Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

MENYANYI DI HARI KEBANGSAAN

$
0
0
Negara kita Malaysia sudah cukup dan amat terkenal dengan kesedapan nasi lemak, teh tarik, percampuran kaum, pergolakkan politik dan tidak kurang hebatnya kejayaan demi kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia dalam sukan badminton. Baik atau buruk negara kita, haruslah kita berbangga dan sambutan hari kebangsaan seharusnya disambut dengan penuh perasaan cintakan negara. Selalunya kemerdekaan amat sinonim dengan perarakkan dan memasang bendera Malaysia di kereta, hadapan rumah dan pejabat. Ini memang bagus dan menunjukkan semangat yang berkobar - kobar dalam jiwa kita. Apa kata tahun ini kita buat sesuatau yang lebih Ummph lagi? MENYANYI DI HARI KEBANGSAAN.


hari kemerdekaan


Mesti korang rasa macam, apa benda yang lainnya? Dari tadika memang dah menyanyi lagu Negaraku. Sama je tiap - tiap tahu. Tapi tahun ini lain. Ia akan mencipta sejarah dengan sesuatu yang baru, penuh harapan dan macam Bella bagitahu tadi, lebih Ummph. Ini semua idea daripada BOH yang mahu kita semua rakyat Malaysia bersatu hati dan lebih bersemangat menyanyikan lagu Negaraku. Paling penting nyanyian korang mestilah lebih kuat! lebih kuasa! lebih semangat dan lebih Ummph dari biasa. 

menyanyi lagu negaraku, lagu negaraku, hari merdeka, merdeka, boh

Boh memperkenalkan NegaraUmmph TV. Ia adalah TV e-channel yang akan bersiaran selama 24jam pada Hari Kebangsaan. Ya. Pada 31 Ogos 2018. Ia akan menyiarkan semua nyanyian Lagu Negaraku yang korang dah submit. Betul, kesemuanya. Sama ada suara korang pecah ke, merdu ke, nyaring ke, bunyi macam katak ke, takpe. Ia tetap akan disiarkan. Janji lirik betul dan mestilah dengan penuh semangat cintakan negara.

menyanyi lagu negaraku, lagu negaraku, hari merdeka, merdeka, boh

Mesti korang semua tak sabar nak sertai kan? Selalunya nyanyi dekat karaoke je kan? Kali ni keluar dekat TV e-channel istimewa pula. Cara sertainya :-

  1. Korang pergi ke link http://negaraummph.tv/
  2. Rakamkan gaya korang tersendiri menyanyikan lagu Negaraku.
  3. Klik submit untuk menghantar video yang telah korang rakam.
  4. Korang relax dan tunggu nyanyi korang akan disiarkan pada 31 Ogos bersama dengan rakyat Malaysia yang lain. Live . 
menyanyi lagu negaraku, lagu negaraku, hari merdeka, merdeka, boh

Korang tanya Bella join ke tak? Mestilah. Benda macam ni, Bella memang suka sumbang kan suara. Hah!! Siapa tak sabar nak dengar kena tengok 31 Ogos ini. Korang takkan nak tengok Bella nyanyi sorang - sorang kot. Jom sertai Bella. Submitlah video korang. Tak payah beria - ia shoot guna jurukamera pakar. Ambil video dekat rumah je. Bella ni sangkut je HP dekat atas almari pastu rakam. Senang sangat. Jangan lupa join tau. Lepas itu kita sama - sama tengok muka kita keluar TV. Gitew!!

KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN

$
0
0
Korang tahu tak yang sebenarnya selain daripada keindahan bunga Sakura, korang juga boleh merasai dan menghayati KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN pada musim bunga iaitu pada bulan April setiap tahun! Bella dah ceritakan secara kasar sebelum ini, dalam Instagram Bella siap ada video lagi. Tapi kali ini Bella nak ceritakan dengan lebih terperinci dan belanja korang gambar banyak - banyak. Boleh kan? Mana tahu ada yang kesini atau merancang ke sini. Boleh bayangkan macam mana keadaan disini. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bila Bella sampai ke tempat ini, jalan memang sesak. Ramai rupanya yang seronok dan suka bergambar dengan bunga canola ini. Bella dari jauh nampak warna kuning yang mengujakan memanggil - manggil Bella. Rasa hayunan kaki semakin laju. Rasa nak berlari pun ada. Sabar Bella. Sabar. Besar giler tu. Jap lagi sampai, berguling pun boleh. (Bella memujuk hati sendiri) . Festival ini memang acara tahunan yang diadakan setiap tahun dalam musim bunga. Masa ini, bunga Sakura ataupun bunga ceri dah nak abis dah.  Tapi cuaca tetap sejuk dan nyaman. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bella sudah semakin hampir dengan kekuningan yang tercipta dari ribuan pepohon bunga Canola. Bunga ini juga dikenali sebagai Yuchae oleh masyarakat tempatan. Sukar Bella nak terperincikan perasaan Bella masa ini. Perasaan yang bagaikan mahu menjerit melihat bunga yang Bella tidak pernah bayangkan pun dan Bella tak pernah tahu pun kewujudannya. Bunga ini macam tiada bau. Cuma, tanah disini ada sesetengah tempat sedikit lembab dan berair. Salah pijak, abislah kasut boot mahal korang kan? 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Festival Bunga Canola ini terletak berhampiran dengan bandar Gimhae. Bella kesini dengan menaiki bas yang disediakan. Tapi Bella baca, korang boleh juga kesini dengan menggunakan subway bergerak dari station Gupo menuju ke station Gangseo-gu office. Bila korang sampai saja ke Station Gangseo-gu Office, ada banyak petunjuk arah yang menunjukan cara korang hendak ke festival Canola ini. Tapi, dalam bahasa Korea la. Siapa yang pandai dan tahu bahasa Korea memang pandai. Hasil dari research Bella, Bella bagi panduan sikit la untuk korang ke sini.

Gunakan subway line 3 line yang berwarna orange kearah Daejeo dan turun di Gangseo-gu Office. Keluar sikit dan keluar exit 2.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Alhamdullilah !! dah sampai. Bella tak sabar nak berenang - renang di tengah - tengah bunga kuning ini. Ada lorong untuk memudahkan kita mendekati bunga canola ini ataupun untuk mengambil gambar. Info yang Bella dapat juga, bunga Canola ini boleh menghasilkan minyak masakan. Kandungan lemaknya sangat minimum dan sangat baik untuk menurunkan kolestrol dan menjaga jantung. Siapa pernah cuba masak menggunakan minyak dari bunga Canola ini? sedap tak? Bella tak pernah cuba lagi.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Wajah dan aksi kanak - kanak riang yang pertama kali dalam hidupnya memegang dan menyentuh bunga Canola. Petik tidaklah yer. Sayang bunga tu. Cantik - cantik nak petik. Walaupun pertama kali, aksi tidaklah tak senonoh, masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan gitew. Kecantikan bunga canola sukar diungkapkan sebagaimana cantiknya bunga sakura. Dua - dua ada kecantikkan dan keistimewaan tersendiri. Cuma Bella lebih menyukai dan mencintai warna pink. Rasa nak kunyah - kunyah je bunga sakura yang berwarna pink tu. Geram sungguh.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Pengunjung memang ramai. Terdiri daripada pelancong dan juga masyarakat setempat. Festival setahun sekali kan? Mestilah meriah. Masa Bella berjalan - jalan tu, bertemu dengan sekumpulan pelajar. Muka macam Melayu. Bila tegur, orang Indonesia rupanya. Mereka sedang sibuk memasang kamera untuk mengambil gambar keindahan bunga Canola disini. Malas nak ngangu mereka, Bella pun beransur ke tempat lain dan dari jauh Bella melihat payung - payung khemah dibuka. Apa tu? Perasaan ingat tahu yang membuak - buak, Bella berlari ke sana. Yer! Bella berlari sebab nak cerita kat korang la. Tips bila sampai ke Festival Bunga Canola. Betul. Ada benda best dekat sana.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Ia seakan - akan pasar yang menjual makanan dan hasil kraftangan masyarakat tempatan. Made in Korea. Paling penting ada makanan halal. Pergghh lega. Tapi Bella kenyang. Tambahan pula, Bella tak banyak masa. Kang beratur nak beli, makanan dapat, jelingan marah pun dapat. Jadi lepas Bella snap gambar dan tengok apa yang patut. Bella pun pergi ke kawasan bunga Canola tadi untuk menaiki bus dan ke destinasi seterusnya yang diaturkan oleh Korea Tourism (KTO) dan AirAsia - X.


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Kawasan luar juga penuh dengan berbagai jualan. Makanan pun wangi semuanya. Maklumlah dibakar. Harumnya. Tak puas sebenarnya Bella nak menghayati keindahan dan kekuningan bunga Canola. Rasa nak datang lagi memang kuat. Buat klip video  "Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmara, cinta setia". Romantik kan? Kalau ada rezeki HB pula. InshaALLAH, boleh repeat. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Selamat tinggal bunga Canola. Walaupun Bella balik tinggalkan awak jauh beribu - ribu batu, kenangan Bella memegang dan menyetuh awak Canola, takda siapa boleh rampas. Jujurnya, tempat ini teramat cantik. Terasa bagaikan berada didunia asing yang kuning. Pengalaman baru yang korang mesti cuba. Kalau mak - mak yang datang ni, mesti dipetiknya buat benih nak tanam dekat Malaysia kan? Hahaha. Ok la. Nanti Bella belanja gambar menarik yang lain pula.

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC)

$
0
0
Bila kita bercakap mengenai nilai matawang kita yang semakin merundum mengikut keadaan  ekonomi semasa, kita akan terasa yang nilai Rm50 dah macam Rm10. Pergi pasaraya, nak penuhkan troli dengan berbekalkan hanya Rm50 bagaikan mimpi. Lagikan pula dibebani dengan SST. Kalau Rm50 nilainya terasa sangat rendah dan sikit. Lagikan pula nilai Rm5. Kecil sangat kan? Budak sekolah rendah belanja sehari pun Rm5. Mungkin juga ada yang lebih. Tapi, Awas!! Bella bukan nak bercakap mengenai politik. Bella nak kongsikan NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC). Rm5 ini menjadi sangat bernilai dan sangat meringankan beban. 

SESI MEDIA SEMPENA KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Baru-baru ini, Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang memenuhi jemputan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald untuk satu sesi berkenaan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di HUSM, Kelantan. Tapi, sebelum Bella terangkan dan kongsikan dengan korang tentang NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC), Bella nak tanya, korang tahu tak? Pernah dengar tak mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)? Korang mesti ingat McDonalds, ingat ayam goreng, burger, ingat makan jer kan? Jangan malu atau segan, Bella pun macam tu. Seriously? McDonald ada Persatuan Kebajikan sendiri? Tak tahu pun!! 


LATAR BELAKANG RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC) MALAYSIA


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT


Mesti ramai yang baru tahu dan sebelum ini tak pernah tahu pun wujudnya RMHC. Padahal, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.

PROGRAM - PROGRAM YANG DIUSAHAKAN DIBAWAH RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT



Pelbagai program dan Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa. Paling terbaru adalah pembinaan Rumah Ronald McDonald yang ke 2 di Kelantan. Alhamdullilah. Bella suka dan tabik dengan semua usaha yang telah dilakukan oleh RMHC ini. 



RUMAH RONALD MCDONALD PERTAMA DI PPUKM

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald ini dibina bertujuan untuk beri kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital – contohnya macam penyakit kanser, leukimia, saraf dan lain-lain lagi. Ia amat membantu. Bayangkanlah perkara macam tu terjadi pada kita sendiri, anak kita sakit, mestilah nak berada dekat je dengan anak, sampai ada yang mungkin sanggup tidur kat surau hospital, dalam kereta, atau sewa hotel sebab risau. 

Bila ada Rumah Ronald McDonald dalam kawasan hospital, bukan ke senang nak tengok anak, tak perlu stress fikir duit sewa hotel dan dapat tidur kat tempat selesa. Hanya dengan RM5 sahaja. Nampak tak? RM5 bila dibawa ke Pasaraya nilainya amatlah kecil, tapi NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC) terasa amat bermakna dan bernilai. 

RUMAH RONALD MCDONALD KEDUA DI USM


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina ni sepenuhnya hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan orang ramai. Rumah seumpama ini akan dibina lagi di Kubang Kerian Kelantan pula. Sasaran untuk dana ini adalah 4juta. Jadi, Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah diadakan dan telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan.

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan ini, dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019. Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan.

Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima iaitu serendah RM5 untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.

APA KATA MEREKA YANG SEDANG MENGINAP DI RUMAH RONALD MCDONALD 

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Semasa sesi memperkenalkan Rumah Ronald McDonald ini, pesakit dan keluarga pesakit telah berkongsi pengalaman mereka menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Sedih. Ayah sehingga menitiskan air mata apabila mengenangkan perjalanan ulang alik yang jauh dari rumah ke hospital sebelum diperkenalkan dengan Rumah Ronald McDonald ini. Sehinggalah doktor mencadangkan emak nya menginap saja di Rumah Ronald McDonald, barulah tugas dapat dibahagikan dan lebih mudah. Ayah menjaga kedua anak perempuannya di rumah, dah emak menemani anaknya yang sakit di Hospital.

Masa Amin (pesakit) berkongsi pengalamannya sendiri menginap di Rumah Ronald McDonald, ia memberitahu yang ibunya happy sahaja bersembang dan membawang dengan ibu - ibu pesakit yang lain. Anak - anak yang sakit juga seronok sehingga lupa yang mereka sedang sakit. Amin kata, Rumah Ronald McDonald sama dan selesa seperti menginap di hotel. Ia memberikan keceriaan kepadanya. Tapi, kebanyakkan kawan - kawan yang senasib dengannya ramai yang telah meninggal dunia. Bella bangga tengok Amin, sebab dia sangat kuat. Sekuat usaha ibu dan ayahnya. Semoga Amin sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan sembuh sepenuhnya. InshaALLAH aminn. 

CARA UNTUK TURUT TERLIBAT DALAM USAHA BERSAMA RMHC MALAYSIA

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Marilah kita bersama - sama memberikan lebih banyak senyuman dan kebaikan bersama dengan RMHC. Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. 

Maklumat lanjut mengenai derma :-  https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.
Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.

Harapan Bella, semoga sasaran kutipan tercapai dan Rumah Ronald McDonald yang kedua dapat dibina dengan jayanya. InshaALLAH. Semoga yang memegang amanah, pegang betul - betul sehingga segala kebaikan terus bertaburan di negara kita ini. Buat penderma, dermalah seikhlas hati dan yakinlah dengan menderma takkan mengurangkan harta kita sedikit pun. Assalamualaikum. 

TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN

$
0
0
Semua orang ada impian. Impian bagaikan mimpi. Mimpi? Boleh ke kita mengapai mimpi? Bermakna perkara yang kita amat inginkan. Perkara atau benda yang kita mahu ia terjadi dalam hidup. Bermimpilah jika itu boleh buat korang gembira. Tetapi, tidak semua mimpi dan impian hanya sekadar angan - angan. Sebab itu Bella nak kongsikan sedikit TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN. Setakat ini Alhamdullilah, Bella dah capai banyak negara dengan simpanan. Yes. Simpanan sendiri. 


tip berbelanja

Impian Bella banyak sebenarnya. Bella pun pasti, korang mesti banyak impian. Macam bermimpi. Hari - hari kita akan mimpikan sesuatu yang berlainan. Bella mengimpikan kehidupan yang serba mudah. Tidak perlu kerja. Tapi, segala - galanya Bella ada. Tapi awas!! siapa yang selalu bermimpi macam tu. Itu bukan impian ya. Itu angan - angan. Impian mestilah logik dan perlu tetapkan suatu masa yang kita akan jangkakan impian itu akan tercapai. Wallpaper di Screen telefon bimbit Bella jelas menunjukan impian Bella. Setiap kali terpandang, Bella akan berkata, inilah impian aku. Gambar di telefon bimbit Bella adalah gambar semasa Bella bercuti di Korea pada musim sakura. Gambar wallpaper ini akan sentiasa bertukar untuk mengingatkan Bella, banyak lagi tempat Bella tak terokai. 

MENGEMBARA SERATA DUNIA 

impian mengembara serata dunia

Mimpi memang boleh jadi kenyataan dengan usaha dan jerit payah kita. Impian Bella untuk merantau serata dunia dan kalau boleh ke setiap ceruk bandar ataupun kampung sebenarnya. Tapi, buat masa sekarang, Bella capaikan apa yang dizinkan oleh suami Bella. Banyak faktor yang akan menyebabkan suami Bella tak izinkan. Keputusan dia sangat penting sebab dia yang akan menemani Bella. HB tak suka pergi negara yang sama dalam satu tahun. Jadi kenalah selang seli walaupun plan asal Bella nak ikut peta je. Cover Malaysia, Thailand, Indonesia dan semakin jauh. Jadi sekarang Bella kena langkah - langkah la negara yang Bella nak terokai tu. Owh kembali kepada tajuk asal. Berita baik, hari ini Bella nak kongsikan TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN.

IMPIAN YANG MENYERONOKKAN

cara simpan duit pergi travel

Bella pasti mesti ramai yang bercita - cita dan berimpian macam Bella. Mengembara keserata dunia. Belajar benda baru. Merasai suasana baru. Terasa diri amat kecil dan asing. Mengembara bagi Bella adalah seolah - olah kita belajar mengenal diri sendiri. Bella akan meletakkan nama - nama negara yang Bella mahu pergi dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. 

bercuti, cara simpan duit, jom bercuti

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Impian Bella menjadi kenyataan bila percutian Bella ditaja sepenuhnya oleh AirAsia. Bercuti Ke Korea tanpa perlu memikirkan masalah kewangan. Bella dapat menginap di Hotel mewah yang berlainan setiap malam. Makan apa saja yang Bella mahu.Balik dengan kenangan yang menyeronokkan. Masa itu terasa bagaikan Bella adalah manusia paling bertuah didunia.


IMPIAN TERTANGGUH

Impian Bella adalah mahu mengelilingi dunia. Bukan menjejakkan kaki ke Korea. Jadi, Bella harus mengumpul duit perlahan - lahan supaya impian Bella menjadi kenyataan. Bukan hari - hari Bella bertuah untuk mendapat tajaan. Bella buat berbagai - bagai cara agar tabung mengelilingi dunia Bella penuh. Masalah - masalah lain juga timbul satu per satu. Cuti tidak cukup, keluarga tidak bagi keluar negara lagi, tapi itu semua alasan. Ada hati, semua jadi. Percayalah. 

TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN

Masalah semua orang termasuk Bella sebenarnya adalah kewangan. Tabung mengelilingi dunia tidak penuh - penuh. Asyik kena korek. Masalah utama ini jugalah yang menjadi tembok besar yang menghalang kita daripada mengapai impian yang kita impikan. Perasaan mahu mengelilingi dunia dan mengembara sentiasa menghimpit Bella. Lagi - lagi bila Bella terpandang Screen phone Bella. Impian yang Bella fikir hari - hari. Jadi perlulah ada target dan jalan penyelesaian. 

SIMPANAN KECEMASAN DAN SIMPANAN MENGAPAI IMPIAN


Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan Bella. Tapi inilah yang Bella buat dan Bella dan pergi semua negeri dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak. Brunei, Myanmar, Macau, Hongkong, Jakarta, Bandung, Krabi, Phuket, Singapore dan banyak lagi. (Boleh tengok IG dan FB Bella kalau nak tahu.) Semua ini Bella kumpul dan menabung dengan ASB LOAN. Hah ???? Loan?  Hutang tu. Bagi korang yang tak faham dan tak tahu nak pusing korang mungkin akan rasa terbeban dan macam tak logik sungguh. Betul tak?

asb loan, pinjaman, pinjaman peribadi

Bagi Bella, ASB Loan ini bagus sebab ia bagaikan komitmen yang memaksa kita untuk menabung. Bukannya letak dalam buku atau tabung yang boleh dan senang keluar dan masuk duit. Itu dah salah. Tabung tidak akan penuh dan impian tak mungkin dapat dicapai. Teruslah impian tu menjadi mimpi. Simpanan ini, bukan saja korang boleh gunakan untuk melancong, semua jenis impian boleh tercapai kalau kena gayanya. Adik Bella, simpan dengan ASB Loan khas untuk kahwin. Target simpanan banyak mana, sampai masa. Tutup. Selamat Alhamdullilah dah pun. Anak pun dah seorang. Itu contoh lain. Impian dia berkahwin dengan cinta hati. Jadi. Tips ini untuk mengapai semua impian! 

asb loan


Bella nak cerita dan jelaskan banyak sangat, takut korang tak faham atau mesej penting tu tak sampai. Jadi, lebih baik korang WhatsApp atau call 019-2592191 Firdausuntuk maklumat lanjut. Dia akan ajar Tips dan tricks terbaik. Personal Banker yang boleh dipercayai. Telah menerima berbagai penghargaan dalam perkhidmatanya. Call atau whatsapp untuk pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kewangan saja tau. Soal hati dan perasaan jangan yer. Soal macam mana nak pusing buat jadi duit mengapai impian korang pun dia boleh tolong.  Semoga bermanfaat. 

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

$
0
0
Perempuan dan Kecantikan memang tak dapat dipisahkan betul tak? Bila dapat hadiah atau dapat beli mekap idaman, rasa macam dapat cinta yang hilang. Gitew punya seronok. Itulah sebab, bila Bella dijemput untuk menemui Mark Malaysia, Bella macam tak fikir panjang, terus setuju nak join. Mark Malaysia? bila Bella dengar nama Mark ni, Bella tak sangka ia sebenarnya adalah rangkaian terbaru daripada Avon.  Biar betul nama dia Bella rasa sangat memikat, eksklusif, elegant, cantik dan mahal betul tak? Bila Bella sampai sana, baru Bella tahu. Wow!! Terbaik la Avon. Banyak sangat peningkatan yang telah dibuat. Sekarang korang semua mesti setuju yang MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Bella melangkah masuk ke perasmian mekap terbaru Avon yang diilhamkan dari seni  untuk Gaya berimpak tinggi iaitu Mark! Jom Bella bawa korang bertemu dengan Mark. Mark adalah rangkaian makeup terbaru dan boleh dikatakan juga ialah jenama mekap terbaru yang akan memberikan kuasa dan warna baru  atau juga boleh memberikan semangat baru kepada pencinta mekap terutamanya wanita. Bella yakin, dengan Mark ini, korang mesti tak sabar-sabar nak berkarya dan membuat gaya tersendiri menggunakan make up Mark. Diinspirasikan dari seni dengan produk inovatif dan formula tahan lama ia telah dilancarkan pada 1 September 2018 jadi hari ini dia datang nak cuba kehebatan mekap Mark.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Pelancaran yang sangat-sangat meriah bagi Bella. Ia juga menunjukkan dan memberi kebebasan kepada semua pengunjung untuk mencuba semua range produk terbaru Mark. Rugi siapa yang tak datang. Bagi Bella, makeup ni sama je macam kita buat seni lukis. Tapi make up adalah seni dalam mencantikan wajah kita. Ia penting untuk menjadikan kita lebih cantik dan nampak lebih menarik. kadang-kadang ia juga membuatkan kita lebih yakin untuk sesuatu majlis. Penting juga dalam memberikan first impression kepada orang yang baru kita jumpa. Betul tak? jadi bagi Bella makeup ini adalah penting. Tapi, tak semestinya yang mahal dan berjenama. Mekap berkualiti dan dijamin kandungan yang digunakan itu penting.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Bella memilih untuk mencuba rangkaian lipstik atau gincu yang terbaru daripada Mark! ia sangat mengagumkan dan Bella sangat tak sangka ia adalah daripada rangkaian Avon. Lipstik terbaru ini telah dicipta dalam pelbagai warna, bentuk dan tekstur yang amat menarik. Ia juga melambangkan yang Avon tidak mahu ketinggalan dalam mengikut trend kecantikan dan ia amat menepati citarasa golongan wanita masa kini. Mark menginspirasikan Bella untuk lebih mencuba dalam berkarya dan mencipta entiti diri sendiri. Bagi Bella, Mark mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk menginspirasikan diri. Mark terdapat pelbagai jenis gincu yang mengubah warna serta-merta hinggalah kesemburan wajah yang menyempurnakan mekap. Bella suka!


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Jujur Bella cakap dulu, Bella macam memandang rendah pada brand makeup Mark ini sebab Bella rasa macam ia kurang berkualiti dan akan merosakkan kulit muka Bella. Tapi bila Bella Cuba, rangkaian terbaru mekap Mark ini, terus persepsi Bella pada mekap jenama Avon ni berubah! Contohnya bila Bella cuba Liquid Lip Lacquer Matte, ia bukan sahaja terasa ringan tetapi ia juga tahan lama di bibir. Kawan - kawan Bella pun setuju dan teruja untuk terus menggunakan rangkaian mekap terbaru Mark ini. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Sekarang ada lebih sebab untuk korang dapatkan rangkaian mekap Mark. Sekarang ini Mark ada promosi istimewa Mark hanging cosmetics pouch dengan pembelian mana-mana 3 barangan Mark. Mark hanging cosmetics pouch ini Kalau korang beli harga biasa adalah RM49.90, tapi dengan pembelian mana-mana barangan Mark, korang boleh dapatkan dengan harga RM12.90 sahaja. Cantik kan? tapi pouch mekap Bella special sikit sebab ada nama. Sayang nak guna tau. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Jadi apa tunggu lagi? korang tak nak rasakan ke perubahan terbaru yang dilakukan oleh Avon dalam mencipta rangkaian produk mekap terbaru iaitu Mark? Macam Bella cakap sebelum ini, MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. Maklumat lanjut :-


WEBSITE :- AVON.MY
INSTAGRAM :- AVONMY
FACEBOOK :- AVONMY
03-7965 7100 | TOLL FREE: 1-800-22-2866 (AVON)
OPERATING HOURS: 8.30AM - 6.00PM; MONDAY - FRIDAY (EXCEPT PUBLIC HOLIDAY)
AVON COSMETICS (MALAYSIA) SDN. BHD. (12757-D) AJL 93001
LOT 13A, JALAN 219, SEKSYEN 51A, 46100, PETALING JAYA, SELANGOR


Mekap adalah ekspresi, jadi pilih rona mengikut keberaniaan dan mood. Merah tanda hebat, unggu bak rebel atau kombinasikan untuk sentuhan unik. Selamat berkarya.

5 SEBAB DONS WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN

$
0
0
Sarapan. Ramai yang merasakan sarapan tak penting atau rasa macam kalau makan banyak pagi tu, nanti kita akan mengantuk di tempat kerja. Ataupun mungkin ada jugak yang "DIET ON" jadi tak boleh nak sarapan. Tapi korang tahu tak? sarapan pagi sebenarnya adalah lebih cenderung untuk kita mengekalkan berat badan yang sihat. Kita juga akan mendapat tenaga yang cukup sepanjang hari  untuk membuat sebarang aktiviti. Tidak sarapan pagi hanya akan membuatkan badan korang berada dalam mood kebuluran! dan ini akan menyebabkan badan kita untuk menyimpan makanan berikutnya sebagai lemak. Baik makan kan?  Jadi haruslah Bella Perkenalkan dengan korang  restoran yang menyediakan sarapan yang sedap di Plaza damas. Bella tertanya - tanya, kenapa kedai makan sesedap ini korang semua tak tahu. Jadi sini Bella senaraikan 5 SEBAB DON'S WARONG PILIHAN TERBAIK UNTUK SARAPAN.



1. DON'S WARONG TEMPAT MAKAN LEPAK YANG SANTAI DAN SELESA

Masa Bella sampai ke Don's Warong ini, Bella merasa sangat teruja dengan suasana santai dan relax yang ditonjolkan dalam restoran ini. Nama je warong, tapi bila masuk saja ke dalam kedai, macam lebih kepada cafe. Korang boleh memilih untuk duduk di dalam ataupun untuk duduk makan chill dan lepak diluar atau di bahagian dalam. Mungkin bagi yang merokok boleh duduk di luar dan tak merokok bolehlah pilih meja di dalam. Don's Warong ini, walaupun terletak ditepi jalan, tapi ia tidak menganggu kami yang lepak diluar.  Paling penting, Bella sukakan suasana restoran ini, yang bersih dan mengenegahkan konsep santai.




Cantik kan? Korang jangan risau. Korang duduk saja bahagian atau ceruk mana pun. Setiap meja ada butang untuk korang panggil pekerja dekat situ.



2. SARAPAN NOSTALGIA MELAYU

Bella diberitahu yang menu sarapan di sini adalah asli daripada Johor. Paling istimewa sebab ia adalah resepi turun temurun. Menurut pekerja di sini, resepi ini ditulis di dalam sebuah buku dan diperturunkan. Tapi, Bila tak pastilah pula ini generasi yang ke berapa. Kalau korang nak tahu, dekat sini ada menu ubi rebus!! seriusly! ubi rebus kan susah dapat dalam KL ni. Ia sangat sinonim dengan masyarakat Melayu kita sebab ia mengingatkan kita kepada zaman Jepun dimana semua tok nenek kita hanya mampu makan ubi rebus saja ketika itu. Jadi kalau dapat ubi rebus dekat kafe atau mana -mana restoran mesti rasa macam nostalgia sangat betul tak?


Nostalgia bercampur baur dengan keinginan untuk mengigit keempukkan ubi rebus tu kan? Korang boleh memilih sama ada mahu di gabungkan atau dicicah dengan apa. Sambal ikan bilis, kelapa parut manis atau gula melaka hiris. Bagi Bella, gabungan sambal ikan bilis sudah cukup terbaik. Harganya pula, hanyalah RM5 sepiring. Kalau korang nak set Ubi Rebus Special iaitu gabungan kelapa parut manis dan ikan kering, harganya pula RM6.50.


3. SARAPAN RINGKAS KEGEMARAN SEMUA

Bagi yang mahukan hidangan ataupun sarapan yang ringkas, tapi mengenyangkan. Jangan risau, Don's Warong turut menyediakan sesuatu yang sedap dan hidangan ini juga cukup sempurna bagi yang diet. Menarikkan? paling penting hidangan ini sedap giler . Dekat sini ada menyediakan lempeng. Bella rasa, lempeng ini adalah hidangan ringkas dan menjadi kegemaran semua. Tak kiralah budak - budak ke, orang dewasa ke, tua atau muda. Semua suka. Betul tak? orang putih panggil pancake tapi kita orang Malaysia panggil lempeng.



Ini lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan terbaik untuk lempeng ini adalah madu. Pisang tu manis - manis masam. Madu pula, akan melengkapkkan rasa. Madu bukan semanis coklat. Jadi ia sangat nice. Lempeng ini pula rasa dia tak terlalu garing dan tak pula terlalu hangit. Ketebalan dia pun memang sedang - sedang saja dan sedap bila masuk ke dalam mulut.


Ini pula lempeng pisang. Bagi Bella, gabungan istimewa adalah dengan sambal ikan bilis. Memang terangkat.  Bella tak tahu nak cakap macam  mana rasa dan kelainan lempeng yang ada dekat Don's Warong ini. Korang mesti fikir, Aalah,lempeng je pun!! tapi ini berbeza tau. Dua -  dua lempeng ini, sangat sedap. Paling terbaik, isi dia "Overload". Kalau contoh lempeng kelapa, setiap kali gigit mesti rasa kelapa. Macam tu jugalah kalau lempeng pisang. Bagi Bella, lempeng disini memang sesuatu yang baru dan sedap untuk dicuba. 


4. SARAPAN BERAT NASI LEMAK DENGAN PELBAGAI LAUK PILIHAN

Bagi korang  yang dah biasa sarapan berat setiap pagi,  jangan risau sebab dekat sini ada juga nasi lemak.  Nasi lemak sebenarnya akan jadi sedap jika sambalnya sedap.  Betul tak?  Dekat Don’s warong ini,  bukan saja sambalnya saja sedap, nasi lemaknya pun berasa. Maknanya sedaplah. Tak adalah rasa macam makan nasi putih.


Menjadi kegemaran Bella sekarang ini!  nasi lemak berlaukkan soft shell crab. Masa menaip ni pun, kecur air liur. Bella memang suka sangat makan sushi.  Jadi,  bagi penggemar Sushi macam Bella, korang mesti akan menjadikan nasi lemak ini sebagai makanan kegemaran korang juga. Sedap wei.


Bagi Bella ia adalah satu kelainan gabungan makanan yang berjaya! makanan Jepun digabungkan dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia nasi lemak.  Menjadikan dan melahirkan satu hidangan baru yang diberi nama nasi lemak kukus with soft Shell crab. Harganya pula RM13.50 Bella paling tak boleh lupakan saat menggigit ketam lembut ni. Rasanya pergghhh! Rasa ranggup campur lemak ketam. Memang sedap. 


Korang yang tak minat makan Sushi, Jangan risau. Banyak  lauk-lauk yang lain. Jadi, korang bolehlah memilih nasi lemak kukus dimakan bersama dengan sambal sotong, ayam goreng berempah, ayam rendang, ayam masak merah, daging rendang, paru goreng, udang goreng bawang atau udang masak merah. Banyak pilihan kan? Semuanya sedap - sedap.


5. KACANG POL ASLI JOHOR

Kacang pol.  Rasanya memang agak unik.  Gabungan rempah ratus yang terdapat didalam kuahnya memang memberikan satu citarasa yang sangat berbeza. Bagi Bella ia agak asing sebab Bella tak pernah makan sebelum ini. Tapi kawan Bella cakap, Ia adalah salah satu hidangan kacang pool yang sedap yang pernah dia rasa.  Citarasa masing-masing kan berbeza memang sedap tapi Bella lebih suka perabihkan nasi lemak kot. Korang yang memang suka makan kacang pool bolehlah cuba rasa dekat sini mesti puas hati.




Korang yang asal Johor, teringin nak minum kopi muar, bolehlah ke sini lepaskan gian. Memang pekat sungguh. Bagi yang teringin nak sarapan disini, bolehlah ke :-

DON'S WARONG
B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas
Kuala Lumpur, Malaysia

Selamat menjamu selera.


CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI

$
0
0
Alamak!!!  mesti ramai yang nak tahu tips yang Bella nak kongsikan hari ini kan?  lagi- lagi orang  yang suka makan.  Macam Bella. Kalau korang nak tahu, Bella  hari-hari ada je benda yang Bella teringin nak makan. Lagi-lagi  bila tengok posting kawan-kawan dekat Facebook dan Instagram. Mestilah gambar yang dorang post tu nampak sedap sangat. Tapi nak kurus!!! Arrgghh. macam mana nak buat? Tertengok pula masa tengah lapar. Ya ampun dia punya teringin tu rasa nak terbang pergi restoran yang kawan-kawan mention tu.  Jadi sebenarnya kita  susah nak kurus,  sebab kita sentiasa lapar. CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI adalah paling tepat untuk orang yang selalu lapar  dan asyik nak makan jer. Bila nak kenyang pun tak tahu.


1. MENGURANGKAN SELERA MAKAN

Kitsui Royal Lpo ini ia bertindak dengan mengurangkan selera makan kita. Lepas korang ambil Royal Lpo ini, makanan sedap macam mana pun korang akan nampak tak sedap dan takda selera  nak makan. Macam kita tak selera makan semasa kita sakit. Haa macam tulah perumpamaanya. Masa kita sakit kan semua benda sedap macam mana pun kita tak selera nak makan. Perasan kan? bila kita sakit je mesti kita akan nampak kurus sebab sakit akan menyebabkan kita kurang selera makan. Jadi macam tulah Royal Lpo bertindak. Tapi yang ini lebih baik sebab kita tak berselera masa kita sihat. 


2. MELAMBATKAN PERTUKARAN KARBOHIDRAT KEPADA LEMAK

Macam mana kalau satu hari tu, korang termakan lebih. Teringin sangatlah katakan. Orang belanja pula. Bila korang amalkan Kitsui Royal Lpo ini, korang jangan risau sebab Kitsui Royal Lpo akan melambatkan pertukaran karbohidrat kepada lemak. Maknanya lepas korang dah melantak tu, korang masih diberi waktu kecemasan untuk insaf. Jadi, korang boleh gunakan waktu kecemasan tu, untuk bersenam bagi terus menghalang pertukaran karbohidrat kepada lemak.

3. MEMBAKAR LEMAK YANG BERLEBIHAN

Korang kena ingat, nak kurus mestilah kena bersenam. Kalau korang kurus tanpa buat apa - apa senaman, nanti badan korang jadi tak cantik!. korang skipping 50 kali sehari hari je pun dah cukup ok. Bagi bakar lemak tu sikit dan halang daripada terus menjadi lemak. Bila korang minum pula dengan Kitsui ini, pembakaran lemak tu akan lebih cepat dengan bantuan bahan kandungan yang terdapat didalamnya.




3. MEMPERCEPATKAN RASA KENYANG

Memang terbaiklah kan? Mula-mula Kitsui Royal Lpo ini akan membuatkan selera kita hilang. Kita juga akan rasa kurang lapar. Tapi, makan kenalah tetap makan. Kita perlukan tenaga dan khasiat yang ada dalam makanan. Tapi, dengan Kitsui Royal Lpo, ia akan membuatkan kita makan sedikit saja, tapi cepat kenyang. Terbaik!! Sebab nak kurus bukan tak boleh makan, cuma kita kena kurangkan potion makanan kita tu je. Bila dah cepat rasa kenyang, mustahilah kita dapat makan semua yang terhidang atas meja kan? Kita akan makan apa yang termampu saja. Jadi, automatik kita potion makan kita menjadi sedikit. 


4. MENGANDUNGI ANTI - OKSIDA

Jangan risau, walaupun ia memberikan korang banyak kebaikan, ia tetap sihat. Malahan korang akan lebih sihat selepas pengambilannya. Kerana ia mengandungi anti-oksida. Anti-oksida ini terdapat di dalam bahan bahan yang terdapat didalamnya. Bahan utamanya Kitsui Royal Lpo ini adalah Mango, Green Coffee, African mango, dan hoodia. Patutlah bila Bella minum, rasanya sedap macam minum air mangga. Bahan utama yang digunakan pun banyak yang berasaskan mangga. Mungkin anti-oksida ini diperolehi daripada khasiat mangga. 


5. CARA KURUS CEPAT DENGAN KITSUI

Selain daripada cara - cara diatas yang Bella senaraikan yang membuatkan kita kurus cepat dengan mengambil makanan tambahan Kitsui Royal Lpo, korang kena juga mengikut sedikit pantang dalam mengamalkan Royal Lpo. Berkorbanlah sikit kan? Kata nak kurus. Pantangnya :-

  • Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik. Bukan air Starbucks ya. Ini penting untuk kurus. Nak kurus memang kena banyak minum air. 
  • Perempuan bila datang bulan, atau period, tidak digalak dari mengambil sebarang suplement kerana pada waktu period, sistem penyerapan badan masih lemah. Membazir sangat kalau korang minum.  Tiada kesan.
  • Jarakan pengambilan selam 5 jam jika ada mengambil atau memakan ubat dari hospital. 
  • Boleh jarakkan satu hingga dua jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa-apa jenis produk atau supplement lain.
  • Suplement ini, hanya sesuai diambil selepas kandungan baby yang berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung atau menyusu.
  • Bagi produk kuruskan badan atau detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau mengandung.
  • Jika mempunyai apa - apa masalah kesihatan sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Boleh dibancuh dengan air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul-betul larut dulu sebelum minum.
  • Produk ini sesuai di ambil selepas sarapan atau sebelum tidur. Tetapi amat minum sebelum tidur. Ini kerana, penyerapan waktu malam lebih tinggi.

Maklumat lanjut :- 

Instagram: @kitsuimalaysia
Facebook: Kitsui My

Cara bancuh, campurkan 150ml air suam bersama dengan sepeket kitsui dan goncang. Pastikan bancuhan larut dan minum. Boleh juga dibeli di Watson dan Guardian. Harganya hanyalah RM38.80 sahaja.

RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS

$
0
0
Kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad di kebanyakan lebuh raya adalah tempat umum yang telah diketahui oleh semua orang. Tapi sekarang ini, Bella nak bagi korang lebih banyak sebab kenapa korang mesti berhenti di R&R PLUS ini. Sekarang, PLUS Malaysia akan mentransformasikan R&R lebuh raya ini kepada sesuatu yang lebih menarik. Korang patut RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Kelainan yang dibawa oleh PLUS untuk keselesaan kita. 


KEMUDAHAN - KEMUDAHAN DI R&R PLUS

R&R memang memudahkan perjalanan jauh kita sebenarnya. Bagi rehatkan pemandu dan enjin kereta. Pergi mana - mana mesti singgah R&R. Selain berehat, tandas juga menjadi tujuan utama semua pengguna jalan raya. Kadang - kadang dekat tandas pun sesak sangat.  Bagi umat islam pula, kemudahan surau yang disedikan di R&R ini selalunya lebih selesa dari stesen pam minyak.

Macam Bella R&R ini memang tempat wajib singgah setiap kali pulang ke Kedah. Perjalanan daripada Selangor ke Kedah hanya mengambil masa sekitar 4 jam itupun Bella akan berhenti di mana-mana R&R. Tapi itu Kalau hari biasa kalau waktu perayaan pula perjalanan ke Kedah akan mengambil masa sehingga 8 jam!! Haa.. giler tak singgah? memang dah jadi tempat wajib singgah lah. Sampai sesak semua R&R. Penumpang penat pemandu pun penat kereta pun panas. Jadi ingat, korang jangan paksa diri. Penat singgah. Biar lambat asal semuanya selamat sampai. Jangan terburu - buru. Paling penting korang singgah, korang akan dapat RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Tak rugi pun kan?


TRANFORMASI R&R PLUS

Pagi ini, Bella dah terpacak depan Persada Plus untuk mengetahui Tranformasi R&R Lebuh raya. Transformasi yang akan membuatkan R&R menjadi tempat yang wajib untuk disinggah. Bella pun tertanya - tanya, transformasi apa yang akan dilakukan untuk menjadikan R&R lebih baik. Bagi Bella, sediakan wifi yang laju macam kuda berlari pun dah kira hebat dah tu. Hehehe. Rupanya transformasi ini adalah dari segi penambahbaikan dan menaik taraf beberapa kawasan R&R yang terpilih. Maknanya bukan semua R&R ok. Pembayaran tanpa tunai juga diperkenalkan di R&R terpilih. Aplikasi Boost telah diperkenalkan di R&R Ayer Keroh (arah Selatan) dan Visa Paywave di R&R Dengkil (arah Utara). Dulu semua guna cash sahaja tau. 


PLUS JALIN KERJASAMA DENGAN JENAMA BESAR

Transformasi ini juga bukan setakat penambaikan R&R sahaja. Plus Malaysia Berhad juga telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan Kawasan Rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya.  Ia juga dilakukan dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Jenama tersebut adalah Starbucks, krispy kreme , Harold's Bread, Mohd Chan, famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews Kenny Rogers dan line clear nasi kandar . Wah! bertambah hebatlah R&R selepas ini. 


JENAMA MAKANAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN

Semua jenama makanan ini, adalah jenama yang disukai oleh masyarakat zaman kini dan mendapat permintaan ramai. Kita sedia maklum yang di R&R memang sudah terdapat berbagai gerai yang menjual makanan berat seperti nasi, mee, lauk - pauk, masakan panas dan macam - macam lagi. Tapi sebenarnya pelanggan mahukan makanan yang sekadar alas perut dan tidak terlalu berat. Jadi, bila wujudnya makanan yang lebih banyak pilih sebegini, mesti ramai yang lebih berpuas hati. Bella setuju dengan semua pemilihan jenama makanan ini. Memang semuanya terbaik. 


Jangan tak tahu, yang PLUS mengikuti selera pelanggan masa kini. Jadi, kesemua jenama ini juga, dipilih berdasarkan beberapa kajian dari segi kehendak pelanggan dan juga pasaran. Jadi, Plus membuat strategi untuk memberi fokus terhadap jenama - jenama yang mempunyai permintaan yang besar. Ini baru sikit tau, selepas ini PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama untuk beroperasi di R&R. Wah! mesti lagi meriah.


Korang pun setuju kan? Zaman sekarang ni, kalau sebelum makan, kamera kena makan dulu. Kalau setakat nak pos mee goreng. Benda tak rare. Jadi, budaya macam ini sebenarnya telah menjadi trend terkini dimana medan selera yang biasa bukan lagi pilihan. Korang sanggup berbelanja lebih untuk secawan air starbucks dari sepinggan mee goreng basah kan? Disebabkan budaya ini jugalah PLUS berevolusi kepada penyedia perkhidmatan. Dimana PLUS akan menyediakan pengalaman berbanding produk. 


Pengalaman di PLUS akan lebih menarik dengan kehadiran jenama - jenama makanan terkenal ini. Betul tak? Sebelum ini, jika singgah di R&R tiada siapa yang akan peduli. Tapi mungkin selepas ini, dengar saja R&R semua teruja sebab ada semua restaurant makanan kegemaran korang betul tak? Lepas ni, nak lepak R&R pun lebih seronok. Menjadikan R&R tempat berkumpul sebelum ke destinasi seterusnya pun makin havoc.


Bella dah cuba dan rasa semua restoran dan jenama makanan hebat ni. Semuanya sangat sedap dan memang sangat dikenali. Cuma Harolds Bread. Satu jenama baru yang Bella pertama kali dengar. Berkolaborasi dengan PLUS. Tapi, memang tidak mengecewakan. Semua makanan kek, biskut dan roti sangat menyelerakan. Lepas ini, korang kalau nampak restoran Harolds Bread ini di PLUS mesti singgah dan cuba semuanya, terutama Cheese Tart memang sangat sedap dan takkan cukup satu. Diharapkan PLUS Malaysia terus maju jaya dan terima kasih untuk pembaharuan ini. Bella suka makan, jadi Bella seronok sangat menerima berita ini. 

WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD

$
0
0
Murad? nama orang ke ni? siapa yang pertama kali dengar, mesti akan ingat ia adalah nama seseorang. Tapi sebenarnya, produk yang Bella Sebutkan ini adalah satu jenama antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Murad ini didatangkan dari USA, Los Angeles. Bella berkesempatan untuk mencuba 2 produk daripada jenama terkenal ini iaitu Outsmart Blemish Clarifying Treatment dan Nutrient Charged Water Gel. Ini adalah salah satu cara Bella, untuk mendapatkan WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD. Jom Bella ceritakan mengenai keistimewaan kedua-dua produk ini. Kenapa Bella pilih 2 produk ini daripada banyak produk yang ada.


MURAD BLEMISH CONTROL

Kawalan kerosakan kulit. Ia mengalahkan kerosakan yang menakutkan keatas kulit wajah kita. Ia juga bertindak sebagai perawat dan memberikan rawatan kepada kerosakan kulit wajah kita. Serum gel ini bersifat ringan dengan teknologi Penta Acid. Ia bertindak mengawal dan menghilangkan :-

  • Bintik hitam
  • Kawasan kulit berminyak
  • Bakteria yang merosakkan kulit muka kita
  • Mengurangkan kulit wajah kering 
  • Kerengsaan kulit
Murad Blemish Control ini juga cepat membersihkan kulit daripada kesan jerawat. Ia juga melawan jerawat yang mahu tumbuh.


Cara pakainya :-

  1. Picitkan sedikit ke jari.
  2. Letakkan nipis ke kawasan yang bermasalah terutama jerawat.
  3. Biarkan.
Sesuai dipakai selepas cuci muka bersih - bersih diwaktu pagi dan malam. 


MURAD NUTRIENT - CHARGED WATER GEL

Pelembab wajah semulajadi yang akan mengelakkan daripada wajah menjadi kering kerana ia mengandungi teknologi "Hydration-release" yang akan menyebabkan wajah kita akan sentiasa lembab dan bertahan kelembapan pada wajah akan terus bertahan. Bila kelembabpan pada wajah dapat dikekalakan, ia akan menyebabkan kulit wajah kita akan bertambah baik dan sihat. Ia juga akan menjadikan wajah kita lembut. Selembut kulit bayi. 

SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK

$
0
0
Selalunya susah sangat nak fikirkan hadiah dan kejutan untuk lelaki. Maklumlah, Lelaki suka apa je? Dulu kalau baru - baru kawen boleh lah janji nak bagi ciuman ke, pelukan setengah jam ke, sekarang dah tak laku. Kah2x. Jadi kena fikirkan cara lain. Bella dah kawen 7tahun. Apa je yang Bella tak buat bagi suami kesayangan gembira? Lagilah pula setiap tahun ada 2 kejutan yang kena fikirkan. Hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Fikirkan yang 2 benda ni pun boleh mereng tau. Lagilah pula semua hadiah Bella dan pernah bagi. Handphone, Sportrim, Perfume, Baju, seluar, Psp, wallet, semua bendalah yang suami impikan. Sekarang ni, idea sudah hilang. Ulang tahun bakal tiba. Nasib ada Teddy Prank! SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK.


Bella pun macam antara dua. Nak bagi atau tak. Hadiah dan kejutan macam ni selalunya khas untuk perempuan saja kan? Tapi, bila ada yang bagi dekat ayah dia, dan ayahnya menangis! Sebab Teddy Prank, Jadi Bella yakin, HB Bella yang nampak garang tapi berhati tisu tu pun mesti menangis terharu. Kalau dia tak menangis siap dia.

Bella pun rancang untuk bagi awal bukan masa hari ulang tahun. Kebetulan tahun ini kami pergi bercuti awal sempena hari ulang tahun kami. Ini terpaksa dilakukan sebab HB tak tahan sejuk. Jadi segalanya sudah jadi "in advance". Percutiaan Bella memang selalunya stail yang penat. Itinerary padat memang tak ingat. Bella pula, bila masa travel memang penuh bertenaga dan kalau boleh nak penuhi dan tak nak skip langsung itinerary. HB pula terpaksa ikut sambil mengangkut bag yang berat. Seriously berat. Jadi penat dia berganda. 

HB tabah je bawa bag sambil sekali sekala bagitahu Bella jalan perlahan sikit atau tolong skip mana - mana tempat sebab dia nak balik hotel dan sudah tak larat. Tambahan pula, kami tak makan. Melihatkan kesungguhan ini juga Bella bertekad untuk memberikan kejutan ini bila kami tiba di Malaysia. Tanda terima kasih dan tanda betapa Bella hargai dia menemani Bella dengan susah dan payah. 

Masa Bella dekat Jepun lagi, masa tengah travel lagi, Bella bermain whats app saja untuk mengaturkan kejutan untuk suami Bella ni. Bella punyalah takut kantoi, sampai termimpi - mimpi HB baca whats app Bella tu. Nasib Semuanya alhamdullilah berjalan lancar. HB pula cuti dah habis, Touch Down saja dekat Klia terus siap - siap pergi kerja. Muka penat giler tak boleh nak sorok.

Paling penting semuanya berjalan lancar dan SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK. Berjaya!! Cuma ia menangis melalui icon sajalah. Kalau dia nangis pun, Bella tak nampak, sebab bukan Bella yang hantar. Apa - apa pun, terima kasih sangat - sangat Teddy Prank. Gubahan bunga yang sangat cantik. Bella ingatkan dapat 3 kuntum bunga ros saja. Rupanya dapat 5 kuntum! Sangat berbaloi. Sangat puas hati. Sangat - sangat recommended untuk korang tempah.

Kelainan yang bukan saja perempuan yang suka, tapi kaum lelaki pun mesti suka. Paling terbaik, dapat percuma belon, percuma kad dan percuma penghantaran di sekitar KL!! Pakej dorang ambilkan gambar dan video lagi.  Maklumat lanjut, korang boleh tengok di :-

http://www.wasap.my/60197564019
FaceBook :- Teddyprank4u
Instagram :- Teddyprank

#teddyprank #surprisedeliverykl #surprisedeliverymurah #surpriseplannerkl


CARA MELEBATKAN DAN SIHATKAN RAMBUT DENGAN CADEAU

$
0
0
Bella ada masalah rambut gugur yang teruk. Sangat teruk sehingga habuk dirumah kebanyakannya adalah rambut. Keguguran rambut ini makin terjadi seiring dengan peningkatan usia dan juga peningkatan berat badan. Huish ada kaitan ke naik berat badan, rambut pun hilang?? Ada yer..sebab bila ko makan banyak dan tidak terkawal benda - benda yang masuk dalam perut tu lebih - lebih lagi MSG akan menyebabkan rambut gugur. Pastilah makanan itu tidak berkhasiat. Kalau berkhasiat mesti tidak jadi gemuk kan? Jadi Bella tidak berhenti - henti mencuba pelbagai produk kecantikan rambut dan cara mempercepatkan pertumbuhan rambut baru. Sekarang Bella tengah cuba CARA MELEBATKAN DAN SIHATKAN RAMBUT DENGAN CADEAU. 


bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Bella mengenali Cadeau ini daripada lip balm yang Bella pernah dapat tahun lepas. Bila ada kawan cerita yang dia tengah guna shampoo dari Cadeau, Bella sangat teruja juga nak cuba. Sebab, lip balm yang Bella cuba tu, bagus dan sesuai sangat untuk Bella. Bella pakai sikit - sikit sebab sayang. Hahaha. Nanti Bella cerita pasal lip balm tu. Jadi, berbekalkan pengalaman lepas menggunakan brand Cadeau ini, sangat sesuai dan serious best dan berbaloi - baloi sangat bila guna, wajiblah Bella cuba Shampoo brand Cadeau juga. Target dan keyakinan Bella tinggi! supaya ia sebagus lip balm yang Bella pernah pakai. Sebab tu Bella nak cerita dan kongsikan dengan korang ni. CARA MELEBATKAN DAN SIHATKAN RAMBUT DENGAN CADEAU.  

CADEAU SHAMPOO & BODY WASH

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Paling asas untuk yang ada masalah rambut ini adalah shampoo. Jadi, perlulah ada Cadeau Shampoo and Bodywash. Ia adalah untuk korang yang:-

  • Tak mewarnakan rambut.
  • Tak pernah buat rebonding atau kerintingkan rambut.
  • Tak gunakan pengering rambut (hairdryer) setiap kali keringkan rambut . 
Korang tahu kan? Aktiviti - aktiviti ini memang akan memburukan lagi keadaan rambut. Jadi, shampoo khas yang lain harus digunakan. Shampoo yang ini untuk rambut yang suci tanpa aktiviti diatas. Dirumus khas menggunakan minyak kastor, minyak kelapa dara, minyak zaitun, ekstrak kek tease, peppermint dan lavender. Ia adalah syampu buatan tangan semula jadi yang memberi tumpuan kepada asid ricolenic dari minyak kastor yang merangsang folikel rambut untuk tumbuh rambut baru. Kelebihan lain :-

  • Membantu mengurangkan penurunan rambut secara semulajadi.
  • Meneutralkan keracunan daripada pewarnaan rambut dan rawatan.
  • Membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan akar rambut yang kuat.
  • Membantu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan di rambut anda.
  • Ia mengurangkan pengeluaran kelemumur di kulit kepala.
  • Tidak menyebabkan keradangan kulit, kerengsaan kulit kepala, kemerahan dan gatal-gatal.
Kalau korang nak tahu, ia adalah buatan tangan dan formula dari New Zealand tau. Paling penting menggunakan bahan - bahan semulajadi. Harganya :-  Size 110ml (RM20) dan size 500ml (RM90).

CADEAU ANTI HAIR LOSS SHAMPOO FOR TREATED AND COLOURED HAIR

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Shampoo inilah untuk rambut yang dah tak suci. Kah2x. Pernah buat aktiviti merosakan rambut macam yang Bella tulis diatas. Bella pernah dulu warnakan rambut sekali. Uztazah kata, warna untuk suami takpe. Janji suami izinkan. Warnakan sendiri je dekat rumah. Malangnya pewarna rambut tu langsung tak melekat. Rambut pula rosak. Jadi kering gila macam tu. Ini sebab, bila rambut kita dirawat secara kimia atau berwarna, pembentukan kimia luar dan caj elektrik berubah. Jadi, Cadeau Anti Hair Loss Shampoo For Treated And Coloured Hair untuk rambut yang dirawat dan berwarna diperkaya dengan silikon semulajadi yang membantu mengatasi masalah ini. Kelebihannya:-

  • Membantu kurangkan keguguran rambut akibat pewarnaan rambut dan rawatan.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Mengekalkan rambut yang dirawat atau berwarna dan kulit kepala lancar dan terhidrasi.
  • Menghilangkan kekeringan rambut dan mengeluarkan helai lembut.
  • Mengurangkan kulit kepala yang meradang untuk mereka yang mempunyai kulit kepala atau kulit sensitif.
  • Kawalan minyak dan memerangi kekeringan.
Sangat sesuai sebab semua masalah ni, ada dekat rambut Bella sekarang. Bila pakai terus rasa lembut.  Harganya :-  size 100ml  ( RM25 ) dan size 500ml  ( RM100 ).

CADEAU ADVANCED REVITALIZING HAIR CONDITIONER

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Selepas bershampoo sepatutnya rambut pun dah wangi dan rasa lebih segar kan? Tapi itu zaman kanak - kanak boleh la. Rambut suci lagi, kuat. Kita nak merawat rambut kan? Jadi, perlulah menggunakan Cadeau Advanced Revitalizing Hair Conditioner. Pelembab ini yang akan merawat dan meneutralkan lebihan syampu yang tidak dibersihkan dengan sempurna, Menutup lapisan kutikula rambut dan menggantikan vitamin, minyak pati rambut pada kulit kepala kita yang mungkin hilang semasa proses mencuci. Kelebihan lain Cadeau Advanced Revitalizing Hair Conditioner :-


  • Hidrat folikel dengan itu mengeluarkan kepingan kering dan biarkan rambut lembut.
  • Membantu melegakan dan melancarkan kutikula rambut sehingga jadikan rambut berkilat dan halus.
  • Memberi kekuatan kepada rambut dengan itu menghalang rambut dari kerosakan yang berlebihan dan pecahnya.
  • Membantu mengekalkan bentuk pemotongan rambut dan memperbaiki tekstur.
  • Melindungi rambut daripada alam sekitar.
  • Kurang pudar warna apabila terdedah kepada cahaya matahari setiap hari.
Mesti pakai!! Sayang tak pakai. Menambahbaikan lagi proses perawatan rambut kita. Pelembab rambut ini, selalunya kalau Bella pakai, Bella memang akan biarkan seketika dekat rambut. Bagi rambut menyerap vitamanlah kononnya. Harganya :- size 100ml (RM25) dan size 500ml (RM100)

CADEAU ADVANCED HAIR GROWTH TONIC

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Pelembab dan shampoo tadi hanya untuk memperbaiki rambut yang sedia ada tau. Jadi, untuk memulihkan rambut dan mengalakan pertumbuhan rambut baru, kenalah pakai tonic. Tiada langkah singkat untuk merawat. Kadang - kadang iklan dekat TV pasal shampoo tu memang melampau. Cakap je merawat rambut gugur. Tapi bila korang belek dekat botol tu betul - betul, korang akan nampak merawat rambut gugur akibat rambut rosak saja.

Maknanya ia takkan menggalakan pertumbuhan rambut baru. Tonic rambut sebenarnya yang akan menyuburkan rambut. Cadeau Advanced Hair Growth Tonic dirumus khas untuk mencegah keguguran rambut dan pemulihan rambut baru. Ia dirumus khas untuk membantu menyuburkan dan menguatkan folikel rambut, mengurangkan rambut jatuh dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Ia juga:-

  • Penyelesaian untuk keguguran rambut dan pemulihan.
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
  • Menglembapkan rambut.
  • Memudahkan pengayaan rambut.
  • Bantu melicinkan kulit kepala kering.
  • Bantu mengurangkan kelemumur.
Wajib sebenarnya korang ada tonic rambut untuk mengalakan pertumbuhan rambut baru. Pakai ini pun senang sangat. Spray je. Dalam gambar Bella tak letak kepala spray lagi, sebab takut tumpah. Sayang ooo. Hahahaha. Tapi kena rajin la. Penat gak nak mengurut kulit kepala.  Harga :  Cadeau Advanced Hair Growth Tonic  untuk size 100ml ( RM110 )

CADEAU ADVANCED CRYSTAL REPAIR SERUM

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Cadeau Advanced Crystal Repair Hair Serum ini adalah serum yang akan mencantikan lagi rambut korang. Serum ni korang picit je dekat tangan dan kemudian sapukan pada bahagian rambut sampailah ke hujung rambut. Tak perlu basuh. Dirumuskan dengan silikon, ceramida dan pelbagai asid amino. Silikon adalah salah satu bahan utama dalam perumusan yang menjadikan rambut anda lancar, keriting bebas dan juga menambah bersinar. Kelebihanya:-

  • Memberikan rambut anda kelihatan lembut dan berkilau.
  • Mengisi retak folikel rambut yang menyebabkan rambut menjadi lebih kuat dan mengurangkan peluang pecahnya.
  • Menutup kelembapan dalam batang rambut dan mencegah rambut bercabang disebabkan kekeringan.
  • Mengelakkan penutup pada batang rambut yang akan mengalami daripada haba, sinar matahari yang berbahaya, kotoran dan pencemar.
  • Membuat rambut anda lebih mudah diurus dan gaya rambut lebih mudah.
  • Menglindungi rambut anda daripada panas apabila anda menggunakan pengering rambut. 
Siap!! Kalau rambut panjang cuba pusing - pusingkan kepala. Pastu buat slow - mo. Mesti letup. Hahaha. Kalau rambut pendek, cuba sikat. Mesti rasa licin je. Rambut separa plak, cuba sisir guna tangan, sampai ke skala berapa. Mesti tak sempat kira dah tergelincir jari korang. Hahaha.
Harga Cadeau Advanced Crystal Repair Hair Serum:-100ml  ( RM110 )

CARA MELEBATKAN DAN SIHATKAN RAMBUT DENGAN CADEAU

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Kesemua Shampoo Cadeau ini adalah dari bahan organik. Shampoo ini dibuat tanpa sebarang bahan chemical. Mendapat kelulusan KKM dan GMP . Memang tak perlu was-was nak pakai. Ini adalah routine Bella pakai untuk merawat rambut Bella. Korang yang rambut suci murni tu, langkah 1 pakai Cadeau Shampoo and Bodywash tu la. Ini langkah yang betul. Mesti rajin tau. Kalau sesuai, 3minggu dah nampak anak rambut baru. InshaALLAH. 

bella idura, beauty blogger, cara lebatkan rambut, tips lebatkan rambut, shampoo lebatkan rambut

Bagi yang rasa nak cuba dulu atau takda bajet, maklumlah anak nak masuk sekolah ni. korang boleh cuba 3 langkah ini dulu. Bagi Bella, Serum tu takda pun takpe. Paling penting rambut baru tumbuh dan rambut lama tak gugur lagi. Betul tak? Shampoo, Conditioner and Tonic pada Bella yang paling penting korang cuba dulu. Shampoo beli size 110ml pun ok. Kalau dah sesuai, nampak perubahan barulah beli yang besar.Bella tak jual tau. Bella kongsikan saja. Buat yang nak cuba, Boleh hubungi :-

Call / whatsapp 013-3019 203

Paling penting rajin tau. Nak rambut macam Anzalna tak? Eh!! Nak rambut cantik tak? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. 

8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bella doakan semuanya dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn. Hari ini Bella berbesar hati dan terdetik hati untuk kongsikan cara dan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN. Bella ikhlas sebab tak nak korang buat kesalahan yang sama macam Bella buat. Macam biasa, Bella akan menempah tiket untuk mengembara ke luar negara setahun lebih awal. Macam itulah juga untuk ke Jepun. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Selain daripada mengurangkan kos tiket penerbangan, ia juga memudahkan Bella untuk membuat pelbagai persediaan termasuklah, pengangkutan, bajet disana, penginapan dan merancang perjalanan di negara orang. Pertama kali pergi kan? Jadi daripada Zero Bella akan study sampai jadi Hero. Hehehe. Takdalah sampai dipermudahkan segalanya. Dengan keizinaNYA jugalah. Alhamdullilah. 

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ramai yang ke Jepun dan kongsikan Itinerary dorang dengan Bella. Bella hargai sangat - sangat. Boleh jadikan panduan tapi tak boleh nak tiru 100% Kecuali :-
  • Bilangan ahli pergi sama ramai, sama umur dan dari tempat yang sama.
  • Penginapan di Jepun sama atau tidak terlalu jauh dari penginapan kita tempah.
  • Tempat menarik yang hendak dituju sama.
  • Bilangan hari pergi sama lama. 
  • Tiket penerbangan waktu sama pergi dan balik. 
Jadi, kalau korang jumpa yang sama dengan korang sebijik sebulat sepetak bolehlah tiru. Bella tak jumpa yang sama macam Bella. Jadi, kenalah buat sendiri.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Dalam masa setahun tau Bella buat. Tapi slow - slow la. Takdalah push sangat. Cuma perancangan kali ini terlalu perlahan sebab Bella tersalah langkah. Malam nak pergi tu, Bella masih study map Tokyo. Kah2x. Korang ambil pengajaran dan sini Bella kongsikan 8 TIPS BUAT ITINERARY SENDIRI UNTUK KE JEPUN.

1. PILIH TEMPAT MENARIK DAN TUJUAN UTAMA TERLEBIH DAHULU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang kena pilih dan tentukan tempat wajib korang nak pergi. Korang ke Jepun untuk apa? Tentukan dan tetapkan satu per satu dulu. Maknanya, itinerary korang tu, apa pun terjadi kena pergi ke situ dulu. Takut air liur menjejes sebab tak sempat pergi. Macam Bella tujuan utama adalah USJ, Disneyland dan DisneySea. Memang takda yang nak kesini kalau Backpackers. Hahaha. HB Bella yang nak pergi sangat. Dia pencinta taman tema ni. Jadi ikutkan sajalah. 

2. TENTUKAN BILANGAN HARI DAN WILAYAH YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Korang dah tahu nak pergi mana, dah ada tempat menarik nak pergi. Tentukan pula tempat menarik yang korang nak pergi sangat tu dekat wilayah mana? Adakah semuanya berada di Kansai? ataupun separuh Osaka separuh Tokyo? Macam Bella, USJ di Osaka. Disneyland dan Disneysea Tokyo. Ketiga - tiga tempat ini kena habiskan satu hari penuh dekat situ saja. Tak boleh pergi mana - mana dah. Tak boleh selit tempat lain sebab masuk pun mahal. Huhuhu. Jadi kenalah lama sikit untuk cover tempat menarik pilihan kedua. 

3. KAJI SETIAP TEMPAT MENARIK YANG HENDAK DITUJU

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Ini penting. Dah tahu, dah susun tujuan utama. Kaji dulu. Lokasi dekat mana? Bayaran masuk berapa? Buka dan tutup jam berapa? Pergi kesana guna pengangkutan apa? Takut korang sampai tutup atau tak sempat masuk atau sesat. Macam Bella, taman tema kena kaji cuaca juga. Masa Bella pergi, taufan baru saja habis. Taufan paling teruk pula tu. Jadi Bella ambil keputusan untuk beli tiket walk in sahaja. Takut kalau cuaca buruk. Rugi masuk banyak permainan tak boleh main kan? 

4. PILIH TEMPAT MENARIK YANG LAIN UNTUK DISELITKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bila korang dah kaji setiap tempat menarik yang korang nak pergi, korang bolehlah selitkan tempat menarik pilihan kedua yang korang nak pergi sangat dan yang sempat. Bella macam teringin nak ke Kyoto juga. Jadi susun tengok hari yang kosong. Jadi memang amazing race sangat itinerary Bella sebenarnya. 6 hari saja. Kyoto, Osaka dan Tokyo. Perghhh. Pecah jari kaki. 

5. PILIH PENGINAPAN DENGAN LOKASI TERBAIK

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Penginapan kenalah pilih lokasinya yang dekat dengan pengangkutan awam dan harga yang masuk akal. Kami tak perlukan hotel mewah sebab kami akan gunakan tak sampai 5jam pun. Bella banyak baca cadangan - cadangan dari FB Road To Japan. Terima kasih dengan dengan semua ahli group ini dan tok - tok yang pakar dalam group ni. Terlalu banyak info Bella kutip. Tapi korang jangan dah bagi makan nak kena suap plak. Study juga la dekat google map lokasi sebenar dan baca review pasal hotel yang korang dah pilih. Sebab!! citarasa masing - masing berbeza. Bajet pun berbeza. 

6. PILIH JENIS PENGANGKUTAN YANG HENDAK DIGUNAKAN

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat untuk ke lain - lain wilayah saja. Contoh Tokyo ke Osaka. Osaka ke Fuji. Kalau dekat - dekat satu wilayah, korang kena susun itinerary korang, mengikut lokasi dulu. Susun ikut Google Maps. Kadang - kadang tempat menarik ini sangat berdekatan antara satu sama lain. Korang jangan susun ikut perjalanan atau laluan train. Train akan sentiasa berubah - ubah. Tempat tumpuan pelancong kadang - kala banyak line train yang pergi. Jadi, jangan study map train. Tapi study kedudukan tempat menarik mengunakan google maps dulu. Planing yang teliti dan betul akan jimatkan masa dan buatkan banyak tempat korang sempat sampai.

7. PILIH PASS

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Inilah yang terakhir dan akan membuatkan kepala korang pening hampir nak pecah. Bella bila study je pasal pass, tertidur kepeningan. Susah. Bila study pasal pass, automatik korang kena study juga pasal laluan train. Pass Jepun banyak dan berbeza - beza dan Bella pun tak mampu nak taip sekarang untuk jelaskan lebih lanjut dekat korang. Nak taip pasal pass je terus berdenyut kepala. Teringat  study pasal Pass Japan aritu fail. Bella hanya ambil ICOCA. Macam touch n go Malaysia. Settle. Pening sangat tak boleh nak hadam. 

8. SUSUN ITINERARY MENGIKUT KEMAMPUAN SETIAP AHLI

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Itinerary jangan terlalu padat. Jujur Bella cakap. Itinerary Bella sangat padat tersangat sebab nak kejar masa dan Bella di Japan sangat singkat. Satu hari Bella target boleh pergi ke 13 tempat menarik yang berdekatan. Korang yang bawa anak kecil atau orang tua, percayalah. Mungkin satu hari sempat 1 - 3 tempat saja. Contoh masa di Kyoto Bella target :-

  1. Arashiyama Bamboo Groove
  2. Tenryu-ji Temple
  3. Kimono Forest
  4. Arashiyama Chaya (Green Tea sedap)
  5. Halal menu Yoshiya
  6. Kyoto Tower
  7. Ayam-Ya
  8. Fushimi Inari Taisha
  9. Shimada
  10. Kongoji Temple 
  11. Ninenzaka
  12. Kiyomizudera
  13. Nishiki Market

Banyak kan? Bella dah kira masa sesat. Route terpantas. Siap hafal masa train lagi. Memang nak cover semua la targetnya. Semua ini dalam Kyoto dan sangat dekat bila tengok Google Maps. Tapi yang merah tu terpaksa Bella skip sebab tak cukup masa. Tempat cantik. Kena hayati sekejap. Nak snap OOTD terbaik lagi. Nak ke satu tempat ke satu tempat kena jalan kaki cukup jauh. Basah baju. Makan pun sempat sekali je. Bayangkan la penatnya macam mana. Bawa bag lagi. Tapi puas hati la. Separuh juga cover.

bella idura, blogger travel, bercuti ke jepun, tips ke jepun, tempat menarik di jepun

Bella stuck lama giler masa nak pilih pass untuk digunakan. Akhirnya pakai ICOCA saja. Hmm. :'( Sebab perjalanan Bella tak memerlukan apa - apa Pass. Pass ini sebenarnya akan menjimatkan banyak kos pengangkutan korang. Sebab tu siapa yang nak jimat silalah study sampai Pass. Kesilapan Bella sebenarnya :-
  • Terlalu memikirkan PASS yang hendak digunakan. 
  • Susun tempat menarik akhir sekali. 
Sila jangan ulang kesilapan yang memilukan ini. Sampaikan Maps Tokyo Disneyland dan Disneysea tak sempat nak hadam. Pergi je mana yang lalu. Ok. InshaALLAH ada masa Bella sambung lagi. Semoga bermanfaat. 

PENGINAPAN DI KYOTO, OSAKA DAN TOKYO

$
0
0
Assalamualaikum semua, disebabkan ada permintaan yang nak tahu hotel pilihan Bella sepanjang berada di Jepun, jadi disini Bella kongsikan hotel yang Bella dah pilih. Hotel ini berdasarkan cadangan di Page FB Road To Japan. Macam biasalah, Page yang penuh dengan kawan - kawan yang sangat excited berkongsi dan bertukar pengalaman baik dan buruk mengenai Jepun. Pendekkan cerita sebelum Bella panjangkan lagi cerita, Inilah PENGINAPAN DI OSAKA, KYOTO DAN TOKYO yang telah Bella pilih. 

PENGINAPAN DI KYOTO - GUESTHOUSE OKI'S INN
8400yen satu malam

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Penginapan di Kyoto Bella pilih Oki's Inn. Sebelum pilih, Bella bukan saja baca pengalaman semua kawan - kawan yang pernah menginap Oki's Inn di FB Road To Japan, Bella juga baca reviews di FB, Blog dan Trip Advisors. Semua sangat memuji dan berpuas hati dengan owner dan juga rumah ni. Bella pula teruja nak duduk dekat sini bila tengok gambar keadaan rumah ni. Macam rumah Nobita. Masa Bella sampai, pintu tertutup. Bella tak tahu mana pintu masuk. Dah berpusing kami keliling guesthouse ini. Dinding, pintu dan tingkap semua sama design. Hahaha. Ini pintu masuk yer. Ini pula Yuka. Owner guesthouse ni. Comel. Baik. Pandai speaking. So, don't worry. Boleh tanya banyak dekat dia. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Bella pilih bilik berdua macam ni. Cadar memang jenis tak boleh tegang. Bukan Bella dah berguling ya. Masuk bilik kena tunduk. Masuk harum! Haruman semulajadi dari tikar mengkuang. Bukan pewangi. Bella book melalui Booking.com. Korang kalau book melalui Booking.com, tunggu email dari Yuka. Baru korang boleh lega sebab Yuka akan bagitahu cara nak ke Guesthouse dan accommodation tax yang korang kena bayar. Bella tak pasti bilik jenis ini ada berapa tapi yang pasti guesthouse ini cepat penuh. Bella book 4 bulan lebih awal. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Ini tempat makan. Ini macam rumah tau. Depan Bella tu ada dapur. Sebelum check ini Yuka akan bagitahu setiap bahagian rumah dan peraturan rumah ni. Selipar luar dan dalam toilet asing. Bella lupa tersangat nak ambil gambar toilet. Dalam toilet beralaskan tikar mengkuang. Korang bayangkanlah. Macam tikar dekat tempat Bella makan ni. Tapi bersih. Setitis air pun takda. Yuka pun duduk sini. Toilet laki dan perempuan asing. Tempat mandi kongsi. Tapi bersih namati. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Bangun pagi sebelum check out sempat juga Bella bancuh kopi. Cawan, piring, semua - semualah. Comel! Hahaha. Walaupun rumah ini berkongsi ala - ala tumpang rumah sedara. Tapi Bella tak pernah terserempak dengan sedara mara lain. Dengar tapak kaki je. Bilik Bella dekat bawah. Atas macam hostel tau. Jadi akan dengar orang naik tangga dan turun tangga. Tapi macam nak terserempak bersembang memang tak jumpa. Macam kami berdua je dekat rumah ni. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Ini tempat basuh baju. Ada masa yang dibenarkan untuk basuh baju. Comel kan? Bersihlah kesimpulannya. Bella tak pasti macam mana cara nak maintain kan tikar mengkuang supaya sentiasa bersih. Bella memang tak tahu. Dulu nenek ada pakai. Sekarang dah jarang sangat jumpa. Batu - batu dekat sinki tu pun, nak nampak sikit lumut pun susah. Tapi, pokok tepi tu segar. Kagum cara dorang jaga kebersihan. Tu tuala Bella lap peluh. Kah2x. Jemur bagi kuman lari. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Rindu dengan Doraemon dan Nobita bila masuk rumah ni. Tangga ni sebijik macam nak ke bilik Nobita. Sedihnya. Teringat masa kecil - kecil tak nak mengaji sebab nak tengok Doraemon. Walaupun Bella sekejap saja dekat rumah ni. Masuk pukul 9 malm dan check outt kul 6 pagi tapi tetap menjadi satu pengalaman yang sangat manis. Pengalaman baru menginap di rumah orang Jepun. Guesthouse ini juga dekat sangat dengan Naritaya Halal Yakuniku, Ramen Halal, Gion Street, Bus station dan train pun dekat. 

penginapan di kyoto, bercuti di kyoto, bercuti ke kyoto, kyoto, hotel kyoto

Malam tu Bella pergi Kiyomizudera naik bus, tapi balik Bella jalan kaki je. Bella nak round - round sekali nak singgah Starbucks Ninenzaka dan Kongoji Temple. Tapi Kongoji Temple macam tengah renovate. Sedih. Tengok maps macam dah sampai, tapi temple takda. Rupanya kena selubung dengan canvas. Renovated la kot Bella rasa. Malam tu Bella dari Kiyomizudera ke tempat - tempat ini termasuk Gion Street memang jalan kaki saja. Nampak Geisha tapi macam ada orang jaga. Jadi pandang jela. Walaupun jauh juga menapak, tapi puas hati. Maknanya dari Oki's Inn sangat mampu berjalan kaki kesemua tempat menarik ini. Bella berpandukan Google Maps sahaja. Download siap - siap dari Malaysia. 

PENGINAPAN DI OSAKA - HOTEL SHIN - IMAMIYA 
5427yen satu malam

penginapan di Osaka, bercuti di osaka, bercuti ke osaka, osaka, hotel osaka

Menyahut cabaran Tok Jack untuk menjadikan Hotel Shin-Imamiya sebagai mini Malaysia, Bella menyahut cabaran itu dengan mem booking hotel ini bila Bella di Osaka. Hotel ini dekat dengan train dan Donki! Memang giler. Malam - malam bila lapar terus cari Onigiri dekat Family Mart dekat. Boleh jalan kaki. Bella booking melalui Booking.com sama juga 4 bulan lebih awal. Sebab Bella nak bilik yang dalamnya ada toilet. Cepat habis. Jangan risau, bila dah dapat email Booking anda disahkan, maknanya ok la tu. Bella bayar masa check in. 

penginapan di Osaka, bercuti di osaka, bercuti ke osaka, osaka, hotel osaka

Bilik Bella lebih kurang macam ni. Toilet dalam bilik Bella. Tepi katil tu je.  Punyalah tak sempat. Gambar ini pun Bella ambil dari Google je. Gambar sendiri tak teringat nak ambil. Penat. Hotel ni banyak kemudahan. Tapi, Bella tak sempat nak terjah. Inilah hotel yang paling Bella lupa pengalaman tidur dalam bilik ni. Check in kul 8 malam. Letak beg, mandi jap pergi Donki sampai kul 2pagi. Balik tidur. Pagi - pagi kul 7 dah check out. Tapi tak menyesal pilih Hotel ni. Lokasi Tip Top! Terbaik Tok. Tak rugi yer, dengar cakap Tok.

PENGINAPAN DI TOKYO - HOTEL NEW KOYO
10,400YEN DUA MALAM

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Tokyo paling Bella lambat study. Banyak abis masa dekat Kansai area. Kyoto dan Osaka. Boleh korang baca dekat sini, 8 Tips buat itinerary sendiri ke Jepun, kesilapan Bella semasa buat Itinerary. Malam nak fly Bella masih lagi study maps Tokyo. Jadi, korang jangan ulang. Bacalah tips Bella tu. Jadi, Hotel dekat Tokyo Bella pilih dengan tengok yang paling murah dan dekat dengan pengangkutan. Tak sempat nak baca review selidik saiz bilik semua. Bella pilih Hotel New Koyo. Hotel ini pun antara yang panas. Takut penuh. Bella pun booking sajalah. Bella sangat tak sangka yang namanya Hotel tapi macam Motel. Aiyaa!!

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Kecil. Seriously kecil. Tapi under bajetlah kan? Bila bag masuk, kami kena berdiri. Terpaksa Bella susun barang setiap kali lepas shopping. Bella terkejut sebenarnya. Macam tak percaya Hotel tapi kecil macam Motel. Bella banyak kali cakap dengan kawan Bella. Semahal - mahal hotel dekat Hong Kong. Mahal lagi hotel di Tokyo. Bella rasa bilik Hotel Shin-Imamiya dah kecil dah. Hotel New Koyo lagi kecil! Kah2x. 

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Tempat tv ni jadi tempat letak barang kecil - kecil la. Toilet kat luar. Bilik mandi dekat bawah. Bila Bella nak mandi HB temankan. Sebab bilik mandi tu campur. Ada bilik mandi untuk perempuan saja. Tapi jenis open tersangat. Bilik mandi plak, kalau korang mandi lama sangat lampu akan terpadam. Bila terpadam, korang buka je balik pintu dan lampu akan terpasang. Tak pe. Sebab pintu  dua lapis. Jangan lupa kunci pintu plak. 

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Backparkers gini lah citenya. Mungkin korang boleh lagi jimat dengan cari dorm. Malam sampai tu kami tidur di airport saja. Pagi - pagi baru kami gerak. Pengalaman berharga. Tidur Hotel sekecil ini. Tidur kat kerusi.Tapi ok je. Bella memang ok. Janji travel. Kah2x. Lagipun pagi - pagi dah keluar. Malam baru balik. Tidur hotel mewah Honeymoon takpe. Tak pun guna travel agency kan? Paling penting cari lokasi dekat dengan pengangkutan a.k.a keretapi. Itu dah cukup.

penginapan di Tokyo, bercuti di Tokyo, bercuti ke tokyo, tokyo, hotel tokyo

Paling Bella nak berterima kasih dekat Hotel New Koyo, sebab bagi HB pinjam basikal kejap pergi cari handplast tampal jari kaki Bella yang pecah. Sepatutnya kena sewa. Tapi HB minta pinjam dia bagi. HB kata kayuh straight je lepas tu jumpa dengan Family Mart. Bella dari train ke Hotel New Koyo tak sempat study. Ikut je Google Maps, memang keliru. Jadi korang study lah landmark untuk masuk simpang ke hotel ni. Sebab hotel ini kedudukannya macam jalan belakang sikit. Masa nak check out last day, baru perasan. Sekeliling hotel ini cantik sangat dengan tanaman orang setempat. Bolehlah korang jalan - jalan tengok nanti. Bella rasa cukup setakat ini dulu. Panjang sangat takut bosan kan? Nanti Bella sambung balik.

Semoga bermanfaat. :)

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

$
0
0
Raya tahun ini memang ramai sungguh yang buat rumah terbuka hujung Syawal. Awal - awal Syawal tu senyap saja. Sampai Bella terfikir teruk sungguh ekonomi tahun ni. Rupanya semua berebut - rebut nak buat hujung - hujung Syawal. Minggu terakhir bulan Syawal tu, 7 buah rumah yang ajak datang makan rumah terbuka dorang. Bella pernah pergi Rumah terbuka paling banyak 8 buah rumah. Itu pun tak menyembang. Sekarang ini dari pagi keluar rumah sampai malam, 5 buah rumah saja mampu pergi. Itupun satu buah rumah kami hanya mampu minum saja. Terlalu kenyang. Ini termasuklah Gamuda Land yang mengajak Bella raya bersama. RAYA BERSAMA GAMUDA LAND DI KUNDANG ESTATES. Memandangkan dah dekat dengan rumah Bella, apa salahnya Bella pergi. Makan percuma tu. 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Rupanya ia bukanlah makan semata - mata. Gamuda Land turut mempertontonkan unit baru yang akan dibina dan dinamakan Kundang Estates. Menarik! Ada pelbagai jenis rumah dengan keluasan rumah kediaman idaman. Model mini rumahnya saja dah buat Bella teruja. Tak sabar nak tengok rumah contoh yang telah dihias indah. Majlis bermula seawal 3 petang.

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN RAYA BERSAMA GAMUDA LAND 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Kami disajikan dengan pukulan gendang sebagai mengalu - alukan kedatangan kami. Lama dah tak nampak alat tradisional sebegini kan? Kami diingatkan untuk kembali ke hadapan pentas untuk menyaksikan persembahan istimewa dari Cik Manggis. Wow!!! Bella minat tengok dia menari. Tapi itu pukul 5 petang nanti. Jadi berbaki 2 jam ini, jom kita pergi tengok rumah contoh.

 CITRON HOMES KUNDANG ESTATES

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

idea deco, idea deco bilik tidur, bilik tidur cantik

GAMUDA LAND, KUNDANG ESTATES

idea deco bilik tidur, bilik tidur cantik

Rumah kediaman pertama yang Bella pergi adalah Citron Homes. Ia adalah rumah yang paling besar dalam Kundang Estates. Ia adalah rumah jenis double storey link home 2434 sq.ft. Terdiri daripada 4 bilik tidur, 4 bilik mandi dan dapur kering dan juga dapur basah. Hiasan dalaman yang simple dan nampak sangat moden. Bella sangat - sangat tertarik dengan ruangan dapur yang turut mempunyai sedikit ruang atau tanah kosong. Bolehlah nak tanam serai atau kunyit. Memang cantik. Sangat menjadi idaman Bella.

VALERIAN HOMES KUNDANG ESTATES

deco cantik, deco ruang tamu, ruang tamu moden

meja makan cantik, idea deco

deco ruang belajar, ruang kosong deco

idea deco bilik tidur, idea cantik

Velerian Homes tidak kurang hebatnya. Keluasan 2009 sq.ft tidak menampakan rumah ini terlalu sempit atau merimaskan. Just nice. Kretiviti menghias rumah ini dengan perabot yang tidak begitu sarat menampakan Velerian Homes ini seakan - akan sama besar dengan Citron Homes. Sangat mempersonakan dan setiap kali melangkah masuk ke dalam velerian homes ini akan membuatkan kita teruja dengan idea yang dipertontonkan. Cantik, sangat cantik. Ruangan kosong dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan kita pelbagai idea dan cara untuk menghias rumah dengan cara yang terbaik dan menjimatkan ruang. Cukup lengkap dan selesa. 

PERSEMBAHAN HEBAT DARI CIK MANGGIS DE FARM 

cik manggis, kumpulan de farm, de farm, persembahan

Acara kemuncak yang ditunggu - tunggu adalah persembahan daripada Cik Manggis dari kumpulan De Farm. Cik Manggis menyanyikan 3 buah lagu dan salah satunya lagu raya. Budak - budak pun berjoget dengar Cik Manggis nyanyi. Cuaca yang terlalu terik menyebabkan ramai yang dengar di tempat yang redup sahaja. Depan pentas penuh dengan kamera sajalah. Bella pula, lali dengar sambil rakam live dekat FB sampai gambar Cik Manggis perform takda. Korang bolehlah tengok video persembahan Cik Manggis di FB Bella. Power suara dia. Kalau dia menari mahu Bella join. Sebab dia menari pun sangat hebat. Bella ikuti perkembangan dia dekat IG. Manis orangnya.

MAKAN - MAKAN TIME!! 

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Habis saja persembahan, kami dihidangkan dengan makanan yang lazat. Memandangkan ia masih dalam mood raya, masih dalam bulan Syawal. Jadi hidangan turut dalam menyajikan makanan hari raya. Aiskrim juga dihidangkan. Berseronoklah budak - budak. Bella makan aiskrim saja sebab cuaca terlalu panas sehingga selera makan Bella pun hilang. Tapi HB memang seronok makan dan mencuba semua makanan yang dihidangkan. Sedap katanya.

AKTIVITI KELUARGA YANG MENYERONOKKAN

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Perut kenyang suka hati. Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan keluarga. Perut dah kenyang tenaga pun banyaklah kan? Walaupun aktiviti yang dijalankan tidak perlu keluar peluh pun. Tapi ramai yang malu dan lari bila diajak naik ke pentas untuk bersama - sama main permainan yang mudah ni. Main saja. Semua akan dapat hadiah. Keluarga yang sporting mengambil bahagian. Rugi siapa yang malu - malu nak ambil bahagian. Semua yang masuk dapat hadiah tau. Permainan pun senang sangat. Teka saja apa yang diberikan. Teka barang sambil tutup mata. Semua dapat jawab. Lain kali korang join je. Jangan malu - malu. 

CABUTAN BERTUAH

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Hadiah untuk cabutan bertuah sangat banyak. Bermula dari awal acara dimulakan, cabutan bertuah telah diberikan separuh kepada yang hadir. Petang ada separuh lagi. Bella sangat tidak sangka, Bella diantara yang bertuah pada hari tu. Seronoknya. Tidak sia - sia Bella datang. Seronok sangat. No bertuah Bella 11. Bella pilih sempena dengan hari jadi Bella 11 March. Bertuah sungguh rasanya. Terima kasih Gamuda Land.

ANISE HOME KUNDANG ESTATES

rumah baru murah, rumah cantik

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

rumah baru cantik, kundang, rawang, rumah contoh, gamuda land

Tamatlah Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES untuk hari ini. Satu hari yang padat dan penuh dengan program yang menyeronokan. Bella mengambil kesempatan untuk melawat tapak kawasan. Dikatakan kawasan Anise Homes telah boleh didiami pada tahun hadapan. Rumah ini kosong saja. Tapi rumah ini adalah yang paling banyak terjual sebab harganya masih mampu milik untuk golongan yang baru pertama kali mahu membeli rumah. Dibina dengan keluasan 1733 sq ft. 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Kecil sikit saja dari Valerian Homes. Deco contoh yang menghiasi Valerian Homes juga boleh diaplikasikan di Anise Homes. Selesa. Dapat rumah macam ni pun sangat puas hati. 

MAKLUMAT LANJUT KUNDANG ESTATES GAMUDA LAND

Raya Bersama GAMUDA LAND di KUNDANG ESTATES

Mesti korang pun tertarik nak dapatkan satu unit kan? Gambar yang Bella tunjuk adalah secara rambang saja. Korang bolehlah pergi melawat sendiri rumah contoh di Kundang Estates.

Waze : Kundang Estates Sales Gallery
Contact No : 03 6034 2884
Address : Gamuda Land (Botanic) sdn bhd, Kundang Estates Sales Gallery, Lot 24680, Jalan Kudang- Tasik Puteri, Bandar Baru Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

MOCHA TERSEDAP DI BUSAN

$
0
0
Melihat kembali gambar - gambar dalam album Bella sepanjang trip Bella ke Korea, Bella teringat sesuatu yang sedap dan mengiurkan yang Bella rasa patut kongsikan dengan korang. Satu cafe yang cantik dan menyediakan MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Ikut tekak Bella la yer. Bella rasa, Mocha ini lebih sedap dari Mocha yang Bella selalu minum di Malaysia. Jom Bella tunjukan cafe yang comel dan memberikan Bella pengalaman baru dalam menikmati Mocha. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Inilah Cafe nya. Cantik kan? Kuning tema cafe ni. Kalau dalam itinerary korang ada Sesoung Lake, korang patut singgah sini. Cafe yang menjadi sangat luar biasa dengan kehadiran ribuan bunga Sakura. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Melangkah masuk ke dalam cafe hipster ini membuatkan hati Bella berbunga riang. Inilah minuman pertama bumi Korea yang akan Bella cuba. Nampak tak? Cafe ini menyediakan laluan khas buat orang kurang upaya. Sangat perihatin. Bella melangkah perlahan sambil berfikir - fikir minuman apa yang Bella patut cuba. Harap - harap adalah MOCHA. Itu sajalah harapan Bella. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Bila masuk saja, Bella terus terpukau dengan susun atur dalam cafe ini. Gabungan warna yang sangat menarik tapi masih mengekalkan warna tema utama iaitu warna kuning. Cawan dan mug nya juga boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. Bella tak terfikir langsung nak beli. Alasan nak repeat ni. Jom naik ruangan atasnya pula.

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea


Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Cantik! Kemas! Super. Cafe ini sangat luas dan nampak mewah. Mungkin juga sebuah cafe yang terkenal seperti Starbucks di Malaysia. Mungkin ia sangat gah di Korea. 

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Mocha, Mocha sedap di Korea, Busan, bercuti di korea, bercuti ke korea

Nasib baik ada Mocha kegemaran Bella sepanjang masa ni. Sedap sungguh. Mungkin ia adalah MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Mesti cuba jika sampai sini.



SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!!

$
0
0
Paling susah nak cari cermin mata. Kena sangat - sangat memilih dan cerewet dalam memilih. Sebab cermin mata mahal sangat kan? Beli satu pakailah sampai jahanam. Bella selalunya beli satu memang jaga baik - baik. Lepas pakai lap. Simpan baik - baik jangan bagi orang usik. Bella rabun silau. Spek amat diperlukan semasa memandu. Spek yang Bella pakai sekarang dah lebih 5tahun tak tukar. Aritu tukar sekali je sebab HB patahkan. Bila terbaca viral ada kedai spek murah dekat Sungei Wang Plaza, terus Bella terjah. Takkan nak dengar saja cakap orang kan? Kite pergi tengok sendiri. Baru puas hati. SPEK MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420 MEMANG TERBAIK!! Nama kedainya EYE PRO VISION. Jangan salah kedai plak yer. Nanti korang tak dapatlah spek dengan harga yang sangat murah.

EYE PRO VISION SUNGEI WANG PLAZA

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Yay!! dah jumpa kedai spek viral sebab harganya yang murah sangat ni! ini pun Bella dah lambat. Hari tu Rm38 sahaja. Sekarang dah jadi Rm65. Korang jangan silap tau. Rm65 tu cermin sekali dengan bingkai. Bukan bingkai sahaja. Bella sampai kul 11 pagi. Dah ada orang ok. Siap ada beberapa orang pelanggan tetap yang datang awal sebab tahu yang kedai ini akan penuh. Lagi - lagi musim cuti ni kan? Ini sebenarnya cawangan yang ke 7, jadi pelanggan tetap ini dari kedai yang terdahulu. Mungkin sebab ini kedai baru, jadi dorang nak tukar angin. Ini cawangan baru yang dibuka. Datang sini senang jer. Kalau korang menggunakan public transport naik MRT sampai Bukit Bintang, jalan sikit jer, dah sampai Sungei Wang Plaza.


Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Kedai ini pulak rupanya kat Ground Floor je. Senang sangat nak cari. Sebelum pilih, tanya dengan tuan punya kedai, betul ke Rm65 sahaja? Murahnya. Ada untung ke? Willian kata,

"Untung sikit takpe, janji semua mampu beli cermin mata. Lagi - lagi dulu i pernah susah. Tujuan utama i mahu tolong orang semua mampu beli cermin mata. Bukan untung. You tolong kasi tahu kawan - kawan. Bagi semua dapat dengan harga murah. " 

Omg! Oppa idaman. Nasib i dah kawen tau. Baiklah. Niat you baik. I tolong kasi tahu semua orang. Tapi betul ke kualiti? Baik cuba dulu. Kang dah kecoh sana sini, rupanya jenis tak bagus punya. Biasalah. Peniaga mana mahu rugi betul tak? Jadi, Bella check tahap kesihatan mata Bella dulu. Beratur. Sorang - sorang. Jangan korang pergi tolak plak orang yang tengah check mata tu. Dapat je result, simpan. Senang kepilkan dengan bingkai cermin mata yang kita pilih. Tapi ikut korang lah. Nak pilih bingkai dulu pun boleh.

SPEK MURAH DENGAN BINGKAI TAHAN LASAK DAN REKABENTUK TERKINI

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Orang ramai. Always. Benda tengah panas kan? Bella kena pilih cepat ni. Tapi rambang mata pula. Semua cantik - cantik dengan design terkini. Mana satu nak pilih ni? Macam mana tak rambang mata?  2 Ribu lebih jenis spek semua harga rm65 saja. Bingkai sekali dengan lens multicoated tau. Selalu nampak yang bingkai sahaja promo kan? Terkejut. Semua berebut - rebut pilih. Masing - masing langgar bahu masing - masing. Bila Bella cuba, orang sebelah jeling. Bila orang sebelah cuba Bella jeling. Tengok pilihan siapa yang lagi power. Gitew.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bingkai dari jenis trendy K-Pop sampailah yang biasa punya. Pilih punya pilih, selepas bertanya kepada beberapa orang pelanggan yang lalu lalang. Bella dapatlah spek mata yang sesuai dengan muka Bella. Kak Tati yang jumpa. Bukan Bella. HB majuk sebab tak pilih yang dia pilih. Kah2x. Ala, pilihan Kak Tati sama macam apa yang Bella nak.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bella nak bingkai yang tebal sikit. Sebab sebelum ni dah pakai yang nipis. Lepas tu Bella nak bingkai yang boleh kepak - kepak tu. Korang kangkangkan bingkai tu luas2x pun dia masih maintain. Tak patah. Tapi korang jangan memandai - mandai plak datang terus kepak setiap bingkai. Dia ada jenis - jenisnya. Minta saja bantuan staff kan sini ok. Kalau ada William panggil je dia. Dari nak beli satu, terus rasa nak borong dengar Willian explain.

 LENS ALPHA BLUE 420 PILIHAN YANG TERBAIK!!

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bila dah pilih bingkai, dah check power mata, kenalah pilih cermin pula. Lens banyak jenis tau. Korang jangan tak tahu plak. Ambil tahu, jangan main beli saja. Nanti tak sepadan dengan harga yang korang bayar. Willian cadangkan untuk Bella upgrade ke Lens Alpha Blue 420 dengan bayaran tambahan Rm60 sahaja. Maknanya dari Rm65 + Rm60 = Rm125 korang akan dapat bingkai yang tahan lasak dan comel pilihan korang plus! lens gempak yang giler. Seriously harga ini, dekat luar dapat bingkai yang sehalus macam dawai tu je. Bella la. Tak tahu kalau korang jumpa yang lagi gempak kan?
Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Korang tengok gambar pertama tu yang menunjukkan lens Alpha Blue 420 yang betul - betul menghalang sinar UV. Macam mana lens itu diuji? Menggunakan mesin UV. William meletakkan dua jenis cermin dan masukan ke dalam mesin sinar UV. Macam magik! Bahagian yang terhalang dengan lens Alpha Blue 420 tidak ditembusi dengan sinar UV. William letak cermin tu lama tau dalam mesin tu. Bukan sesaat. Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :-

  • Memudahkan pemanduan pada waktu malam sebab ia menghalang dari silauan lampu
  • 100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
  • 100% menghalang ultra unggu (UV420).
  • Kalis air.
  • Tahan lasak ( Tak mudah calar )
  • Senang dicuci.
Terbaik kan? korang jangan tak tahu. Cermin ini harga kat luar, Rm250 dan keatas tau. Tak cukup, Bella nak tengok lagi. Masih sukar dipercayai. 


Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Bella minta nak pegang laser dan buat sendiri. Hah! Bella syak sampai dekat cermin Alpha Blue 420 ni, William off kan laser tu. Sebab takda bukti kot, Tak nampak apa pun. Inilah result nya. Sepanjang penerangan dari William, Bella tak abis - abis teruja. "wah!""wow""hebatnya""Magic" kah2x. Bella tak pernah lagi beli cermin mata dapat penerangan sebaik ini. Thank you to owner William yang humble dan sangat baik hati. Rasa berbaloi sangat datang pagi - pagi jauh dari Rawang. Kalau korang macam 'Iyalah tu'. Bawah ada video. Silalah play. Ok. Jadi Bella tanpa berfikir panjang tambah saja lagi Rm60. Sayang mata. Tapi harga berubah mengikut power tau. Bella tak rabun kuat sangat. Bella rabun silau saja. Jadi memang harga tetap Rm125 sekali lens Alpha Blue 420.

SIAP DALAM MASA 1JAM ATAU KURANG DARI SEJAM MENGIKUT JUMLAH PELANGGAN

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Masa Bella pergi, kedai ni memang penuh dengan orang tapi siap cepat dalam masa 1 jam sahaja. Tapi Bella antara yang terawal. Kalau lambat, korang tunggu lambat sikit la yer. Bella check mata dengan William. William kata kalau ok, tunjuk bagus satu tangan. Tapi Bella bagi dua bagus. Bagus, bagus dan bagus. Oppa hemsem service ma. kah2x. Benda betul, dia model tau. Hebat.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Pergi makan kejap, naik atas. Saja tengok. Takdalah mengharap sangat dah siap. Sekali yes. Bella, you punya dah siap. Cuba pakai dan look around. Wow! Duniaku semakin berseri dan berwarna - warna. Lampu pun nampak bersinar - sinar dan tak menyakitkan. Sindrom dah tua. Rabun memang tak boleh lari. Tapi dengan harga mampu milik ni, Bella berjaya memandang lampu dalam kedai tanpa berkedip. Kalau tak pedih!.  Terima kasih William.

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Credit photo to Kak Tati Bella punyalah teruja sampai terlupa nak snap gambar dengan cermin mata pilihan sendiri ni. Comel kan? Pergghh!! Puji diri sendiri plak. Hahaha. Pilihlah bingkai yang sesuai dengan muka korang. Salah pilih, nampak macam nenek plak. Bella dulu takut sungguh nak pakai cermin mata sebab nampak macam nenek. Hahaha. Sorry tau korang yang pakai spek jangan marah. Ini anggapan Bella saja. Tapi ramai je speky yang comel sebenarnya. 

Eye pro vision, kedai cermin mata terbaik, kedai cermin mata murah, kedai cermin mata viral

Lupa!! Spek lelaki pun cantik. Lagipun kebanyakan bingkai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Rugi sangat siapa yang tak percaya dan tak buat cermin mata dekat Eye Pro Vision Sungei Wang ni. Dahlah kedai murah, mana ada tempat lain cermin macam ni, dengan harga murah,  pulak tu siap dalam 1 jam. Selama ini, pengalaman Bella memang kena tunggu sekurang - kurangnya paling cepat 3 hari. Sementara tu, kalau bingkai patah, ikatlah dulu pakai getah. Kalau pecah satu, pakailah jelah sebelah dulu. HB Bella selalu pecah, patah dan hilang. Pakai Bella punya cermin mata dulu. Dah terpaksa. Sekarang dah mudah. Request dekat William kata urgent. Pastu bodek sikit kata dia hemsem 10x plus kata "i kawan Bella" For sure setengah jam dah siap. Hehehe. Lokasi kedai :-

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.

Jalan salah kedai pula. Nanti tak dapat harga murah. Semoga bermanfaat.

MENCARI MAKANAN HALAL DI JEPUN

$
0
0
Bella rasa mengembara dan melancong  adalah minat dan aktiviti yang menyeronokan. Bagi sesetengah orang pula ia adalah aktiviti yang wajib  dilakukan setiap tahun atau bulan sebagai aktiviti keluarga. Bagi Bella pula ia sudah menjadi suatu impian untuk memenuhi perjalanan hidup Bella dengan diselitkan pengembaraan ke seluruh dunia, terutama ke tempat yang Bella tak pernah jejak lagi. Pengalaman mengembara ke Jepun adalah satu pengembaraan baru yang amat menyeronokan. Tempat bersih, penduduk baik, maju, cuma makanan halal amat - teramat susah nak dijumpai.

MENCARI MINUMAN HALAL DI JEPUN

Malaysia Halal Expo 2019

Sepanjang dekat Jepun, air ni jela kami minum. Masa lapar, cari air ni. Alas la perut sikit. Air lain tak tahu halal ke tak. Tapi paling hebat, mesin gedegang dekat Japan ni, kuar air panas!! Ya ampun. Korang bayangkan, masa tengah tangan sejuk nak beku tu dapat pegang air panas. Dekat Jepun ini sajalah yang menyakinkan Bella untuk minum. Sampaikan setiap kali lalu di mesin air ni, memang kami akan telek dan perhatikan, ada tak air ini dijual.

Malaysia Halal Expo 2019

Ada juga yang mengambil inisiatif sendiri bawa minuman dan makanan halal dari Malaysia. Lapar nak kena jalan jauh pula. Susahkan? Bella setakat bawa benda kecil - kecil ok la. Bagi Bella wajib bawa kopi ke Japan, sebab kopi dorang tak sedap. Bella rela bagi banyak Space untuk baju ootd  Hahaha. Plus Bella lagi suka untuk mencuba makanan baru di negara orang. Pengalaman yang paling menyeronokan bagi Bella. Bukan senang nak dapat rasa. Tapi benda macam ni mana boleh paksa kan? Lain orang, lain caranya.

MENCARI MAKANAN HALAL DI JEPUN


Nak berseronok dalam mencuba makanan Jepun tak salah, tapi mencari yang halal dalam islam itu wajiblah kan? Bagi orang yang bukan islam, Halal itu adalah selain arak dan babi. Padahal cara dan penyediaannya juga diambil kira. Masa Bella dekat Jepun, memang penat cari makanan halal. Semuanya amat mahal dan tersorok. Lagi pula, agama Islam sangat minoriti dekat Jepun. Percayalah cakap Bella, walaupun korang jumpa senarai makanan halal di Jepun, tapi mencarinya tak semudah disangka. Makanan yang disenaraikan halal di Family Mart dan 7 - Eleven pula memang macam goreng pisang panas. Hot! Laku keras. Walaupun sekadar Onigiri.

MALAYSIA HALAL EXPO 2019 MEMUDAHKAN PENCARIAN MAKANAN HALAL DI JEPUN


Betapa susahnya cari kedai makan Halal, bila Bella dan HB jumpa signboard Halal, kami masing - masing memanjatkan rasa kesyukuran dan menjerit kegembiraan. Akhirnya dapat makan! Macam tu sekali tau. Korang patut bersyukur sebab Malaysia Halal Expo 2019 bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Ia sebenarnya adalah untuk persediaan Olimpik 2020 nanti. Apa yang paling Bella suka sekali, Expo ini turut mengajak pengusaha produk Halal di Malaysia untuk bersama - sama menyertai memasarkan produk Halal di Jepun. Wow!. Kalau Bella ada produk sendiri dah lama Bella join sekali. Peluang terbaik ni untuk memasarkan produk buatan kita, atau lebih tepat buatan Malaysia ke Jepun. 


Ia adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Dengan Adanya bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corp Malaysia, mereka telah mempunyai stratergi sendiri untuk membantu usahawan tempatan membawa masuk produk Halal buatan Malaysia ke negara Jepun. Tujuan Expo ini memang untuk memasarkan produk - produk Halal ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 maknanya memang sudah ada jalan bagi pengusaha. Korang cuma tinggal sertai saja Expo ini.

JOM RAMAI - RAMAI KE EXPO 2019 



Tiba - tiba Bella rasa nak wujudkan produk makanan sendiri bila tengok peluang dan market luas yang menanti. Korang jangan risau mengenai status Halal pada produk makanan korang, sebab sijil Halal Jakim diiktiraf di Jepun. Market ini bukan terhad hanya kepada pelancong dari Malaysia sahaja, tetapi turut merangkumi pelancong dari negara islam yang lain.Korang yang nak datang singgah tengok produk makanan yang bakal menembusi pasaran Jepun pun boleh. Apa salahnya support product tempatan kan? Jomla kita beramai-ramai ke MHE 2019 (Malaysia Halal Expo) yang bakal mengegarkan Sukan Olimpik 2020 ini.  Untuk Maklumat Lanjut Sila lawati :

Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

Semoga bermanfaat

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI

$
0
0
Cantik! cantiknya. Bersihnya kulit dia. Licinnya kulit dia. Semua nampak macam anak patungla!! Setiap kali kalau kita tengok drama Korea, K-Pop, mahupun Deabaking!! dengan simple make up, dorang kelihatan sangat cantik dan kulit nampak sangat bersih. Semua menjejes air liur nak kan Oppa dalam drama tu. Eh! Nak kulit macam tu. Percaya tak? Lelaki Korea pun pakai mekap. Sebab tu kulit dorang nampak sangat sempurna. Masa Bella pergi Korea, Bella memang nampak kulit dorang kebanyakannya licin tanpa masalah sebab cuaca disana dan pemakanan dorang yang sangat eat clean. Sayur adalah hidangan utama. Kurus Bella masa Travel ke Korea. Tapi, kulit dorang tak glowing. Korang tengok glowing bersinar - sinar tu, mestilah effect mekap. Jadi, Bella amat berbesar hati nak kongsikan dengan korang ilmu dan TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI. Terus kebabom kalau korang gunakan Tips ini. 

LAMAR WEDDING PUSAT PERKAHWINAN

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Kaki melangkah laju menuju ke deretan rumah kedai yang nampak macam biasa. Tercari - cari juga mana Lamar Wedding ni? Rupanya di tingkat atas. Panjat tangga, tekan butang, buka kasut salam diberi. Tu dia!! Detail tau setiap pergerakan Bella cerita. Bila masuk, wah!! indahnya pelamin!. Teruja Bella sebab dalaman Lamar Wedding ini, memang sangat cantik! Tersusun berpuluh - puluh pasang baju yang wow dan pelbagai warna. Paling penting up to date dan mengikut trendy sekarang. Mak oi! Cantik sungguh.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Nama pun Mak Andam Kiri. Mestilah senonim dengan pengantin. Jadi korang jangan risau. Lamar Wedding ini memang pusat setempat buat pengantin. Terbaik! Semua ada tersedia. Tinggal pilih yang sesuai dengan bajet dan tema korang saja. Bella teruja dengan gaun - gaun meleret dan cermin besar yang terdapat dalam butik ni. Cermin sangat penting ok buat pengantin. Bila tanya orang mesti semua akan kata cantik. Bila ada cermin besar macam ini. Ha! memang puas hati. Boleh nilai sendiri.

KELAS MEKAP MAK ANDAM KIRI

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masuk ke bilik khas untuk belajar mekap. Wow! Lengkap. Cukup lengkap. Ini pun sudah bersepah selepas kawan - kawan Bella buat onar dalam bilik ni. Kalau tak memang kemas. Clean and Clear. Patutlah kelas ini tidak dibuka kepada ramai peserta. Sebab ia amat exclusive dan terhad. Dapat banyak kali bertentangan mata dengan Mak Andam Kiri dan kalau banyak soalan boleh tanya direct. Tapi soalan korang haruslah berkaitan dengan look dan mekap yang sedang diajar, senang terus nak terangkan sambil buat contoh. Jangan soalan yang merepek ok.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 1 - PRIMER 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Asas, langkah awal adalah menyapukan primer ke muka. Mak Andam Kiri gunakan Primer jenis Burberry. Mak Andam Kiri bagi Bella satu titis kecil saja untuk disapukan ke muka sebelum memulakan mekap. Walaupun hanya setitis kecil, tapi dapat menyapu keselurahan wajah Bella. Nampak sangat la muka Bella kecil. Hehehe. Primer ini bertujuan mengekalkan mekap dekat wajah. Bagi tahan lamalah mekap tu cite dia. Mak Andam Kiri pakai brand mahal. Bella beli dekat Althea Korea je. Ok juga. Selain dari tahan lama, mekap jadi sangat - sangat smooth. Gambar dekat atas nilah Primer Burberry. Korang boleh Google untuk imej yang lagi jelas.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 2 - KENING


cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Bukan biasa - biasa tau. Lukis kening pun ada teknik dan gaya. Bella masa dalam kelas ni, memang rasa susahla nak ikut tips dari Mak Andam Kiri untuk melukis kening. Bella perasan yang kening Bella ni. tebal sebelah. Buntu betul masa Bella nak lukis bagi sama dan bagi nipis. Nasib Auni tunjuk dan betul kan. Lepas Auni dah baiki sebelah, sebelah lagi pula nampak pelik. Bella habis banyak masa untuk baiki kening Bella. Nasib menjadi. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak Andam Kiri gunakan gam kening ni. Lepas korang lukis kening, gunakan gam ini untuk memberikan impak atau kesan kening itu akan bertahan. Dia takkan berlari 100m walaupun korang lasak. Kecualilah korang pergi lap atau gosok kening tu kan. Bella pertama kali tengok gam kening ni. Mak andam kan.. mestilah lengkap. Tapi, bagi Bella, untuk kening Bella tak perlu kot. Bella rasa cukuplah ia terukir. Dia nak berlari 100m Bella tak kisah. Hahaha. Bella rasa, kening Bella still consider ok la. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Nampak tak? Cara penggunaan gam kening ni? Kena tekan kuat sikit bagi kening betul - betul terletak cantik selepas dibentuk. Bella macam heh sakit tak tu? Model kata tak sakit pun. Hahaha. Over tau Bella. Caranya korang kenalah tarik dan naikkan kening tu supaya effect muda jelita dekat muka korang. Jangan mendatar atau ke bawah. Nanti nampak kertu. Hahaha. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Lepas dah bentukan dengan cantik, sesuai dengan bentuk muka, letakkan concealer untuk menutup lebihan bulu kening di bawah dan diatas kening. Bagi Bella, part ni memang susah sebab Bella terpadam kening yang Bella dah lukis sebelum ni. Alamak!! Tak biasalah katakan. Mak Andam Kiri kata, takpe, gelapkan je balik dan gosok dengan berus. Perghhh!! buang masa sungguh ko ni Bella. Kena buat semula.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masing - masing dengan kening yang terukir indah. Ini wajah mereka sebelum yer. Sebelum mekap. Kening je yang dah siap. Dorang dah berpose - pose bagai. Bella masih dengan berus. Tak siap lagi. Tapi sebenarnya, Tips melukis kening ni, korang boleh sesuaikan dengan kretifviti korang. Lepas join kelas Mak Andam Kiri ni, Bella ubah sikit cara melukis kening ni, dengan cara yang Bella rasa paling selesa dan senang. Masa jumpa Mak Andam Kiri buat kali ke-2, dia cakap kening Bella jadi! Ya! Paling penting korang kena tahu asas dan teknik yang betul untuk melukis kening saja. Bella dah faham dan tahu, korang boleh ubah mengikut kefahaman korang. Bella takda pun gam kening. Bella aplikasikan teknik yang Bella belajar dengan barang yang sudah ada dirumah saja. Legala cikgu kata jadi. Hehehe.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 3 - FOUNDATION


cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Inilah foundation yang Mak Andam Kiri gunakan. Brand Naturator. Bella baru pertama kali dengar. Selama ini Bella memang tahu jenis cecair saja. Bella tak pernah tahu ada foundation yang dalam bekas krim ni. Bella memang tak pakai krim muka. Jadi segala bentuk bekas yang macam ni, Bella sangkakan ia adalah krim muka. Foundation ini pula, memang A! sekali pakai terus jatuh hati. Bukan Bella saja tau. Semua yang pakai suka dan beli. Jangan tak tahu. Bella pun beli satu set. Best sangat.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak Andam Kiri kata, kalau guna foundation ni, takyah pakai UV protection pun takpe. Sebab ia dah dilengkapi dengan UV protection. Cara pakai pun senang sangat. Calitkan keseluruh muka. Calitkan dekat kawasan yang bermasalah lebih sikit. Bella sejenis sayang mekap. Bella calit sikit - sikit je. Sampai semua tegur. Bella dah pakai foundation ke belum? Ya ampun, nampak sangat sebelum dan selepas memang flawless gitew. Lepas tu, korang nampak span tu? Dap dap kan dekat muka bagi rata. Bella paling suka masa dap dap span ini ke muka untuk ratakan foundation. Ada bau wangi. Mak Andam Kiri kata foundation tu wangi. Lama Bella dap sebab ketagih bau wangi tu. Adoi bila nak siap mekap Bella ni. Dah lah nipis.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 4 - SHADING

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak andam kiri menunjukkan berus yang betul untuk buat shading. Bella selama ni memang main belasah je gunakan berus yang memang sudah ada dalam bekas shading Bella tu. Memang besar gedabak. Shading pipi memang Bella selalu fail sebab bercapuk. Tengah mesti pekat. Kadang kadang tak nampak sangat. Normally Bella memang jarang sangat buat shading sebab kita pakai tudung. Tertutup abis la shading Bella semua. Gaya tudung Bella plak jenis yang kulup tak nampak muka sangat tu, HB yang suka. Bella nak lilit gaya lain dia tak bagi. Huh! 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Tapi, dengan berus dan shading powder yang sama, bolehlah buat mancungkan hidung. Ha yang ni Bella memang selalu buat sebab hidung Bella kembang semangkuk. Cuma tak tahan lama. Makan pedas sikit, berpeluh tang hidung, kembang balik. Kah2x. Tapi is ok. Janji dah ambil gambar dekat seluruh majlis kan. So, ok la. Shading ni selama ni Bella memang ikut tutorial saja. Kadang - kadang jadi, kadang - kadang tak. Bila Bella dah join kelas ni, baru Bella tau. Shading Bella capuk sebab base mekap Bella yang nipis. Base mekap pun tak rata dan kemas, macam mana shading nak kemas. Lepas tu, main belasah je masa pakai. Bila korang nak mekap ini satu je, korang kena rajin blend. Malas, memang bercapuk. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Model ini dah sedia kurus kan? Bila buat shading lagi nampak berbentuk tirus. Kalau korang nak tahu, untuk gunakan berus shading ni, korang kena mula dari atas tulang pipi dan ke bawah. Blendkan. Kalau pekat sangat takpe. Kalau pudar tambah. Pastikan pilih powder shading yang lebih gelap. Jangan cerah plak. Tak nampak la.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 4 - LOOSE POWDER

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Bella selalu tengok tutorial orang pakai loose powder ni. Bella pun ada. Bella always tertanya - tanya. Apalah fungsi loose powder ni. Nampak takda beza pun muka. Sama je. Bella ada pun tak pakai. Rupanya dia akan membuatkan mekap kita nampak kena. Nampak sangat semula jadi cantik. Nampak macam flawless yang sempurna. Takdalah nampak terang sangat macam badut. Owh gitew rupanya. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Cara pakai dia pula, dap je keseluruh muka. Tapi jangan dap dekat shading. Bella sampai kening - kening Bella dap. Hilang lagi kening Bella. Tapi takpe, sebab loose powder ini senang nak sapu. Korang jangan takut - takut pakai. Pakai je macam tepung gomak. Bella pula, pakai sayang - sayang. Sikit je Bella dap. Masa pakai eyeshadow hilang semua bedak. Adoi. Bila Bella dah tahu, fungsi loose powder ini dekat muka Bella, Bella just pakai UV, loose powder dan pelembab bibir bila kuar dekat - dekat. Senang nak solat nanti. Pakai macam tu pun dah nampak ok. Berserilah sikit. Bella hanya nak hilangkan muka macam tak siap tu je. Hahaha. Nampak berseri sikit cukuplah. Korang boeh beli foundation dan loose powder yang best ini dekat Mak Andam Kiri tau. Dia ada jual.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 5 - EYESHADOW

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masa pakai eyeshadow Mak Andam Kiri gunakan blusher sebagai base sebab nak look ala-ala Korea kan? Look pinkish gitew. Cara pakai eyeshadow ikut kretiviti korang. Mekap look kali ini, Mak Andam suruh kami pakai eyeshadow gelap dihujung mata dan bucu mata tambahkan dengan warna silver. Memang jadi comel mata. Bella tengah cari beberapa barang mekap yang macam Mak Andam Kiri punya. Tapi Bella ada masalah malas keluar rumah.Hehehe. Tunggu laki cuti jela. 

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 7 - MASKARA

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Ini dah nak final step. Tapi muka Bella masih tak siap lagi. Kena pakai bulu mata palsu untuk menonjolkan mekap kita. Tapi korang harus tahu yer. Bella baru tahu ni lepas Google. Ada yang kata memakai bulu mata palsu haram. Ada yang kata pakai bulu mata palsu takpe, jangan sambung atau panjangkan. Bagi Bella yang dah was - was ni dan ambil pendekatan yang memakai bulu mata palsu ini haram, jadi Bella takkan pakailah. Walaupun, bila kita tak pakai bulu mata palsu, mekap nampak biasa - biasa, tapi biarlah. Janji diredhai. Redha Allah s.w.t tu yang penting. InshaALLAH. Yang baik tu ambil ok. Bulu mata Bella sendiri pun dah panjang sebenarnya. Jadi pakai maskara dan eyeliner cukup dah. InshaALLAH suami senyum lebar tengok. 

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 7 - BLUSHER

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri


Finally!! Siap!!! Pakai blusher, atas shading. Sapu - sapu mekap berlebihan dekat muka tu. Look Korea yang sangat semulajadi. Bella balik jumpa HB, terus HB kata cantiknya. Barang mekap apa Mak Andam tu guna? Mekap sendiri ke? Bella kata haah. Mak Andam Kiri ajar, kami ikut. Bella pun cucuk la lagi. Cakap mekap yang Bella pakai ni, semua Mak Andam Kiri ada jual. Boleh beli. HB kata ok. Beli semua. Wow!! Bella pun terus order apa yang boleh dibeli dari Mak Andam Kiri. Tapi permintaan tinggi korang. Banyak item yang cepat abis dan laku keras. Bella sempat grab foundation dengan loose powder saja. Tapi tulah, ilmu kalau tak amalkan cepat hilang. Nak power kena mekap hari - hari. Bab eyeshadow je Bella cepat lupa. Lupa cara nak pakai. Lain - lain Alhamdullilah masih mekar diingatan sebab cara Mak Andam Kiri ajar, simple tapi result terbaik.

HASIL TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

WOW!!! Adakah ini semua kawan - kawan dan mak - mak dari KBBA. Cunnya korang. Mekap Bella paling nipis. Sampai tak dapat kamera capture. Hahaha. Tak biasa mekap tebal. Mekap nipis sikit pun rasa rimas. Kelas belajar mekap yang terbaik Bella pernah join setakat ini. Senang ingat. Senang practice kan dekat rumah. Apa yang penting kami semua mekap sendiri! Terus comel lote. Ya ampun. Siapa nak belajar? Detail kat bawah. Seriously teknik yang diajar korang akan dapat dan cepat tangkap. Bella dah mekap sendiri 3kali semua jadi. Cuma tinggal lengkap 2 3 barang bagi betul - betul jadi look ni balik. Korang bolehlah belajar juga. Bertempat di :-


Lamar Wedding & Event Managemnt
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves.
🌎Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh
👰Wedding planner, Event Management, Catering, Modelling Agency, Catwalk Class, Make-Up Class, Spa etc.

JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019

$
0
0
JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019. Korang tahu tak yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 Januari 2019. Kenapa Bella ajak dan rasa kita semua mesti singgah dan pergi ke Ekspo Halal Malaysia 2019 ini? Korang baca sampai abis ok?


Inilah antara sebabnya. Berbagai aktiviti menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 iaitu :-

  • Pameran
  • Padanan perniagaan oleh SME Corp Malaysia
  • Facebook Live bersama wakil kementerian dan agensi
  • Sesi perbincangan ringkas
  • Penyampaian Anugerah Cabaran Inovasi Islam
  • Sesi business matching. 
Turut dinyatakan akan diadakan juga pameran sebanyak 320 booth yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu :-
  • Makanan dan minuman (F&B) 
  • Bahan ramuan
  • Bioteknologi
  • Kosmetik
  • Penjagaan kesihatan
  • Farmaseutikal serta logistik. 
Banyak sangat ilmu yang kita boleh dapat sambil - sambil cuci mata. Sebenarnya Ia juga sebagai persediaan untuk sukan Olimpik yang bakal dijalankan pada tahun hadapan di Jepun. Masa itu mestilah ramai atlet dan penyokong yang akan membanjiri Jepun, sebab Sukan Olimpik merupakan pertandingan sukan terkemuka didunia dengan lebih daripada 200 negara yang akan menyertainya. Mestilah permintaan makanan halal akan menjadi lebih tinggi. Betul tak?


Memanfaatkan reputasi Malaysia di seluruh dunia sebagai hab Halal global terkemuka, Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara ini bersedia untuk menyediakan PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) dengan menyediakan komuniti PKS tempatan dengan peluang perdagangan dan rangkaian yang luas yang terdapat di pasaran Halal Jepun yang menarik dan terus berkembang, yang terus didorong oleh Tokyo 2020 yang akan datang.

Terdapat juga perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti yang melibatkan agensi seperti SME Bank Berhad, JAKIM, EXIM Bank, Matrade, Federation of Malaysian Freight Forwarders dan lain-lain. Bagi sesi singgah santai selebriri, Jangan tak tahu, Fara Fauzana dan Faizal Ismail pun ada tau. Siapa yang rindu nak dengar celoteh dorang, boleh terus jumpa bertentangan mata terus dekat Expo ini. Bagi usahawan pula, program yang paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu, sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.


Sempena dengan Malaysia Halal Expo 2019 ini juga, telah berlangsungnya Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 yang telah YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan pada  8 Januari 2019 bagi mengumumkan memorandum kerjasama (MOC) diantara kerajaan Malaysia dan Jepun telah ditandatangani bagi mencapai kata sepakat dalam usaha memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik. Jadi usahawan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Korang yang nak tahu produk halal yang bakal mewarnai Jepun pun mesti datang. Takdalah was - was bila sampai Jepun nanti.

Bella pasti akan turut hadir ke Ekspo ini. Untuk makluman, ekspo MHE2019 ini akan mula dibuka kepada trade visitor pada 24 hingga 26 Januari 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Khamis hingga Sabtu). Manakala, ianya akan dibuka kepada umum hanya pada 26 Januari 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu) sahaja. Bagi korang yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.halal-expo.my.

APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND?

$
0
0
Tokyo Disneyland tak perlu diperkenalkan lagi. Masa kecil - kecil memang kalau tengok kartun Disney permulaan dan perakhiran kartun mesti ada istana Disney kan? Wujud tau istana tu. Mana - mana Disneyland pun ada istana tu. Untunglah kalau mak ayah korang kaya. Baru tengok sekali dua dekat Youtube or TV kartun Mickey terus dapat g tengok yang real. Bella dah kertu baru dapat pergi. APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND? Cantiknya Disneyland ini macam masuk ke alam kartun Disney! Ada lagi ke yang menarik? jemputlah baca sampai apa. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

BAYARAN MASUK KE TOKYO DISNEYLAND 

Sebelum Bella cerita dan membebel lebih panjang. Soalan ini adalah paling hot. Sebab bajet ada barulah boleh masuk kan? Kang plan macam - macam tengok alamak bajet sipi - sipi pula. Tak cukup. Dah sedih. Jadi sebelum plan lebih jauh, ketahuilah korang. Resit dekat atas tu sebagai bukti. 26,400yen!! Tapi, ini untuk Disneyland dan Disneysea untuk keesokan arinya dan untuk dua orang. Kalau Disneyland saja, seorang 7,400yen kalau ikut rate sekarang dalam 280myr lebih kurang lah yer. Mahal!! Bagi Bella memang mahal. Itu seorang tau. 


tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

BELI MANA TIKET TOKYO DISNEYLAND?

Tiket masuk sebenarnya boleh beli online. Dapat diskaun tau kalau beli online. Ada juga third party yang tolong jualkan. Tapi Bella tak yakin plus tak nak ada apa - apa masalah plus tak nak kena tipu plus cuaca tak baik. Yes! Banyak sangat kemungkinan yang Bella fikirkan. Langkah berjaga - jaga dan banyak plan kena buat. Masa Bella nak pergi tu, Japan baru saja dilanda taufan dan banjir paling besar. Hari - hari Bella berdoa semoga masa Bella pergi keadaan pulih seperti biasa. Alhamdullilah. Masa Bella sampai tu, Japan macam takda apa berlaku je. Pantasnya dorang buat kerja. Kesan ribut dan banjir macam longgokan bangunan runtuh dan longgokan sampah sikit pun takda. Sebab tu Jepun amat dikagumi.

Jadi setelah kira segala kemungkinan, Bella beli terus secara walk in di kaunter. Bella dari Osaka masa ni. Turun bas, terus masuk Tokyo Disneyland. Cuci muka, gosok gigi dan tukar baju saja. Kami pergi masa musim luruh. Sejuk jugalah. Muka maintain cun. Peluh pun tak. Tapi Bella tak cadangkan korang buat macam Bella. Penat! Bella pergi kejap sangat Jepun. Tu yang sangat terkejar - kejar. Tapi tak touch and go. Memang dapat menghayati jugalah. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BELI TIKET TOKYO DISNEYLAND DI KAUNTER

Beli tiket walk in atau di kaunter ini pun Bella nak highlight kan. Sebab ada kebaikannya dan keburukannya juga. Kebaikannya :-
  • Korang boleh tengok kalau barisan terlalu panjang, maknanya orang dekat dalam terlalu ramai. Lebih baik jangan masuk. Waktu menunggu untuk suatu permainan mesti sangat lama. Pilihlah masa dan waktu yang sesuai untuk pergi. Waktu cuti dan public holiday silalah jangan pergi. 
  • Bolehlah simpan tiket comel ni sebagai kenangan. Kah2x.
  • Boleh tengok cuaca. Kalau buruk lebih selamat jangan pergi. 
Keburukannya :-
  • Harga tetap. Online ada diskaun.
  • Beratur panjang untuk beli.
  • Buang masa.
Itu saja. Jadi terpulang. Ada yang kata, kalau apa saja yang boleh stand by dari Malaysia, baik stand by je. Beli saja dari Malaysia. Jimat masa. Tapi kalau cuaca buruk, jadi rugi baliklah kan?

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

TIPS UNTUK NAIK SEMUA PERMAINAN DI TOKYO DISNEYLAND

Kalau korang nak naik semua rides, Bella dah study tipsnya tau. Antaranya :-
  • Korang seharusnya datang seawal mungkin. Lebih banyak masa korang dalam Disneyland ini.
  • Beli pass untuk dua hari terus. Macam Bella, memang beli dua hari. Tapi satu hari Disneyland dan satu hari lagi Disneysea. Sebenarnya boleh je korang gunakan kedua - dua pass untuk Disneyland saja, atau Disneysea saja.
  • Tidur dekat hotel Disneyland. Mahallah tapi. Bella hotel Legoland pun tak terpergi lagi. Lagilah Hotel Tokyo Disneyland ni. Bolehlah korang pergi paling awal, balik paling lambat.
  • Plan nak naik ride apa dulu. Kaji dekat website sebelum pergi. Bella tak sempat nak kaji apa pun. Maps sebelum masuk pun tak buka. Hahaha. 
  • Kejar Fast Pass. Dia macam siapa cepat dia dapat naik dulu. Tak jual tau. Tapi ikut time yang diberi. Ada 9 permainan yang menawarkan Fast Past ni. Bella tak sempat nak ambil pun. Abis. Sebab slow macam kura - kura. Penat wei. Penat naik bus 7jam dari Osaka pun tak hilang lagi. Nak lumba lari pula. Oh No!! Fast Pass ni korang kena study lebih cara nak guna. Bella tak guna. Jadi tak leh nak cerita lebih - lebih.
  • Download applikasi Tokyo Disneyland untuk tengok waktu menunggu sesuatu ride. Bella nak download dekat Japan. Tak lepas. Korang silalah download siap - siap dari Malaysia ok. 
tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

MAKANAN HALAL DI TOKYO DISNEYLAND

Masa Bella sampai, hujan. Cuaca teramat sejuk. Sejuk giler. Kawan Bella kata sejuk sebab dia dekat dengan laut. Nasib Bella dah stand by baju hujan dari Malaysia. Dari pagar masuk ke dalam Disneyland saja kita perlukan baju hujan. Sampai dalam semua dah berbumbung. Sebelum masuk, kami makan dulu biskut dekat luar takut tak lepas. Sebab sebelum tu dah ada guard tegur. Kami simpan bag dalam loker dan gerak masuk dalam. Tapi Bella tetap bawa kopi 3 in 1 dan biskut dalam bag. Nasib lepas. Penting oo kopi. Lemau giler ni.

Bella kan tak planning. Masuk - masuk ke hulu hilir cari kedai makanan halal. Masuk kedai kebab. Macam. Eh halal ni. Dia jual ayam saja. Tapi macam ada perasaan tak sedap hati, kami kuar dari kedai dan Bella kata dekat HB kita cari nasilah. Masa ini lapar sangat, sampai lupa. Ayam pun bukannya halal. Sembelih macam mana?? Patutlah kaki mengajak keluar. Alhamdullilah.  

Bella dalam keadaan yang sangat penat. Ikut saja kaki melangkah. Masuk - masuk ada perarakan yang comel - comel. Orang ramai selalunya sedih kalau hujan perarakan ini cancel. Tapi Bella bertuahlah sebab perarakan ini tetap dijalankan walaupun hujan. Tapi Bella tak tengok! Sebab lapar.  Baik kita pergi makan dulu sementara semua orang tengah tengok perarakan. Restoran kebanyakannya kosong. Memang betul. Habis saja perarakan dan persembahan. semua orang serbu tempat makan.

Kami masuk ke sebuah restaurant yang comel dan disenaraikan sebagai restaurant halal. Bila Bella tengok menu, wow semuanya nampak sedap. Bella masih lagi bagitahu HB, Bella nak ayam. HB kata ok. Bella pun duduk jaga tempat. Masa duduk tu Bella terfikir. Eh! ayam. Terus Bella call HB cakap cancel. Order lasagna Seafood. Alhamdullilah. Nasib tersedar awal. Dah orang Japan tu macam buat muka. Kan dorang buat cepat. Sorrryyyy!! 

Air pula, HB beli air kopi O. Bella dah pesan. Susu jangan. Tu dia rasanya. Boleh demam. Tak sedap langsung. Nasib Bella bawa 3 in 1. Itu jela kitaorang makan seharian di Disneyland. Bella cadangkan korang bawa makanan sendiri at least roti ikan bilis ke, maggi ke, yang mengenyangkanlah. Tapi sorok - sorok sikit. Kopi jela buat kitaorang bertahan dan bertenanga. Hahaha. Bertenaga sangatlah. Semua show kami tidur. kah2x. 

Tempat solat tiada yang spesifik. Tapi dibenarkan untuk kita bersolat di information counter dibahagian pintu masuk Disneyland. Tempat yang teramat selesa disediakan. Korang bawa kompas untuk tengok dan pastikan kiblat. Bella download Muslim Pro dekat Iphone. Walaupun kuar iklan always tapi kebaikan app ni pun banyak. Hari - hari ada noti masuk waktu dan boleh kesan waktu solat mengikut lokasi. InshaAllah  sangat berguna. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

PERMAINAN YANG SEMPAT BELLA MAIN?

Percayalah, walau laju macam mana pun korang, planning macam mana pun. Korang takkan dapat cover keseluruhan Tokyo Disneyland ini. Jarak dari satu ride ke satu ride pun jauh. Siap sesat - sesat. Lagi satu banyak permainan kanak - kanak. Macam mana korang main? Hahaha. Lagilah Bella yang takda planning apa - apa ni. Sibuk buat itinerary, sampai ter miss planning dalan Tokyo Disneyland ni. Permainan yang Bella sempat main :-
  1. Buzz Lightyear's
  2. Stitch Present Aloha (show) 
  3. It's A Small World
  4. Splash Mountain
  5. Pirates Of The Caribbean
  6. Country Bear Theater (show)
  7. Cinderella's Fairy Tale 
  8. Peter Pan
  9. Mickey's PhilharMagic (show 3D)
  10. Chip n' Dale's Treehouse
  11. Roger Rabbit's Car Toon Spin
Boleh dikatakan semua show yang kami masuk, kami tertidur! Kebanyakan permainan semua untuk budak - budak macam dekat fun fair je. Roller Coaster pun langsung tak seram. Korang naik je. Orang Japan lembut. Roller Coaster dewasa pun macam budak - budak je. Tapi dorang jerit sakan. Bella beria takut nak naik. Sekali nyesal. Takda apa pun yang mengerunkan. Hahaha. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND?

Apa yang menarik yer? Cantik. Bersih. Rides tak best. Mahal. Eh! Hahaha. Kalau korang beli 2 day pass. Please masuk Tokyo Disneysea dulu. Kalau tak mesti rasa hambar. Semua teater kami tak sempat kejar dan tengok, kami sempat tengok show yang dibuat oleh patung saja.  Menariknya Tokyo Disneyland ini bagi Bella, satu je. Tempat dia sangat indah. Kalau pakai baju puteri rasa nak menari - nari dan berpusing - pusing. Memang cantik. Bagi Bella, yang lain sangat boring. Hahaha. Jujur.

Lainlah korang ada anak. Tokyo Disneyland, 100% sesuai dan seronok jika bawa anak bermain saja. Korang nak honeymoon manja - manja pun boleh juga. Tapi kalau nak have fun gila - gila memang tak. Tokyo Disneyland bagi Bella sangat bosan. Show guna patung yang digerakan. Beratur panjang - panjang ingat ada apa dekat Cinderella tu. Rupanya tempat ambil gambar saja. Orang Japan masuk sini pakai ala - ala puteri dan karektor kartun hanya untuk ootd! Omg!! Jadi kebanyakan rumah, bangunan, tempat cantik - cantik memang takda apa pun. Dorang beratur hanya untuk bergambar. Ya Allah! Kami tak baca. Beratur sama. Patutlah yang beratur semua bagaikan puteri dan sangat in character. Bawa epal dalam bakul, macam tu jela keadaan epal tu. Cermat je dorang. Kalau Bella separuh hari dah serabai dah. Silap - silap bakul pun tercicir. 

Siapa yang dah pernah pergi Disneyland lain, mesti akan rasa macam Bella rasa. Bella dah masuk HongKong Disneyland. Semua ride sama macam HongKong Disneyland. HongKong Disneyland seronok lagi Bella rasa. Banyak ride boleh main. Tak seramai disini. Sini penuh. Semua ride penuh. Tokyo Disneyland ini lebih kepada dunia kanak - kanak. Dewasa dan remaja silalah cari tempat lain. Fikirkan Rm300 yang korang leburkan dan ia membosankan. Kecuali korang macam HB Bella. Target dia nak cover semua Disneyland yang ada. Good luck baby. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

TOTAL PERBELANJAAN BELLA DALAM TOKYO DISNEYLAND

Setakat kiraan mengikut resit yang tersimpan, sebab guna kad HB banyak. Dia tak tahu bagi resit semua dekat bella ke tak. 

2850 + 1610 + 1555 + 322 + 690 = 7027yen = 265myr (Souvenir + Food + Drink)

So Total dua orang termasuk tiket = 21,899yen = 825myr (Mungkin mengikut rate semasa) 

Kalau tak beli keychain dan patung Disney comel - comel lagi murahlah citenya. Ok. Nanti Bella sambung pasal Disneysea pula. Semoga bermanfaat. 
Viewing all 395 articles
Browse latest View live