operasi :

Headquarter (10:00 ~ 18:00)  
(145 Daehan-ri, Wachon-myeon, Gyeongsan-si, Gyeongbuk, Korea 

* Novotel Branch (11:00 ~ 20:30)
(B1, Novotel, Jungangro, Daegu)

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

$
0
0
Korang kalau perasan, sebelum ini Bella ada kongsikan pengalaman diberikan rezeki mengandung setelah 7tahun berusaha. (Boleh klik link) Sebenarnya yang mengandung 2018 tu tak jadi. Takda rezeki. Rezeki yang sebenar pada tahun 2019 dan anak soleh Bella lahir pada tahun 2020. Bella kongsikan usaha yang itu juga sebab mungkin ada yang buat dan lekat sehingga akhirnya. Itu usaha dalam masa yang terdekat dalam tahun itu. Sebenarnya Bella ada banyak lagi usaha - usaha dan ikhtiar - ikhtiar lain yang Bella buat sebelum Bella direzekikan hamil. Dekat sini Bella kongsikan kesemua usaha berterusan yang Bella dah pernah buat, sentiasa buat dan petua - petua yang dikongsikan di blog dan facebook yang Bella sempat buat. Ada juga yang tak sempat nak buat lagi. Korang bolehlah cuba kesemuanya. Sini diantara 13 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL. Bella pernah baca ada yang usaha lagi hebat dan teruk dari Bella. Kuatnya dia, walaupun diuji berkali - kali dia tetap usaha dengan berpegang pada mind positif dia "selagi ada rahim". 


BERDOA SETIAP KALI LEPAS SOLAT

Inilah yang sentiasa dan tak pernah Bella tinggalkan. Berdoa, berdoa dan terus berdoa. Siang, malam, pagi atau petang. Tak pernah jemu dan lupa. Kadang - kadang terkeluar sendiri dari mulut sebab dah terbiasa. Paling penting korang tukar - tukarlah doa. Kadang - kadang Bella berdoa macam Bella bersembang, kadang - kadang Bella berdoa dengan ucapan bersyukur seakan - akan Bella sudah dikurniakan zuriat dan kadang kala Bella gunakan doa - doa yang disarankan. Korang silalah berdoa dengan hati. Seiring hati dan lidah. Perasaan dan ucapan. Doa dengan penuh pengharapan dan tawakal. Susah sebenarnya nak seiringkan hati dengan ucapan doa. Kadang - kala ucapan betul - betul berharap tapi hati rasa macam kecewa dan menidakkan kasih sayangNYA. Bella pun banyak kali macam tu. Kalau masa sedang berdoa tu waktu hujan, lagi bagus. Doalah bersungguh - sungguh.


MINUM AIR BUAH ZURIAT

Bella ada buat artikel khas. Boleh baca dekat link ini Cara Makan Buah Zuriat. Ramai kawan Bella yang cuba dan ada yang berjaya. Sepatutnya paling disarankan adalah merebus 2 biji buah zuriat. Tapi, ada kawan Bella dapat sebiji je. Dia rebus dan berhasil. Minum yang sebaiknya adalah suami dan isteri minum bersama - sama. Macam HB Bella dia tak nak minum Bella paksa juga. Tuangkan je dalam cawan. Dia bukan perasan. Rasanya pun macam minum air masak je. Ikut tekak orang. Bella rasa macam manis -manis sikit dan wangi. Ok je. Tak pahit pun. Walaupun HB tak nak minum, tapi dialah hero yang tolong kopakkan buah zuriat ni. Keras giler ok. Nasib ada HB. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link diatas. 


UJIAN KEHAMILAN YANG SENTIASA ADA DALAM SIMPANAN 


Ujian kehamilan ini memang sentiasa ada dalam simpanan Bella. Period Bella tak teratur, jadi pantang lambat sikit ye, hari - hari Bella test. Dulu masa setahun dua kahwin, setiap kali keputusan negatif Bella mesti menangis. HB selalu marah. HB kata bukan benda dah jadi, benda takda apa pun. Nak nangis buat apa? Biasalah sensitif. Dahlah tanda - tanda nak datang period sama macam tanda awal kehamilan. Tiap - tiap bulan Bella memang akan beli sekurang - kurangnya 4 pregnant c test atau lebih. Kadang - kadang satu hari Bella test dua kali sebab tak puas hati. Orang yang faham jela tahu bertapa berharapnya bila tanda macam mengandung, period lewat tapi ujian tetap negatif.  HB kata cukup - cukuplah beli C Test tu, baik duit tu kumpul menabung, rasanya dah boleh beli Merc. Hahaha. You really funny dear. Yela, kot - kot positif, bolehlah Bella mengambil langkah berjaga cepat - cepat.  Jaga makan, jaga minum, tak nak lasak - lasak. Gitew.

BERURUT

Berurut ini jarang kita nak percaya kalau takda orang yang recommend kan. Betul tak? Kebanyakkan tempat yang Bella urut semua orang yang cadangkan atau mak paksa. Hei, sakitlah berurut. Bella tak suka. Tapi Berurutlah Bella paling buat banyak kali. Secara tradisional dan moden. Semua Bella cuba. Korang kalau nak berurut pun kena cari tukang urut yang betul - betul. Takut salah urut lain plak jadinya. Ada banyak kawan - kawan yang cadangkan juga tapi Bella tak sempat nak pergi. Jadi untuk tukang urut Bella takda nak recommend sesiapa. Cuma Bella rasa baiklah pergi spa yang relax kan badan lagi berbaloi kalau dah cuba banyak kali urutan yang sakitkan badan. Boleh baca dekat link ini Bella ada cerita sikit. Rezeki Hamil Setelah 7 Tahun


BERJUMPA PAKAR PAK BIDAN WANITA DR. HAMID ARSHAT

Paling penting periksa tahap kesihatan kita sebenarnya. Jangan ikut cakap orang, jangan buat andaian sendiri, jangan google, jangan jadi macam Bella, takut sangat - sangat dengan doktor. Takut sangat nak kena makan ubat dan paling takut nak dengar kenyataan dari doktor kita ni sakit apa. Takut nak terima kenyataan kan? Itu je paling takut. Sepatutnya ini adalah langkah pertama sebelum mengatur langkah - langkah yang lain. Bella pergi pun sebab period Bella tiba - tiba berhenti lama lepas Bella ambil satu produk ni. Itu nanti Bella cerita lain. Bella cekalkan hati untuk periksa sebab lama sangat period tak datang. Bella ada buat temujanji dengan Dr. Hamid Arshat tapi tak dapat jumpa, jumpa dengan pembantunya saja. Ok juga sebab perempuan. Doktor kata Bella semua ok je. Takut juga ada Fibroid atau apa - apa kan. Tapi Doktor kata ok semuanya dan ulang lagi temujanji untuk periksa suami juga. Alhamdullilah semua ok. Lega. Maknanya memang takda rezeki lagi jela.

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

MINUM MINUMAN KESIHATAN WANITA

Banyak juga Bella ambil dan minum minuman kesihatan wanita yang dicadangkan oleh kawan - kawan yang katanya bila minum bagi kesan positif kepada badan mereka. Ada yang kata hubungan mereka suami isteri makin panas, ada yang kata lepas ambil minuman kesihatan ini secara konsisten mereka berezeki hamil. Jadi Bella cuba kesemuanya. Nasib semuanya sedap.  Bidadari dari DCL dan Jus Perawan dari D'Herbs antara yang Bella cuba. Bidadari ini rasanya sedap dan memang buatkan badan Bella rasa bertenaga. Tapi takda kesan positif Bella berhenti dan kawan Bella cadangkan pula Jus Perawan D'Herbs sebotol je Bella cuba dan Bella stop. Sama juga takda kesan positif untuk Bella. Mungkin tak serasi. Harum malam pun ramai yang cadangkan untuk Bella minum. Itupun Bella dah cuba. Boleh baca dekat sini Rahsia Memikat Suami Dengan Harum Malam Korang boleh cuba ketiga - tiganya sebab semua minuman kesihatan ini dicadangkan oleh kawan-kawan Bella yang dah berjaya hamil. Alhamdulilah. Mungkin serasi dengan dorang. 

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

MINUM SUSU PRODUK SUSU KAMBING

Bapa Bella adalah seorang yang jarang ambil pusing pasal anak - anak. Dia tak pernah tanya atau cakap pun pasal zuriat dengan Bella. Tapi dia pernah bagi Bella sepeket kecil susu kambing dan cakap dengan Bella, ko cubalah minum susu kambing sambil berdoa. Lagipun susu kambing ini memang minuman sunah kan? Bella memilih susu Lazz. Rasanya memang sedap dan langsung tak hanyir. Bella dah beli stok susu kambing, susu kurma kambing dan Lazz Cafe. Paling Bella suka Lazz Cafe. Sedap giler! Tapi seribu kali sayang, Bella malas nak bancuh. Lazz Cafe je habis. Lazz kurma dan Lazz Original Bella biarkan je di laci. Sayang sangat. Korang boleh baca cara Cara Ikhtiar Hamil Dengan Lazz Susu Kambing


15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

MINUM JUS KUNYIT


Jus kunyit ini Bella baca banyak yang cadangkan untuk minum dekat Facebook. Bella tak pastilah makcik bawang ke yang cadangkan atau memang betul - betul berhasil. Tapi Bella cuba sajalah. Bella memilih untuk mencuba Jus Asam Kunyit Madu. Bella tak tipu, ini adalah jus kunyit paling sedap dan terbaik Bella ambil. Lagi - lagi minum sejuk. Ownernya pun baik. Korang boleh baca sepenuhnya dekat 20 Kebaikan Jus Asam Kunyit Madu 


15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

MINTA DAN KIRIM DOA KEPADA KAWAN - KAWAN ATAU SEDARA MARA YANG PERGI UMRAH

Setiap kali Bella dan HB dengar ada kawan - kawan nak pergi menunaikan umrah atau haji, kami masing - masing akan minta tolong untuk doakan kami direzekikan zuriat bila sampai di depan Kaabah. Seeloknya korang kalau nak minta dan kirim doa korang jangan cakap pakai mulut je. Macam "Nanti sampai sana tolonglah doakan aku dapat zuriat." Jangan!!! Korang kena spesifikasi kan doa tu. Bagi jelas dan terang. Tulis dekat kertas. Sebab yang nak mendoakan untuk kita tu, kawan kita atau sedara mara kita kan, jadi kalau tak tulis dengan detail, takut maksud doa tu tak sampai. Dekat kertas tu, tulislah nama penuh korang, hajat korang, luahkan dalam kertas tu biar kawan korang tolong sampaikan. 

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

GUNAKAN APLIKASI UNTUK KIRA WAKTU SUBUR 

Bella gunakan Aplikasi FLO. Penting untuk korang kalau TTC kira dan catat waktu period korang. Buatnya korang lupa bila tarikh korang period memang kena marah dengan doktor ye. FLO ini juga akan bagitahu bila waktu subur kita dan waktu paling sesuai untuk kita bersama dengan suami. Silalah cuba berbagai gaya yer. Hahaha. Ada yang bagi petua, lepas bersama jangan terus basuh. Lepas bersama angkat kaki tinggi. Bersama waktu subuh sebab sperma paling aktif waktu tu. Sila cuba kesemuanya sekali ok. Paling penting dua - dua kena dalam keadaan yang relax dan badan tak penat. Kalau tak memang tak feel. Gitew. 

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

GUNAKAN STRIP UNTUK MENGUJI KESUBURAN


Selain daripada strip ujian kehamilan yang berlambak dalam laci Bella, Strip untuk menguji hari subur juga ada sekotak. Tapi pregnant c test tak pernah bersisa. Memang licin selalu. Asyik test je. Ujian kesuburan ni Bella jarang guna. Leceh. Kadang - kala dapat double line, tapi masing - masing badan penat sangat. HB tak sempat apa dah berdengkur. Bella pun sama. Jadi memang Bella jarang gunakan strip ini sebab selalu tak kena dengan keadaan. Kalau double line pun tapi tak larat tak jadi apa juga kan? Tapi korang gunakanlah strip untuk menguji kesuburan ni. Pastikan double line dan dua - dua line sama pekat. Sekurang - kurangnya kita tahu. "owh subur juga aku ni" kan? 
15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL
SEDEKAH

Power of sedekah. Bersedekahlah sehingga tangan kiri tak tahu apa yang tangan kanan sedekahkan. Berapa - rapa pun tak kisah. Bella selalu pesan dekat HB tiap - tiap hari jumaat untuk sedekahkan bagi pihak Bella juga. Kadang - kadang Bella lupa nak pesan, HB kata owh takpe memang ada sedekah hari ni. Bella bukan nak riak. Bella bagi contoh. Kita nak sedekah kena ikhlas kan? Sekarang kan banyak kes sampai kita nak bersedekah pun rasa was - was. Senang sangat, korang sedekah je dekat masjid. Habis cerita. Insya-ALLAH kita bersedekah di tempat yang betul. Sekarang lagi mudah sebab banyak kes-kes viral yang memerlukan bantuan kewangan yang tersebar di media sosial. Korang tinggal pilih je mana yang paling korang rasa sahih untuk korang bersedekah. 

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

IZINKAN SUAMI KAHWIN LAIN


"Betul ke Bella?? Bella suruh dan izinkan suami kahwin lain?" Ya. Betul. Cara ini akan buatkan yang kita sedar suami kita bukan milik kita. Suami kita hanya pinjaman sementara untuk bersama - sama dengan kita berjuang di bumi Allah s.w.t ini. Memimpin kita ke syurga. Ini memang ramai yang bertahun - tahun tak dapat anak buat yer. Ikhlaskan dan izinkan suami kawin lain. Sambil - sambil tu doalah semoga Allah s.w.t pegang hati suami kita hanya untuk kita. Gitew. Macam tak rela je. Memang betul, suami Bella segala - galanya bagi Bella. Cinta Bella dekat suami, tiada gantinya. Tapi suami kita pun perlu dan berhak untuk lebih bahagia, tengok dan jaga zuriat sendiri. Kalau tak izinkan macam pentingkan diri sendiri plak. 2 kali Bella cakap dengan HB "sampai bila sanggup tunggu kita dapat zuriat? Bella tak nak pentingkan diri, kalau nak kawin lain memang Bella izinkan" HB kata "Sampai kita dapat zuriatla" Bella cakap dengan dia, agaknya lepas Bella cakap macam tu dia melompat dalam bilik air. Lelaki kan? Tapi 2x jela Bella berani cakap. Masa hati betul - betul penuh emosi dan tawakal. Lepas tu tak berani dah nak suruh. Kah kah.  

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

ACID FOLIC SEBIJI SEHARI


Acid Folic ini sebenarnya untuk mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Ramai yang cakap acid folic ini untuk meningkatkan kesuburan. Tapi sebenarnya fungsi utama untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Bella rasa mind set jugalah. Bila kita makan acid folic ini hari - hari fikiran kita pun akan cakap owh tak lama lagi mesti aku akan mengandung. Apa - apa pun kita kena bermula dengan mind set yang positif kan? Sebab itulah kot ramai yang berjaya hamil lepas makan acid folic ini tiap - tiap hari sebiji. Adik Bella pun sebelum hamil lagi dia makan acid folic ni. Bella pun cuba. Tapi macam selera makan pula yang bertambah. Jadi Bella on off. Kadang kadang makan. Kadang kadang tak makan. 

15 USAHA BERTERUSAN UNTUK BERJAYA HAMIL

TERUSKAN MISI KURUSKAN BADAN

Aktiviti kuruskan badan, sihatkan badan, cergaskan badan yang Bella sentiasa buat dan tak tinggalkan. Ada masa Bella jogging pagi - pagi atau petang dengan HB. HB Bella maintain kurus. Bella ini selalu bersenam pun punya susah nak kurus. Satu je punca. HB tak suka makan benda manis - manis terutama coklat. Bella tak bolehlah. Mesti nak kena makan makanan manis. Lagipun aktiviti sihat macam ni, bukan saja hilangkan rasa bosan Bella, aktiviti macam ni juga buatkan Bella seronok dan elakkan Bella dari fikir benda yang negatif. Jadi korang kalau rasa asyik terfikir je pasal benda sedih - sedih, jom la join Bella buat aktiviti kesukanan ni. Selain daripada buat aktiviti sihatkan badan ini, makanan berkhasiat jangan lupa ambil. Jaga dua - dua. Bila badan sihat, insya-ALLAH semuanya sihat. 

Inilah diantara usaha - usaha yang Bella buat untuk dapatkan zuriat. Korang silalah cuba. Bella ikhlas kongsikan dengan korang. Kadang - kadang nak bagitahu orang pasal usaha kita benda ini agak sensitif. Jadi, siapa yang baca dan nak cuba silakan. Siapa yang rasa Bella ni memandai - mandai boleh abaikan. Kalau berjaya jangan lupa sujud syukur. Ingat semua orang berbesar hati ke nak kongsikan usaha dorang. Bella pernah tanya dekat kawan dorang cakap, "Dah rezeki" ada juga yang jawab "Tak akan cara nak bersama suami pun aku nak ajar kan?" Yes! ada yang jawab macam tu. Jadi mana - mana yang baik bolehlah korang cuba ya. 

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK

$
0
0
Perjalanan menjelajah bumi Korea diteruskan ke Gyeongbuk. Nama baru bagi Bella. Disini kami akan menikmati makan tengah hari yang dimasak khas untuk memastikan ia suci dan halal. Kalau korang pergi sendiri, korang pun boleh tempah makanan halal disini. Makanan kami ditempah oleh KTO jadi Bella yakin ia halal. Tambahan pula 90% hidangan tengah hari kami pada hari ni berasaskan sayuran. Kedai Makan Halal di Gyeongbuk terletak dikawsan yang sangat tenang dan cantik. Nama kedai ini adalah MoSimJeong Gyeongbuk Tradional Cuisine.

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

Sampai sahaja di MoSimJeong Gyeongbuk Tradional Cuisine, kedai makan ini, masing - masing bukan teruja nak makan. Kami masing - masing terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang dihidangkan. Kalau ada banyak masa lagi, mungkin beribu OOTD kami ambil. Bersantai diluar kedai saja buatkan kami sangat tenang. Suasana sejuk dan amat - amat mendamaikan. Bella tak akan lupakan rasa itu. Pada Bella, kawasan ini agak terpencil dan agak sukar untuk kita pergi sendiri kecuali jika kita memandu semasa melancong di sini. Tapi, kalau tujuan utama korang ke Gyeongbuk, bolehlah masukkan MoSimJeong Gyeongbuk Tradional Cuisine sebagai salah satu tempat yang kena singgah. 

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

Bila Bella masuk saja kedalam kedai, rupanya ia bukan saja kedai makan, tapi disini turut menjual ubat - ubatan tradisional. Penuh dengan berbagai jenis akar kayu dan tumbuh - tumbuhan yang telah dikeringkan. Bella takda pula kaji akar - akar ini sesuai untuk mengubat penyakit apa. Korea ini rupanya masih mengamalkan cara tradisional dan bahan - bahan dari sumber alam. Dari kecantikan sampailah kepada kesihatan. Kagum. Patutlah Bella tengok orang tua - tua dekat sini masih kuat dan kulit mereka masih tetap cantik. 

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

Puas tengok susunan akar - akar kayu, Bella cepat - cepat menuju ke ruangan makan. Besar juga tempat ni. Kalau Bella lambat risau sesat plak. Meja makan kami telah disusun indah. KTO menerangkan yang pinggan, mangkuk, sudu, cawan dan chopstick disini dicipta khas dengan bahan - bahan anti bakteria. Maknanya bakteria tak akan melekat ok. Bella teruja dengar. Rasa nak cari satu bawa balik. Tapi mereka tak jual. 

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,


KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

KEDAI MAKAN HALAL DI GYEONGBUK, bercuti ke korea, korea, tips ke korea,

Inilah hidagan tengahari kami. Jangan tanya Bella nama - nama makanan ini dan cara masaknya. Bella memang tak tahu. Apa yang Bella tahu semuanya adalah sayur. Kurus lepas balik dari Korea. Hidangan paling Bella ingat adalah hidangan yang terakhir ini. Ginseng cicah dengan madu. Kami semua rasa seorang sedikit. Oklah buat pengalaman makan ginseng mentah. Apa yang paling istimewa mengenai semua hidangan ini, Chef disini belajar cara masak secara islam supaya ia bertepatan dengan makna makanan halal sebenar. Memang terbaik. Korang yang nak merasai pengalaman yang sama bolehlah ke :- 

ALAMAT :
13, Bongsaeng 1gil, Maseongmyeon, Mungyeong, Gyeongsangbuk-do  
경상북도 문경시 마성면 봉생1길 13



USAHA HAMIL HINGGA MEMUDARATKAN DIRI

$
0
0
Berbagai - bagai usaha yang Bella lakukan, tak semua manis dan sedap - sedap belaka ya. Mestilah ada duka dan sakit yang Bella kena tanggung. Diantara banyak - banyak yang Bella cuba, dua produk ini yang Bella paling tak boleh lupa. Meninggalkan kesan yang mendalam gitew. Siapa kata semua yang kita usaha tidak akan memudaratkan diri? Kalau Bella nak beli apa - apa produk mesti Bella tanya kesan negatif dia apa ye? Site effect produk ni apa yer? Korang ingat dorang nak cerita? Dorang akan cakap tak ada site effect yang ada menjadi atau tak menjadi saja. Jadi, biarlah Bella kongsikan pengalaman Bella Usaha Hamil Hingga Memudaratkan Diri yang jadi dekat diri Bella. 

USAHA HAMIL HINGGA MEMUDARATKAN DIRI, tak period tapi negatif

Siapa tak kenal dengan produk ini? Semua orang mesti pernah dengar pasal jenama produk ini. Shaklee. Bella beli dengan agent satu set untuk tujuan ikhtiar hamil. Kawan Bella yang cadangkan dan kami sama - sama beli. Bukan murah yer satu set, bagi Bella memang mahal. Rasanya sedap. Masa mula - mula minum rasa ok je. Tak pahit kan, benda sedap. Bella teruskan saja minum. Tapi bila perasan yang period Bella mula tak datang. Bukan sebulan tapi 6 bulan! ingat menjadi dah Shaklee ni dengan Bella. Rupanya Shaklee ni tak sesuai dengan Bella. Tiap kali buat ujian kehamilan mesti negatif.

HB mula perasan sebab Bella tak period. Bella dah risau. Bella cakap dengan HB Bella nak check detail. Pergilah ke Klinik Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshad. Bila camera dah masuk dalam perut, doktor kata ovum Bella tak mengembang. Semuanya mengecut dan jadi tak subur! OMG! ambil produk ini supaya mudah hamil. Jadi makin teruk pula. Doktor tanya ada makan apa - apa ke? Bella katalah set Shaklee untuk ikhtiar hamil sebab ramai yang dah berjaya hamil. Doktor kata mungkin set itu sesuai untuk orang lain, tapi bukan untuk Bella. 

Sedih sangat. Beli mahal - mahal ovum rosak plak. Baru minum separuh. HB kata buang je, jangan makan lagi. Bella bagi set tu dekat adik Bella. Seronok dia. Bella bagitahu kawan Bella, kawan Bella kata mungkin bukan sebab produk tu. Kawan - kawan dia makan semua ok. Tulah doktor tu bagitahu. Mungkin produk ni tak sesuai dengan Bella. Bella bukan cakap jangan beli produk ni, korang boleh cuba. Tapi cuma nak kongsikan yang jika produk ini tak sesuai dengan korang apa akan jadi. Bella hanya kongsikan pengalaman supaya korang fikir betul - betul sebelum cuba. Doktor bagi ubat kesuburan. Doktor kata kalau tak period juga, suruh datang lagi sekali check. Bella makan ubat kesuburan dan puasa juga. Puasa memang banyak hikmahnya. Dua hari puasa, period pun datang. Lega. Alhamdullilah. Set Shaklee pun selamat Bella sedekahkan.

USAHA HAMIL HINGGA MEMUDARATKAN DIRI, tak period tapi negatif

Masa tu produk ni viral jugalah dikalangan kawan - kawan Bella. Ramai yang jadi pengedar dan penjual. Kawan Bella anak 2 beria - ia suruh Bella cuba sebab dia kata produk ni bagus sangat - sangat. Mungkin produk ni sesuai untuk dia. Bella pun ok, apa salahnya nak cuba dan Bella pun berminat untuk turut sama - sama untuk menjadi pengedar memandangkan ramai kawan - kawan Bella yang cuba produk ini. Senanglah nak jual kan? Kawan - kawan ramai yang guna.

Tapi, sebelum Bella jual haruslah Bella pakai dan cuba dulu keberkesanannya macam produk yang Bella review. Kesemua produk yang Bella review 100% memang Bella cuba dan pakai. Kalau tak ok Bella padam review Bella tu. Masa mula - mula pakai, macam nampak keberkesanannya. Hubungan suami isteri jadi lebih panas gitew. Nak buat anak benda yang buat kita sama - sama panas ni penting ye. Yela kita bukan darah muda lagi, dah bertahun kan, kenalah ada suntikan pemanas macam ni. 

Cumanya panas tak sampai ke petang. Hujan di tengah hari. Bella rasa sakit tiba - tiba. Terkena jangkitan rupanya bila Bella pergi check dekat klinik. Allahuakbar. Sakit sangat. Doktor kata Bella ni sensitif. Jenis yang sensitif, benda yang kena masukkan ni jangan cuba lagi. Jangkitan tu pula memang takda ubat specific yer. Ubat tahan sakit je Bella dapat. Jadi memang lamalah Bella tahan sakit dan biarkan ia baik sendiri. Insaf. Bella buang semuanya.

Dua produk ini, dua - dua menyebabkan USAHA HAMIL HINGGA MEMUDARATKAN DIRI kepada Bella. Menyebabkan Bella sangat takut nak makan sebarang ubatan moden dan yang jenis kena masukkan ni. Korang pun kalau nak usaha kena berpada - pada. Kalau dah sakit apa pun tak jadi. Lebih baik usaha untuk hamil dengan rasa gembira. Tapi itulah, perasaan nak mencuba tu kuatkan? Mana tahu cuba menjadi. Usahakan tangga kejayaan. 

Ini Bella kongsikan pengalaman Bella, korang boleh tentukan sama ada nak cuba atau tidak. Bella tak cakap produk ini tak bagus, cuba produk ini tak sesuai dengan Bella. Dua - dua produk ini buatkan Bella masuk hospital tak semena - mena. Produk - produk dan usaha - usaha Bella yang lain Bella ada kongsikan dekat link dibawah. Boleh baca. 


Semoga usaha korang menemui jalan kejayaan dan jangan putus asa. Teruskan berusaha dan berdoa. Yakin dan percayalah keajaiban berlaku setiap hari. Tepat pada masa yang kita betul - betul bersedia. 

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA

$
0
0
Bella berkesempatan untuk melawat muzium semasa di Korea. Jadi Bella nak kongsikan PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA. Mana tahu ada yang berminat untuk merasai pengalaman yang sama macam Bella. Mesti korang tertanya - tanya kan? Muzium Korea sama ke macam muzium dekat Malaysia? Jom Bella bawa korang. Bella tunjukkan mana yang Bella sempat ambil gambar jela ye. Apa yang Bella tunjukkan ini, hanyalah suku je. Pengalaman yang sebenar mestilah dirasai kalau pergi sendiri.


PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

Bila sampai saja ke Muzium ini, sekali lagi kami teruja sebab banyak sangat pepohon sakura dekat sini. Masing - masing sibuk bergambar termasuklah Bella. Warna bunga sakura dekat sini pun lain. Putih - putih pink macam tu. korang boleh tengok harga tiket untuk masuk dalam muzium ini. Kalau korang nak tahu, industri arang batu ini amat penting untuk industri di Korea dahulunya. Tapi, penurunan dan permintaan dalam industri arang batu semakin menurun bila industri gas dan petroleum mengambil alih. Jadi, muzium arang batu ini dibina di Mungyeong untuk menunjukkan kepentingan dan sejarah industri arang batu ini kepada ekonomi negara Korea. 

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

Kami terus dibawa ke tempat tarikan yang dinamakan "Exciting Mine Tour With Doctor Spider".  Memang menarik bagi Bella, cuma Doctor Spider tu terangkan dalam bahasa Korea. Kenalah buat - buat faham atau tengok jela sekeliling jadi apa. Train ini akan membawa kita sepanjang 304m kedalam selama 15min. 

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

Bila kita dah naik train dekat platform, kita akan dibawa ke time terminal. Muncullah Doctor Spider yang dipancarkan dan membentuk animasi yang bergerak dan sentiasa mengikuti kita. Menarik sangat - sangat. Kalau bawa kanak - kanak idea memang akan menarik minat kanak - kanak untuk terus fokus mendengar sambil berseronok melihat animasi yang dipertontonkan. Kita akan melalui zaman dinasour dan melihat bagaimana pengakhiran zaman dinasour ini berlaku disebabkan oleh letusan gunung berapi. Pupus semua kehidupan masa tu.

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

Kesan daripada gunung berapi inilah munculnya arang batu yang ditemui oleh manusia. Jadi melalui perjalanan kereta api yang kita naiki ini, kita akan dapat lihat bagaimana arang batu ini diproses oleh manusia. Kesemua patung - patung ini bergerak - gerak dan bersuara tau. Suasana pun macam dalam gua macam tu. Pengalaman yang menariklah bagi Bella. 

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong

Bella sempat juga singgah di tingkat 2, yang menunjukkan berbagai lagi kesan peninggalan industri arang batu. Diceritakan juga kondisi pekerja disini yang susah dari segi fizikal dan mental. Tempat kerja yang bukan saja sempit tapi juga sangat panas sehingga 30c. Mereka sentiasa berpeluh dan tiada pakaian keselamatan yang dipakai. Topeng muka pun mereka takada. Tempat tinggal mereka waktu ini hanyalah sebesar sarang tikus. Bila Bella baca memang susahlah industri arang batu ni waktu tu. Sekarang pun banyak kerja yang susah kan? Korang kalau nak ke sini boleh pergi dengan Jungbu Naeryuk Expressway. Ia mengambil masa 1jam 20min dari Seoul dan 2jam 30min dari Busan. Maklumat lanjut :-

Alamat :-
112, Wangneung-gil, Gaeun-eup, Mungyeong, Gyeongsangbuk-do,
746-904, Republic of Korea

Tel No :- 
+82-54-550-6424 / +82-54-571-2475

Waktu Operasi :-
Summer season (Mar 1- Oct 31) : 9.00 - 18.00
Winter season (Nov 1 - Feb 28) : 9.00 - 17.00
Public Holiday : Jan 1, Korean New Year and Chuseok
Estimated time : 2 Hours

Price :- 
PENGALAMAN MELAWAT MUNGYEONG COAL MUSEUM KOREA, bercuti ke korea, korea, mungyeong


   

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

$
0
0
Kawan Bella ada cakap, Bella nampak happy sangat walaupun takda anak. Setiap kali Bella nak pergi travel mesti ada yang perli. " Wahhh!! really enjoy your life ye?" Bella tak faham, berdosa ke Bella nak bahagia walaupun masa tu Bella tak da anak lagi. Korang faham tak yang orang tak ada anak ni, perlukan suntikan positif. Suntikan semangat. Korang asyik perli saja. Korang tahu tak yang sikap manusia akhir zaman ni adalah menunjuk - nunjuk berapa banyaknya harta yang dorang dah kumpul dan berapa ramainya anak yang dapat dorang lahirkan. Bella nak tanya korang, SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?  Seronok sangat ke korang mengata dan bagi kata - kata negatif dekat orang yang takda anak ni?

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Bella selalu teringat - ingat beberapa perkara yang orang sekeliling cakap, tanya, nasihat dan perli Bella. Bella pernah terbaca yang ada suami meluahkan rasa kesian pada isterinya yang selalu kena perli dalam group wasap family sampai keluar daripada group wasap tu. Bella pun pernah. Tengah rancak - rancak berborak dan bertukar - tukar pendapat tiba - tiba ada seorang yang cakap ala, harta dunia tak penting mana pun, yang penting ada anak. Anak adalah harta dunia dan akhirat. APAAA??? Padahal masa tu tengah berbincang pasal minyak wangi je. Bella bagitahulah minyak wangi kesukaan Bella. Bukan menunjuk, tapi bagitahu apa yang Bella pakai je. Dorang kata itu semua dunia. Kalahkan penyataan Bella dengan sentuh pasal anak. Bella pun keluar group dengan meninggalkan ayat. 

" Janganlah ditanya soalan mengenai anak pada orang yang sedang diuji tanpa zuriat, kita tak tahu usaha dia macam mana, berapa banyak duit dia dah abis dalam usaha mendapatkan zuriat, berapa tabahnya dia menghadapi ujian ini, Janganlah digores lagi perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t" 

Lebih kuranglah ayatnya berbunyi macam ni sebab Bella screenshot ayat tu. Kalau korang pernah dengar ayat macam ni lebih kurang tolong baiki ayat Bella nanti baiki ayat dekat atas tu. Lepas Bella letak ayat tu Bella keluar group. Bella pun tak pasti apa dorang kata. Baik Bella keluar sebelum Bella makin kurang ajar bila duduk dalam group tu. Ahaks.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Keluarga terdekat memang akan selalu bertanya sebab dorang mungkin risau. Kalau pihak Bella mak Bella lah yang selalu akan lemparkan kata - kata pedas yang mensiat - siatkan hati Bella. Impaknya bila orang luar tanya atau perli Bella soal anak, Bella dah jadi lali dah. Sebab kata - kata mak Bella paling padu. Nasib mak je. Bella biarkan kata - kata tu keluar telinga kiri dan masuk telinga kanan. Alhamdulilah Bella direzekikan dengan mak mentua dan ayah mentua yang sangat baik dan tak pernah mempersoalkan mengenai anak dekat Bella. Kagum Bella dengan dorang. Dorang sangat tabah dan sabar walaupun Bella mengahwini anak kesayangan dorang. Takdalah sesi perli memerli terdengar ditelinga Bella.

Sedara mara yang lebih. Ada seorang makcik bawang ni, tanya Bella. "Anak dah berapa orang?" Bella jawab takda lagi. Depan Bella dia cakap takpelah. Sabar. Belum rezeki lagi. Belakang Bella, beria - ia dia cerita. Wei! Dorang dah kawin 5tahun takda anak lagi! dengan muka - muka dia bercerita. Amboi makcik. Talamnya.

Bila Bella balik dari bercuti, ada sedara tanya. " Hari tu pergi bercuti Indonesia ke? Takda ke bawa balik anak angkat seorang dari sana?" Nak ku kaki kan je. Ingat anak ayam nak bawa senang - senang. HB senyum je. Bella pun senyum je. Anak angkat ni Bella dah cadangkan dekat HB. HB taknak. Bella sampai menangis fikir macam mana ni? HB tak nak ambil anak angkat. Sebab tulah bila Bella fikir - fikir dia nak anak sendiri, lebih baik izinkan je dia kahwin lain. Remuk hati. Hancur sangat. Nasib baik HB selalu fikir dia muda lagi. Banyak masa lagi. Jadi dia sangat relax dan kata sabar je.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Sedara - mara yang pegang perut tanya ada isi ke ni? takda lagi ke? mana boleh takda? Gemuk nampak sekarang. Ada isi kot? Dulu seboleh - bolehnya Bella takut gemuk. Sebab soalan makin mencabar. Belum lagi yang pas dekat anak suruh tanya."Makcik bila nak ada anak? Pakcik suka budak tu, pakcik dah tak sabar nak ada anak tu." Soalan - soalan biasa yang akan kedengaran menyanyi - nyanyi di cuping telinga. Lali. 

Makin menyirap bila dekat tempat kerja cuti nak pergi Travel atau raya tak lulus sebab alasan, takda anak. "Cuti ko tak lulus ye, sebab nak bagi dekat orang yang ada anak bawa anak - anak dorang berjalan masa cuti sekolah ni.""Buat apa ko ambil cuti masa cuti sekolah? ko bukan ada anak pun.""Raya tahun ni, ko takdapat cuti. Bagi orang yang ada anak cuti lama sikit dengan anak - anak dorang." Pedih tak alasan macam ni? Korang rasa, salah ke kalau Bella kurang ajar dengan Boss sebab bagi alasan bodoh macam ni? Memang meminta sangat kan? Lepas tu benci Bella. Suka hati ko lah Boss. 

Sebab Bella selalu travel sangatlah kawan - kawan cakap dan perli "Ko taknak anak lagi kan? sebab ko nak jalan-jalan""Betul ke ko nak anak? kalau nak mesti dah lama dapat.""Ko bolehlah berjalan sana - sini, duit banyak. Anak takda.""Ko ni asyik pergi honeymoon je. Hasil tarak" Hello? Ko kawin pun belum. Ko ingat main malam tu esoknya mengandung ke? Bella pun tak pernah tanya dia bila dia nak kawin. Kalau Bella yang sound dia mahu menangis tu. Bella sabar je. Soalan dan ayat ni dari orang yang lain-lain ye. Bayangkan macam mana Bella hadap. Alasan ada anak tak boleh pergi jalan - jalan memang tak boleh pakai. Dulu masa ko takda anak ko tak gi mana pun. Ni anak - anak dah besar takda plak Bella tengok dia pergi travel. Lagi satu rezeki bila dah ada anak lain. Lagi bertambah. Jangan salahkan anak dalam soal rezeki. Tak belajar punya orang.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Bila ada yang lagi advance yang bagi kata - kata pedih seolah - olah Bella takda usaha dan tak nak berusaha. Ceritakan kisah dia yang kawin banyak kali sebab nak anak. Semua perempuan yang dia kawin sebelum ini tak dapat bagi zuriat dan dorang bercerai dan dia kawin lagi. Suruh bini dia buat operation supaya mengandung dan Bella tak buat semua itu. Terus dia lemperkan dan labelkan perempuan yang dah kawin tapi takda usaha macam bini dia tu, pentingkan diri sendiri.

Kata - kata dia sangat pedih. Menangis - nangis Bella cerita dekat HB. Bella tanya dekat HB, betul ke Bella ni pentingkan diri? Betul ke Bella sekat kebahagian HB? Sekali lagi Bella paksa HB kawin lain. Sebenarnya takda siapa tahu betapa sanggupnya Bella derita asalkan HB bahagia. Sakit sangat hati Bella dengan ayat dia tu. Walaupun kata - kata dia sangat umum. Tapi sebab Bella takda anak, kata - kata dia tepat kena dekat hati Bella. HB kata tak semestinya kalau dia kawen lain dia dapat anak. Kalau tuhan kata bukan rezeki dia dapat anak dia kawin 4 pun belum tentu ada rezeki anak. Terima kasih sayang untuk kata - kata penguat semangat tu.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Bila kawan, lawan, sedara mara atau orang yang memang Bella kenal tegur atau perli itu boleh tahan lagi. Paling tak tahan bila orang yang pertama kali jumpa, tak kenal pun. Saja duduk sembang, tiba - tiba tanya pasal anak dan bagi nasihat. Bella ingat ada seorang lelaki ni. Cakap punyalah kasar. Kami duduk di hotel. Masa sarapan pagi dia minta nak duduk sekali mungkin sebab dia bosan nak makan sorang - sorang. Sembang - sembang dia tanya pasal anak dan terus cakap."Adik abang ada seorang juga takda anak. Bila abang tanya sama juga dia jawab, takda rezeki. Hei, Bulls**t la. Bukan takda rezeki takda usaha tu." Sambil memandang kami. Kasar giler kan? Kami diam je, tanda hormat.

Lepas tu dia pun bagi tips dan dia kata dia dapat rasakan yang hati kami suami isteri masih tertutup antara satu sama lain. Maknanya kami masih menyimpan rahsia besar yang masing - masing tak tahu lagi. Apa - apa rahsialah. Abang tu kata ambillah satu hari lepas solat sama - sama luahkan segala rahsia dan isi hati. Luahkan segala - galanya dan benda ni boleh buat sekali je. Jangan buat banyak kali. Bella ada ajak HB buat, tapi HB asyik cakap nantilah. Mungkin dia ada rahsia yang Bella tak tahu. Tapi bagi Bella tak penting pun sebenarnya rahsia sebelum kahwin atau rahsia yang tak penting. Buat apa nak buka aib sendiri sedangkan Allah s.w.t pun sembunyikan aib kita. Korang bolehlah cuba buat sesi luahan hati suami isteri. Penting juga sebenarnya. Bukakan hati seluas - luasnya untuk suami, dan macam tu jugalah suami. Terimalah segala - galanya keburukan pasangan masing - masing.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Tak cukup dengan tu, Bella ada beli sofa. Pengangkut sofa tu tanya kami anak mana? Dia berbangsa India. HB cakap kami takda anak lagi. Dia terus cakap baru kahwin ke? Standard. Biasa sangat. kalau kami cakap takda anak lagi mesti orang kata owh baru kahwin ya? Padahal dah lama kahwin dah. Bila kami cakap dah lama kahwin dia pun cakap dia nak dapatkan anak pun lambat. Dia usaha sana sini. Dia kata cepat - cepatlah ada anak, takda anak ni bosan. Sunyi. Ewah - ewah macam minta kena tendang keluar je. 

Bagi kaum india, soal anak ni lagi sensitif. HB kata masa dia nak buka akaun bank dia tanya dekat seorang india ni anak berapa orang? Soalan biasalah untuk buka akaun bank. Dia terus menangis. Dia kata dia takda anak lagi. Dia kesian dekat bini dia. Setiap kali ada perayaan bini dia tak boleh balik kampung sekali. Rupanya pasangan yang takda anak ni, orang India anggap dia bernasib malang. HB cakap dia pun faham sebab dia pun takda anak lagi. Tulah bila HB buat sijil kelahiran Afham, dia menangis sebab dia kata macam mimpi ada anak yang berbin kan dia. Alhamdullilah. Dia kata selalu buka akaun anak orang je. Bila tengok sijil kelahiran anak orang dia selalu terfikir bilalah ada sijil kelahiran anak sendiri. Ingatkan tak kisah. Hati ada taman juga sebenarnya. 

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Sebenarnya buat pengetahuan abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan semua manusia dibumi ini. Soalan ini korang tak payah nak tanya. Soalan bila nak dapat anak, kenapa takda anak lagi, dah ada isi ke? Tak payah. Tak perlu. Pasangan itu sendiri dah menangung 1000 beban dekat bahu, sedang cuba redha, sedang cuba terima kekurangan hidup. Korang tak perlu tambah lagi. Korang ingat bila tanya soalan macam tu hubungan makin erat ke? Takdanya makin menyampah lagi adalah. Banyak lagi topik boleh dibualkan selain daripada topik anak. Ok?

Buat pasangan yang takda anak lagi, Bella dah melaluinya. Satu je Bella pesan, soalan - soalan macam ni akan menambahkan lagi kerisauan, kegusaran dan perasaan negatif dalam diri korang. Kalau boleh elak, korang elak je orang - orang yang selalu soal benda ni. Kalau tak boleh elak, hadap tapi jangan masuk dalam hati. Keluarkan balik di telinga kanan atau kiri. Positif kan diri sangat penting juga dalam TTC. Suami, tolonglah bagi semangat dekat isteri. Tolonglah sama - sama berusaha dengan isteri. HB Bella selalu nasihatkan Bella bila tengah sedih soal anak ni. 

HB kata, "Jangan sedih sangat, kita Alhamdulilah bahagia. Boleh beli apa yang kita nak. Boleh jalan - jalan mana kita nak pergi. Cukup lengkap ada rumah kereta. Rezeki kita dah banyak sangat. Ada orang ada anak hidup susah. Ada orang rezeki kawin pun tak sampai lagi. Kita sekurang - kurangnya boleh capai banyak impian kita dulu. Banyak nikmat yang kita dapat. Sayang tak payah suruh dear kahwin lagi dear nak anak dengan sayang." Ok. Kesat air mata sambil tidur berpelukan. Gitew. Halal ok. Tanya sangat bila nak ada anak kan? Terus buat. Hahaha.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Ingatlah, Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Hati - hati dalam berbicara. Jangan sampai jatuh kufur. Bella doakan semua yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t ini dikurniakan zuriat. Korang doakan anak soleh Bella ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang sentiasa dilindungi olehNYA. Aaminn. 

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA

$
0
0
Meneruskan pengembaraan di Mungyeong dengan melawat TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA. Terbaik sungguh ya, tempat pengambaran dorang buat khas. Takdalah pergi sewa rumah orang, kacau jalan raya, buat dalam dewan. Tempat ini memang benar - benar wujud tapi tiada penghuni. Apa yang paling istimewa mengenai tempat ini bagi Bella, ia kelihatan sangat kuno dan mengimbau nostalgia zaman kegemilangan kungfu masa dulu - dulu. 

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di kore,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di kore,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di kore,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di kore,

Meninggalkan Mungyeong Coal Museum dan menuju ke Mungyeong Saejae yang berdekatan antara satu sama lain. Mungyeong Saejae terletak diatas bukit dan untuk mendaki keatas, subway yang bercermin disediakan. Gigil kaki Bella masa masuk dalam Subway ni. Nampak bawah wei. Nasib baik bukan tergantung. Terletak atas rail dan jalan perlahan- perlahan saja. Sempatlah melihat pemandangan yang sangat menarik sementara sampai ke tempat pengambaran Mungyeongsaejae ni. 

Sebenarnya tempat pengambaran filem ini sangat luas dan besar. Masa amat mencemburui kami, jadi kami hanya memilih satu set pengambaran saja untuk dilawati. Antara set pengambaran yang terdekat ia termasuklah :-

  1. Pyeongyang palace
  2. Goguryeo palace, Silla palace
  3. Prime minister Yeon Taejo's House
  4. Kim Chunchu's house
  5. Silla village
  6. Kim Yusin's house
  7. Goguryeo village
  8. Ansiseong castle
  9. Village within castle
  10. Yodong castle
Banyak kan? Bella tak pasti kami sempat pergi set pengambaran yang mana satu. Apa yang penting, kami tak boleh pergi jauh-jauh sebab kami diberi masa beberapa jam saja.


TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

Bila sampai saja tempat pengambaran Mungyeong Saejae ini memang Bella terpegun dengan keindahan dan keunikan tempat ini. Paling seronok sebab ada banyak pepohon sakura yang sedang berbunga lebat. Wow!! suka.suka.suka. Kecantikan tempat ni, memang terjaga dan memang selalu nampak filem aksi kungfu berlakon dekat tempat yang macam ini. Cantik sangat dengan mengekalkan senibina purba. Ia bukan dibina suka - suka tau, ia dibina setelah mengkaji sejarah purba dulu - dulu. 

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

TEMPAT PENGAMBARAN MUNGYEONG SAEJAE DI KOREA, bercuti ke korea, bercuti di korea,

Banyak dah pengambaran filem dijalankan disini, antaranya Yeon Gaesomun, The Great King Sejong, Jamyeonggo, Empress Cheonchu, Queen Seondeok, Gyebaek, King Sejong, Jamyeonggo, Empress Cheonchu, Queen Seondeok, Gyebaek, King Geunchogo, etc. Banyak lagi. Kalau Bella tulis semua pun korang mesti tak tahu filem mana satu. Bella pun rasa tengok satu filem je. Itupun tak pasti betul ke pengambarannya dekat sini. 

Tak banyak Bella nak perkatakan tentang tempat ini selain daripada ia amat sesuai untuk yang kaki ambil gambar, kaki ootd, kaki selfie, ini tempat terbaik untuk korang. Ini memang tempat instagramer. Instafamous wajib singgah sini. Bella tak banyak masa. Instagram Husband pun tak ikut jadi janji ada jela. 

Maklumat lanjut :-

Location   :- 108, Wangneung-gil, Gaeun-eup, Mungyeong, Gyeongs angbuk-do, Republic of Korea.

Area         :- 43,999m2

Cons Area :- 3,189m2 (3 palaces,42 tile-roofed houses, 37general house and 3 castles)

Film Sets   :- 1st film set - Pyeongyang castle, Goguryeo Palace, Silla Palace and Castle Village.
                      2nd film set - Ansiseong castle and its village.
                      3rd film set - Yodong castle and its village.

Bus           :- From Seoul (1Jam 20min) Dong Seoul Bus Terminal - Jeomchon (every 30min)
                     From Daegu (1jam) Bukbu Bus Terminal - Jeomchon (every 30-40min)
                     From Daegeon (2jam) Intercity Bus Terminal - Jeomchon (every 1hour)

Train        :- Towards Gimcheon, Daegu, Busan at 6:58 (first train) 5times a day
                     Towards Yeongju, Gangneung at 10:18 (first train) 5times a day

DIUJI MENGANDUNG LUAR RAHIM

$
0
0
Assalamualaikum, sebelum ini Bella ada ceritakan yang Bella Rezeki Hamil Setelah 7 Tahun boleh baca link ini. Tapi sebenarnya kandungan tu tak jadi. Bella DIUJI MENGANDUNG LUAR RAHIM. Sangat - sangat diuji dan diduga. 7tahun tunggu, Alhamdullilah. Mengandung tapi luar rahim. Bella nak kongsikan dengan korang pengalaman Bella mengandung luar rahim ataupun etopic pregnancy.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Masa Bella dapat tahu Bella mengandung tu, kami tengah bersiap - siap nak balik Kedah. Masa nak balik Kedah tu Bella rasa badan tak sedap sangat. Rasa malas tau. Dah tidur dari pagi sampai petang pun tetap penat. Period Bella jenis tak tetap. Tapi sengajalah buat Pregnant C Test sebab Bella memang pantang badan rasa lain macam sikit memang terus test. Kah2x. Sekali tu naik dua line! Macam tak percaya. Tunjuk dekat HB. Reaksi HB biasa je. Tak dalah menjerit happy ke apa sebab benda terkejut kan? Macam tak percaya dengan C test tu. Bella terus bagitahu mak Bella. Mak yang menjerit Allahuakbar, Istighfar dan mengucapkan Alhamdullilah banyak kali. Bella bagitahu mak yang Bella nak balik Kedah. Mak tak bagi sebab perjalanan jauh. Kandungan pun baru lagi. Tapi HB paksa balik juga. Dia kata "Takda apa. Ok je."

Sepanjang perjalanan Bella rasa tak sedap hati dan badan. Pergi tandas tengok ada keluar coklat - coklat. Bukan darah. Bella jadi takut sangat. Dalam hati Bella, ini semua salah HB. Mak dah kata jangan balik sebab bahaya. Gegar - gegar semua. HB pun bawa laju. Sepanjang perjalanan Bella menangis. Kiralah berapa jam Bella menangis. Kalau tadah air mata tu mahunya secebok. HB pegang tangan Bella pun, Bella tepis.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Esoknya kami pergi klinik dekat Kedah untuk pastikan yang Bella mengandung dan kandungan Bella tu ok. Doktor check dan bagitahu confirm Bella mengandung. Doktor kata " Panggil suami masuk. Alhamdullilah. Tahniah. Ini memang mengandung ya. Lama dah tunggu anak kan? Macam Siti Nurhaliza la. Bolehlah ni buat kenduri kesyukuran. Saya scan pun baby memang dekat dalam rahim la ya. OK. Alhamdulilah" HB terus peluk Bella. Dia kata barulah boleh seronok sebab dah confirm. Kami sama - sama memanjatkan rasa kesyukuran dan Bella rasa macam tak percaya je. 

Bella bagitahu dekat mak mentua Bella je. Lepas tu kami balik KL. HB pun bawa kereta perlahan - lahan sebab takut kuar apa - apa lagi. Minggu pertama Bella rasa ok je. Takda muntah teruk. Takda mengidam apa - apa cuma kuat tidur je. Setelah Bella berbincang dengan HB untuk anak pertama ini mestilah kami mahukan yang terbaik. Jadi kami fikir swasta adalah pilihan terbaik. Kami tak buat buku pink pun. Kami terus buka buku check up dan nak bersalin dekat Putra Medical Center Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh dengan Doktor Marsha. Tambahan lagi dekat dengan tenpat kerja HB dan rumah kami.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Masa kali pertama kali check up, dan doktor scan dia kata tak nampak apa - apa dalam rahim Bella. Bila Bella tunjukkanlah scan dekat klinik haritu, tapi doktor kata "saya tak pasti yang scan ini tepat atau tidak!" Muka HB dah lain sangat - sangat masa ni. Doktor kata takpe, kita tengok next appointment. Period tak tetap, jadi susah nak tentukan bayi berapa minggu dan doktor suruh kami berdoa banyak - banyak. Sebelum balik doktor bagi suntikan kuatkan rahim dan bagi asid folic. Macam tu je. Masa ni kami memang tak tahu ada dan wujudnya istilah mengandung luar rahim. Ingat kalau mengandung mesti dalam rahim la. Eh! Bila Bella Google banyak lagi rupanya penyakit dan masalah mengandung ni.

Minggu seterusnya Bella dah mula alahan. Muntah kadang - kadang je. Tapi mula tak selera makan. Makanan langsung tak boleh masuk tekak. Menangis - menangis Bella paksa diri makan. Paling tak boleh tahan perut Bella mula sakit. Bella pun fikir Gastric Bella datang sebab Bella tak makan. Bella Google, tanya kawan - kawan yang sudah mengandung ada tak yang sakit perut. Ada yang kata ada. Dorang kata mengandung ni alahan memang pelik - pelik. Jadi Bella tak ambil pusinglah. Bella baca selagi tak keluar apa - apa cecair atau darah, kandungan itu masih ok. Bella pun harap kandungan ini ok, jadi selagi boleh bertahan memang Bella tahan.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Bella walaupun tak selera makan, tapi Bella amat menyayangi kandungan Bella. Hari - hari Bella cakap dengan perut Bella walaupun masih kecil, dan hari - hari Bella ambil gambar perut sampai HB risau. Yela kandungan baru sangat kan? Apa - apa pun boleh jadi. Bella positif je. Bila kita positif mestilah benda positif je yang jadi kan? Tapi perut Bella semakin hari semakin sakit. Kaki sampai sejuk. Sampai Bella pakai stokin sebab memang ingat perut masuk angin. Sakit perut Bella tu sampai tiap - tiap malam Bella susah nak tidur menangung kesakitan. Tapi Bella selalu berdoa " Ya Allah s.w.t aku terima kesakitan yang kau beri ini. Aku redha. Asalkan zuriat didalam rahimku ini sihat dan terus membesar."

Kemuncak kesakitan bila hari itu HB ada Dinner company. Dua dinner lagi. HB tanya Bella boleh ke dia pergi. Bella kata ok. Sebab masa tu Bella memang ok. Lagipun Dinner company kan setahun sekali. HB pun pergi sambil berpesan jangan lupa makan nasi. Bella pun tak faham. Kenapa Bella asyik nak kena makan nasi je. Bosan Bella. Malam tu perut Bella makin sakit. Bella telefon HB suruh balik cepat dan bungkuskan nasi. Bella tak larat nak masak. HB balik dengan buat muka. Yela ganggu dia nak berseronok. Kecil ati Bella masa tu. Bella mengandung kan. Tambahan pula Bella sakit. Bella bukan suka - suka nak paksa dia balik. Lelaki kena tahu, perempuan tak akan mengadu kalau benda tu sikit. Benda tu teruk atau terseksa sangat barulah perempuan akan mengadu. Bella macam  tu la.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Bella bagitahu dekat HB Bella sakit perut sangat. HB tanya nak pergi klinik ke? Hospital ke? Bella bila tengah sakit sangat, Bella akan diam. Diam sebab bila Bella bercakap atau buat apa - apa akan keluar sekali dengan marah. Jadi lebih baik Bella diam dan biarkan HB buat keputusan dia sendiri. Bella tak sangka dia bawa Bella pergi klinik swasta saja. Doktor tu tak periksa Bella pun. Dia nasihatkan kami untuk pergi hospital dan bekalkan Bella dengan ubat tahan sakit. Balik dari klinik tu Bella macam ok. Bella pergi mandi.

Lepas mandi, Bella rasa pening. Bella pakai baju dan terus duduk. Lepas tu HB tanya ok ke? Bella terus baring dekat karpet ruang tamu sebab Bella rasa macam nak pitam! Bella tak boleh buka mata. Perut rasa sakit nak mati. Terasa urat saraf Bella ditarik dari bahu kebawah. Bella menjerit - jerit sakit dan HB Kata "Heh!! Jangan jerit, jiran dengar. Esok kita pergi klinik." Bella tak boleh nak cakap apa - apa dan terus baca semua ayat dan surah yang Bella ingat. HB baring sebelah Bella sambil urut belakang Bella. Bella tertidur dan Bella akan tersedar sebab sakit sangat. Bella sebenarnya tak pasti Bella tertidur atau pengsan! Setiap kali tersedar Bella akan meronta - ronta dan menjerit. HB pula tak abis - abis suruh sabar dan tunggu esok untuk pergi hospital. Bella tak tahu apa dia fikir masa tu. Bella banyak kali juga tersedar yang HB tengah berdengkur sebelah Bella. Sabar jela. Bella cuba sedaya upaya tahan sakit sebab tak nak bagi HB risau tapi memang tak tertahan. Memang sakit sangat.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Bella dah rasa betul - betul tak tahan dan cakap dekat HB bagi ubat tahan sakit yang klinik bagi tu. Masa ni Bella dah redha. Bella dah sedar yang zuriat dalam rahim Bella ini tak akan selamat. Masa makan ubat tahan sakit tu Bella dalam hati terus berdoa. "Ya Allah s.w.t aku redha dengan ujianMU ini." Telan 2 biji ubat tahan sakit. HB masa bagi ubat ni muka dia sayu je. Lepas telan ubat tu sakit sikit pun tak kurang. Bella masih menjerit  kesakitan dan terus cakap dengan HB call ambulance. Tak tahan sangat dah. Ambulance datang dan Bella tak boleh bangun. Bella hanya dapat cakap tanpa boleh buka mata dan Bella cakap saya tak boleh bangun. Sakit sangat. Jadi pembantu ambulance tu dengan HB angkat Bella turun. Rumah Bella tingkat dua. Terima kasih banyak - banyak untuk staff Hospital Sungai Buloh.

Sampai je dekat hospital semua doktor jalan lengang kangkung sebab masa ambulance masuk dorang jerit gastric 10x. Jadi doktor suruh Bella terlentang. Bella dari kul 9malam sampailah 3pagi sampai dekat hospital Bella memang mengiring saja. Mengiring je buatkan sakit Bella kurang. Sampai sakit satu badan Bella sebab mengiring lama sangat. Rasa sakit tu tetap ada sampai sekarang walaupun Bella berurut banyak kali tau. Bila doktor suruh terlentang Bella cakap tak boleh. Doktor tu kata "Kalau awak tak terlentang macam mana awak nak baik? Macam mana kami nak tolong awak?" Bella tetap tak terlentang. Doktor tu tarik je cadar bawah badan Bella dan Bella terus terlentang sambil Bella jerit sekuat hati. Nasib pagi. Orang memang tak ramai.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Bila doktor tanya "Awak pasti awak mengandung?" Bella kata "Ya". Terus doktor tu masukkan wayar dan paksa air kencing keluar. Sakit. Sakit sangat. Dengar doktor kata "Positif". Lega Bella. Maknanya mungkin anak dalam perut Bella masih ok. Doktor kata lagi "Awak memang pasti ke dalam rahim." Bella kata "Ya. Saya dah scan dekat klinik". Doktor ambil mesin scan dan cakap "Awak tahu tak awak mengandung luar rahim dan sekarang dah pecah merata dalam perut awak. Sikit lagi nak naik ke jantung." Bella dengar diam je. Dalam hati "Ya Allah s.w.t aku redha." Bella redha janji sakit Bella yang tengah tanggung ini berakhir.

Terus Bella dibawa masuk ke bahagian kecemasan dan akan dibedah secepat mungkin. Doktor terus bagi Bella ubat penahan sakit supaya Bella tenang. Ya lepas tu Bella memang tenang dan masih mampu tersenyum. Bella diberikan penerangan mengenai pembedahan yang akan dijalankan. Doktor kata kalau boleh tebuk dorang tebuk saja. Jika pembedahan hanya perlu tebuk maknanya hanya pembedahan kecil. Kalau tak perut Bella terpaksa dibelah macam orang bersalin. Bella setuju. Doktor darah minta sign kalau - kalau kena masukkan darah tambahan dalam badan Bella. Doktor bius pun terangkan jenis bius yang akan digunakan. Bella sign setuju je. Takda pilihan. Sebelum pembedahan dilakukan Bella tanya doktor. " Doktor, saya boleh mengandung lagi ke?" Doktor tu serious je kata."Kalau tiub awak satu lagi ok, awak boleh mengandung. Takda masalah" Ok. Lega. Sekurang - kurangnya masih ada peluang.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Doktor cakap dekat Bella, ok mengucap dan selawat. Bella terus tak sedar. Sedar - sedar sakit masih terasa. Menggelatar satu badan. Tapi takdalah rasa urat tu kena tarik. Selesai saja pembedahan, Bella terus cari HB. HB senyum kat Bella cakap ok? Bella angguk je. Bila mak Bella datang, Bella betul - betul tak boleh tahan. Mak peluk dan kata sabar. Bella tahan tak nak menangis. Sepanjang Bella sakit Bella memang tahan diri dari menangis. Kalau menangis lagi teruk. Sesak nafas. Tekanan darah naik. Jadi Bella 100% cuba bertenang dan redha atas segala dugaan yang baru Bella hadapi ni. Adik - adik semua tanya. "Kak long tahu tak yang anak dia dah takda?" sambil berbisik. Padahal Bella memang tahu. 

Sepanjang duduk di hospital Bella tak boleh nak bergerak. Bella dapat bilik sorang. Nurse paksa - paksa Bella bangun pergi tandas. Bella tak boleh nak bangun. Setiap kali nak bangun Bella pitam. Badan sakit menahan sakit akibat zuriat Bella dah pecah dalam tiub falopio dan terpaksa dibuang. Mak mentua Bella datang lama jaga Bella. Bella terharu sangat. Menahan sebak Bella tengok mak mentua Bella jaga Bella yang berpantang tanpa anak. Ya Allah s.w.t aku redha. Tabahkanlah hati suamiku, makku, mak mentuaku, ayah mentua ku. Kami semua hambamu. Bella tak berani nak tengok luka pembedahan, bila doktor datang tengok baru Bella tengok. Alhamdulillah kena tebuk 3 lubang saja dekat perut Bella. Bukan belah.

Bermula dari Bella sakit sampai abis pembedahan, Bella tak menangis langsung walaupun Bella teramatlah sedih. Bella takut sesak nafas. Tapi malam tu Bella dah ada kekuatan untuk cakap dengan HB. "Sayang, minta maaf. Anak kita dah tak ada." Bella minta maaf sambil menangis. HB menangis juga. Dia minta maaf dekat Bella sebab tak bawa cepat - cepat pergi hospital. Dia ingat sakit perut biasa. Dia kata bersyukur sangat sebab Bella masih selamat. Ye la doktor semua kata Bella 50.50 je. Alhamdullilah Ya Allah s.w.t sekurang - kurangnya Bella masih diberikan peluang untuk memperbaiki segala kesalahan Bella.

Diuji mengandung luar rahim, etopic pregnancy

Bila ada kawan yang tahu Bella kena operate buang tiub dorang ramai yang kata, "Insya-ALLAH lepas ni senang lekat." Bella macam ye ke? Sebelum ni Bella ada dua tiub folopio pun susah nak lekat, lagi pula ada satu tiub saja. Bella redha je. Bella pantang pun tak sangat. Bella bukan pantang macam gugur tu. Bella pantang jangan bagi luka pembedahan Bella bernanah je. Bila Bella baca ia sama macam gugur, Bella macam alamak!! Bella langsung tak pantang betul - betul. Bella fikir ok kot. Zuriat Bella tak sempat pun nak masuk dalam rahim. Tapi korang jangan ikut Bella. Sebenarnya kena pantang macam gugur. Bella tak tahu. Bella fikir logik je. Nasib Bella pantang makan sebab takut luka pembedahan bernanah.

Lepas operate tu HB tolong tutupkan luka pembedahan sebelum mandi. Bella sangat - sangat bersyukur yang Allah s.w.t bagi Bella kekuatan untuk hadapai luka yang dalam ini. Korang kalau mengandung gugur pun dah sedih. Bella lagilah kena buang tiub terus. Bella fikir Bella kena kuat. Kuat dan terus kuat. Bella dah tak nak stress kan diri pasal zuriat lagi. Ini semua percaturan Allah s.w.t kalau memang dah bukan rezeki Bella, dah mengandung pun boleh tak jadi. TTC Bella bukan semudah yang disangka. Bella harap sakit ini penghapus segala dosa Bella. Ingat selagi ada rahim kita masih ada harapan untuk mendapatkan zuriat sendiri walaupun lepas pembedahan ini Bella langsung tak yakin Bella boleh mengandung lagi. Alhamdulilah. Lepas datangnya ribut petir muncul pelangi indah untuk Bella dan HB.


Viewing all 395 articles
Browse latest View live