Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

Itnerary Ke Menjelajah Gyeongbuk Province Di South Korea

$
0
0
Bella berbesar hati kongsikan itnerary Bella sepanjang menjelajah South Korea di daerah Gyeongbuk. Korang boleh la ikut dan dapatkan idea. Korang juga boleh dapatkan maklumat dari Korea Plaza.

Thank you for joining us on this media trip to explore South Korea’s largest coastal province, Gyeongbuk. Located at the epicenter of South Korea’s culture, Gyeongbuk is a mecca of historical treasures and majestic folklore. This province also hosts one of the most wonderful mountain sights and the best places to see the blooming of cherry blossom. This 6D/5N Muslim-friendly media trip is brought to you by AirAsia X and Korea Tourism Organization (KTO).













Review Deagu- Inter Bulgo Hotel

$
0
0
Hai korang, mungkin ada yang tercari - cari hotel disekitar Deagu yang cantik, bersih dan hebat. Inilah tempatnya. Bukan hotel bajet yer. Jadi, bajet korang kenalah lebih sikit untuk menginap disini. Bella menginap disini untuk satu malam sahaja, jadi Bella tidak pasti mengenai facility yang lain. Jom Bella cerita pada korang mengenai Deagu Inter-Bulgo Hotel. Menarik sangat. 



Masuk sahaja kedalam hotel korang akan melihat kecantikkan dan kekemasan hotel ini. Terus rasa tak sabar nak masuk ke bilik. Ini adalah deretan cafe dalam hotel ini. Korang tak yah la nak masuk lepak minum plak ya.. tak halal. 


Teruskan perjalanan ke bahagian receiption dan cashier. Terletak di lorong belakang selepas masuk ke pintu besar. Lift untuk ke bilik hotel pula terletak disebelah kanan selepas pembayaran dibuat la yer. Pekerja disini juga boleh menjawab pertanyaan dalam bahasa inglish. Nice kan?


Duduk menunggu no bilik. Berdebar plak rasa. Hahahaha. Padahal tidak ada apa pun. Bella dapat bilik tidur sesorang. Best la bebas nak buat apa - apa. Padahal masuk bilik mandi terus pengsan. Penat sesangat.


Masuk - masuk bilik saja disambut dengan laci kasut. Cute kan? Bolehlah korang cuba dekorasikan di rumah sendiri. Letak sebagai susun atur dirumah. Ok kan?


Ditepi katil ditempatkan sedikit refreshment kopi, teh dan pemanas air. Ini bilik pertama dan dikira selesa. Tidak la beria - ria besar, tapi amat selesa. 



Tilam cukup empuk dan amat selesa. Terus teringat HB dirumah. Auwww.. TV yang terletak dihujung katil. Bella tak tengok pun TV tu. Bella tidak reti nak pasang. Hahahaa. 


Bersantai sambil mencuba tekan2x TV ini, mana tahu berjaya. Seriously kalau Bella larat menonton cerita korea waktu ini baik Bella tulis Blog. Arrgggghhh mata sangat berat. Penat. Jom kita pergi segarkan badan. Kita mandi.


Ada bathtub k.. Bestnya berendam. Tapi Bella terlalu penat ditambah pula Bella kena susun atur balik baju Bella sebab esok dah kena keluar balik. Trip kali ini memerlukan Bella menukar bilik setiap malam. Jadi, setiap malam juga lah Bella kemas kain baju. Buang masa je kan...


Bagi yang tertinggal sabun, berus gigi, syampu dan towel. Korang tidak perlu risau, sebab hotel ini sediakan segala keperluaan korang tu. Ok kan?? Kuranglah berat nak bawa barang ke Korea. Bella cadangkan korang bawa pencuci muka sajalah.. takut gak kan pakai sebarangan ke muka. Kang tumbuh jerawat jangan salah kan Bella. Hehhee..


Selamat pagi !! Bella dah bangun.. hmm nampak tak, tak sempat pun nak buat apa2x mandi, lepas mandi barang sat ja. Rupanya tertidur terus dah pagi. Rugi saja bilik cecantik tak lompat katak atas katil. Pagi ini hotel Inter-Bulgo menyediakan makanan halal. Seriously terbaik. Malangnya pepagi. Mana nak datang selera makan makanan berat, Terima kasih Hotel Inter-Bulgo atas susah payah anda. Sangat berpuas hati.




Terbaik kan?? Sedap. Dagingnya semua lembut. Cuma pepagi Bella memang tak makan Berat. Bagi melihat seluruh perjalanan Bella di Hotel ini dan korang nak tengok sendiri keadaan hotel ini, silalah klik video dibawah. Cuma mungkin gambar kurang jelas atau bergoyang sebab kiri kanan bawa barang. Ipad besar gabak plak tu. Lepas ini kena Bella kamera kecil la plak. Selamat ber "consider" untuk menginap di Hotel ini jika sampai di Daegu ok.. tata..


Hati Seorang Ibu, Mak, Mummy atau Ummi

$
0
0
Selamat Hari Ibu buat semua ibu - ibu. Doakan Bella juga menjadi ibu. Mana tahu, salah seorang dari kita diangkat doanya.. aaminn.. Bella hanya nak berkongsi kenangan lama Bella yang masih segar diingatan. Kenangan yang amat menakutkan dan tidak akan dilupakan. Kemalangan. Apa kaitan dengan hati seorang ibu, Mak, mummy atau Ummi ni? Baca sampai abis dulu.. kongsi perasaan sikit.

Kejadiaan ini berlaku pada bulan Syawal tahun 2013. HB orang Baling Kedah. (🎤 hang pi mana kerja apa, hang pi mana kerja apa 😝) Jadi masa cuti raya memang berduyun - duyun la orang pi utara. Jammed nak mam sampai nak berhenti tepi jalan nak tukar drive pun penuh. Sangat - sangat jammed. 

Masa dari KL ke Kedah alhamdullilah, kami selamat sampai. Selalunya dari KL ke Kedah HB memang semangat abis. Tapi, dari Kedah nak ke KL semangat dia dah kurang. Makan Lemang plak, badan jadi lemah la jawabnya. Kereta kena bawa ala-ala siput khinzir membuatkan mata makin berat. Jadi, HB pun berhenti la di hentian rehat untuk merehatkan diri dan tidur. 

Bella?? 


Kerja Bella memang tido jer. Kuar simpang rumah Bella dah start tidur dah. Orang kata kita duduk sebelah pemandu kena bercakap dengan dia supaya pemandu tak ngantuk, tapi kalau Bella tak tidur kerjanya bergaduh dengan HB. Kecuali pasal politik. Memang sakan laa.. sampai rasa macam erkk?? dah sampai?? tapi kekadang bosan gak cerita benda yang sama saja kan.. Selalunya Bella memang akan tidur la.

Dipendekkan cerita, masa balik tu sangat jammed dan HB terlalu penat. Sebenarnya terlalu kenyang. Bila kenyang jadi malas dan ngantuk lah kan.. jadi, HB pun berhentikan kereta dan tidur. Bella tersedar macam mamai macam tu, masa itu HB tengah memusing- musing cari parking. Penuh sesangat dan HB membuat keputusan parking di kawasan bas dan lori. Bella masa terjaga tu, tengok HB tak tidur lagi. Dia macam tengah survey macam ok tak parking sini. Bila dia tengok kiri kanan depan belakang semua kereta parking situ, dan difikirkan selamat. Jadi, HB pun tidur.

Bella tidak tahu berapa lama kami tertidur, tapi bunyi yang amat bising membuatkan Bella terjaga dengan sangat terkejut dan dengan degupan jantung yang macam nak pecah!! berdegup laju!! Bella terus jerit Dear!!! 

Bunyi tu, macam bunyi besi yang masuk dalam mesin pengisar. Perppp!! prapp!! prapp!! ranap!! remuk!! dan Bella tengok sebelah Bella tu dia!! tayar lori!!


Lori ini dah makan separuh depan kereta Bella. Waaahhh !! terkejut!! Bella tanya dengan HB. Nak kena keluar ke?? HB kata tunggu dalam. Bella macam pelik, nama kena tunggu dalam?? Buatnya minyak kuar meletup ke?? Bella tunggu sajalah kat dalam sambil tengok tayar lori. Bau minyak tak boleh cakaplah !! Tetiba orang ramai datang kerumun. Time tu, FB, ig, twitter tidak la macam sekarang semua sibuk nak merakam. Tapi, ramai yang datang tengok. Dorang terkejut tengok Bella kat dalam. Nape duduk dalam?? keluar!! semua menjerit suruh keluar !! 

Selepas mencuba berbagai cara, kereta tetap tersekat di bawah lori. Akhirnya kami semua sepakat mengangkat kereta dan melepaskannya keluar. Alhamdullilah... kereta berjaya dikeluarkan dan enjin semua masih elok dan boleh berjalan. Orang ramai minta lori itu mengalihkan kenderaannya ke tepi. Tapi lori tu cabut lari.


Lori inilah yang langgar kete Bella lepas tu lari. Sedih. Syukur kami selamat dan kereta masih boleh berjalan lagi. HB membawa kereta ke balai polis berdekatan untuk membuat report. Memang sedih kerana polis yang bertugas itu hanya buat endah tak endah siap minta duit lagi. Suka yerk makan duit orang? 

Lepas dua hari baru Bella berani telefon mak bagitahu. Auto suara mak jadi serak !! Nangis. Mungkin bersyukur Bella masih selamat. Bella yang mendengar suara tangis mak turut menangis. Itulah hati seorang mak, ibu atau ummi. Bezanya kalau korang cerita pada kawan, boss atau suami sekali pun. Pendekatan seorang ibu sangat berbeza. Kesyukuran emak atas apa yang berlaku pada kita hanya Allah S.w.t saja yang tahu. Ibu, ummi, mummy, atau emak mesti faham apa yang Bella cuba sampaikan. Hanya emak sajalah satu - satunya yang mencintai kita, yang mendoakan kejayaan kita, keselamatan dan kesihatan kita tanpa cemburu. Sayang mak. 

Hari ibu, adalah setiap hari bagi Bella. Love you mak. 

Buffet Ramadhan Paling sedap di Kuala Lumpur - HOTEL SERI PACIFIC

$
0
0
Holla korang... assalamualaikum. Bella nak kongsikan dengan korang tempat makan terbaik dengan korang ini. Buffet Ramadhan paling sedap di Kuala Lumpur - Hotel Pacific. Walaupun Belum ramadhan lagi, tapi Bella nak cadangkan juga beberapa tempat menarik untuk berbuka puasa. Bolehlah korang susun jadual korang nak makan dimana, hari ini di mana, kan.. Rasalah semua. Selalunya tempat korang berkerja ataupun kawan - kawan pasti nak buat perjumpaan dan sekaligus majlis berbuka puasa kan? Jadi, silalah pertimbangkan untuk memilih Seri Pacific Hotel sebagai pilihan tempat berbuka korang. Pasti puas hati.

buffet, makanan sedap, hotel,

Sebenarnya banyak sangat - sangat pilihan sajian makanan yang korang mahukan disini. Makanan barat, makanan utara, makanan melayu asli, makanan segera.. macam - macam la. Tapi Bella nak kongsikan juadah berbuka puasa yang lebih kepada menekankan makanan masyarakat melayu kita. Makanan dan resepi - resepi kampung macam tu. Siapa makan tak bertambah kalau dapat menu macam ini memang pelik la. Namanya melayu. Pasti, Bella pasti akan suka menu sebegini.

makanan sedap, makanan terbaik,

Menggunakan tema Sajian Nostalgia yang menekankan menu masakan melayu, pasti akan membuatkan korang tak sabar nak menjamah setiap menu. Sajian Nostalgia yang membawa maksud mengembalikan nostalgia zaman kanak - kanak kita (kebanyakkannya Bella rasa) dimana masakkan banyak dimasak ibu atau nenek kita yang berasaskan resepi turun menurun masyarakat melayu

ulam, budu, cencalok,

Ulam - ulaman yang pasti terangkat jika dimakan bersama budu, sambal belacan, cencalok, tempoyak cili, sambal mangga dan sambal gesek. Siapa tak pernah cuba penambah selera ini, boleh lah kesini untuk mencuba. Buat mereka yang diet juga, bolehlah berbuka dengan melebihkan makanan seperti kerabu dan ulam - ulam kampung ini.


Menggunakan konsep gerai, korang bolehlah memilih gerai mana yang korang suka. Paling 'best' chef ini akan masak depan korang. Haa baru puas hati kan? Dapat tengok cara dorang masak. Bersih ke tidak. Guna kuali apa. Kan..  Ini gerai masakan kampung. Digerai ini ada nasi putih, asam pedas ekor lembu, udang masak petai, masak lemak siput buluh, gulai ikan patin masak tempoyak dan sayur kubis masak lemak. Perggghh dengar menu pun dah meleleh air liur. 

siput buluh paling sedap

Masak lemak siput buluh salah satu menu yang terdapat di gerai masakan melayu. Bella nak "closed up"satu - satu pun Bella tak rasa semua. Masak lemak siput buluh ini, menarik - narik Bella untuk rasa. Selalunya masak lemak dengan ayam atau ikan saja. Ini dengan siput buluh? hmm harus dicuba. Rasanya kenyal sikit. Bella yang pertama kali makan ni, rasa macam sesuatu rasa yang hilang sebab selalunya makan dengan ayam. Ini bila makan dengan siput buluh ni, rasa lain. Rasa unik.

udang, masak petai, udang masak petai. 
Mana boleh tinggal, Udang masak petai ini. Aduh!! sedap sekali. Bella suka sangat dengan udang ini. Sedap !! Rasa sedikit pedas dan secukup rasa. Bella suka sebab pedas. Lain2x Bella ambil sambal belacan dan kerabu jantung pisang. Pertama kali makan kerabu jantung pisang disini. Rasanya sedikit pahit. Bagi menu masakkan melayu, ada juga Bubur Lambuk, Lemang dan Ketupat, Serunding Daging Ayam dan Rendang Ayam. Waaaah... baru buka puasa. Belum raya lagi, dah dapat makan rendang. Untung sangat.

nasi ayam, resepi nasi ayam, makanan berbuka puasa

Nasi ayam. Memang Bella akan rasa. Sebab nasi ayam kalau kena caranya memang sedap. Ternyata puas hati. Siap berebut dengan HB. Bella suruh dia rasa jer. Dia pergi pelahap sampai abis. Adeh!! Takpe. Nanti bulan puasa kita pergi berbuka disini. Selain Nasi Ayam, ada juga Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam. Tak mampu nak rasa semua. Korang sila pergi rasa yerr.

gearbox terangkat, gearbox terbaik

Sup tulang gearbox yang mengancam ini memang wajib cuba. Sedap!! Korang nampak kan, Sup gearbox ini memang sebesar alam.Semua takut nak ambil sebab besar dan takut tak abis.Siapa yang sebelum ni, tak pernah makan dan cuba sup gearbox ni? Sebenarnya sup gearbox ini apa yang kita nak sedut adalah isi sum sum dalam tulang tu. Perrgghhh !!! sedap rupanya!! Lepas ni, kalau Bella pergi lagi memang Bella akan rebut Sup Gearbox ni. Pedulik orang cakap Bella makan banyak ke apa. Janji Bella dapat tulang gearbox ni satu.

kambing golek, kambing buffet

Ini juga adalah makanan yang paling popular jika dimana mana buffet atau majlis. Mesti semua orang akan tercari - cari. Bukan yang depan tu tau. Yang belakang Bella tu. Sebab warna hendak dekat sama kan, takut korang keliru. Hehehehe. Ajak kambing bakar ni selfie tadi, tak cantik pula sebab dia telah dinodai. Jadi tangkap jauh sikit sebab sebelah badan lagi masih nampak sangat menyelerakan.

kambing buffet sedap,

Takkan tengok saja kot. Haruslah Bella ambil rasa. Dihidangkan bersama dua jenis sos iaitu sos lada hitam dan sos cendawan. Bella jatuh cinta dengan sos berperisa cendawan tu. Sekali ngappp!! masuk mulut, memang mencaiqkan aiq liuq (bak kata org utara) sedapnya. Daging kambing tu sendiri sangat lembut. HB pun kata sedaqnya!! (terus tersasul sebab cakap sambil mengunyah) Tak cukup satu pinggan. Memang bertambah makan daging kambing bakar ni.

pulut durian, durian, serawa durian,

Teka ini apa?? Bella rasa dah cukup Bella makan. Semua orang dah "stop" makan, tapi Bella tak berhenti - henti makan sebab nak rasa semua makanan. Bukan senang nak cerita kat korang ni. Pengorbanan sangat tau. Jadi, apa yang Bella rasa, Bella cerita. Apa yang Bella tidak rasa Bella tidak akan ceritakan disini. Macam mana Bella nak terangkan kesedapan makanan tu kan? Jadi, ini adalah pencuci mulut Bella selain daripada buah - buahan. Pulut Durian. Asyikkkk !!  Dalam bekas comel tu, adalah pulut dimakan bersama dengan serawa durian.


Perrgggghh masuk je mulut durian ni, Bella siap pejam mata!! menghayati rasa durian tu. Sambil makan tu, mulut tak abis - abis bagitahu kat semua orang sedap walaupun dorang pun dah makan. Bella sambil makan tu, cakap dengan Razzwey, "Razi, sedapnya pulut durian ni". Yanieyusuf, "Yani,Sedap betullah pulut durian ni". Boleh cari dorang kat IG.Korang faham tak betapa sedapnya pulut durian ni. Faham kan? Selain daripada pencuci mulut serawa durian ini, ada juga Bubur Cha Cha, Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang dan Bubur Jagung.

Buahan tempatan, pencuci mulut

Yakin Bella dah tidak mahu makan apa - apa lagi, kita cuci dengan buah - buahan lah yer. Manis sungguh. Segar bugar. Terasa kesegaran buah tu. Perpect !!! Buah buahan juga dari berbagai jenis. Ada Nangka, Rambutan, Jambu Air, Langsat, Salak, Duku, Buah Naga, Tembikai dan banyak lagi.

jenis - jenis air, air sedap

Alamak lupa pula nak cerita kat korang. Air sedap disini. Mesti korang tertanya2x. Tak tercekik ke Bella ni makan banyak! macam bawa saka. Air takdak!! Ada.. berbagai jenis lagi. Bulan puasa nanti air lah semua orang cari dulu kan? Air pink tu. Dah la pink. Comel. Warna menarik. Pink jangan disangka air sirap bandung. Air kelapa. Sedappp!! memang sedap. Air tu je Bella duduk hadap dari mula sampai. Dengan air teh tarik. Air panas kegemaran sepanjang masa.Turut disediakanABC, Lai Chee Kang, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Air Kiwi, Kurmadan Laici.


Inilah chef - chef comel yang bertangungjawab menyediakan makanan yang lazat dan enak - enak ni. Apa??? Semua lelaki?? Adeh... perempuan datang makan saja. Hahhaa. Pandai sangat chef masak yer... Rasa nak lagi dan lagi dan lagi. 



Sebenanrnya banyak sangat makanan yang ada di Sajian Nostalgia ni. Sehingga makanan sesimple Maggi Goreng pun ada.Kalau Bella tempek semua gambar makanan kat sini memang berjela-jela. Jadi, Korang kenalah datang sendiri untuk merasa keenakkan Buffet Berbuka puasa di Hotel Seri Pacific ini. Terdapat duatempat didalam Hotel Seri Pacific ini yang menyediakan Buffet Berbuka Puasa. 

Sajian Nostalgia ini di hidangkan di Pacific Ballroom, Level 2.Bermula 6 Jun  - 5 Julai 2016. Harga bermula dari rm98.00 seorang dan bagi kanak - kanak Rm49.00 seorang.

Zende Restaurant, Lobby Level. Bermula dari 8 Jun - 4 July 2016.Harga bermula dari Rm128 seorang bagi dewasa dan Rm64.00 bagi kanak- kanak.




Hotel Seri Pacific ini bukan saja menyediakan juadah berbuka puasa yang enak. Tetapi, turut menyediakan tempat berbuka puasa 5Star yang selesa berserta kemudahan seperti surau yang terletak di tingkat 6. Seronok sangat kami dapat makan disini. Korang nak datang kesini menggunakan pengangkutan awam pun boleh, dengan menggunakan LRT atau Komuter.Korang boleh solat terawikh di Masjid PWTC yang amat berhampiran dengan hotel. Mudah kan? Jadi, Bella sarankan korang buat tempahan awal, kerana tempat ini selalu penuh!! yer.. penuh. Sini Bella bagi maklumat untuk menempah awal. 

Tel No : 03 - 40494351 / 4352
Email : fbresv@seripacific.com
Website : http://www.seripacifichotel.com

Cepat korang buat tempahan sempena Bulan Ramadhan ini. Selamat menyambut Bulan Ramadhan. :)  

Penginapan Terbaik Bercuti Di South Korea - Gyeongbuk

$
0
0
Bella kongsikan dan Bella huraikan disini hotel - hotel yang Bella dah pergi. Bella rasa hotel - hotel yang Bella pergi terbaik dan cantik. Korang juga boleh lah cuba menginap disini. Pasti tidak mengecewakan. Jom kita tengok Penginapan Terbaik Bercuti Di South Korea - Gyeongbuk. Terima kasih kepada AirAsia X dan Korea Tourism Organization (KTO), membawa Bella kesini.

DEAGU INTER-BULGO HOTEL

Hotel ini adalah Hotel pertama setelah penat satu hari meneroka Gimhae dan Daegu. Memang puas hati sebab tilam empuk dan hotel luas dan wangi. 

http://www.bellaidura.com/2016/05/review-deagu-inter-bulgo-hotel.html

Korang klik gambar untuk detail ya. Kalau Bella tulis semua kat sini berjela kan.. Nanti korang bosan pula bila baca. Link ini pun boleh. Review Deagu Inter-Bulgo Hotel

Paling terbaik, hotel ini menyediakan makanan buffet khas Halal untuk kami semua bersarapan pagi tu. Daging segar lagi. Geram je Bella nak bungkus untuk makan dalam perjalanan, sebab pasti restaurant selepas ini akan bagi sayur saja. 

ANDONG GRAND HOTEL 

Hotel Andong Grand Hotel adalah penginapan untuk hari kedua kami di South Korea. Bermula dari Daegu kami ke Mungyeong dan berakhir hari kedua di Andong Grand Hotel. Hari kedua ini, Bella masuk hotel lewat. Bila sampai di hotel, hari dah gelap. Perjalanan yang panjang buat Bella terlalu penat. Jadi tidak banyak gambar yang dapat Bella ambil di hotel ini. Sedih kan? Video pun tiada.


Tapi korang boleh lah ke Website : Andong Grand hotel

GYEOUNGJU HYUNDAI HOTEL 

Hotel ini adalah Hotel keempat bagi Trip Bella kali ini. Daripada Andong ke Yeongju dan meneruskan perjalanan ke Buncheong dan Berhenti Di Gyeoungju. Di Gyeoungju AirAsia X dan Korea Tourism Organization (KTO memilih Gyeongju Hyundai Hotel sebagai penginapan kami, buat kami bermalam. Hotel ini sangat cantik dan mewah. Bilik Bella cantik sangat. Bella  masuk saja bilik terus melompat keriangan. Cantik ok. Hyundai Hotel bagi Bella bilik besar dengan Dua katil Besar lagi. Adeh!! dahla suami tertinggal di Malaysia. Bagi katil besar plak. Apa lagi. Satu katil Bella letak barang, satu lagi Bella tidur. Sangat - sangat puas hati.


Korang boleh klik di link  untuk melihat keseluruhan review Bella pasal hotel ini. Gyeongju Hyundai Hotel ini Bella sempat ambil banyak gambar. Jadi, korang bolehlah tengok ok.

HOMERS HOTEL 

Homers Hotel adalah Hotel yang paling lama Bella menginap. Tidaklah sebulan, tapi dua malam. Sekejap2x je pun. Bella di Beri pengalaman untuk rasa Bilik Hotel yang pemandangannya mengadap bangunan dan satu malam lagi bilik hotel yang mengadap laut. Perggghh.. best sesangat. 


Dari Gyeongju kami ke Busan. Penjelajahan kami berakhir di Busan dan sebab itulah kami menginap disini untuk dua malam. Hotel ini lokasinya sangat terbaik. Dekat dengan pantai yang sangat cantik. Korang kalau mahu menjelajah Busan Korea, harus memilih hotel ini untuk merasai angin pantai di Korea. Korang boleh tengok review penuh Bella di link ini ok. 

TQ sekali lagi buat AirAsia X dan Korea Tourism Organization (KTO) . Harap perkongsiaan Bella ini  bermanfaat.

Buffet Ramadhan Murah Di Laman Kayangan

$
0
0
Kedatangan bulan RAMADHAN yang penuh keberkatan memang dinanti - nantikan oleh senua umat islam, termasuklah Bella. Dalam pada kita mahu menyambut Ramadhan ini,Segi Seri Sdn Bhd telah mengadakan majlis prebiu buffet ramadhan bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam. Berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara, tetamu yang hadir berpeluang mencuba dan merasai sendiri kelazatan juadah - juadah Ramadhan dari Negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam termasuklah Malaysia. Apa yang paling penting, harga promosi tempahan awal turut ditawarkan. Buffet Ramadhan yang Murah di Laman Kayangan ini bermula hanya dari rm39.90sah dari tarikh 15/4/2016 sehingga 15/5/2016. Dua hari sahaja. Bella sempat la tempah menggunakan "Early Bird Promotion" ni. Sayang sangat korang kalau korang tak sempat.

 
Masuk - masuk je dalam dewan kayangan ini, dengar suara Jihan Musa. Jihan Musa dan suaminya. Masa ini dorang pengantin baru la yer.. Masa ini "excited" sebab dengar suara Jihan Musa. Tapi, Bella tak dapat nak belanja gambar selfie dan Jihan sebab dia kata " Jap yer.. nak shoot jap." Lepas tu dia balik. Tak sempat. Hmmm.... agak kecewa gak la. Takpe. Lain kali Bella mesti jumpa dia lagi. 

Buffet Murah

Dewan yang cantik dan penuh dengan konsep gerai makanan dari seluruh Asia Tengggara. Kelihatan sangat romantis. Paling kelakar, Bella baru nampak meja Media & Blogger kat gambar ni. Masa datang aritu Bella duduk saja meja yang kosong. Takpelah tetap dapat menikmati makanan yang lazat disini.

buffet ramadhan sedap

Bella baru balik kerja. Memang lapar la. Bella terus menuju ke gerai yang menghidangkan masakan kampung. Gerai ini menyediakan hidangan seperti 3jenis kerabu, keropok, ulam- ulaman, sambal tradisi melayu seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan cencalok, Makanan tambahan seperti ikan masin, telur masin dan sambal bilis goreng.


Bella menitis air liur tengok ulam - ulaman ini. Ada pula ikan masin dan telur masin. Telur masin memang satu jenis saja. Tapi, ikan masin. Berbagai jenis. Adeh.. Bella suka semuanya. Tapi mana boleh makan semua dalam satu masa. Abis jadi nasi goreng ikan masin. Pilih seekor yang paling Bella suka. Sedapnya.


Tadi makanan tambahan dan penambah perasa. Maknanya kalau korang tambah ulam - ulaman tu, hidangan korang akan bertambah lazat dan enak. Tapi, makanan asasnya? Korang jangan tidak tahu. Banyak.. terlalu banyak. Bella macam.. arrghhhh hendak mana satu ni?? Semua lazat - lazat dan enak - enak. Bella ambil asam masak pedas,Kari dan sotong. Sedap.


Berkejaran HB pergi ambil kambing panggang ni. Terlalu cepat abis. Sedap. Mana taknya, korang tahu?? Kambing panggang ini disediakan dengan tiga sos istimewa dan memang menjadi tumpuan setiap kali berbuka puasa. Kambing panggang ini, mula - mula masuk dah nampak. Beratur panjang untuk dapatkan kambing bakar ini. Sampai turn HB adalah tulang temulang ini tinggal. HB kata patutlah abis cepat, sedap!! Rugi HB ambil lambat. Tak pe.. Bella dah tempahan awal buat berbuka puasa nanti. Pasti Bella beratur di bahagian Kambing panggang dulu selepas ini. Korang dah tempah?? Jom la kita berbuka sama - sama. Berbaloi - baloi.


Bella dah makan nasi berlaukkan Kari Ikan dengan Bendi, Ikan Masam Asam Pedas, Sotong Sambal, dan Telur Kurma bersulamkan ikan masin dan ulam-ulaman, barulah nampak di bahagian belakang Nasi Bukhara ini. Nasi Bukhara?? Bella tidak pernah makan. Jadi Bella ambillah sepinggan. Sedap rupanya. Sangat sedap. Ini adalah Gerai Santapan Kayangan dari Brunei rupanya. Nasinya ada dua jenis. Nasi Kabuli dan Nasi Bukhari. Ada juga Ayam Masak kunyit dan Daging Rebus Kedayan. Daging Rebus Kedayan, korang mesti cuba.


Bella nampak pula Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini, dalam set hidangan Nasi Bukhara ini. Bila nampak Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini, Perrggh teringat mak kat kampung. Orang dulu - dulu kan suka masak macam ini. Teringat masa kecil - kecil mak Bella selalu masak macam ini. Makan dengan nasi panas,curah kicap makan pula dengan ikan masin. Korang rasa?? Mahu makan tidak bertambah? Sekali menu ini ada dekat sini. Terkejut Bella. Memang sedap.Bella ratah macam tu saja. Tidak sangka, Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis ini makanan popular di Brunei rupanya.


Ini adalah gerai Thailand. Menyediakan Kerabu Ayam, Kerabu Mangga dan Kerabu Soo Hoon dengan Seafood di gerai ini. Sup Tomyam Special juga ada. Sup Tom Yam Special Bella makan dengan bihun. Jadi Bihun Tomyam yang amat sedap. Bella sebenarnya dah kenyang sangat tapi, bila makan Tom Yam special ini rasa nak bertambah tambah dan tambah lagi. Sayangnya bihun dah nak abis. Disini juga korang boleh rasa Mee Celup Campur.Mee Celup ini dicampurkan dengan Ayam Racik, Daging Hiris, Kacang Tumbuk, Kangkung, Serbuk Cili dan Jeruk cili. Bella cadangkan korang pergi ke gerai Thailand ini secepat mungkin. Laku kerasss... Bella tidak pasti sama ada terlalu sedap, atau chef nya hemcem. Heeehe.


Gerai Indonesia ini terletak di hadapan dewan. Bella pun hampir tidak perasan ada gerai Santapan Kayangan Indonesia ini. Harapannya memang banyak lah makanan dah habis. Di gerai Indonesia ini menyajikan Gado - gado, pecal sayuran, Sup Sapi, Nasi kuning, Opor Ayam, Semur Daging dengan Kentang, Keli Goreng Berlado, Bakso, Soto dan Tauhu sambal. 


Apa yang Bella sempat rasa di gerai santapan kayangan Indonesia adalah Tempe Goreng ini. Itu pun berebut. Nasib sempat. Waaa.. sedapnya. Tempe goreng kalau buat lagi ranggup. Lagi sedap. Bella ratah saja semangkuk. Bila tengok balik Tempe ini, rasa nak jilat screen ipad ini je Kan..


Bila dah yakin peyut comel Bella ni, tak mampu dah nak makan. Jadi kita mengakhiri makan malam hari ini dengan pencuci mulut. Bahagian paling seronok bila makan. Bella suka sebab selalunya pencuci mulut sangat comel dan menarik. Dua - dua puding diatas ini. (rujuk gambar atas) Korang wajib rasa. Sedap wei!! sedap!! masa Bella ambil tu, Bella ambil satu bekas saja. Yalah kan. Takut tak abis. Membazirkan amalan syaitan! Jadi Bella ambil la satu. Sebab sedap, enak dan juicy sangat.. berebut pula dengan HB. Sekarang dah teringin balik. Lepas ini Bella nak makan dua bekas. Yay!!


Kuih muih pun ada dan berbagai jenis. Semua comel - comel dan sedap - sedap. Buah - buahan pun sangat segar. Dorang kupas dan kopek depan korang lagi. Manis sangat. Kiranya semuanya lazat, segar dan tidak menghampakan lidah korang. 


Korang mesti dah telan air liur 10x bila tengok gambar yang sedap ya ampun ini kan? Apa lagi. Korang cepat - cepat tempah melalui : 


Email : info@segiseri.com

Alamat : Laman Kayangan Kompleks Belia & Kebudayaan ( terletak didalam Kompleks) 
                Negeri Selangor Seksyen 7, Shah Alam.  


Harga Rm59.00 bagi dewasa dan Rm35.00bagi kanak - kanak. 

Bagi Bella, sangat Berbaloi. Korang dapat merasai berbagai hidangan popular dari seluruh Asia Tenggara. Apa lagi korang. Cepat hubungi Laman Kayangan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Review GYEOUNGJU HYUNDAI HOTEL

$
0
0
Hotel ini adalah penginapan Bella untuk hari yang ketiga.Terima kasih buat AirAsia X dan Korea Tourism Organization (KTO) yang membawa Bella kesini. Hotel ini sangat - sangat cantik. Bella pula dapat bilik yang sangat mewah!! Bagi Bella memang mewah la. Boleh bawa adik beradik tido satu bilik sekali (adik Bella ada 8 orang ok) Tapi, yang lain tidur bawah la yer.. hehehe. 


Ini adalah pintu masuk Hotel ini. Besar kan?? Banyak plak pintunya, jadi sila jangan berebut masuk satu pintu sahaja. Malu saja nanti. Berebut - rebut bagai nak di satu pintu rupanya pintu ada banyak. Jangan malukan orang Malaysia yerk. Hahahaha. Saja je gurau, tambahan nak bagi nampak tulis banyak. Tu merepek sikit tu. hehehe. Masuk blog Bella kena baca sambil senyum ok.Kata lainnya masuk hotel ini memamg senang la. Pintu banyak. 


Masuk - masuk... waaaa.. Tengoklah.. ini bahagian receptionist nya. Cantik kan?? Bella rasa bagai ala-ala puteri gitew.. hew. hew.. cantik giloss hotel ni kan? Pekerja pun, hemsem2x dan kacak2x belaka. Nasib Bella dah nikah. Menunggu dapat kunci memang saat yang mendebarkan. Sebab kunci itu akan menentukan kita dapat bilik yang macam mana. Korang pepaham je la kan, tidur sorang. Bella bukan takut, cuma kurang berani. 




Masuk bilik.. perrggghhh... romantisnya bilik. Sangat cantik. Bella macam buka pintu bilik, waaaahhh.. Besarnya. Ini bilik tidur ke, Ruang tamu? Duduk atas katil, waaaahh lembutnya. Macam orang tak pernah tengok bilik besar plak. Maklumlah, rumah dekat KL, mana mampu bilik besar - besar macm ni. Setakat rumah sekangkang kera jer. Alhamdullilah la kan.. dari tido bawa jambatan. 


Besar tak besar la bilik ni. Siap boleh letak kerusi dalam bilik. Bilik Selalunya ada almari baju dan almari solek saja. Kalau ada tambahan pun, almari bucu. Sememangnya besar lah bilik ni. Bella ni teruja sangat macam tak pernah tidur dalam bilik hotel pula. Hahaha. 


Kerusi yang cantik beranda hotel turut diletakkan. Bolehlah korang nak hisap rokok ke, nak menghirup air kopi di beranda sambil menikmati pemandangan indah Gyeoungju. Bella setakat mengintai keluar bilik dan tangkap gambar saja sempat. Rugi sangat rasa. Penat. Lebih baik Bella duduk dalam bilik. Ada tilam empuk.


Bilik semua Bella dah selongkar, Bella dah tahu kat mana terletaknya plug semua. Habis pusing satu bilik, Badan dah letih, bukan hendak segarkan badan, tapi nak bersihkan badan. Jadi, Jom kita mandi!! Cari tuala mandi. Eh!! tiada?? . Saja buka almari, cari dalam almari juga. Owh, rupanya ada baju menyeringkan badan.Waahhh terasa macam orang kaya pula. Bella kat rumah, lap guna tuala jela. Tidaklah nak pakai baju ni. Lepas ini nak beli satu la. Hahaha. Rasa seksi plak pakai lepas mandi. 


Sebelah almari diletakkan cermin besar beserta minuman yang boleh dibancuh sendiri. Bella nak buat air memang tidak lah. Perut macam nak meletup rasanya. Kenyang. 


Masuk bilik air.. perrgghhh.... bagaikan puteri. Cantik, besar, luas, dan rasa sangat seronok mahu berendam. Apakan daya, hati kata mahu, tapi badan kati tidakkk!! letih sangat. Jadi, Bella tidak sentuh pun bathtub ini. Buka shower dan mandi. 


Bilik air nya memang luas. Mandi bertiga pun tak terasa sempit. ini masih didalam bilik air yer. Selesa ya amat!! Nampak tak sabun kecil- kecil yang bersusun tu?? Bella ambil buat kenangan. Rahsia tau. Comel dan wangi.


Hiasan dalaman Hotel Hyundai yang sangat cantik. Depannya tu, siap ada tempat jual - jual baju lagi, macam mall pula.


Ruangan makan yang luas mungkin buat mengadakan majlis. Sangat cantik, kemas dan bersih.


Bersebelahan dengan ruangan makan itu, memang kita boleh nampak pemandangan luar yang sangat indah. Terdapat taman kecil dan bersebelahan dengan tasik. Terpegun Bella tengok. Sebenarnya, kemudahan di Hotel ini sangat banyak. Cuma Bella yang tiada masa. Jadi, korang bolehlah menginap disini. Keterangan lanjut korang boleh menempah di agoda.com atau pergi ke laman Web Hyundai.com

Semoga Bermanfaat.











Tempat Yang Paling Unik di Daegu Korea

$
0
0
Semua mengimpikan percutiaan yang Hebat!!. Lagi - lagi percuma!! Bella sangat bertuah kerana diberi peluang oleh AirAsia dan Korea Tourism Organization (KTO) yang menjadikan impian Bella satu kenyataan. Alhamdullilah... Terima Kasih. Jom Bella kongsikan Tempat Yang Paling Unik Di Daegu Korea. Korang teruja tak nak tahu?? Bella sangat sangat teruja.


Kedatangan Bella di sambut ramah dan baik oleh Spencer dan wakil dari KTO. Dorang memang baik dan ramah.


Diluar, Bas yang cantik dan paling terbaik Bella pernah naik selama ini. Cantik dan sangat mewah. Terharu Bella dapat naik bas macam ini.


Mengikut jadual, Selepas Bella sampai saja di Daegu, Bella akan di bawa ke MT. Palgongsan untuk menikmati pemandangan sakura yang sangat cantik. Tetapi, disebabkan masa yang suntuk Bella terus dibawa untuk makan tengah hari. Inilah kedai halal pertama Bella di Daegu. Ullengdo Haamultang nama kedai ini. Haaa.. Berbelit tak lidah nak sebut? Restoran ini menyediakan Makanan Halal yang kebanyakkannya berasaskan makanan laut. Nanti Bella cerita detail tau.



Selepas makan tengah hari, Bella dibawa ke Suseong Lake untuk melihat kecantikkan bunga sakura. Teruja sangat - sangat. Bella rasa macam dalam mimpi bila berada disini. Ditemani Bunga Sakura yang tidak jemu mata memandang, buatkan Bella lupa segala penat lelah Bella ke sini. Alhamdullilah.


Masa ini cuaca agak sejuk. Bella terdetik dalam hati, Syokkk nya kalau dapat air panas waktu ini. Macam tahu - tahu saja sebab Bella di ajak ke Cafe yang sangat menarik dan unik betul - betul diseberang jalan Tasik Suseong. Perghhh minuman yang disediakan sangat terbaik. Bella dah mula rindu dengan cafe ini.


Habis saja minum, Bella terus di bawa ke pasar penduduk di Seo Mun Market. Seo Mun Market ini, sangat - sangat mengujakan dengan pakaian yang sangat cantik dan harga amat berpatutan. Gaya K-Pop yang comel !!! Malangnya masa tidak cukup. Bella hanya sempat beli sehelai seluar sahaja. Kalau datang lagi ke Daegu, Seo Mun Market bella akan tuju dulu. Seronok sangat berbelanja disini.


Meneruskan perjalanan, menjejak kan kaki ke Tempat Yang Paling Unik Di Daegu Korea, Bella di bawa ke E-World melalui Skyway. Skyyway yang sangat comel. Masa ini sejuk sangat. Hujan dan kesejukkan tidak menghalang Bella menjejaki tempat menarik disini. ecehh.. terlalu seronok.


Habis sahaja berseronok di E-World Daegu, Bella dibawa menjamu Ketam sebagai makanan malam kami. Sangat - sangat sedap, sampai Bella makan semua ketam yang ada. Sedapnya!!


Hari pertama Bella di Korea, diakhiri dengan menginap satu malam di Daegu Inter-Bulgo Hotel. Memang terbaik !! Bella akan menceritakan selengkap - lengkapnya setiap tempat yang Bella pergi. Cuma dalam masa yang sangat terhad ini, Bella baru sempat menceritakan selengkapnya mengenai Daegu Inter-Bulgo Hotel. Review Daegu Inter - Bulgo HotelKLIK SINI  


 Korang tunggu k.. Semoga bermanfaat. Jangan lupa, terbanglah bersama AirAsia X. Terbaik.


Bercuti Ke Tiga Tempat Menarik Di Korea - Daegu , Mungyeong Dan Andong

$
0
0
Hari pertama di Daegu sangat mengujakan dan menyeronokkan. Korang boleh Check it up dengan klik link ini. Tempat Yang Paling Unik Di Daegu Korea Banyak benda baru yang Bella belajar dan fahamkan mengenai corak hidup di Korea. Pagi ini, Bella bangun dengan semangat berkobar - kobar untuk menjelajah tempat menarik di Daegu. Inilah masanya. Terima kasih Airasia X dan KTO membawa Bella bercuti ke Tempat Menarik Di Korea iaitu Daegu, Mungyeong Dan Andong.


Pagi - pagi Bella bangun mengikut jadual, Bella akan ke Skylake. Sebelum itu, Bella akan bersarapan di Hotel Daegu Inter - Bulgo. Korang boleh klik link tu, untuk mengetahui apa yang Hotel Daegu Inter - Bulgo hidangkan, dan sediakan. Bella ke Skylake untuk belajar cara membuat topeng muka yang paling semulajadi kerana Skylake menggunakan bahan semulajadi. Bella akan buat entry khas buat Skylake khas buat korang. Skylake memang terbaik.


Lepas dan belajar cara membuat topeng muka yang sangat semulajadi itu, Bella terus bergerak ke Mungyeong.Bella dibawa ke tempat makan tengahari yang terbaik. Restaoran makanan halal yang terletak dikawasan yang amat - amat cantik di Mungyeong. View nya super duper cantik. Makanannya pun sangat sedap. Terbaik. Nama restoran ini adalah MoSimJeong Gyeongbuk Tradional Cuisine.


Bella turut dibawa ke Coal Museum yang menceritakan mengenai aktiviti Batu Arang di Korea.


Meneruskan penerokaan di Bumi Mungyeong ini dengan melawat Mungyeong Drama Set Arena yang sangat cantik dari segi pemandangan, rekabentuk dan kawasannya.Mungyeong Saejae nama tempat nya. Tempat ini dahulunya sangat popular dijadikan tempat pengambaran. Korang tahu tak macam cerita kung fu yang berkuda tu. Nostalgia sangat kan.


Sebelum tidur kami dibawa menyusuri jambatan Weolyeong yang sangat popular di Andong. Masa Bella sampai tu, suasana sangat sejuk !! Mengigil Bella. Sangat sesuai buat pasangan Honeymoon disini. Romantis habis.



Penginapan Bella malam ini di Andong Grand Hotel. Hotel yang sangat selesa di Andong. Satu hari yang penuh bermakna. Korang boleh tengok juga Penginapan Bercuti Di South Korea.

V-TRAIN Kereta Api Yang MESTI DiNAIKI bila Ke KOREA - Yeongju

$
0
0
Telefon hotel, pagi - pagi dah menjerit - jerit minta diangkat."Morning Call" daripada Sarah ( Thank you soo much Sarah, love you) supaya Bella bangun awal dan cepat bersiap untuk aktiviti yang panjang hari ini. Paling menarik hari ini Bella akan menaiki V-Train yang sangat terkenal di Korea bermula di Yeongju Station dan berakhir di Bucheon Station. V-TRAIN KERETA API YANG MESTI DINAIKI BILA KE KOREA daerah YEONGJU. Mesti naik tahu?? MESTI.

KERETAAPI UNIK

Dari Hotel Andong, kami bergerak menggunakan bas VVIP kami untuk ke Yeongju Station. Sini station nya. Bas kami berhenti agak jauh dari pintu masuk Yeongju Station kerana tiada tempat letak bas berdekatan. Tengoklah, sekitar Yeongju Station ini turut penuh dengan bunga - bunga Sakura. Separuh dari MEDIA dah berjalan perlahan dan menuju ke Pohon Sakura. Tidak boleh "move on"lagi tu. Bella pun sama. Pokok bunga sakura ini, tidak puas memandang.

keretaapi canggih

Inilah rekabentuk Yeongju Station. Nampak besar. Sebenarnya tidaklah besar mana. Cuma dalamnya terdapat banyak bahagian dan kemudahan asasseperti tandas dan kedai serbaneka. Nape ia dipanggil V-Train ya? Sebenarnya V adalah mewakili "Valley" yang bermaksud, Lembah. Ia bersesuaian dengan pergerakkan kereta api ini yang akan melalui pergunungan di daerah Gangwon - do dan Gyeongsangbuk - do. Selain dipanggil V-Train, Ia juga mendapat jolokan nama "Baby Baekho" iaitu harimau putih.


Pakaian Bella hari ini. "Outfit Of The Day" sebabnya, cuaca sangat sejuk. Tiga lapis tu. Baju nipis yang panjang, baju lengan panjang dan jaket. Jom kita masuk.. Bella tak sabar nak merasai dan menikmati keseronokkan menaiki V-Train.

kereta api unik, bercuti ke korea

Landasan kereta api dimana - mana pun sama. Tapi, Bella bukan naik kereta api ini. Bella akan menaiki kereta api yang melalui keindahan kampung, lembah dan pergunungan di Korea untuk menikmati pemandangan sekitarnya. Kebanyakkan penumpang yang menaiki V - Train ini hanya untuk menikmati pemandangan yang amat cantik dan mengagumkan disepanjang perjalanan.

Tempat menarik di Korea

Taraaaa.... inilah kereta api V-Train yang Bella naik untuk menikmati pemandangan yang hebat dan memukau dari Yeongju Station ke Bucheon Station. Bagi menikmati pemandangan memukau melalui tingkap V-Train ini, KTO telah menempah tiket ini 2 bulan lebih awal. Jadi, korang bayangkan macam mana hangatnya tarikan V - Train ini. 

TEMPAT UNIK DI KOREA

Bella menjejak saja kaki ke dalam V-Train ini, waaahhh.. cantiknya. Sangat klassik dan unik. Tengok kipas tu, takda aircond ok. Guna kipas saja. Kerusi pun berwarna warni. Ia adalah inspirasi dari tahun 70s dan 80s. Kereta api ini akan berjalan dengan kelajuaan sederhana. Tidak laju sangat dan tidak perlahan sangat. Setiap tiket akan ditulis dan diberi nombor tempat duduk. Beruntunglah jika dapat kerusi yang menghadap tingkat tu, puas hati. Dapat melihat pemandangan luar dengan jelas sekali. Boleh lah rasa angin luar yang menyapa lembut juga.


Ini adalah perhentiaan Kereta api "Cheoram Station" akan menurunkan penumpang dan mengambil penumpang lain yang terdiri daripada penduduk setempat. Ramai juga yang menaiki V-Train disini. Di perhentian ini juga terdapat kemudahan toilet. Pemandangannya pula, amat-amat memukau.


Cantikkan??? Di Perhentiaan ini juga, terdapat kawasan perumahan penduduk setempat dan terdapat kemudahan tandas dan taman yang dihiasi seolah - olah mahu menyambut "Christmas". Cuaca sangat tenang dan segar. Seronok sangat. Didalam V-Train tiada kemudahan tandas, jadi korang kenalah menggunakan kemudahan tandas disini sebelum menaiki V-Train.


Sepanjang perjalanan pemandangan macam ini, akan biasa kita lihat di kiri dan kanan kereta api. Selain daripada kita merasai seolah - olah berada didalam zaman 70s dengan dekorasi dan stail retro didalam hiasan dalaman kereta api, Krew kereta api V-Train ini turut memakai pakaian seragam pekerja zaman 70s. Dekorasi yang dikasikan retro dan mengembalikan zaman 1970s adalah dari segi penggunaan "charcoal stone" dan "incandescent lamp" yang biasanya digunakan pada zaman 1970s. 



Perhentiaan kedua di "Seungbu Station". Masa ini semua orang berpusu-pusu keluar. Pemandangan yang memukau!! Sangat memukau. Disisi kanan Kereta api terdapat sebatang sungai yang mengalir yang Bella boleh tengok dengan lebih dekat lagi. Nasib musim sejuk. Kalau tidak !!! Pasti Bella cuba mencecah kaki Bella ke sungai yang mengalir tenang tu. Bella nak rasa juga mandi di sungai Korea macam mana. Nak sangat !! 



Disisi kiri pula, terdapat pasar kecil yang menjual hasil tanaman penduduk tempatan. Bagi Bella, kesemuanya kelihatan amat pelik dan ganjil. Apa ni?? Apa ni?? Korang jangan risau, kesemuanya adalah sayur yang diolah untuk menjadikannya pelbagai warna dan rasa. Tapi, Bella tak berseleralah hendak cuba dan rasa. Tak berani. 



Sampailah Media kawan Bella Hani ni, Beli dan belanja semua rasa. Bella macam apa ni?? Tapi cuba jugalah. Memang sedapppp!! Diberi sekali dengan sup untuk direndam. Masa ni pun, perut dah mula menyanyi rap! Jadi bila masuk mulut dan ke perut, perrghhh sedapnya!! 


Perhentiaan yang ketiga ini, paling Bella suka. SubahanaALLAH, sangat cantik. Bella macam tengok sebuah lukisan alam yang amat memukau pandangan sesiapa  saja yang memandang. Dihujung sana terdapat sebuah rumah warga tempatan yang sangat comel. Rumah yang terdapat kincir air dihadapan rumahnya!! waaahh.. kalau rumahnya ditukar menjadi sebuah resort, Bella pasti mesti akan jadi tarikan utama disini. Teringinnya hendak sampai ke sini masa musim panas.. mesti cantik!!! 


Yangwon Station juga ada gerai kecil - kecil yang menjual hasil warga tempatan. Jual makanan kebanyakkannya. Ada juga ruangan berehat yang bersih dan berhias cantik. Bolehlah beli makanan dan lepak disini.


Perhentiaan terakhir adalah Buncheon Station. Di Bucheon Station, Bella berhenti agak lama, sebelum menaiki V-train kembali untuk ke tempat permulaan kami naik tadi.


Di kawasan Bucheon Station Bella mengambil peluang berjalan - jalan dan melihat apa yang menarik disini.


Terdapat aktiviti arang batu besar - besaran disini


Setiap tempat yang Bella lalu masa datang tadi, Bella lalui sekali lagi. Bella sempat singgah dipasar lagi.


Korang mesti naik V-Train jika ke Yeongju. Mesti. Sangat mengujakan dan mesti masukkan dalam senarai tempat mesti lawati.

Tempat Makanan Halal Di Korea

$
0
0
Jom Bella kongsikan dengan korang semua tempat dan restoran yang menyediakan makanan halal semasa Bella Bercuti di South Korea.

Gimhae , South Korea


Restoran Halal yang Bella pergi di Gimhae adalah Ullengdo Haamultang. Menyediakan hidangan lebih kepada makanan laut.


Ini adalah diantara hidangan yang dihidangkan. Bella ingatkan Spaghetti. Rupanya ia adalah sayuran yang rasanya seakan - akan taugeh.
Suseon Lake, South Korea



Marley Coffee. Cafe yang menyediakan kopi yang sangat sedap. Marley coffee ini terletak betul - betul dihadapan keindahan Pepohon sakura. Mesti singgah.

Daegu, South Korea


Makan malam Bella di Daegu di sebuah Restoran yang amat terkenal dengan masakan ketam nya.



BabDodok nama restoran ini. Makanan paling Bella teringat - ingat sampai sekarang. Masakan di Restaurant BabDodok ini. Sesangat sedap.

Mungyeong , South Korea


Restoran ini terletak dikawasan yang sangat damai dan agak terpencil.Tapi keadaan sekitarnya amat tenang dan cantik. MoSimJeong Gyeongbuk Traditional Cuisine. Restoran yang mesti korang pergi bila ke Mungyeong South Korea.


Paling terharu, tukang masaknya sanggup belajar cara-cara memasak makanan halal mengikut syariah. Terbukti tidak sia - sia. Sangat sedap dan terbaik!!

Andong, South Korea


Makan malam di Andong pula, kami memilih untuk makan di Myeongka Andong Chicken Stew.


Chicken Stew yang dihidangkan dalam pinggan paling besar. Bella rasa, ia seakan - akan soo hun yang dicampur dengan sos tiram dan ditambah ayam, cendawan dll. Sangat sedap. Cuma bila sedut perlahan - lahan. Soohun ini laju masuk ke tekak. Sedap.



Restoran halal yang Bella makan ini, terletak amat berdekatan dengan V-Train. Mountain Vege Bibimbap. Menghidangkan Bibimbap yang kesemua hidangan boleh dikatakan berasaskan sayuran sahaja.

Gyeongju, South Korea


Restoran Ssukbujaegi yang terletak ditepi jalan. Masa kami sampai, restoran ini sangat penuh. Menunjukkan betapa sedapnya kedai ini.


Nama lain bagi restoran ini adalah Korean Vegetable well being Academy Restaurant. Namanya pun dah Vegetable iaitu sayur. Jadi, bahan-bahan yang digunakan pun hanyalah sayur dan sememangnya halal.


Di Gyeongju juga, Bella makan di sebuah restoran yang amat popular dengan Grilled Fish. Ikan bakar. Terdapat dua jenis ikan bakar yang dihidangkan kepada kami. Sedap sangat. Jangan lupa jika sampai ke Gyeongju mesti singgah di restoran halal yang menyediakan ikan bakar special ini. Restaurant Seokumteo.

Busan,South Korea

Restaurant ini namanya Turkish Food & Capadoccia. Namanya saja Capadoccia, tapi ada di Busan South Korea. Memang puas hati makan disini.


Makanan yang dihidangkan semua didalam portion yang besar. Memang puas dan kenyang makan. Bella rasa, restoran ini memang dah terkenal sebagai restoran makanan halal terbaik di Korea. Sebab, masa Bella tengah makan pun, ramai pelancong dari serata tempat datang makan ke sini. Terbaik.


Restoran terakhir yang Bella makan di Busan sebelum balik ke Malaysia keesokkan harinya adalah Cheongsapo Hajininae. Sedap!! Sangat Sedappppp!! Bella rasa macam nak bawa resepi ini masak di Malaysia. Nampak simple. Tapi sedap. Kena dengan tekak Bella. Kedudukan restaurant ini amat hampir dengan laut. Rindu sangat hendak pergi sini lagi.

Inilah restoran Halal yang Bella pergi sepanjang Bercuti ke Korea.Korang tunggu Bella lebih terperinci nanti ok. Semoga bermanfaat.

IZEARA XTRAVAGANZA SERUM KURUS bikin Panas!!

$
0
0
Korang, pernah dengar tak? Tengok ke, atau terpandang di TV, FB, Twitter atau IG? Pasal produk tak panas?? Kebetulan plak, nama nak dekat sama. Bella. Tidak tahu lah Bella apa. Adeh.Produk Izeara Xtravaganza jadi viral sebab Bella marah - marah dia guna ubat kurus lain panas.Tapi, produk ini tak panas. Mengamuk dia kata produk melayu tak bagus. adeh..Izeara Xtravaganza adalah SERUM kurus yang bikin panas!! sebab viral Bella buat tuduhan produk ini langsung tak panas. 

produk kurus terbaik

Punyalah marah Bella ini, sampai dia buat laporan polis. Dia juga sangat marah sebab bila dia tanya dengan pekerja Izeara Extravaganza kenapa produk ini tidak panas, pekerja hanya menjawab produk ini memang tidak panas.


Bagi sesiapa yang terlepas, korang boleh klik video diatas, Bella kongsikan dengan korang. Kelakar habis. Habis viral video ini dan memang abis diperkatakan oleh semua rakyat Malaysia. Apa lagi semua buat perodi la, edit gambar si Bella ini la. Macam-macam Bella kena. Kena kutuk kaw2x!!


Susulan dari itu,Rani Kulup turut keluar bersuara membantah tindakan Bella yang meroyan tidak tentu pasal terhadap produk Izeara Xtravaganza. Rani Kulup berkata "Baru pakai sekali, tidak rasa panas, terus meroyan.Pakai la dulu. Barulah tahu keberkesanannya." Rani Kulup meminta Bella minta maaf secara terbuka kepada Produk Serum Kurus Izeara Xtravaganza kerana tuduhan melulu dia itu. Apa yang Rani Kulup cakap, semuanya betul. Apa la orang melayu merendahkan produk melayu. Sepatutnya kita bagi sokongan. Apa lagi Bella, cepatlah minta maaf.

produk kurus viral

Macam - macam dorang buat keatas Bella ni. Edit jadi kerusi la, suh iron badan la kalau nak panas sangat. Sapu minyak masak jela atas badan lepas itu goreng. Kalau Bella sendiri memang tidak tahan.


Akhirnya,munculah Bella tampil meminta maaf secara terbuka. Baguslah Bella. Jernihkan keadaan. Kesian semua pengusaha melayu. Bella kata "Saya maaf, kepada produk Izeara Xtravaganza kerana baru pakai sekali saya dah risau sebab tidak panas. Saya terlalu extreme mahu cepat kurus." Itulah Bella, ikut hati. Mati. Kerana mulut badan binasa.Perumpamaan yang tepat buat Bella.


https://www.facebook.com/100010809903412/videos/241937426176586/

Korang klik gambar diatas untuk mengetahui apa kata Pengusaha Izeara Xtravaganza atas tuduhan Bella keatas produk dia. Ialah, Amran Fan masuk campur, Malaysia Kini, sampai Rani Kulup pun bagi ucapan, Owner tetap berdiam diri. Akhirnya dia bersuara menberi penjelasan terhadap tindakan Bella.

izeara extravaganza, izera xtravaganza

Sebenarnya produk Izeara Extravaganza ini sangat bagus. Semua maklum balas dari pengguna, Semuanya mengatakan yang mendapat kesan yang diinginkan. Cuma bukan dalam masa satu hari. Paling penting korang minumlah air suam banyak-banyak ok.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan lebih lengkap. Korang bolehlah ke:



Steamboat Paling Sedap - DKAYANGAN

$
0
0
Sempena bulan Ramadhan nanti, mesti korang tertanya - tanya kan.. ada tak tempat steamboat yang sedap, murah, dan banyak pilihan makanan?? Bella dah lama mencari tempat makan Steamboat yang memenuhi selera tekak Bella ini. Bella tidak suka steamboat yang penuh dengan perasa saja. Apa kata korang cuba makan steamboat yang paling sedap D'Kayangan Shah Alam. Sedap. Kena dengan tekak.

kedai makan sedap, dikayangan

Inilah restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Pendek kata, korang nak makan nasi ke, nak membakar ke, nak merebus ke, atau nak makan pencuci mulut saja. Semuanya ada!! Memang betul-betul bagaikan D'Kayangan.Panjang pula kata, ia adalah berkonsepkan 3 dalam 1. Grill + steamboat + BBQ secara bufet. Sama saja pendek dan panjang kata.Haa.. Terbaik kan.

steamboat terbaik,

Ini adalah ruangan makannya. Agak luas. Korang boleh pilih, sama ada korang nak lepak dibahagin luar, atau dalam kedai. Bella hari itu memilih untuk lepak didalam kedai. Selesa sebelum membakar. Bila korang sedang membakar dan mengrill tu, keadaannya akan menjadi berbahang dan sedikit panas. Jadi, Bella sarankan korang datang kesini dengan berbaju nipis tapi pastikan tetap menutup aurat bagi perempuan dan selesa. Biasa lah yer.. mana-mana steamboat pun memang panas. Hendak makan sedap, kenalah berkorban sikit. Kan...

makanan laut sedap

Punyalah banyakkkkk... bahan-bahan untuk membakar dan merebus. Bella yang kuat makan ini, berpinar biji mata. Macam membeli belah pula perasaan tu. Terlalu banyak untuk dipilih. Segar pula tu. Pilihan yang ada seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Bebola pun ada. Bebola sotong, ayam, ikan. Bebola bentuk comel. Bebola warna kuning, merah, pink pun ada. Korang tinggal pilih ikut kesukaan korang. Ambil yang korang hendak makan saja tau. Jangan membazir. Bukan nak mengajar hanya mengingati.

kedai paling sedap, dkayangan

Korang rasa macam, alamak.. mana kenyang makan bebola jer.. Korang jangan risau. Nasi Berani gam, Gulai kawah Daging Cincang, Gulai kawah ayam, Ikan patin masak tempoyak, kwae teow dan mee pun ada. Sila makan. Sejujurnya Bella tidak sempat sentuh pun makanan berat di bahagian ini. Bella memang hantu steamboat. Jadi Bella ralat hirup sup steamboat sampai tak sedar banyak lagi makanan belum Bella rasa. HB saja sempat rasa. Dia kata sedap. Semua sedap.

kambing bakar terbaik, dkayangan

Ini adalah menu paling istimewa disini. Kambing bakar!! Pertama kali Bella tengok di kedai steamboat ada kambing bakar. Selalunya dihotel - hotel sahaja. Waaa.. seronoknya. Adehh.. macam budak-budak pula. Kambing bakar korang boleh makan dengan pelbagai sos yang disediakan. Ini makan dengan nasi pun sedap!!

steamboat murah, dkayangan

Korang nampak tidak semua peralatan yang disediakan seperti dapur, periuk, tempat membakar, dapur arang, semuanya sangat bersih. Tidak kelihatan sedikit arang pun terlekat. Lantai pun bersih. Harap kebersihan ini dapat dikekalkan sepanjang bulan ramadhan.Sebenarnya, kita akan diberi pilihan sama ada mahu mencuba sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Bella hari itu mencuba sup tomyam. Mula - mula Bella hirup rasa macam tawar. Tiada rasa. Tapi, Bila kita masukkan bahan utama macam ayam ke, sotong ke, sayur ke, barulah sup tom yam itu merasa sangat enak. Enak sangat.

steamboat, grill, bbq, buffet

Beginilah cara memasaknya. Bagi menjimatkan masa, Korang bolehlah menbakar apa yang korang suka sekaligus. Tapi, jangan lupa pula untuk tengok dan terbalik kan apa yang korang masak tu, bagi ia masak sekata. Bella tidak hirau sangat bahan-bahan yang dibakar tu, Bella lebih menunggu sup tomyam tu untuk dihirup. Kalau korang suka tomyam ayam, korang masukkanlah ayam dulu. Macam Bella, kami masukkan kesemua makanan laut terlebih dahulu. Memang sedap. Bella suka.

dkayangan, kedai makan terbaik

Pembakar comel ini pula sesuai untuk meletakkan makanan ala-ala satay yang berlidi la. Banyak pilihan juga. Ada ayam skewer berempah, Ayam skewer kunyit, Ayam skewer cilantro, Daging skewer hitam manis, Sotong skewer pedas cilantro, Sotong skewer berempah, Ikan dory skewer berempah, Udang skewer cilantro pepper, kambing skewer hitam manis, otak - otak dan pari assam nyonya. Semuanya sedap. Bella paling suka dengan kambing skewer hitam manis.

kedai makan sedap, kedai makan sedap shah alam

Ini sup tulang. Korang bolehlah makan bersama dengan nasi atau makan begitu saja. Bella padahal nak rasa sangat sup tulang ni. Tapi HB tak ambilkan. Bella pun lupa nak rasa. Adeh. Nampak tak belakang Bella tu? Kuali tu. Dalam itulah ada ikan patin masak tempoyak, Gulai kawah ayam dan Gulai kawah daging cincang. Banyak kan makannan D'Kayangan ini?

restoran paling sedap di shah alam, dkayangan

Sos pun ada berbagai jenis. Sos ini semua, korang boleh pilih untuk makan bersama daging, ataupun sup steamboat. Paling istimewa, sos ini dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos cili pedas, Sos cili thai, Sos manis, Sos bawang putih, Sos lada hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam - macam lagi.

restoran shah alam sedap,

Ayam goreng berempah pun ada. Ada juga tempat makan "open air" yang Bella rasa mungkin lebih nyaman dan selesa jika makan diluar. Cuma, risiko jika hujan. Mempunyai ruang yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa.

kedai makan terbaik

Keistimewaan lainnya, pencuci mulut juga banyak disajikan seperti 'Breads & Butter puding with vanila souce", Beraneka kek, Krim puff mini, "Round cake cut", Brownies coklat, agar - agar dan juga aneka buah - buahan. Pelbagai jenis aiskrim,ABC dan juga minuman panas dan sejuk. Paling terbaik aiskrim kisar. Lain dari yang lain dan hanya terdapat di D'Kayangan Grill, Barbeque & Steamboat. Bila makan aiskrim tu, korang tak leh move on nak makan benda lain atau stop. Sedap sesangat.

restoran steamboat murah

Nanti bila buka puasa, kan waktu maghrib singkat. Korang jangan risau. Kemudahan surau turut disediakan. Alhamdullilah... 

steamboat sedap shah alam

Sila jangan membazir yer.. Banyak sangat makanan kan? Dengan kesemua menu yang terdapat diatas, Korang hanya perlu membayar serendah Rm49.90 plus GST bagi dewasa dan RM24.00 plus GST bagi kanak - kanak. Maknanya harga tidak termasuk sekali GST. Kanak - kanak berusia 5 hingga 11 tahun ya. Bagi mendapat maklumat lebih lanjut. Korang bolehlah klik link dibawah: 


Instagram : #dkayangansteamboat

Alamat :No 1, Apartment servis Sri Acapella, Jalan lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13,Shah Alam.

Tel No : 012 2971091 / 017 5076274 / 03 55234979

Dengan maklumat diatas, Bolehlah korang pergi serbu D'Kayangan yer. Bella cadangkan korang telefon dulu untuk menempah. 

Salam Ramadhan.

GYEONGJU SAKURA MARATHON YANG UNIK!!

$
0
0

Gyeongju Cherry Blossom Marathon in English atau Gyeongju Sakura Marathon bila diterjemahkan. Bella berkesempatan melihat sendiri bagaimana Gyeongju Sakura Marathon yang unik ini dijalankan. Apa yang uniknya?? GYEONGJU SAKURA MARATHON YANG UNIK!! Kerana ia hanya berlaku semasa musim kemuncak bunga sakura mekar mewangi. Kiranya Gyeongju Sakura Marathon ia akan dijalankan hanya pada musim bunga sakura dan hanya terdapat di Korea. Unik !! 

gyeongju cherry blossom

Gyeongju Sakura Marathon ini turut menarik ramai pelancong dari serata dunia untuk menyertainya. Tahun ini, dikatakan lebih 15 ribu peserta mendaftar dan 1ribu lagi menarik diri. Sekumpulan kecil perlari Malaysia mengambil bahagian. Tahniah!! Pelari boleh memilih untuk membuat larian penuh iaitu 10km ataupun separuh 5km. Ia bermula di Taman Ekspo Dunia Kebudayaan Gyeongju. Dikatakan marathon ini disertai oleh kebanyakan negara iaitu sebanyak 39 negara.

tempat menarik di Korea

Bella ceritakanlah sikit ya mengenai Gyeongju. Gyeongju adalah sebuah bandar yang masih mengekalkan sejarah dan tradisi nenek moyang mereka. Di bandar Gyeongju, Tradisi lama memang dipertahankan. Ia juga menjadi menyimpan banyak khazanah peninggalan sejarah lama dan juga menjadi tapak Warisan Dunia UNESCO. Ini menjadikan Bandar Gyeongju seakan - akan sebuah muzium terbuka yang penuh dengan berbagai perkara untuk kita pelajari, lihat dan nikmati.

Terfikir atau tidak? Kenapa marathon ini dipilih untuk dijalankan pada musim bunga sakura? Bagi pendapat Bella,Ia mungkin disebabkan oleh Bunga Sakura itu sendiri sudah menjadi tarikan ramai pelancong. Jadi, semasa peserta sedang berlari, meraka juga boleh menikmati pemandangan yang indah dengan kecantikkan bunga - bunga sakura yang berwarna warni dan menawan pemandangan.Ditambah pula, ia adalah musim kegemaran bagi orang ramai kerana suhunya yang sejuk.

Menarik dan unik kan? Pelari dapat menyihatkan badan, disamping melihat dan menikmati pemandangan indah diantara pepohon Sakura yang sedang mekar. Ia adalah perlumbaan yang indah dan menyenangkan. Jika korang berminat untuk menyertainya, ia akan diakan setiap tahun dan pada tahu ini ia dijalankan pada hari Sabtu.9 April.

Bila korang menyertai Gyeongju Sakura Marathon, korang juga boleh melihat juga bandar kebudayaan yang mengagumkan. Suhunya juga berbeza tetapi tetapa dalam keadaan yang menyenangkan. Laluan bagi pelari adalah sekitar Tasik Bomun yang keluasannya menjangkau 165juta kaki persegi.

Sebelum perlumbaan berlangsung, kita juga akan dapat melihat perbarisan budaya Korea. Penyokong juga sangat bersemangat disepanjang perlumbaan laluan dan bersorak. Ada juga penduduk tempatan yang memberi air dan roti percuma kepada peserta.

Bella juga dapat lihat sekitar perayaan ini berlangsung, ada bercara pertunjukkan diadakan sebelum dan selepas perlumbaan.Jika korang rajin berjalan sekitar kawasan ini, Ada banyak juga booth yang dibuka dan akan jumpa berbagai jenis makanan yang dijual. Siap boleh rasa lagi.Jangan tidak tahu, ada syarat yer untuk layak memasuki larian marathon ini. Syaratnya:

  • Bagi melakukan larian penuh, Hendaklah sihat tubuh badan bagi lelaki dan perempuan. Melebihi 18tahun dan setuju dengan syarat yang ditetapkan.
  • Bagi 10km, 5km, dan lain - lain, Hendaklah sihat tubuh badan bagi lelaki dan perempuan dan setuju dengan syarat yang ditetapkan.
Jarak larian juga tidak sama, Bagi larian penuh. 42.195km. Larian separuh. 21.097km. Larian pendek 10km dan larian sihat 5km.
 
Semua peserta akan dikenakan bayaran sebanyak 30,000 won dan 20,000 won bagi larian 5km.

Dengan kerjasama Air Asia yang menawarkan 

KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan??

Kerjasama Korea Tourism Organization dapatlah Bella menghadirkan diri dalam acara yang gilang gemilang ini. Untuk maklumat lanjut, Bolehlah ke :-



TIPS Cantik dan Sihat dengan ABSOLUTE 25

$
0
0
ABSOLUTE 25 dari NutriRiche Health & Beauty Sdn. Bhd. mungkin masih baru dan kurang diketahui umum, terutamanya dalam dunia kecantikkan. Bella berpeluang menghadirkan diri di majlis pelancaran ABSOLUTE 25 dan Bella amat bertuah kerana berbagai Tips cantik dan Sihat dengan ABSOLUTE 25 dikongsikan dan bincangkan.

absolute 25

Pelancaran ini diadakan di ruangan Hotel Majestic dengan konsep yang santai dan terbuka, membuat semua merasa lebih selesa dalam perbincangan soal jawab mengenai ABSOLUTE 25, Supaya semua maklumat yang ingin dikongsikan bersama korang semua, tepat, betul dan jelas. Ini kerana produk kecantikkan ini, masih muda dan mentah dipasaran dan Bella sendiri pun baru mahu mencubanya. Kiranya Bella diantara orang yang terawallah mencuba ABSOLUTE 25. Masa penerangan produk diberikan, Bella merasa yakin yang produk ini mampu memberi kesan yang baik keatas kesihatan dan kecantikkan Bella.

kecantikkan semulalajadi, kesihatan

Perbincangan ini adalah mengenai bagaimana membantu semua orang yang ingin sihat dan cantik dengan menggunakan ABSOLUTE 25. Ini kerana, kita semua mengimpikan kulit yang sihat dan cantik. Betul kan?? Bella pun!! Tapi kenapa setelah mencuba pelbagai produk dan mendapatkan berbagai tips kecantikkan dari semua kawan - kawan yang cantik dan mengamalkannya, Tapi kita tetap gagal dalam mendapatkan kesihatan kulit yang diinginkan. Apa punca dan sebabnya? 

kulit cantik, kesihatan kulit

Setelah kajian selama setahun dijalankan oleh NutriRiche Health & Beauty Sdn. Bhd.dalam menghasilkan ABSOLUTE 25 bersama - sama Melaka Biotech, Kebanyakkan puncanya adalah disebabkan oleh :-

  • Tahap kebersihan usus.  
  • kadar toksin di dalam badan yang tinggi.
Ini dikuatkan lagi dengan kajian oleh salah seorang pakar usus, Dr.Vanita Forsyth di salah sebuah university terkemuka di Amerika menunjukkan bahawa 80% – 90% penyakit bermula daripada usus yang kotor dan tidak sihat. 

produk terbaik, produk cantik,

Bella pun setuju dengan kenyataan ini, sebab contoh Bella sendiri, sehari pun Bella  makan berbagai- bagai makanan dan langsung tidak peduli dengan khasiat makanan itu.Sama ada berkhasiat atau tidak. Janji sedap. Betul kan? Sebenarnya diantara faktor yang menyebabkan kandungan toksin di dalam badan kita menjadi tinggi adalah disebabkan oleh keadaan usus yang kotor, berlendir lalu membentuk plug dan kerak di dalam ruangan usus. Jika ini berlaku, ia akan mengundang pelbagai penyakit seperti:-
  • Sembelit
  • Masalah penghadaman
  • Kembung perut
  • Sakit kepala
  • Letih dan lesu
  • Mulut berbau 
  • Perut buncit
  • Wajah Kelihatan tidak bermaya
  • nafsu makan yang tidak terkawal
Jadi, apa yang ABSOLUTE 25 boleh buat dalam membantu dan memastikan tindakan pembersihan usus dilakukan secara efektif dan pantas?

absolute 25, premium collegen

ABSOLUTE 25, Mengggunkan Bahan utama yang bertindak sebagai pembersih usus yang selamat iaitu L-cysteine. Ianya diperolehi daripada asid amino yang diambil daripada buah-buahan yang mempunyai khasiat yang tinggi. L-cysteine telah digabungkan dengan ekstrak biji apricot, ekstrak epal hijau dan ekstrak manggis yang terbukti secara saintifik oleh penyelidik-penyelidik luar yang boleh membantu membersihkan usus secara sihat dan selamat. Apabila usus dibersihkan dan mendapat tenaga tambahan daripada mineral yang dirumus khas, usus akan mula menyerap segala agen-agen SUPER ANTIOXIDA yang terdiri daripada Vit- C, ekstrak buah delima, kranberry, tomato, biji anggur, astaxanthin, lutein, acesulfame-K dan apple stem cell serta PREMIUM COLLAGEN bagi membaiki dan menambah baik tahap kesihatan kulit.


Produk ABSOLUTE 25 direka khas untuk semua yang mahu menjaga kesihatan dari segi dalaman dan luaran secara selamat dan sihat. ABSOLUTE 25 boleh juga diambil oleh ibu mengandung, pesakit diabetis, darah tinggi mahupun apa jua jenis penyakit kerana Absolute 25 selamat digunakan serta sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan harian. Ini kerana produk ini menggunakan bahan - baham semulajadi dan tiada apa - apa bahan kimia, jadi ia memang selamat digunakan. 

Malumat lainnya : 

Berat :- Satu sachet 3000 mg.
Cara Pengambilan : Satu pagi dan satu malam. Selepas 1 jam minum segelas air suam. 
Perasa :- Bubblegummy (macam chewygum)
Kesan :- Selepas 2 hari pengambilan akan terasa lebih lawas.
Larangan :- Mengambil Kafien selepas mengambil ABSOLUTE 25. Jarakkan masa lebih kurang 4jam.



Berita baik buat semua, Pihak Syarikat Nutririche Health & Beauty Sdn Bhd pada tahun 2016 ini sedang mengadakan pertandingan Like,Share, dan Comment. Seorang pemenang akan dipilih secara rawak. Pemenang bakal membawa pulang sebuah IPHONE 7 yang terbaru dijangkakan akan berada dipasaran Malaysia pada September 2016. Untuk mendapatkan Absolute 25 dengan harga promosi serta maklumat lanjut tentang produk :-

Sms/whatsapp :- 012.206.7007 / 017.240.0788 
Instagram :- Nutririchemalaysia
Mailing :-  nutririchemalaysia@gmail.com
Apa yang paling penting, produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin Halal. Apalagi yang ditunggu?? Jom kita dapatkan kesihatan dan kecantikkan  kulit yang kita impikan selama ini.

Resepi Air Sirap Bandung dari Garage 51

$
0
0
Bulan puasa sudah tiba!! Mesti ramai yang mencari makanan paling terbaik, unik, dan hipster untuk meraikan kemeriahan dan kemenangan dapat berpuasa satu hari penuh. Maknanya ada 30hari untuk korang mencari makanan dan minuman yang enak dan sedap disepanjang bulan Ramadhan ini. Ini yang Bella hendak cerita dan bagitahu korang ini. Cafe yang meletup dengan air yang sedap dan hipster ini ada keluarkan menu baru! Menu apa?? Sirap Bandung. Inilah dia Resepi Sirap Bandung dari Garage 51 di Sunway. Cafe yang ramai dah kenal dan tahu rasamya. Kalau follow Bella di IG dan Facebook mesti dan pasti korang tahu mengenai Restoran yang mengagunkan ini. Bella tiap - tiap bulan mesti datang sini. Gempak weh!! 



Resepi Sirap Bandung Garage 51 yang sebenar - benarnya Bella tidak tahulah..Tapi Bella boleh kongsikan apa yang ada di Sirap Bandung Garage 51. Tengoklah Air Sirap Bandung Garage 51 diatas tu. Selalunya Resepi Air Sirap Bandung setakat air, ditambahkan dengan sirap dan susu sahaja. Tetapi Air Sirap Bandung ini, lain!!! Ya, Sangat lain!!! Sirap bandung yang menggunakan bahan asasnya krim yang lembut. Ini rasa pada lidah Bella la yer.. Krim susu yang sangat lembut dan dicampurkan dengan sirap. Dibahagian atasnya pula, diletakkan cendol dan karipap yang amat senonim dengan masyarakat Melayu.  Kiranya berbanggalah kita semua, Sebab Garage 51 mereka cipta air yang amat dekat dengan kesukaan kita masyarakat melayu!! Yay!!



Kiranya korang rasa macam, alamak!! Saya tak minum susu la. Sirap pun tak minum. Jangan risau!! Garage 51 ada berbagai - bagai air yang sangat menyelerakan. Betul. Korang pilih sahaja dari rangkaian Messy Family. Teh Tarik dan Nephew adalah air yang paling Bella suka dan sarankan korang juga cuba. Tapi, Bulan puasa ni, Korang kena cuba dulu air sirap bandung ni dulu. Sebab sirap bandung ini hanya ada masa Ramadhan ini sahaja. Waktu terhad!! Jadi kena cuba cepat-cepat. Bulan lain tiada sirap bandung.



Datang Garage 51 tidak rasa dan makan makanan dekat sini memang rugi besar la. Sedap - sedap okey.. Garage 51 juga mencipta resepi baru yang istimewa untuk bulan Ramadhan. Perghhh.. Meleleh air liur. Sampai Bella hampir pitam tidak tahu hendak memilih menu yang paling baik untuk Bella makan malam tu. Akhirnya Bella memutuskan untuk kami mengambil menu baru yang berlainan jenis supaya semua menu tersebut kami dapat rasa. Bijak kan?? Lagipun portion makanan disini boleh tahan besar dan memuaskan hati bila makan. Memang kenyang la.



Ini juga resepi baru yang diperkenalkan oleh Garage 51. Khas buat kita yang menyambut Ramadhan. Bukan bermakna yang tidak menyambut Bulan Ramadhan tidak boleh makan tau, Boleh. Cuma hidangan ini dicipta sempena menyambut Bulan Ramadhan. Hidangan ini adalah "Nasi Goreng Serunding Dengan Kebab Percik"memang memercik la masa makan. 



Ia didatangkan dengan nasi goreng yang dicampurkan dengan serunding ayam didalamnya dan ditaburkan juga diatasnya. Kebab ayam juga turut diletakkan disetiap hidangan. Memang melengkapkan rasa. Kebab ayam tu, Korang makan macam tu saja pun kenyang sampai kemalam. Rasa yang meriah dan memang puas bila mengigitnya. Korang nampak tak?? Santan kuning yang diletakkan ditepi pinggan tu? Itu bukan sekadar perhiasan. Masa makan tu, Sila campurkan dengan nasi. Pergghh memang rasa lain dan pastinya sedapp!! Santan manis ini hanya terdapat di Garage 51.



Jika korang on diet, maklumlah bulan puasa ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menguruskan badan. Korang pilihah Spaghetti Serunding With Ayam Percik. Menggunakan ayam percik yang sama, cuma nasi ditukarkan dengan Spaghetti. Bella lagi suka menu Nasi Goreng Serunding Dengan Kebab Percik.



Chicken Parmagiana With Mashed Potato & Salad. Ini juga sangat sedap. Bella suka sangat - sangat rasa Mashed Potato tu. Mashed Potato bawah Ayam Goreng tu. Chicken Parmagiana itu pula, dicurahkan keju diatasnya. Pergghhh lazat betul. 


Spagetti ni pun sedappp!!! Jangn lupa untuk cuba.





Garage 51 adalah tempat lepak yang menarik. Set hidangan sepinggan lengkap dan minuman yang terbaik. Rasa seronok sampai rasa tak nak balik.

Instagram : Garage 51
Facebook : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 03 - 56125618
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11.00 pagi - 11.00 malam)



TIPS Kurus Menjelang Hari Raya Dengan BS FIBRE

$
0
0
Korang!! Mesti korang semua impikan tubuh badan yang ramping dan perut yang kempis di pagi raya kan?? Bella pun!! Bella pun hendak Kurus, Ramping, Anggun di pagi raya. Tapi, macammana??? Bella ni, dah terlebih berat dan ni. Overweight. Hendak pergi ber jongging?? Alamaakkk!! Ini dah masuk Bulan Ramadhan. Hmmm.. mana mampu hendak berlari sambil tak makan nasi. Pengsan kang, Haaa.. Macam mana?? Jadi, Setelah di cadangkan oleh ramai kawan, dan dorang pun kata kesannya sangat ketara. Jadi Bella pun bersetuju untuk mencuba dan membeli BS F'BRE dari Anggun Seri Ayu Enterprise.Inilah Tips Kurus Menjelang Hari Raya Dengan BS Fibre.

KURUS, TIPS,
BS Fibre dari Beauty Sweet diformulasikan daripada ramuan herba alam bersama epal dan delima fiber berfungsi mencantikkan kulit, menguatkan otot-otot, melancarkan peredaran darah dan melancarkan pembuangan tosik. Disamping mengekalkan kesihatan dan kecergasan serta menegangkan kulit. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur lelaki dan wanita kecuali wanita hamil. Bella baru je beli 2 bungkus. Lepas tu, Datang bulan pula. Bella tidak berani hendak cuba lagi. Jadi, lepas ini Bella kongsikan pula kesan keatas Bella lepas makan BS Fibre pula. Mesti Kebabbom. Tambahan Bulan puasa ni tak makan.. Waahh!! Tak sabar!!

 

KANDUNGAN BS FIBER adalah di extarct kan dari rose pink, dextrose, hodiah, oligo, vitamin c, berrys flash, delima, goji, honey, apple fiber, astaxatine, pearl, mix fruit, L-Cystine.  Bahan - bahan yang semulajadi dan memang terbaik untuk kesihatan dalaman wanita. 

BS Fiber, Selain berfungsi untuk menguruskan badan,ia juga berfungsi untuk :-
  • Mencantikkan kulit
  • Menguatkan otot-otot
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan pembuangan tosik
  • Mengekalkan kesihatan badan
  • Menegangkan bahagian badan yang kendur
kecantikkan diri 

Bella belum rasa lagi, Jadi Bella hanya dapat tahu dari kawan-kawan Bella yang sudah mencuba, Rasanya sedikit masam. Sedap. Nanti lepas ini, Bella dah minum Bella pasti kongsikan dengan korang ok?? Cara Pengambilan Beauty Sweet Fibre ini pula, adalah dengan Ambil satu sachet Beauty Sweet Fibre ke dalam 150 ml air suam atau air sejuk dan kacau.Goncang pun boleh, janji sebati. Paling penting, korang kena minum Beauty Sweet Fibre 30 minit sebelum makan.
 

Tengoklah testomini mereka yang telah berjaya. Bella pun cemburu sangat! Bella pun tak sabar - sabar nak cuba. Habis je period ni, Bella cuba dan kongsikan dengan korang k?? Korang tunggu apa lagi?? Dapatkan sekarang dan kita bersama - sama kurus!!
Hubungi mereka di talian :



Atau cari mereka di media sosial seperti berikut : 

Laman Web : Beauty Sweet Global

Instagram : Beauty Sweet Global

Tempat Makan Halal Di GIMHAE KOREA

$
0
0
Korang.... Salam semua. Bella nak ceritakan pada korang mengenai Korea ini. Sebelum ini. Bella hanya bercerita secara general dan tidak begitu terperinci mengenai kesemua restoran yang Bella pergi sepanjang berada di Korea. Jadi sekarang, Bella hendak kongsikan Tempat Makan Halal Di Gimhae Korea, yang semestinya sedap, dan korang ,mesti cuba jika kesini.

tempat makanan sedap di korea 

Turun saja dari kapal terbang dan kami terus menaiki bas. Banyak tempat kami tidak pergi dan langkau saja sebab restoran ini dah tunggu dan bersiap sedia dengan makanan untuk dihidangkan kepada kami. Semangatnya Restoran ini mahu kami merasai hidangan enak mereka.  Restaurant ini adalah Ullengdo Haamultang. Berbelit lidah sebut kan?

makanan korea 

Bahagian dalamannya. Terasa macam Malaysia pula. Tidak banyak yang bebeza.Banyak kan kedai dan restoran di Malaysia buat sebegini. Banyak ruang. Bella rasa, ruangan dicipta sebegitu supaya menwujudkan sedikit privacy kepada setiap customer yang datang. 

makanan halal di korea 

Terdapat satu lagi ruangan yang sentiasa bertutup dan ruangan ini pemilik restoran mengizinkan kami untuk solat disini, memandangkan bahagian ini jarang digunakan dan tertutup. Sempatlah Bella solat disini. Masa mahu mengambil air sembahyang tu, perrrrghhh sejuk gegila. Korang pernah tak kuarkan ais dari dalam peti ais yang bahagian beku itu dan tekapkan ke tangan korang. Haaa macam tulah rasanya. Sejuk mengeletar!! Bagi yang mahu meneruskan perjalanan, Boleh solat dulu disini.

bercuti di korea 

Inilah menu yang ada. Bella faham.. Mesti korang kata, nape nak tunjuk menu ni? Bukan faham pun. Kan?? Korang tidak perlu fahamkan, tengok harga saja. Jadi, bolehlah korang buat bajet korang sendiri. Dalam Won. Maknanya mahal ke murah? Haaa senang kan nak bajet?

Gimhae korea 

Bila Bella duduk saja, penuh makanan di atas dihidangkan. Bella macam..apa ni!? Apa ni?? Pelik-pelik rupa dan masakkannya. Pertama kali pulak tu nak makan makanan Korea ni. Sedap ke? Enak ke? Rasa apa? Boleh telan ke? Nasib baik Bella ini pencinta makanan dan memang suka mencuba makanan yang baru.

makanan korea 

keenakkan makanan korea

Nampak pelikkan?? Yang kuning tu, Bella ingatkan labu kisar. Tapi bukan tau. Bella tidak ingat apa yang pasti bukan labu. Kesemuanya adalah daripada sumber sayur - sayuran. Diatas tu, sayur ala-ala salad dan ditaburi cendawan. 

halal korea 

Makanan diatas macam biasa tengok kan? Di Malaysia pun banyak. Makanan pertama Bella ingatkan daging. Bella terus cakap, "Maaf, Saya tidak makan daging". Pekerja situ terus cakap, "No!! Taufu.. Tau..fu.." Owh. Tauhu.. Bella tahu, Bella pernah makan di Sushi King. Tempat kegemaran makanan Jepun Bella. Kalau tauhu itulah..memang sedaplah!! Jadi, Bella pun makan tanpa ragu - ragu. 

makanan korea  

Ini Kimchi!! Kimchi ini adalah sayur yang dijerukkan. Kimchi ni, Berebut dorang nak. Sebab Kimchi ini sajalah yang rakan - rakan media yang lain mampu makan. Jadi, Bella berkorbanlah makan yang lain. Bella ok je. Suka jer Bella makan makanan Korea atau Jepun ni. Sekali sekala, Bella memang akan pergi Restoran Korea atau Jepun yang memang banyak pun di Malaysia ini. 

makanan halal korea 

Ini set sushi. Sotong yang ala2x masak sikit saja tu, Bella seorang saja yang hadap. Bella ambik gumpalan nasi pulut tu, dan Bella balut dengan sotong tu. Celupkan sedikit wasabi dan sedikit kicap cair.. Sedap!! Nampak tak tengah-tengah tu ada dapur? Rebusan makanan laut bersama cendawan. Itu pun kegemaran Bella. Habis Bella hirup. Sorang -sorang k.

makanan terbaik di korea 

Tisu basah dan kering turut disediakan. Makanan disini dijamin halal kerana mereka langsung tidak menghidangkan daging atau arak. Mereka hanya memasak dan menghidangkan sayuran dan makanan laut sahaja.

 

Bella baru saja terfikir... Waaaahh!! Akhirnya Bella dapat makan makanan berat sikit. Spaghetti!! Yay!! "Girang hatiku badan bertuah".. Rupanya hanyalah impian. Ini adalah sayur yang rasanya seakan - akan taugeh. Diadun dan dicampurkan dengan bahan - bahan yang semuanya berasaskan makanan laut. Nasib baik sedap.

makanan seafood korea 

Nasi pulut yang digaul bersama lebihan taugeh tadi, dan dijadikan nasi goreng yang di penyekkan dan dipanggil Seafood Fried Rice Korang nak cuba makanan ini, Memang lebih kurang sama di Hanbing. Boleh cuba. Nanti Bella bagi link lepas Bella tulis pengalaman Bella di Hanbing ok. 

Macammana?? Sedap kan makanan di Ullengdo Haamultang restoran ini? Terletak di Gimhae Korea. Siapa yang melancong atau bercuti ke Korea, mesti singgah sini ok? Cubalah rasa makanan laut yang segar disini. Maklumat lanjut bolehlah ke www.visitkorea.com.my dan jangan lupa terbang bersama - sama www.airasia.com yang menawarkan penerbangan murah. "Everyone Can Fly".

Menu MESTI cuba di Restoran Mohammad Chow

$
0
0
Bella hendak memperkenalkan kepada semua Restoran yang namanya tidak asing lagi. Iaitu Restoran Mohammad Chow.Restoran Chinese Muslim Kitchen.Nama pun Chinese Muslim Kitchen kan. Jadi, Restoran ini memperkenalkan kebanyakkan menu yang berasaskan resepi dan masakkan ala - ala chinese. Makanan Chinese kan selalunya terkenal dengan masakkan yang kurang berminyak dan lebih menjuruskan lebih kearah kesihatan. Rempah ratus yang digunakan adalah rahsia bagi setiap hidangan. Jadi, Bella mahu mencadangkan, Menu yang Bella sudah cuba. Menu MESTI cuba di Restoran Mohammad Chow. Mesti Cuba!!


Mohammad Chow Restaurant
Address  3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center 47820 PJ
Sebelum hendak cuba dan mencuba menu yang mesti dicuba disini, berapa banyak cuba daa.. Korang mestilah kenal tempat ini dulukan. Kang salah Restoran pula. Di atas itu Bella dah bagi gambar Restoran Mohammad Chow dan alamat sekali. Tiada rahsia sudah. Sila gunakan applikasi Waze untuk cari ok. Mesti jumpa dan tidak sesat.Kalu sesat juga, Sila ajak dan belanja Bella la. Mesti dan pasti korang akan sampai.


Jemput masuk!! waaahh!!! Mohammad Chow Restaurant  masuk jalan-jalan cari makan lah!! Ini yang buatkan Bella lagi semangat hendak makan disini.Mesti sedap Restoran Mohammad chow ni. Kalau tidak mesti Jalan - Jalan Cari Makan tak datang kan?


Bila buka saja menu, tuu dia... Beratus - ratus pilihan makanan yang ada dalam buku menu ini. Bella macam adeh.. nak order apa ni? Disinilah Bella tampilkan diri untuk membantu korang memilih hidangan dan masakan Chinese Muslim yang tersedap disini dan Menu Mesti Cuba di Restoran Mohammad Chow bila sampai disini. Jika Bella tak tunjukkan apa yang terbaik disini, Mesti korang pening punya, sebab semuanya sedap - sedap sangat..


CHICKEN BUTTERMILK SAUCE. Harganya rm32. Bella jatuh hati dengan menu ini. Ayam yang digoreng ranggup dan disalut dengan sos mentega yang lemak berkrim. Bella suka sangat sangat. Masa makan chicken buttermilk ni, semua menjeling sebab Bella makan paling banyak. Jika ikut sedap tekak Bella, Memang sangat sedap. Bella suka. Menu ini korang boleh order dalam Set ramadhan yang baru diperkenalkan.

Set ramadhan Buat 3-4 orang makan Rm98.00

Chicken butter milk sos
Fish fillet nyoya
Sotong salted egg
Chip choy soup

 

Menu ini juga kegemaran Bella. Udang. Sekali gigit, ranggup diluar dan sangat juicy didalam. Rasa udang yang segar. Nama menu ini adalah prawn butterfloss rm35. Dihidangkan dalam mangkuk yang sangat comel. Terdapat juga dalam set Ramadhan.

Set Ramadhan Buat 4.6orang Rm198.00

Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sos

 


Itik masak rendang. Bella tidak makan itik. Jadi, Bella tidak cuba. Bella cuba bagitahu bagi pengemar itik, Masakkan itik ada dimasak dan dihidangkan disini ok. Itik kan susah nak dapat. Bella jarang jumpa restoran yang masak itik. Jadi, Berita baik buat pengemar itik, Korang boleh menikmati masakan itik di Restaurant Mohammad chow. Korang boleh juga pesan dalam SET RAMADHAN.


Set Ramadhan Buat 6-8 orang  RM 298.00 
Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sos
Tomyam seafood

 

Kerapu Ala Thai Fried harga mengikut rm6.00 setiap 100 gram. Ikan ini digoreng garing dan dicurahkan dengan kuah ala Thai. Tidak terlalu pedas. Just nice bak kat omputih. Bella suka. Ikan Kerapu ini, walaupun telah digaul didalam kuah ala Thai, Keranggupan ikan tetap terpelihara. Sedap. Boleh juga di pesan dalam Set Ramadhan.

Set Ramadhan buat 8-10 Rm398.00 
Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyoya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong

 

YING YONG KAILAN RM15. Sayur ini korang jangan lupa cuba tau. Menjadi kegemaran semua yang datang hari itu termasuk Bella. Sayur Kailan ini digoreng garing dan ditaburi bawang. Sedap.


 


 

Banyak sangat menu yang sedap - sedap disini. Set makanan tengah hari yang memang sedia ada pun korang boleh pesan, Bermula dari 3am sehingga Azan maghrib setiap hari. Services Penghantaran turut diadakan.Hanya terdapat di cawangan Damansara Perdana saja tau. Nama services nya Tapoww!!XL yang istimewa buat 8-10 orang. Korang kena hubungi mereka untuk order sama sehari sebelum ataupun sebelum kul 6.00pm setiap hari. Minimun untuk order pula adalah 3 tray. Selain menu diatas, Restoran Mohammad Chow turut menghidangkan menu seperti fish fillet sweet sour rm35, sotong salted egg rm35, beef kam heong rm32, soft shell nestum salted egg rm78, loh han zai rm25, Hot plate tofu rm25, yam basket beef kung po rm32, Siakap ala thai (by weight). Paling senang korang klik saja link dibawah untuk tengok semua menu yang ada.
For full menu : https://www.dropbox.com/sh/66kkajtnwn88rzc/AADw-q7ybVau7Tbxg8GAltyba?dl=0

Alamat Bella dah bagi diatas, maklumat lain ada dibawah. 
Phone     +603 773 16383
Mobile          +6010 701 5221
Email          mohammadchow@gmail.com
Website     :www.mohammadchow.com
Facebook  :Mohammad Chow Restaurant
Instagram : mohammadchow
Foursquare : Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

Model yang Tenggelam - Photo Shoot KBBA9

$
0
0
Model? Apakah itu? Ada ke yang tidak tahu model itu apa? Atau ada ke sesiapa yang bercita - cita ingin menjadi model? 

Model adalah pola (contoh, acuan dan ragam) dari sesuatu yang akan dibuat atau dihasilkan (Departemen P & K, 1984 : 75). Model didefinisikan sebagai suatu representasi dalam bahasa tertentu dari suatu sistem yang nyata.Oct 31, 2012 
Haa  tengok, Siap definisi model itu apa lagi. Nak bagi korang faham punya pasal.Bella pun sangatlah gembira bila dapat turut serta dalam Photo shoot KBBA9 dan bergaya ala - ala Model. Tapi, Bella jadi Model Tenggelam di Photos hoot KBBA9. Sedih! Kenapa?? Haruslah baca sampai habis.

model tudung cantik 


model tudung tercantik 

Satu - satunya photographer yang sudi shoot gambar Bella adalah @Razzwey (sila cari dia di IG). Selain daripada Blogger, dia juga menyahut seruaan Ahmad Maslan, 3kerja dalam satu masa. Razzwey juga adalah Photographer sambilan. Tapi, korang pasti puas hati dengan hasilnya. Bella yang sendu ini pun jadi kebabom!! Cun!! Sebab dia shoot cantik dan menawan. Hasilnya lihat diatas ya. Cantik kan?? Korang yang mahu mendapatkan khidmat Razzwey dan juga mahu berkawan dengan Razzwey bolehlah melawat ke media sosial :-

YOUTUBE: Penyamun Inc.
                  Razzwey razz



MODEL TUDUNG, MODEL BAJU, BLOGGER MODEL 

Cuma Razzwey juga datang sebagai model kepada Kelab Blogger Ben Ashaari hari ini. Jadi, tidak bolehlah dia ambil kebanyakkan gambar Bella. Dengan pertolongan rakan - rakan media yang lain, Bella minta la tolong snap kan gambar Bella ini. Terima kasih kawan. Dapatlah Bella satu gambar peribadi yang cun dan cantik sikit.

 

Nampak tak Baju Bella yang cantik meletup dan terbelah ni?? Dia ditaja oleh Bhaju Deea Bajunya sangat selesa dan berstail. Amat sesuai buat orang muda yang suka bergaya macam Bella ni. Korang pun nak bergaya juga? Berkenan dengan baju yang Bella pakai ni? Apa lagi korang pergi saja ke :-

DEEA Boutique
FB: Bhaju Deea
IG: Bhaju Deea


Nama baju yang Bella pakai ini ialah Melia Arbaya Dress. Rm159. Bella dah jatuh cinta dah dengan baju ini. Bella nanti nak grab la satu. Tapi, nak cuba warna lain pula. Stylista sangat bila pakai. Semua orang kata cantik. Deea Boutique ada menyediakan tudung. Tudung yang dah siap -siap lilit. Korang tinggal sarung saja. Bila pakai comel.

BAJU, BHAJU, DEEA,VONAISH

Nampak tak?? Inilah tudung dari Bhaju Deea. Bila korang pakai tudung ini, Terus muka nampak sopan dan ayu gitew. Tudung ini menggunakan kain yang amat selesa dan siap Esedia sudah berbelit. Labuh dan juga tidak jarang.

KECANTIKKAN TUDUNG, FESYEN

Bella juga, diberi kesempatan untuk menggayakan pin hijab dari vonaish. Comel-comel pinnya. Nampak tak pin comel yang berbentuk bintang Bella pakai tu? Itulah darii Vonaish.

JURURMEKAP, MUA MURAH, MUA MEKAP CANTIK 

Baju dah kebabom!! Mekap pun kebabom juga kan?? Ramai yang kata muka Bella nampak lain sangat. Sampai dorang pun tak kenal Bella. Hahaaha. Lain sangat ke? Ini dari pandangan depan. Sebelah Bella itulah MUA Bella.Lelaki pun pandai mekap? Kalau korang rasa tidak selesa, minta saja dia pakai sarung tangan. Memang kebanyakkan Jurumekap akan pakai sarung tangan atau berus saja, Jadi, tidaklah ada cap jari kat mekap korang tu.

 

Pandangan sisi kanan. Nampak kan kemancungan hidung Bella. Hui.. Hui.. Selama ini hidung penyek dan kembang. Hasil sentuhan mekap dari @alkazamcute terus nampak hidung tercacak. Suka.

model cantik, model tudung

Pandangan kiri pula.Sama rata. Tidak la sebelah kiri putih lebih ke. Takda yer..Nak dapatkan khidmat mekap dari @alkazamcute?? Hubungi saja dengan maklumat dibawah:-

Email= alkazamdacute@yahoo.com

Kenapa Bella Kata Bella Model Yang Tenggelam?? 

Kenapa?? Bella bukan merajuk. Tidak. Bukan hendak merungut pun tidak. Bukan hendak salah kan sesiapa pun. AJK dan setiap yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semua dah buat kerja yang terbaik. Kerjasama yang diberikan juga terbaik. Cuma, ini semua salah Bella yang duduk sebelah Mera yang tinggi tu, abis setiap gambar Bella tangan Mera tutup Muka. Sedih! 

blogger famous 

Gambar beramai - ramai yang agak ok. Tapi,tengoklah tu. Tangan Mera masih terangkat hendak tutup muka Bella. Sedih tau. Ini ok lagi sebab tangan dia separuh. Gambar lain, kebanyakkannya tutup muka Bella terus. Rasa hendak gigit saja Mera ni. Nasiblah adik sayang kita. Takpelah Mera, tutup sajalah muka kakak mu ini. I is Redha. 

photo keluarga cantik, photogarafer murah 

Dua gambar diatas inii adalah hasil sentuhan Lala Husna. Photographer comel yang berbakat. Malang sekali Bella tidak dipanggil ber "posing"solo. Jadi, tidak adalah gambar persendiriaan Bella. Nampak tak?? Betapa tenggelamnya Bella?? Bagi sesiapa yang hendak mendapatkan khidmat dari Lala Husna, Maklumatnha dibawah:- 

Photographer: Lala Husna
Instagram : @lalalandhusna 
Contact : 017-2922447
Email : lalahusna.lh@gmail.com

 


Inilah satu - satunya gambar yang Bella sebagai model yang tidak tenggelam..Duduk depan sekali dalam barisan. Tapi risikonya tinggi. Nanti nampak gemuk. Tapi, Disebabkan Photographer nya adalah seorang yang berpengalaman, Nampaklah cantik Bella disitu. Sayang sekali, gambar Bella solo pun tiada. Hurrmm... sedih lagi sekali. Faham, Bella ini tidak secantik mereka.Isk..iskk.. Takpelah apa-apa pum Bella hendak ucapakan Terima kasih kepada :-

Photographer: Dino Alham'd
Facebook : https://www.facebook.com/dino.alhamd
Contact : 012-5263 458

 

Setinggi tinggi penghargaan juga kepada 

Cafe Cerita  Kambing
FB : Cafe Cerita Kambing
IG : Cafe Cerita Kambing


 


Lokasi:
MATIC
Website: www.matic.gov.my

 

Banner & Props :
Dalizgrafix
FB : Dalizgrafix
IG : Dalizgrafik
Makanan :

Alhamdullillah segalanya berjalan lancar dan sangat - sangat menjadi model hari itu. Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari.
Viewing all 395 articles
Browse latest View live