Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all articles
Browse latest Browse all 395

Tarikan Utama di LEGOLAND MALAYSIA

$
0
0
Salam, sebelum ini Bella ada cerita mengenai percutian Bella ke Legoland kan? Korang boleh baca:-


Sekarang ini sambungannyalah kan? Selepas Bella check out dari Hotel Granada korang boleh baca juga di :- 


Semalam kebanyakkan game tak sempat main sebab masa sangat terhad. Jadi kita sambung hari nilah. HB teruja nak cuba Roller coster la. Apa lagi, sebab semalam tak sempat nak cuba. Sempat cuba permainan budak - budak je. Jadi kami terus mencuba Project X. Nama gempak kan? HB kata ada satu part selekoh yang menakutkan. Lain - lain ok. Bella memang tak cubalah. Tak nak hadapi perasaan gerun dan montot terawang - awangan. Arrghhh!! Tak nak.

PROJECT X -  LEGOLAND

permainan di legoland, johor, tempat menarik di johor


legoland, roller coaster legoland

Disini ada ketinggiaan yang ditetapkan. HB kata biasa je, sebab dia dah biasa naik kan? Project X ini terdiri daripada 15 selekoh dan ia adalah Roller Coaster yang mempunyai selekoh dan pusingan yang paling banyak diantara permainan yang lain. Disekitar sini juga terdapat permainan dan tarikan lain seperti :-

  • Aquazone Wave Racer
  • LEGO Mindstorms
  • LEGO Academy
  • PROJECT X
  • Technic Twister
Kebanyakkannya Bella tak singgah sebab lebih sesuai buat kanak - kanak. Yang bawa anak bolehlah singgah semua tempat ini ya.

LEGO STAR WARS MINILAND - LEGOLAND




Ia adalah mempamerkan lebih 2000 model star wars yang terkenal dari enam episod Star Wars. Apa yang paling menarik, model ini mengeluarkan bunyi, cahaya dan pergerakan yang sama seperti dalam episod movie. Pameran ini terdiri daripada tujuh bilik yang masing-masing menggambarkan pemandangan dari setiap filem Star Wars, dalam susunan kronologi. Korang akan masuk, berdasarkan Star Wars Episod I: The Phantom Menace, dengan Istana Naboo Royal yang menakjubkan menjulang Pertempuran Naboo antara Naboo, Gungans dan droids pertempuran 'Persekutuan Perdagangan.Bilik-bilik seterusnya akan membawa anda ke Geonosis (dari Episod II: Serangan Clones), Kashyyk dan Mustafar (Episod III: Revenge Of The Sith), Tatooine (Episod IV: Harapan Baru), Hoth (Episode V: The Empire Strikes Back ), Endor (Episod VI: Pulangan Jedi), dan akhirnya, Christophsis (dari Star Wars: Ciri animasi Clone Wars). Peminat filem Star Wars mesti masuk tengok.

DRAGON'S APPRENTICE - LEGOLAND

legoland Malaysia

Roller Coaster legoland, Permainan legoland


legoland malaysia, johor

Kami terus berjalan masuk jauh kedalam dan terjumpa dengan permainan Roller Coaster naga yang kecil. Namanya The Dragon's Apprentice. Permainan macam ini Bella selalu nampak dan jumpa di kebanyakkan taman permainan. Mesti ada. Kecil macam ini pun Bella takut nak cuba. Terasa rugi. Tapi tak nak korbankan perasaan gerun tu. Tak nak kuarkan dan bazirkan. Bukan luak pun padahal. Sekejap sangat. Sekali pusingan yang laju saja. 

THE DRAGON - LEGOLAND




CASTLE STAGE - LEGOLAND




KING'S GRILL - LEGOLAND



ROYAL JOUST - LEGOLAND



WATER PARK - LEGOLAND































Viewing all articles
Browse latest Browse all 395