Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

DUTA baru AIR ASIA

$
0
0
Bella nak perkenalkan korang dengan Duta baru Air Asia. Bella berkesempatan menjadi diantara orang yang terawal mengetahui berita ini.Hmmm semua tertunggu-tunggu dengan debaran, siapakah duta baru Air Asia ni? adakah Bella Idura?? hehehe..


       Tambang Murah

Tony Fernandez Group Chief Executive of AirAsia yang akan memperkenalkan Duta baru AirAsia ni. Sebelum itu, Bella nak cerita sikit la pasal AirAsia ni. Siapa tak kenal dengan company ni memang duduk dalam gua. Hehehe..AirAsia telah memenangi anugerah sebagai Penerbangan Tambang Murah Terbaik selama 7tahun berturut-turut. Bella pun pergi mana-mana akan pergi dengan AirAsia je.

       

Perkenalkan, David Foster Duta AirAsia yang telah 16 kali dinobatkan sebagai Duta Dunia dalam berbagai bidang. Kejutan yang diberikan masa ini amat hebat ya. Sebenarnya David Foster tidak dijangkakan ada didalam majlis ini. Amat terkejut kerana dia tiba di Majlis pengumuman ini.

      
    
Tony Fernandes berkata, "David adalah kawan lama dia dan kami dah banyak kali mengapai kejayaan bersama-sama. David adalah lagenda dan saya memandang ke hadapan untuk mengapai lebih banyak kejayaan dengan kerjasama ini, terutama dalam tawaran -tawaran istimewa. Tawaran lainnya dan amat berbaloi dengan apa yang kita bayar seperti, 20kg percuma baggage, pilihan makanan didalam flight, penukaran waktu penerbangan sebanyak 2x dll. Diharapkan juga gabungan ini,akan menwujudkan lebih banyak peluang yang baru dan menghasilkan lebih banyak cadangan produk yang terbaik."

     

Diharapkan dengan kerjasama ini, AirAsia makin bertambah maju dan terus maju dan terus maju sekarang dan masa hadapan. Boleh la sponsor Bella bercuti!! yeayyy... Apa pun Bella dah jumpa Tony Fernandes tau. Baikkkk sangat. Adore dengan dia. Ok. korang dah tau kan Duta baru AirAsia? harap bermanfaat. Bye.

Komedi Mafia Paling Lawak - LAUGH DIE YOU 2

$
0
0
Laugh Die You 2 - The Mob : Komedi Mafia paling lawak yang menampilkan 5 orang pelawak terkenal yang akan berlawan membuat lawak diatas pentas secara stand-up komedi. Lawak ini akan membuatkan kita ketawa berdekah-dekah kerana sangat kelakar! "Laugh Die You" telah ditayangkan dan sekarang,dengan bangganya Popcorn Studio mempersembahkan pula "Laugh Die You 2 - The Mob" . Paling terbaik, bukan hanhya menampilkan 4 pelawak terkenal tetapi 5! ya. 5 Orang pelawak yang sangat terkenal dan Kelakar. Laugh Die You 2 adalah perlawanan gelak antara Malaysia vs Singapore yang tidak pernah abis!. Aksi yang sangat dan amat kelakar ni, dapat ditonton pada 1st and 2nd October di HGH Convention Centre.

      STAND UP COMEDY

"The Mob" sebenarnya adalah berkenaan pertempuran ataupun battle untuk dunia lawak secara bersendiraan (stand up comedy). Lawak sebenar yang akan dicetuskan oleh "The Godfather" watak Harith Iskandar dan akan diganggu oleh "The Contractor" watak Phu Chu Kang.

     Ketawa, cerita lawak

Mewakili Malaysia tidak lain tak bukan adalah pelawak solo terkenal Harith Iskandar bersama-sama Kavin Jay. Singapore pula, Jonathan Artherton dikenali dengan The DON dan Fakkah Fuzz.Komedi ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran PHU CHU KANG. Persembahan ini akan berlangsung selama 2jam dan akan diiringi oleh band rock Hydra.    

     cerita lawak harith iskandar

"Laugh Die You 2 - The Mob" menjanjikan persembahan "stand up comedy" yang terbaik dan akan sentiasa diingati serta memastikan kita pulang dengan kepuasan yang tidak terhingga. "Laugh Die You" adalah perkataan yang diambil dari perkataan kantonise "SIU SEI LEI". Persembahan ini mengangarkan 4000 penonton yang akan datang dan melihat Comedy ini pada 1st dan 2nd October 2015.

                    comedy

Tiket-tiket yang berharga RM308 (VIP) , RM258 (GOLD), & RM158 (SILVER) boleh didapati di www.vip.my.  Tiket- tiket sudah mula dijual pada hari ini. Ada tawaran istimewa untuk pembeliaan awal yang bermula dari 26 August sehingga 10th September 2015. Korang digalakkan untuk menempah dan membeli seawal mungkin bagi memastikan korang mendapat tempat terbaik. Kalau dilihat daripada persembahan sebelum-sebelum ni, banyak yang kecewa sebab tiket abis terjual. Untuk mengelakkan kekecewaan, lebih baik semua beli awal2x ok...    

      laugh die you 2

Pada hari berlangsungnya persembahan ni, GrabCar's menawarkan perkhidmatan percuma bila korang memesan dengan menggunakan kod "LAUGHDIEYOUGC" sehingga rm20. MyTeksi's juga memberikan promosi yang sama dengan menggunakan kod "LAUGHDIEYOUMT" dengan sehingga nilai rm5. Bagi sesiapa yang tinggal berjauhan bolehlah menginap di Seri Pacific Kuala Lumpur dengan diskaun sehingga RM330nett untuk semua bilik dengan hanya menunjukkan bukti pembelian tiket LAUGH DIE YOU 2. Harga bilik termasuk sarapan.

Sebarang pertanyaan boleh la ke www.facebook.com/laughdieyouKL
     
     

Artis Hip Hop Terbaru - Shazzwan

$
0
0
Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) memperkenalkan artis Hip Hop Terbaru Shazzwan. Shazzwan juga melancarkan album pertamanya yang berjudul "Titipan Banduan Muda" . Shazzwan telah digilap bakatnya dari"Talent For The World Programme". Shazzwan adalah artis muda yang berumur 28tahun yang di bawah jagaan producer Yogeswaran Veerasingam a.k.a Yogi B.

Pelancaran album ini adalah amat bermakna dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,  Raja Muda Selangor; Yang Amat Mulia  Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. and Y.A.D. Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson.

Raja Muda selangor cute

Turut serta di Majlis ini, the foundation’s Board of Trustees comprising of Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Chairman of YRMS; Y.A.D. Dato’ Setia Mohammad Adzib bin Mohd. Isa; Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Syed Mohd Yusof bin Tun Syed Nasir; Y.Bhg. Puan Sri Datin T.D. Ampikaipakan; and Y.Bhg. Dato’ Richard A. J. Curtis.

     

Album ‘Titipan Banduan Muda’ adalah mencerminkan diri sebenar dan kehidupan sebenar Shazzwan’s yang telah berubah daripada seorang pesalah juvana berubah kepada seorang artis hip-hop.Perjalanan hidupnya ini telah ditulis dan dinyatakan dalam bentuk lagu. Terdapat 8 buah lagu yang dimuatkan dalam albumnya, diantaranya 'Titipan Banduan Muda’ featuring upcoming singer, MAL; ‘Aku Tak Kisah’‘Aku Udah Turun’‘Cakap Dalam Gelap’‘Dosa Menghantui’‘Hidup’‘Every Single Morning’; and ‘You’re My’ turut bersama-sama dengan penyanyi, Tisha Shamsir.

Talent for the world

Album ini banyak menceritakan kisah hidup saya dan diharapkan dapat memberi pengajaran kepada semua pendengar yang mendengarnya.""Diharapkan juga, Album ini menjadi galakan kepada generasi baru untuk mengapai kehidupan yang lebih baik dan bersinar" kata Shazzwan.

artis hip hop
 
Shazzwan turut mengucapkan rasa bersyukur nya dengan galakan yang diberikan kepadanya oleh YRMS dan Yogi B. Dia berkata lagi "Perubahan kehidupannya dari yang buruk kepada yang lebih baik adalah amat sukar,Tetapi dengan semangat yang diberikan oleh foundation’s Board of Trustees, donors and Yogi B, menjadikan mimpi jadi kenyataan."
      

Album ‘Titipan Banduan Muda’ akan berada dipasaran dan boleh didapati di seluruh kedai-kedai muzik berhampiran dan juga boleh di download di iTunes. Bagi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan artis ini, boleh la ke Facebook Shazzwan at www.facebook.com/shazzwan.mss.

Bagi keterangan lanjut mengenai YRMS, bolehla layari  www.yrms.org.my.

ISSUED BY:
E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd
B806 Block B, Kelana Square, No. 17, Jalan SS7/27, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Bagi semua Pertanyaan Media bolehla berhubung dengan:

Sim Teong Eu
Corporate Communications Manager
E-Plus Entertainment Productions
+603 7491 9233 (Hunting Line)

Apa Ada Di Kidzania?

$
0
0
Hai semua, hari ni, Bella rasa best sangat sebab kita di ajak oleh blogger Yaya Natsumi untuk join dia ke KidZania KL. Namanya pun KidZania kan? Dunia kanak-kanak. Jadi memang untuk kanak-kanak saja la. Tapi pada hari ini sahaja,ia terbuka untuk orang dewasa. Boleh main apa saja. Yelah.. perkerjaan yang ada dalam KidZania ni kan adalah pekerjaan orang dewasa.Tapi masih samar-samar.. Apa Ada Di KIDZANIA?
        seronoknya KidZania
Tema pada hari itu, adalah  back to kidz #back2kidz. Kembali ke zaman kanak-kanak.Jadi Bella pakai la baju tema ala2x pegawas ala konon. Hhahaahah... HB pulak jadi cikgu. Cute x cikgu?hahahhaa. Jom kita berfoya-foya. Seronok sangat rasa.

Kidzania KL

Masa nak masuk ni, perlulah dapatkan jam macam bella pakai ni dulu. Penting tau.Jam ni, macam identity kita. Masuk mana2x bahagian dalam KidZania ni, dorang akan scan jam ni. Kalau korang xda jam ni x leh korang nak beronok2x dalam ni. Masa Bella haritu just daftar je, then dapat la jam ni. Kalau korang kena bayar la yer sayang2x semua.


Masuk-masuk je dalam KidZania ni, Bella sangat terkejut sebab CANTIK!! ya. Sangat CANTIK dan Happening. Terasa seperti di USS Singapore plak.Tapi, ini dalam bangunan. Cantik, besar, luar dan macam dalam dunia yang lain. Terus mood kekanak tu muncul. Bella dijemput masuk waktu petang, jadi x dapat nak cover semua tempat. Tempat ni, besar sangat. Boleh dikatakan semua pekerjaan ada dalam ni.

Apa Ada Di KidZania

Bella juga diberi duit permulaan sebagai modal. Ok time ni Bella ngan HB dah pening tau. Alamak. Mana cukup nak main semua benda kat sini dengan hanya berbekal kan RM50. Disini kami dah pening x tau nak buat apa. Hahhahaa... walaupun pekerja disitu ada cuba menerangkan kepada kami. Bella still blurrrr... alamak. Acane ni??


Menurut pekerja tu, kami perlu mencari duit jika mahu tambahkan duit kami itu. Kena tengok dipintu masuk sama ada ( + )atau (- ). Jika  ( + ) maknanya bila kita main, kita akan dapat duit. ( - ) kita kena bagi duit.Bayar. Kami pun pulun la cari duit.cari duit a.k.a gaji. Yela kononnya nak main semua benda yang ada disini. Gambar kat atas tu, Bella dapat gaji. Jadi penari. Kat sinilah banyak masa diabiskan.


Abis je aktiviti menjadi penari, Bella belajar buat coklat pula. Nampak tak coklat kat tepi tu? Arrgggghhh sedapnya. Dia berpusing-pusing. Bella ingat kena bancuh coklat baru. Rupanya tak, Bella di ajar cara mengacukan coklat saja. Ada Cara juga tau.


Cutenya baju pembuat coklat ni. Paling best kat sini, kita boleh mengayakan apa saja kerjaya yang kita mahukan. Patutlah bawa anak - anak kesini. Pendedahan awal tentang apa itu kerjaya. Sebagai pembuat coklat ni, kami diajar cara meletakkan coklat dalam acuaannya dan bekukannya. Tapi, kami x leh makan coklat yang kami buat tu, kami diberi coklat yang baru. Yummy!! Mesti bawa anak anda kesini tau.


Menjadi Pilot adalah kerjaya yang paling Bella nak cuba. Masuk dalam cabin yang real, cuma kita memandu kapal terbang yang xda fungsi. Hanya cadangan Bella, adalah lebih elok jika pihak KidZania buat seolah-olah kita atau anak - anak membawa kapal terbang yang sebenar. Macam game tu. Set la masa kejap je. Jika takut kanak-kanak ini abis banyak masa didalamnya.Ini langsung x leh kawal. Sesuai untuk bergambar je. Tapi real la semua tanya bila Bella g ambil lesen kapal terbang. Hahhaha.

KidZania KL

Menjadi seorang pelukis bukanlah cita-cita Bella, cuma minat melukis tu adalah. Disini kita bukan kena melukis pun, tapi mewarna. Terbaik,sebab lukisan boleh bawa balik. Kalau anak korang melukis, pastu korang boleh la tampal dan frame kan letak dalam bilik dorang. Kenangan tu.

    

Bella menyambung pengembaraan Bella disini sebagai engineer computer pula. Kat sini seriously best!! Korang patut ajak anak korang ke bahagian ini untuk lihat kecekapan mindanya. Cite lebih2x x surprise la kan. Terbaik kat sini, dapat gaji ngan sijil sekali. Boleh la bagi anak kita semangat. Macam penghargaan gitew kan?
   

Puas la kan... terkinja-kinja dalam ni,penat dan lapar la. Nasib la ada cafe dalam ni. Kami di belanja makan oleh KidZania. Sedapnya.Sedap ayam goreng disini tau. Terima kasih KidZania. Masa balik ni, baru kami perasan.. duit kami banyak sangat lagi. Nak main lagi dah nak tutup, harap sangat KidZania panggil Bella datang lagi.. Best!!

Sebab Bella rasa kurangnya pengetahuaan Bella pasal KidZania ni, yang menyebabkan Bella banyak duit lebih tapi x banyak main. Jadi Bella nak kongsikan beberapa tips untuk korang semua, Ibu2x, Ayah2x, Emak2x, Mummy, ataupun Daddy. Tips: 

  1. Macam Bella, banyak abis masa nak cari duit. Hmmm.. cari semua yang (+) kat pintu. Padahal x minat pun nak main. Buang masa. 
  2. Guna je duit modal tu, jangan takut.
  3. Ada persembahan dari budak-budak di KidZania. Persembahan teater. Pergilah tengok. Sangat menarik.
  4. Tak semua permainan kena bayar. Ada yang kita akan dapat duit. Maknanya duit abis, barulah kita cari duit. Cari saja (+) dipintu.
  5. Bila dapat duit tu, jangan blur macam Bella. Tanya ngan anak anda apa yang dia nak jadi? Contoh Pilot. Bawa ke tempat Pilot tu dulu. Beratur. Xpe. Jangan takut duit tu habis. Enjoy dulu.

         
   
Tabik Spring dari Bella buat KidZania.Silalah datang ke KidZania. Sangat best. Pengalaman Baru Mesti anak - anak anda teruja. Bella yang dah besar ni pun sangat teruja tau. Untuk maklumat lanjut bolehlah ke :

IG                   : KIDZANIAKL

WEBSITE      : www.kidzania.com.my

FACEBOOK  : KidZania Kuala Lumpur

ALAMAT       : Curve NX, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.

Tudung NELYZ COUTURE Pilihan Heliza Helmi

$
0
0
Bella berkesempatan bersama - sama meraikan detik - detik bersejarah pembukaan NELYZ COUTURE yang menampilkan pakaian muslimah yang elegen dan sangat cantik tetapi tetap mengikut syarak dalam menutup aurat. Bella amat tertarik dengan corak dan gaya tudung disini. Rupanya bukan Bella saja yang suka dengan gaya dan material kain disini, Heliza Helmi yang comel tu pun sangat suka. Baju dan Tudung NELYZ COUTURE pilihan Heliza Helmi.

pakaian muslimah
                                   
Pada hari pembukaan butik NELYZ COUTURE ni, banyak sangat2x tawaran yang diberikan. Korang tau tak pasal promotion ni? Kalau x tau, kena la rerajin follow IG Bella. @bella_idura. Bella selalu shout out kan benda-benda penting terutamanya pasal sale, shopping, kecantikkan dan macam-macam lagi lah.  Eh ter promote ig sendiri plak. Hehehehe... Sebab pada pembukaan aritu, seperti ramai tak tau. Rugila korang. Sale gegila tau. Ada Heliza Helmi lagi datang. Rugi sangat korang.

tudung murah, tudung bergaya

Tudung kosong yang cute dengan manik diatasnya ni, memang lain dari yang lain tau. Nampak macam  biasa kan? tapi bila pakai cantik giler... korang kena pegang rasa dan pakai kat kepala, baru tau apa makna kecantikkan tudung ni. Nanti Bella beli satu tunjuk kat korang tau.

shawl comel

Ini antara tudung instant shawl yang sangat2x menarik perhatiaan Bella. Bella habiskan banyak masa kat ruangan ini. Tudung ini dijahit dari jenis kain yang lembut dan terbentuk cantik bila memakainya. Nampak x tudung kuning hitam tu? Tudung tu lah, Heliza Helmi pakai masa datang. comel sangat.Jom Bella payung tudung apa yang Bella beli.


Nelyz CoutureHaaaa.. jangan cakap akak x payung. Hehehe.Dua2 corak tudung ni amat menarik perhatian Bella. Sebenarnya Bella x berapa nak suka corak harimau. Tapi warna tudung ni lain dari yang lain. Kombinasi warna tudung ni, amat menarik minat. Sebelah kanan tu, cantik kan? Corak bebunga ni paling pening nak pilih. Semua cantik2x macm nak pengsan bila tengok.Rasa nak borong je semua. Siapa yang nak datang, cepat2x la kesini. Bukan biasa-biasa. Cantik!!

                                    
Jubah cantik, Jubah murah

Ini antara jubah-jubah yang terdapat di sini.Cantik kan? Paling terbaik sangat menepati ciri-ciri muslimah tau. Tengok lengan tu ada zip yang boleh dibuka untuk memudahkan, si pemakai mengambil air wudhuk. The best thing, bila zip tu dibuka, tak nampak lengan tau. Dah siap sedia inner didalamnya.WOW!!! terbaik. Betul2x sesuai buat muslimah kan? Apa yang lagi best, jubah ni sesuai untuk ibu yang nak menyusukan anaknya. Terdapat zip khas dijubah ini. Boleh menyusukan anak sambil kekal cantik menawan. 

                            
Sarung tangan pun ada.Ada yang plain, berwarna -warni, bercorak dan berkilat-kilat. Pilih saja yang berkenan dihati ya. Kerongsang dan pin tudung berbagai jenis pun ada tau.


Perkenalkan, inilah owner butik NELYZ COUTURE. Manis dan baik orangnya. Tahniah Puan Ellyna. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan business semakin lama semakin maju. Aaminn...Tahniah sekali lagi kerana membuatkan lebih ramai wanita teruja untuk memakai pakaian mengikut cara islam. Baik niat tu yer.. Heliza Helmi pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Peramah, baik dan merendah diri. Untung sapa yang dapat yer... 

Butik murah

Semoga korang dapat la yer, gambaran apa yang dijual disini dan apa yang terbaik kat sini untuk korang beli. Kalau korang rasa macam nak beli tapi jauh, senang saja boleh beli online. Jangan risau sebab baju dan jubah ada dari size XS sehingga XXL.Tudung shawl tu dorang dan jahit dibawah dagu. Ok, ini detail NELYZ COUTURE



IG             : @nelyz_couture


Address   :  Nelyz Couture, 36-G, Jalan PJU 5/21, The Strand Damansara, 47810 Kota Damansara,PJ.

Phone       : 014 9622600


Selamat ber Shopping semua... Tak rugi. Percayaaa laaa....

Festival Makanan Indonesia - Seri Pacific Hotel KL

$
0
0
Makanan Indonesia tidak perlu diperkenalkan lagi terutama mengenai kemahiran dalam menyediakan makanan yang enak -enak dan rasa yang cukup sempurna. Makanan Indonesia juga menjadi makanan antarabangsa yang paling digemari dan disukai di Malaysia. Makanan Indonesia ini, amat digemari walaupun makanan itu dijual di tepi jalan, kedai - kedai kecil ataupun restaurant mewah.         
     
                   Bakso, Resepi Bakso

Negara ini juga amat kaya dan terkenal dengan pelbagai jenis makanan diseluruh dunia. Sesetengah makanan dapat mengambarkan keunikkan sesebuah tempat itu sendiri dan kadang kala dapat menonjolkan tradisi tempat itu melalui makanan. Makanan ini juga bukan saja akan menarik kita dengan kemeriahan gaya hiasan dan warnanya tetapi kita juga akan turut terpesona dengan kesedapan rasanya.

                   
Indonesia

Bagi memperkenalkan makanan Indonesia yang istimewa ini, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah mengadakan kerjasama mengadakan "Indonesia Food Festival" . Festival ini akan memperkenalkan Kualiti makanan yang terbaik dan unik bermula dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Pelawat hotel ini akan dapat mengalami dan merasakan makanan yang kebanyakkannya makanan kegemaran Indonesia yang unik dan lazat.

     festival

Festival yang berlansung 8 hari ini akan dilancarkan oleh Dr. Ir Arief Yahya, Minister Of Tourism Indonesia.Turut bersama memjayakan Festival ini adalah Encik Mohamad Halim Merican - General Manager Of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director Of Sales and Marketing and Head of various deparments.

      Buffet makanan Indonesia

Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan Festival ini, Chef - Chef terkenal dari Indonesia telah didatangkan bagi membantu dan bekerja sama dengan pekerja - pekerja hotel bagi memastikan makanan yang disediakan rasa authentic Indonesia itu tetap dikekalkan.
 
    Sedapnya makanan

Banyak sangat makanan yang disedaikan secara buffet disini yang kebanyakkan menjadi kegemaran semua, seperti Mie Kocok, Cumi Gulai, Ikan Kakak Fillet Saus Padang, Pekedel Jagung, Sambal Tempe Kari Kacang, Tumis Jamur Kuping Kacang Hitam, Cumi Tepung Asam Manis, Pepes Tahu Sumsum, Perkedel Kentang, Mie Bakso, Soto Ayam, Sate lontong dan banyak lagi.

   Makanan sedap

Pemanis mulut juga disediakan yang didatangkan dari South East Asia dan Dari Zende sendiri. Antara pemanis mulut yang disediakan seperti, Kue Lumpur, Surabi Bandung, Nagasari dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan

Promosi Wonderful Indonesia  disediakan pada waktu makan tengah hari dan malam dan dihidangkan setiap hari bermula 12.30 pm hingga 3.00 pm dan 6.30 pm hingga 10.30 pm. Buffet ini berharga rm79.90 nett per person.Harga telah termasuk 10% service charge dan 6% GST. Apa yang istimewa semasa berlansungnya promosi ini, turut diadakan jualan handcraft dan persembahan kebudayaan dari pihak  perlancogan Indonesia.

Tip Pemilihan Pakaian - Style Workshop Wawa Idris

$
0
0
Tip Pemilihan Pakaian Style Workshop Wawa Idris amat membantu dalam kehidupan kita sehariaan. Kenapa ia amat membantu dan kita patut pentingkan penampilan diri kita? kerana..
     

Yeahhh!! sebab pandangan pertama ataupun perjumpaan pertama adalah gambaran terakhir yang orang akan ingat pasal kita. Korang mesti samar-samar kan? Macam ne tu? Ok, Bella bagi contoh.Nak buat contoh Ben Ashaari susah plak. Kang kena tendang Bella. hehehee.. kita bagi contoh lain. Contoh yang memang terjadi kat Bella sendiri.

HB selalu main futsal. Tapi, ada seorang kawan HB ni, main futsal x pakai baju!! dah la sekeping je badan.Jadi,bila Bella nak mengigati kawan HB tu, HB mesti cakap.. "alaaaaa... yang main futsal x pakai baju tu.." Haaa baru Bella kenal. Walaupun HB dah bgtau nama dia, tp Bella tetap ingat dia sebagai kawan HB yng main futsal x pakai baju.Walaupun lepas tu dah jumpa  banyak kali dia pakai baju. Bella ternampak dia kat pasar ke, mana2x la.. Bella akan bagitahu kat HB "Dear, kawan dear yang x pakai baju tu la... " haaa walaupun time kitaorang jumpa tu dia dah pakai baju. Faham? Bagus.


Begitulah pentingnya pemakaian dan penampilan kita. Itulah diantara pembelajaran Bella dengan Wawa Idris hari ini. Owh lupa, perkenalkan Wawa Idris.Itu gambar diatas tu. Cantik kan?? Giler x cantik!!hahaha.. Tagline dia tau. Heehehe Bukan.. Tagline sebenar adalah Wow Attitude Wow Attire.Kepakaran Wawa Idris tidak perlulah dipertikaikan lagi, Wawa merupakan perunding imej korporat & selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan. Wawa juga mempunyai Master Degree dalam komunikasi korporat, Diploma di style coach institude di London dan berpengalaman lebih satu dekad dalam bidang korporat dan public relation. Haaa... power kan?


Ada satu formula penting yang Bella belajar! iaitu TOP. T for Time. O for occasion. P for place. Hanya dengan TOP, korang boleh tentukan pakaian apa yang patut korang pakai aritu. Contoh, ada majlis makan2x. Jadi, korang hanya gunakan formula TOP ini. Korang kena kaji, Time pukul berapa? kalau tengah hari, panas. Takkan korang nak pakai jaket tebal kan? Occasion, majlis apa? kalau sempena majlis perpisahan boss, xkan nak pakai baju seceria yang boleh. Pakai baju ala kadar saja macam hitam. Place, tempat tu kat mana? kalau makan2x dekat dalam hotel xkan nak pakai tshirt je kot. Bagi perempuan la. haaa dapat idea x dari TOP tu? Ala.. contoh paling terbaik, Gambar kat atas tu. Cantik kan? pergi office, xkan nak pakai baju sukan. Haaa.. macm tu la contoh lainnya.

     

Jangan tak tau, material kain yang digunakan juga mencerminkan penampilan kita. Bukan material saja, corak dan warna juga sangat penting dalam sesuatu majlis. Kain yang tebal dan bercorak metrik menampakkan kita lebih formal. Makin tertutup pakaian kita tu, makin formal lah penampilan kita aritu. Tapi jubah tidak dikira formal tau.Nampak tak blogger putery memory tu, yang kainnya jalur2x tu? Pakaian dia amat menepati tema pada hari itu. Tema kelas ni adalah smart santai. Kainnya yang bercorak jalur tu membuatkan gayanya kelihatan santai. Kalau putery memory gunakan kain yang kosong seperti warna hitam saja, terus gayanya menjadi formal. Korang leh bayangkan x? faham kan? Kalau x faham sila jumpa WaWa Idris. Best sangat tau kelas dia.

 
Bella juga diberi soalan yang berupa kuiz untuk menentukan gaya kita dan daripada jumlah jawapan kita itulah kita ada dapat meneka apakah gaya kita.Sama ada A paling banyak atau B atau C atau D akan membawa kita kepada macam manakah pemakaian harian kita. Contoh Bella dapat Sporty dan Romantic. Sebenarnya Bella memang seorang yang sukakan pakaian yang macam puteri, comel, cantik, ada reben2x. Itu adalah ciri2x orang yang pemakaiaan Romantic tau. Tapi, Bella dah terikut HB. Selalu sangat suruh Bella pakai gaya sporty. Dia kata gaya Romantic tu macam berlebih-lebih. Mana ada!! 

      

Arrrgghhh banyak sangat ilmu yang Bella dapat dari WaWa ni. Sampaikan tak tau mana satu nak share dengan korang. Bella pilih yang penting tau. Kalau Bella tulis semua takut korang x mampu nak baca. Haritu juga, Bella dan Blogger2x dari Kelab Blogger Ben Ashaari diajar cara nak mix and match kan baju2 semua. Tengokkan blogger2x lelaki ni. Baru ajar sikit dah pandai. Cantik kan dorang matchkan baju dorang.

     
   
Ini pula group Bella. Semua Blogger aritu datang cecantik tau. Bella nak listkan je la Tip penting untuk menentukan ataupun pemilihan pakaian yang akan menampakkan kita cantikk giler. Bella buat ringkas je ni. Senang korang faham kan? Tip penting dalam pemilhan pakaian :- 

  • Pilih satu fokus point dalam pemakain. Contoh, pakai rantai untuk jadikan fokus point di baju. Bahagian lain biarkan polos. 
  • Gayakan baju dengan 3 warna saja. campuran banyak warna membuatkan kita kelihatan pelik. 
  • Bagi yang bermuka bulat, elakkan dari memakai corak bulat. Apa2x saja yang bulat. Akan menampakkan kita lagi bulat. 
  • Pakai sedikit mekap. Supaya nampak sihat, fresh dan menunjukkan sedikit rasa hormat untuk perjumpaan kali pertama. 
  • Tentukan gaya korang dengan tepat supaya tidak akan ada baju yang tidak dipakai kerana tkdak sesuai dengan citarasa dan gaya korang. 
  • Semakin kosong baju korang, semakin korang kelihatan formal.

Bella rasa setakat ini dulu. Sebenarnya banyak lagi yang dikongsikan oleh WaWa Idris. Korang silalah pergi ke kelas dia. Langsung x rugi. Bagi mendapatkan detail yang lebih mengenai Wawa Idris, boleh la ke : 

Instagram : wawaidris_imejpatik
Facebook : Wawa Idris
Blog.        : wawaidris.imejpatik.com (Kelab Blogger Ben Ashaari juga tau)

Harap bermanfaat!!

Aktiviti Hujung Minggu - Breakout

$
0
0
Seronoknya!!!! bila dapat berkumpul dan bersama - sama dengan Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan bermain aktiviti yang paling jarang atau hampir ramai x tau tempat ni. Breakout!!  siapa yang tahu tempat ni apa, tapi tak pergi lagi? Ruginya korang! Best tau. Bagi sesiapa yang tak tahu hujung minggu nak buat apa kan? Jom kita buat Aktiviti Hujung Minggu Di BREKOUT. Keseronokkan yang lain dari yang lain. Kalau berjaya la yer.. hahahaa.

permainan games

Breakout!! disinilah tempat dimana kita mencipta keceriaan. Bella memula nak pergi sini, takut sangat. Takutnya! Tempat gelap. Siap request lagi. Boleh tak bawa HB? Hahahaa... sangat poyo. Tempatnya memang gelap, tapi biasa2x je. Takdalah terlalu seram. Bella fikir macam rumah hantu tu. Kita duduk dalam rumah yang dipenuhi hantu. Yelaaaa.. x pernah g lagi. Tak yah la gelakkan Bella. Pastu buatnya sesat dalam nie tak kuar2x acane? Kalau ada HB xpelah.. Leh lagi peluk kalau takut kan.  EEeeeee.... gatai.

aktiviti hujung minggu

Mesti korang terfikir - fikir abis macam manakah permainan Breakout ini sebenarnya??  Haaaaa... Permainan ini sebenarnya ada didalam bilik-bilik yang dipenuhi misteri. Yaaa Misteri. Dorang akan sumbatkan kita dalam satu bilik yang terpilih untuk korang cari sendiri jalan keluarnya. Mesti korang rasa senang je kan? Permainan ini amat menguji minda ya. Jadi persiapkan minda dan IQ yang tinggi ya.

Breakout

Cara permainan ini senang mestilah ada ahli ataupun pemain seramai sekurang-kurangnya 2 orang sehingga maximum 8 orang. Selepas itu korang silalah pilih bilik mana satu yang korang nak teroka dan mana satu korang yang korang nak rungkaikan misterinya. Haaa... setiap bilik mempunyai cerita dan rahsianya tersendiri tau.

Permainan terbaik
Setiap ahli tu plak akan diberi kan kebolehan dan peranan masing - masing. Peranan yang korang bawa tu jangan ambil mudah tau, sebab setiap peranan dan kebolehan yang diberikan itu adalah kunci yang membawa kepada kejayaan kumpulan korang.Sekaligus merungkai misteri bilik yang korang pilih itu seterusnya membawa korang keluar dari bilik kegelapan... haaaa.. senafas je Bella bagi.Hahahaha.


Inilah peranan dan kebolehan yang akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Mesti masing-masing tahu kemampuaan diri sendiri kan? Jadi pilih lah kebolehan mengikut kemampuan korang. Bella rasa peranan yang penting adalah The Oracle, Lock Master dan The Lightbringer


Jom Bella ajak korang main dan korang cuba rasakan macam mana Bella main hari tu ok? Korang baca sambil bayangkan. ok? Hayati tulisan Bella ni. Hehehehe. Ok. Bella dan 5 Orang Blogger telah diberi satu bilik yang Bella tengok kosong je. Tu bilik kat dalam gambar tu. Kosong je kan? Disinilah tugas The Oracle yang kena ingat kat mana clue didalam bilik ini. Dalam masa 45minit kita semua kena keluar dari bilik kegelapan ini ok?


Korang kenalah perhatikan bilik ini betul2x. Paling penting pada kertas. Sape yang nak main ni, haruslah faham English. Kalau x memang payah la nak main. Tak faham soalan kata ko. Hhahaha... Tengok kat gambar tu. Area situ2x je ada soalan dan situ2x juga ada jawapan. Bella x leh la cite detail. Nanti korang menang pulak. Hahhahaa... Paling penting. Tidak menjadi satu kejutan la nanti untuk korang. Kannn...


Bila kita dah berjaya merungkai misteri di bilik pertama ni, kita akan dibawa ke bilik ke dua yang lebih misteri, gelap, tertekan dan masa yang dah tinggal lagi berapa minit saja. Aaaarrggghhhh... Jadi korang boleh gunakan apa saja untuk menambahkan masa korang ataupun bagi kebolehan korang tu kepada petugas yang menjaga korang tu. Petugas tu, akan bagi jawapan ataupun tambahkan masa korang. Korang pilih je la. Bella rasa baik korang minta jawapan je kalau susah sangat yer.. hahahaha.



Berbagai rancangan jahat disediakan yer.. di Breakout ni. Bella excited sangat sampai terhantuk la bagai. Adoiii!! Excited x kena tempat. Kumpulan Bella ni, lagi berapa minit je lagi kami nak berjaya. Malangnya masa sangat mencemburi kami.


Terperangkap la kami di bilik kegelapan... selamanya.. waaa.... waaa... x puas hati. Nak repeat!! sedih.


Bella hanya nak ingatkan... korang jangan la buat benda ataupun perkara-perkara yang disenaraikan kat atas ni, Tak menang pun.. Jaga diri korang. Jangan terhantuk macam Bella. huhuhu.Breakout ini terdapat didua tempat sahaja, iaitu di Avenu K (KLCC) dan Nu Sentral (KL Sentral) Ok, untuk keterangan lanjut bolehla ke :-

Website   :  www.breakout.com.my
Facebook :  https://www.facebook.com/breakoutmy
Instagram : https://instagram.com/breakoutmy/

Baiklah.. sampai disini dulu, Berseronoklah jika dapat keluar dari bilik kegelapan ya.. xoxo.

Makanan Segera Yang Sedap - Saless Food

$
0
0
Salees Food adalah sebuah syarikat di bawah Golabal tradelink (M) Sdn Bhd. Syarikat ini telah mula berniaga dari tahun 2001 lagi. Bermula dengan produk kecantikkan dan sekarang produk makanan pula. Bella sempat la merasa hasil tangan Salees Food ini. Sedapnya!! Salees Food adalah produk makanan yang dijamin 100% halal. Salees lebih kepada menghasilkan Makanan Segera Yang Sedap.

Makanan segera
Salees Food juga mengeluarkan makanan ringan dan diantaranya adalah kuih siput! Pernah rasa tak? Kuih siput ini dibungkus kemas supaya mampu bertahan lama sambil mengekalkan rasa dan kualiti kuih siput ni. Eh, korang tau tak kuih siput tu apa? Kuih siput adalah makanan tradisi orang melayu dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Tetapi, bila dah goreng hasilnya sangat yummy! Kuih siput ni, kalau salah adun akan jadi keras tau. Korang gigit pun tidak boleh. Tapi, Saless Food berjaya membuat kuih siput ini lembut dan rasanya macam resepi turun temurun tu. Sedap sangat..

Salees Food product

Ayam dan daging salai BBQ pun ada. Selama ni. Bella memang teringin juga la nak makan daging salai, tapi normally risau pasal status ke Halal annya kan? Bila ada Salees Food yang terbukti HALAL, apa lagi. Wajib la beli. Bella rasa yang ayam.Sedapppp yer. Rasa ayam sebenar. Bella makan ni 2 hari baru habis. Makan sorg je. Memang puas hati.Rasa macam banyak sangat.Hehehe.

makanan segera sedap

Korang selalu dengar pasal maggi je kan? Maggi la yang kita akan bawa kemana - mana saja bila kita melancong kan? Yela, kat negara orang takut x jumpa makanan halal dan sesuai dengan tekak melayu kita ni kan?. Berita yang paling best untuk yang suka travel atau menggembara macam Bella ni, Ada nasi lemak segera!!! waaa bestnya!! boleh la beli banyak2x bila nak g Travel. Bella kan suka travel ala2x bagpacker. Selalunya Mesti bawa maggi banyak2x tapi sekarang, Bella boleh lah bawa nasi lemak. Hahahaha.. mesti Happy HB lepas ni nak travel sebab ada nasi. Dia tekak melayu sangat. Korang nak tahu, Ben Ashaari pun ada cuba tau nasi lemak ini. http://www.benashaari.com/2015/09/sedap-ke-nasi-lemak-segera-salees-food.html kalau korang nak boleh klik disitu.

Salees Food

Kacang Dhal goreng pun ada tau. Selalunya korang rasa kacang ni buat kuah dhal makan dengan roti canai kan? Tapi Salees Food buat jadi makanan ringan. Sedapp.. makan sekali korang tidak boleh berhenti untuk menguyanhnya lagi dan lagi. Sedap. Bella boleh ceritakan kat sini apa yang Bella makan dan rasa je la yer. Sebenarnya banyak lagi produk Salees Food ni yang Bella x dapat nak ceritakan sebab belum rasa. Korang nak tahu lebih lanjut mengenai Salees Food ini terus sahaja ke:-

Website    :- http://salees.com.my

Facebook :- SaleesFood

Instagram :- Salees_food

Beliaan    :-  http://salees.com.my/contact-us/


Selamat menjamu selera.

Cermin Mata Cantik

$
0
0
Cermin mata adalah aksesori wanita dan lelaki. Aksesori yang kalau kena pada tempat dan gayanya, dengan hanya memakai cermin mata, kita akan kelihatan anggun, bergaya dan stylo mylo. Iyerr.. betul. Ok, kalau x percaya cuba korang x yah pakai mekap ke apa. Pakai cermin mata besar sikit dan sedikit lipstik, terus keanggunan mu terserlah.  Jom Bella tunjukkan tips untuk mendapatkan Cermin Mata Cantik yang dah pun Bella beli.

cermin mata cantik

Giler tak percaya? tengok.. pakai Kaca Mata ni, tido pun nampak comel kan? Baik ngaku. Hahhahah. Cermin mata cantik ni bella beli di kedai biasa-biasa je, tapi sebab sesuai impaknya besar kan? Nampak stylo gitew. Cermin mata ini, bukan untuk bergaya semata-mata tau, dapat juga menghalang sinaran dan pancaran matahari yang perit tu masuk dan memedihkan mata kita. 

cermin mata cantik

Lelaki yang bergaya dengan Cermin mata ni pun tidak kurang hebatnya. Tengok la.. yang biasa-biasa pun boleh kelihatan seperti model tau. Pemilihan cermin mata kenalah sesuai dengan muka. Janganlah muka kecil cermin mata besar gabak! Nak tengok contoh?

cermin mata cantik

Haaa... ni dia gabak kan? Bijik mata pun x nampak. Cermin mata macam ni, mana dapat membantu. Terjatuh lagi adalah. Hahhaha... Jadi sesuaikanlah cermin mata dengan bentuk muka korang ya. Ini adalah contoh pemilihan cermin mata yang salah yer.. Nampak je macam comel. Kalau tengok real kelakar abis. Tergelak-gelak tengok wajah sendiri kat cermin.

kedai cermin mata

Setiap cermin mata yang Bella beli x pernah sama dan menampilkan ciri, dan material yang berlainan. Tips yang Bella gunakan setiap kali nak membeli Cermin mata :-
  1. Pakai tudung yang selalu korang pakai masa nak beli cermin mata yang akan kelihatan cantik setiap kali anda pakai.
  2. Pilih material plastik ataupun tidak mudah karat.
  3. Beli yang boleh menghalang UV yang tingi.Dapatlah digunakan dimana-mana.
  4. Bawalah pasangan ataupun kawan-kawan yang biasa tengok kita.Dapatlah beri nasihat untuk kita. 

Gambar diatas adalah panduannya dan gambaran ringkas mengenai pemilihan cermin mata yang sesuai dengan wajah korang.(Sumber dari Majalah EH!)Take note ya. Sila ambik perhatiaan. Gagal membuat pilihan yang ni, abislah muka korang nampak pelik. Paling kiri tu, jenis cermin mata yang patut korang pilih. Tengah contoh pemakaian. Akhir sekali kenapa bila dia pakai nampak cantik? Sebab pemilihan cermin mata tu amat sesuai dengan bentuk wajahnya. Korang leh la dan dapat gambarannya ya.

Mesti korang terfikir-fikir kan?? nak cari kat mana cermin mata cantik ni? Bella cadangkan bagi semua cari berada di Kedah dan Perlis. Sila lah berkunjung ke Optomeris Wan Sdn Bhd. Optomeris Wan Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan ia amat mementingkan kualiti dan perkhidmatan dalam penjagaan mata, kepelbagaian pilihan dan harga yang amat berpatutan. Berbaloi-baloi tau.. Maklumat lanjut silalah Hubungi cawangan - cawangan di :-


EyeMAster Optometrist :- 1589, Wisma DTC, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel :- 04 - 732 7648  Faxs :- 04 - 732 7648

Zaharah Eyecare  :- No.13, Jalan 1, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis  
Tel : 04 - 986 7648 
Facebook :  Zaharah Eyecare Arau

Optometris Zaharah :- No.13A, Rumah Kedai UMNO, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04 - 735 8648
Facebook :- Optometris Zaharah
 
 
Zaharah eye care :- No.49, Lorong 3, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel : 04 - 4257648
Facebook :- Zaharah eye care SP

Restaurant Masakan Pindang Terbaik

$
0
0
Pindang?? Masakkan yang jenis macamana tu yer? Masakkan pindang mudah sangat sebenarnya. Campak-campak semua bahan dalam air dan daripada gabungan bahan-bahan itu akan menghasilkan rasa dan aroma bau yang cukup enak. Tapi, kalau malas masak macam mana? Korang tahu tak dimana nak makan masakan Pindang yang lazat ini??  Haa.. jom Bella bawa ke Restaurant Masakan Pindang Terbaik iaitu Hot Pindang Kitchen yang terletak di Shah Alam.

restaurant shah alam sedap

Disinilah tempatnya. Hot Pindang Kitchen. Korang nak kesini senang guna waze saja la. Pasti sampai. Kawasannya memang berdekatan dengan kawasan perumahan. Alamatnya :-

Hot Pindang Kitchen 
No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11, 
Seksyen 10,Shah alam, Selangor. 
(Landmark : Next to Azira & Hatini Restaurant )

Tel :- 03 -55231259 / 012 2043773

Waktu perniagaan : 11am - 11pm

kedai makan sedap


Apa yang istimewanya restaurant ni bila korang dah sampaikan?Jom Bella cadangkan untuk yang pertama kalinya datang kesini nak makan dan nak cuba apa. Menu dalam sekeping kertas keras je, tapi banyak sangat yang sedap. Mesti korang tidak tahu hendak makan yang mana satu. Jadi cadangan Bella jadi amat berguna untuk korang. Biasalah, siapa-siapa pun yang pergi mana - mana restaurant baru mesti tidak tahu apa yang sedap dan nak makan apa Kan? Bila tanya pada pelayan tu mesti dia akan cadangkan makanan paling banyak orang pesan ataupun harga yang paling mahal ataupun paling haru sekali, "semua sedap bang". Biasa kan jadi macam ni? Tengok,betapa pentingnya  cadangan Bella ni. Harap citarasa kita sama la yer.

asam pedas sedap

DAGING ASAM PEDAS. Bella rasa sangat sedap dan lain dari yang lain. Citarasa yang lain, sebab selalunya kita dengar ikan atau ayam asam pedas sahaja kan? Tapi ini Daging Asam Pedas. Rasanya lain mungkin dipengaruhi dengan aroma daun limau purut dan daging yang telah disaluti rempah ratus. Memang ada kelainan pada rasa daging asam pedas ni. Mesti cuba. Semua yang makan daging asam pedas ini akan kata SEDAPNYA!!



IKAN ASAM PEDAS. Waaa.. nampak sangat Bella ni suka gabungan ataupun campuran pedas dan masam - masam kan? Sedap dan sesuai sangat dengan tekak Bella. Ikan Asam Pedas ni, tidak la terlalu pedas. Cukup rasa dan sedang - sedang saja manisnya, masamnya dan pedasnya. Kesimpulannya memang sedap!!


SAMBAL UDANG PETAI. Sengaja closed up. Dekat - dekat tengok nampak tak?? ada petai ko. Tentulah Sedap sangat. Bagi pengemar petai, mesti melonjak-lonjak hati nak rasa kan?Macam Bella suka makan satu - satu lauk dalam satu masa. Contoh ada tiga lauk, Bella akan makan nasi putih dengan lauk pertama, pastu makan sikit dengan lauk kedua, dan seterusnya. Bella tak suka nak gaulkan semua sekali lauk dalam satu masa. Jadi, rasa sebenar satu2x lauk tak dapat nak dihayati sangat. Bila Bella makan Sambal Udang Petai ni dengan nasi, rasa manis udang tu memang terasa. Petai.. acane nak terangkan rasa petai tu yer?? Korang cuba la. Langsung tak rugi.

nasi sedap

Apa yang Bella nak tunjukkan kat sini ialah BUDU! yer.. ada budu pada set nasi di Hot Pindang Kitchen. Waaa.... memang hot la. Di Hot Pindang Kitchen, menyediakan menu yang siap dengan nasi, sambal dan sayur. Ada juga bersama dengan telur masin dan ikan masin. Disinilah korang boleh rasa masakan melayu yang sebenar.

Restaurant Pindang sedap


Apa lagi, alamat Bella dah bagi. Jom la kita serbu Hot Pindang Kitchen. owh. korang x puas nak tengok gambar makanan? Boleh saja ke :-

Facebook : -  HOT PINDANG KITCHEN

Instagram :-  hotpindangkitchenrestoran

Selamat menjamu selera.





  

Hari Keluarga Terbaik

$
0
0
Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan HARI KELUARGA TERBAIK untuk ahli-ahlinya. Paling terbaik lagi, Keluarga ini telah mendapat tajaan daripada beberapa nama besar seperti COSMODERM, AZZUHA TRAVEL TOURS, KAIO STUDIO dan BUKU PTS. Havoc giler. Bella rasa amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk bersama - sama dalam menjayakan family day Kelab Blogger Ben Ashaari ini. Kalau ada lagi, korang ajak Bella lagi tau..


Ok, Percutiaan 3hari 2malam ni memang terbaik dan jadi terbaik dengan kehadiran semua Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang sangat gegila dan sempoi. anyTempat biasa-biasa je, bak masalah dan mencipta berbagai kontroversi tapi disebabkan orang yang datang tu best dan owesome!!! Hari keluarga ini menjadi sangat happening..Adus terus rindu korang semua guys.. 


Bella ngan HB join pertandingan karaoke. Karok lah kau!! hahaha..Suara kami bukan la sedap sangat, dan kami sedar tu. Tapi, kami masuk sebab nak support family day ini supaya lebih seronok dan ramai penyertaannya. Berdebar nak mampus kot. Ini pertama kalinya Bella nyanyi depan semua orang. Arrrggghh.. harap xdalah yang rasa Bella ni tidak sedar diri yer.. Suara x sedap nak nyanyi. hahhaaa. Paling Bella tidak sangka, rupanya banyak bakat terpendam yer.. blogger ni. Suara sedap-sedap rupanya. Tahniah kepada Blogger yang menang. Blogger Que Ahmad, Razzwey dan Ayujean. Sila add dorang di IG. Hahhaa.. artis tu. Owh kalau korang nak dengar suara Bella and HB adalah rakaman 15min di IG. IG Bella (BELLA_IDURA) haahahha.. nak jugak.


Masuk je bilik.. Bella ngan HB berpandangan! hahahah.. nanti Bella cite kenapa. Tapi, haruslah tido, sebab Bella nak main Flying Fox esoknya!! Nanti bella cite dengan lebih detail mengenai Flying Fox. Ni Bella cite sal aktiviti kami yang best giler dulu k.. Mana nak tahu, kot2x korang nak tiru ke jadual kami. Kan? Jadual je tau. Tempat kena g cari tempat yang lagi best. Pepagi harus la sarapan dulu dan kami menari poco-poco! amboi happy semua. Bella ni, poco-poco pun tak reti. Hahhaha... walaupun dan buat banyak kali. Lepastu apa lagi???? Biasalaa.. blogger, kerja selfie 24jam. Yelaaa peminat nak tengok. Hhahaa.. dorang ye.. bukan Bella. Hhahaha..

Selepas habis aktiviti flying fox, kami makan tengah hari dan menukar baju untuk aktiviti sukan. Haaa.. best giler kot. Bella kumpulan biru. Kalah.. tapi yang penting kegembiaraan dan kenangan yang tercipta. Susah nak dapat. Time ni memang boleh tengok la, perangai sebenar semua. Macam budak-budak! hahaha. 

Permainan sukaneka terbahagi kepada dua kategori iaitu permainan darat dan air.Permainan darat yang kitaorang main seperti terompah gergasi, bowling padang, bawa bola dan memancing tin. Memancing tin kami juara tau..Setelah berbagai strategi kami aturkan. Yeahh... Biru Power!!

Paling menghiburkan dan melucukan adalah aktiviti dan permainan air. Kelakar sangat2x. Apapun korang the best. Sporting giler menyebabkan hari keluarga ini menjadi sangat bermakna. Korang semua bersedia untuk digelakkan. Takda lah semua malu-malu. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu, kebanyakkan blogger berkerja. Kerja dorang pula, bukan biasa- biasa yer.. kalau dengar pun macam WOw!! hebatnya. Haaa tapi dorang sangat sporting untuk menjayakan semua aktiviti tanpa mengira pangkat dan usia. Tiada terasa apa-apa gap disitu. Rasa macm semua family.Tebaik!!


Permainan air pula yang sangat seronok tu kebanyakkannya melibatkan lelaki. Perempuan buat kalah je kan.. Permainan air seperti gusti atas batang kayu. Sebenarnya Bella tidak tahu nama permainan ni.Bella bantai je. hehehe.. Permainan ini menunjukkan yang fizikal badan tidak membawa kepada kemenangan ya. Perserta kena duduk diatas batang kayu dan geletek pasukan lawan supaya dorang jatuh. Gambar atas sekali tu.

Berbagai aksi lawak la dorg buat. Main juga tarik tali dalam air, dan kena buat satu permainan baru. Ada satu batang paip yang ditebuk kecil, semua ahli kena tutup lubang kecil tu menggunakan anggota badan.Nanti akan ada bola ping pong yang keluar bila air dapat dipenuhkan. Huh.. tu tengok pic. Sampai minum air nak tahan air kuar.. Good Job team. Kita kalah sebab tiada persediaan je. Kalau x, sure juara.



Apa lagi semua dah basah kan.. sambung main lompat - lompat pula la dalam sungai. Setuju, tempat ni jadi best sebab ada sungai.  Hahahaha... lain-lain out! Ada tau video awesome gaya lompatan kami. Boleh tengok di IG la, apa lagi. Follow jangan tak follow. Fikirkan seronok mandi sungai ni, memang tidak mahu naik la. Tapi apa boleh buat, haruslah menunaikan kewajipan.


Makan lagi!! Dinner time! Makan kambing BBQ lagi. Malam ni, jadi malam penyampaian hadiah untuk pemenang karaoke. Lepas tu yang juara tu kena nyanyi sekali lagi. Nasib sedap. Hahahaha.. kalau x sedap, sure dia bagi rasuah pastu menang. Takdalah.. gurau je. Juri bukan dari kalangan kami.



Bella juga dapat hadiah cabutan bertuah, Thank you Blogger DKNA bagi Bella cabutan bertuah Ephyra. Bella juga dapat baju tajaan Azzuha Travel Tours cantikkan bajunya. Malam tu best sangat sebab dapat banyak hadiah! Terima kasih semua. Paling best Cosmoderm!! Jadikan kulit Bella jadi lembut dan gebu. Nyamuk pun dapat dihalang dengan losyen Cosmoderm ni tau.


       

Pagi2x bella dah bangun untuk buat aktiviti jungle trekking!! hahahaha... jungle trekkinglah sangat!! sebab ikut jalan bertar. Pastu motor pun boleh lalu. Jadi seronok sebab sepanjang perjalanan.. sibuk ada orang selfie, melfie and wifieni. hahhaaa... Jungle trekking kami ini, akan menjumpai sungai. Yeeeeaaahhh!! mandi lagi.



Setelah lebih kurang perjalanan kami, sampailah dikawasan sungai kecil yang indah. Ciptaan Allah s.w.t kan.. Pastilah indah. Kawan-kawan Bella yang lain sibuk panjat batu untuk selfie. Bella idok la.. baru nak turun ke sungai nampak pacat! OMG!!!! pacat! nightmare. Bella terus nak patah balik tapi HB kata ok.. mandi sebelah sini xda pacat. Nasib Bella ikut cakap suami, kalau tidak...tak merasa la kesejukkan air sungai di Hulu Langat ni. Setelah lebih kurang 30min, kami haruslah pulang ke resort sebab nak Check out. Tak puas mandi lagi sebenarnya.
    

Ok la..sampailah masanya untuk kita pulang ke rumah.. hehehe.. Bye2x resort yang misteri di Hulu Langat. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari yang hebat ini. Terima kasih buat semua blogger yang menerima Bella menjadi sebahagian dari sejarah hidup korang. Terima kasih cosmoderm. 

Lepas ni Bella cerita mengenai Flying Fox pula yer... da... da.

Pengalaman Pertama Bermain Flying Fox

$
0
0
Salam semua... hahaha mesti korang baca hek eleh... Flying Fox pun nak cite kan... hahahaha.. Seram ok. Buat sesiapa yang tidak pernah main flying fox ni, jom Bella bawa korang fly bersama Bella dalam Pengalaman Pertama Bermain FLYING FOX. Terbang ke?

kubung terbang

Tengok, inilah laluan yang Bella nak terbang. Aiyooo... rasa macam tidak berani la. Punyalah panjang laluannya. Tinggi plak tu. Setinggi burung yang terbang. Lalu atas atap lagi. Fuhh!! Bella tak sangka yang Bella dah naik benda ni. Pekerja dekat sini kata Flying Fox ini adalah yang terpanjang. Tidak tahulah fakta ke auta yer.

blogger

Kami berjalan dan menaiki bukit yang tinggi untuk sampai.Ini disebabkan, permulaaan untuk main Flying Fox ini tinggi diatas bukit. Barulah senang kita nak terbang menuruni bukit. Waaa.. berdebarnya.

main flying fox

Flying Fox atau turut dikenali sebagai Kubung Terbang. Haa?? Kubung? ke kerbau? Kalau Bella kancil cute terbang la.Ahaks.Alatan yang diperlukan adalah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harness, Figure Of Eight dan peralatan lain. Memula, petugas disini akan pakaikan kita sarung yang meliliti pingang kita yang dipanggil Seat Harness . Sarung ni ada penyangkut yang dipanggil Carabinar yang akan disangkutkan dengan wayar sebagai laluan untuk kita terbang dan bermain Flying Fox.

kaedah flying fox

Memula Bella rasa sangat berani, sebab semua yang turut siap selfie bagai masa naik Flying Fox tu.. Bella pun konon2x nak selfie jugak la. Petugas situ cangkukkan je Bella kat tali tu, pastu tergantung. Bella dah mula gabra. Tangan pun dah basah abis. Rasa macam tidak mampu dan nak pegang Hand phone tu bagi tak jatuh.Huh!! trajik sungguh. Nasib la Blogger Que Achmad sudi jagakan Hand Phone Bella. Kalau tidak, sia2x jatuh la I-phone kitew..sobs..sobs..

    flying fox
 
Time petugas tu kata turun! turun dari kerusi yang memang dah terletak tinggi. Seee..tergantung kot. Masa turun dari kerusi tu terasa macam bunuh diri jerk! Bunuh diri dengan terjun dari tempat yang tingi!! Bella memula turun tu, dah jerit.... arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhh....... semua kawan-kawan blogger gelak kuat tengok Bella. Pastu boleh la plak petugas yang jaga tali tu stop kan Bella kat tengah-tengah tu. Takut ooo. Sengal betul la. Huh!!

     flying fox

Masa terjun tu, Bella tipu2x sikit. Bella pejam mata. Hahahha... takut. Tapi syok jugak kan.. Rasa macam terbang. Hahhaha...sampai je kat landasan Flying Fox ni, ada petugas jaga tau. Dia lah yang bantu semua blogger buka kan tali yang mengikat tu. Dia cakap kat Bella,"menggigil dik?"  arrgggh!! Malu! Beberapa orang member pun perasan yang air mata Bella bergenang. Aduss.. nasib tak nangis je, sebab pantas je dah sampai.

Bella cuma nak beri peringatan la yer... Main ni. Seronok-seronok juga. Tapi, jangan lupa keselamatan kena diutamakan. Buat yang pertama kali naik tu,sedikit info keselamatan.
  1. Tanya la kat petugas tu mana satu tali yang nak kena pegang.
  2. Jangan pegang kabel plak ya. 
  3. Janganlah melompat-lompat atau menlonjak-lonjak kat tali tu. 
  4. Jangan lepaskan pegangan tangan pada tali. 
Jangan ambil mudah ya, Tahun  2009 ada pelajar yang mati sebab terjatuh masa main Flying Fox. Kejadiaan itu disebabkan kabel yang membawa budak ni, jatuh dan menghempap beliau. Tahun 2011, berlaku juga kemalangan jiwa kerana menggunakan alatan yang salah. Jadi sila berhati-hati semua.

Qurta Cantik Amar Bahrin

$
0
0
Qurta atau Kurta? Terpulang pada korang macam mana untuk menyebutnya atau mengejanya. Apa yang pasti, Bella nak kenalkan pada korang Qurta Cantik Amar Bahrin yang sangat WoW!!!

QURTA ANTA

Qurta ini diberi nama Amjifa sempena dengan gabungan nama dua orang pengasasnya iaitu Amar Bahrin sendiri dan Jimbu nama manja rakan perkongsiaannya. Nama sebenarnya Jimbu adalah Iquan Afiq. Kira comel sangat dah la nama tu kan? Amjifa Excusive. Siapa Jimbu? Auuwww.. glamour plak dia  nanti. Mesti Jimbu kata lain bagi Jambu kan? Mamat2x cute.. Gambar dibawah adalah Jimbu.

AMJIFA AMAR BAHRIN

Qurta Anta ini, boleh didapati dalam 5 warna iaitu orange, light purple, biru, hijau dan kuning. Bella suka semua!! Korang x tengok live lagi. Amar Bahrin ni. Kalau dia yang jual baju ni, mau je Bella borong semua. Senyumannya fuhh!! menusuk kalbu. Eh.. berbalik pada cite Amjifa Qurta Anta ya.. QURTA ANTABASIC ini boleh di dapatkan dengan harga hanyaRM139.00 free Postage.

QURTA CANTIK

Buat masa sekarang, Amjifa Exclusive hanya mengeluarkan Qurta Anta Basic sahaja. Sebenarnya permulaaan perniagaan Amar Bahrin ini bermula pada raya baru-baru ini. Amjifa telah mencuba pasaran dengan memasarkan Jubah Slim Fit terlebih dahulu. Tidak disangka- sangka Jubah ini mendapat permintaan yang  tinggi, dan amat menggalakkan. Melihat perkembangan itu, Amjifa amat yakin untuk mengeluarkan dan memperbanyakkan lagi koleksi Amjifa dan terhasillah..Qurta Anta

QURTA COMEL

Bella sebenarnya dah bertemu mata dengan Amar Bahrin ni, dan tengok sendiri kualiti dan keselesaan Qurta Anta ni. Haruslah Bella promote hanya yang terbaik untuk korang semua. Bukan dan tidak sama sekali sebab ke CUTE tan Amar Bahrin ni yer. Ditegaskan bukan sebab itu. Tapi, Qurta Anta Basic ni, memang sangat selesa dan menggunakan Italian Cotton 100%. Italiaan cotton tau. Tidak panas dan amat selesa. Kualiti yang amat dijamin.



AMAR BAHRIN, KURTA ANTA


AMJIFA EXCLUSIVE juga telah menwujudkan fenomena baru dalam fesyen pakaian lelaki dengan menjadikan Qurta Anta ini sangat fashionable dan sesuai digayakan dalam semua majlis. Maknanya, korang pakailah pergi kenduri kawen ke, nampak sesuai dan kacak. Pergi solat jumaat, nampak hemsem. Pergi ke pejabat, nampak kemas. Jadi, korang tidak perlu risau mengenai gaya korang masa pakai Qurta ini sebab memang telah diilhamkan mengikut design terkini dan menarik untuk semua majlis.

QURTA AMAR BAHRIN

Qurta Anta ini juga korang boleh pelbagaikan untuk dijadikan pakaian seragam. Contohnya, untuk Hari raya dan satu family besar semua ahli keluarga pakai Qurta Anta sama warna. Menjadikan majlis perkahwinan korang lagi menarik dan ber style. Sila lah suruh pelayan dan penyambut tetamu memakai Qurta Anta ini. Paling terbaik, cuba suruh budak pengangkat dulang pakai. Settle masalah korang. Semua pakai seragam. Warna menarik, tertarik dan majlis korang akan jadi the BOOM!! hebat.

Baju lelaki murah

Khas buat kaum Adam, korang jangan risau sebab Qurta ini bukan saja stylist dan korang boleh bergaya sakan bila memakainya. Qurta Anta ini juga Wuduk Friendly. Korang nak solat nanti senangla, takdalah lengan baju korang tu basah lencunkan? Buka je zip kat lengan tu. Mudah kan? Masa korang ambil wuduk tu, jam nak letak mana? Jangan risau, baju ni ada poket. Mudah kan?


Korang.. Jom Amar Bahrin ajak kita sama-sama berniaga dengan dia. Jadi agent. Bella? Of course Bella akan turut sertai Amar. Boleh la jumpa selalu.. gitew.. Bagi sesiapa berminat untuk memulakan perniagaan dan berjaya bersama Amar, bolehlah hubungi 016 - 969 6891. Bagi 30 orang yang terpantas sahaja tau.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Jom serbu dan terjah :-

Facebook Amjifa :- AMJIFA EXCLUSIVE

Instagram Amjifa  :- AMJIFAEXCLUSIVE

Gambar Dan Video Tercantik KAIO STUDIO

$
0
0
Bella hari ini nak berkongsi dengan korang mengenai service Photographer dan Videographer yang Terbaik dan Tercantik. Maknanya korang tidak akan kecewa kerana korang akan dapat, Gambar Dan Video Tercantik hanya di KAIO STUDIO.

       gambar cantik
 
Sedikit info Bella nak kongsikan disini mengenai Kaoi Studio.Kaio Studio yang dikelolakan oleh Anwar Abdullah, mendapat Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Kaio Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 

videographer pakar

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari. Video  yang sangat kretif hasil dari Kaio di family day Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah lihat di  https://youtu.be/3bvuGvCigoM

tangkap gambar kawen

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

video kahwin cantik

kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 

KAIO STUDIO

Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

TANGKAP GAMBAR CANTIK DAN MURAH

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 

(link video Discover Thainess 2015 Teaser https://youtu.be/XhuuKojy0mY

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza

GAMBAR TERBAIK

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

 JURUGAMBAR MURAH, JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Bagi sesiapa yang mahukan maklumat lanjut, boleh la ke :-

Website          : www.kaiostudio.com
Instagram      : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube          : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter           ; www.twiiter.com/kaiostudio

Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, Boleh juga follow :-

Blog               : www.kaio.my
Instagram       : www.instagram.com/kaio_my

JURUGAMBAR PAKAR MURAH

Bagi pendapat Bella yang telah melihat sendiri hasil kretif KAIO STUDIO, memang amat mempersonakan. Video dan gambar yang dihasilkan amat mencuri hati dan memberi impak yang mendalam dalam hati. Bagi Bella, tidak apa untuk berhabis sedikit untuk mendapatkan hasil yang amat memuaskan hati dari murah, tapi menyakitkan hati. Jadi bagi sesiapa yang mahu dapatkan khidmat KAIO STUDIO jangan teragak-agak. Teruskan. Pasti korang puas hati dan senyum sendiri melihat hasil yang kretif dan halus ini. KAIO, memang terbaik!

Kek Coklat Lembab

$
0
0
Korang!!! pernah makan kek x?? sape tidak pernah makan memang menipu. Paling kurang pun mesti orang pernah makan kek span. Kan... Kek yang paling Bella suka adalah KEK COKLAT LEMBAB. Lembab disini bukan bermaksud lampi atau slow. Lembab disini maksudnya sangat moist, berkrim lagi yummy!! Rugi betul sape yang x pernah rasa.

                                     
kek coklat sedap

Inilah chocolate moist atau dipanggil kek coklat lembab. Sila lap air liur korang yang menjejes tu yer...dan sila jangan minta sikit kat Bella. Beli sendiri. Hahaha. Kek Coklat Lembab ni adalah hasil kerja tangan Nina Mirza. Kek yang betul-betul lembut dan langsung x rasa melekat-lekat kat lelangit. Maknanya tidak terlalu lembik. Sedang2x elok sangat.

kek coklat terbaik

Kek Coklat Lembab ini juga tidak terlalu manis. Bella bawa kek ini pergi berkelah, walaupun order size yang kecil boleh makan banyak kali tau.Kek kan dibuat dari tepung, cepat kenyang la. Kalau korang nak menikmati kek ini, silalah makan time lapar. Kalau dah kenyang makan apa pun x sedap. Segala detailnya semua ada dikotak. Sape nak rasa kelembapan kek coklat ni, boleh terus hubungi Nina Mirza.

 
durian crepe murah

Nina Mirza juga menjual biskut-biskut raya, segala jenis kek dan DURIAN CREPE!!! aaarrrrggghh sedapnya durian crepe dia. Bella upload gambar ni pun dah teringin. Terasa-rasa kat tekak. Korang nak rasa durian crepe ni kenalah tanya dulu, sebab buat masa sekarang bukan musim durian. Jadi, tidak boleh la dapat durian yang segar dan sedap. Nina Mirza tidak menggunakan durian yang sejuk beku kerana amat mementingkan kualiti makanan yang dihasikkan olehnya.

                            


Perkenalkan... inilah kak Nina Mirza.. untuk hubungi beliau boleh lah ke :- 
   
Facebook album koleksi   : NINA MIRZA

Instagram                          : NINA MIRZA

Blog                                 : www.ninamirza.blogspot.com

Hubungi                           :  019 - 3406454


Selamat mencuba Kek Coklat yang lazat ni ya

Melancong Bersama Az Zuha Group Travel & Tour

$
0
0
TRAVEL

Siapa suka pergi melancong?? Hari ini Bella nak ajak korang melancong Bersama AzZuha Group TRavel & Tour. Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).


bajet melancong


Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.

pakej murah


Az Zuha buat masa sekarang banyak mempromosikan pakej haji dan umrah. Buat masa sekarang promosi hangat Haji dan Umrah bersama ust. Don dan Ust. Nushi.

pakej umrah dan haji murah

Berbagai lagi pakej yang telah ditawarkan. Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tomyam Sedap Hanya di Restoran Rumah Thai

$
0
0
Restoran Rumah Thai tidak asing lagi bagi peminat masakkan Thai. Masakkan Thai amat digemari kerana bersesuaian dan bertepatan dengan tekak dan citarasa rakyat Malaysia. Rasa masakkan yang mempunyai rasa pedas, masam dan manis adalah gabungan yang istimewa dan menjadi kegemaran semua.Siapa yang tidak kecur air liur bila melihat adunan rasa ini?? Bella seminggu sekali mesti akan cari tomyam. Sakit perut pun takpe. Janji dapat menghirup kesedapan tomyam ini. Apa lagi haruslah Bella cadangkan pada korang TOMYAM SEDAP HANYA DI RESTORAN RUMAH THAI.



     tomyam songkla

Waaaahhhh... tengoklah Tomyam pilihan Bella ni, Tomyam Songkhla nama diberi. Tomyam ini gabungan ikan, ketam, udang, ayam dan macam-macam lagi. Tomyam ini rasanya manis dan tidak terlalu pedas. Ini kerana kemanisan seafood ini telah meresap dalam kuah Tomyam ini. Jadi, kalau kepedasan yang korang mahukan.. bukan tomyam ini. Bella pilih tomyam ini sebab didalamnya penuh dengan bahan-bahan kesukaan Bella. Boleh hirup juga. Tidak la pedih sangat perut kan? Jadi mudah nak rasa semua kesedapan ikan, ketam, udang pilih saja tom yam ini. Satu hidangan lengkap. Semua ada. Jimat.

     restoran rumah thai

Ketam bersalut telur masin. Sedappnya. Rumah Thai ini, bukan saja kesedapan tomyamnya diingati. Ketamnya pun mengamit kita untuk datang kembali. Ketam bersalut telur masin ini, sangat disukai oleh HB. Bella order 2 Ekor sahaja kemudian akan dipotong kepada 4 Bahagian. Satu bahagian Bella makan, 3 bahagian lagi abis!! HB makan. Ketam ini, rasanya amat unik dengan gabungan kemanisan isi ketam dan kemasinan telur asin itu. Citarasa berbeza - beza bagi setiap orang. Bagi Bella Ketam bersalut telur masin ini, amat menyelerakan. Makan nasi putih dan Ketam bersalut telur masin ni pun dah cukup lengkap.

       Restoran Rumah Thai

Pilihan Bella seterusnya ialah ikan siakap masak stim. Lazatnya. Gabungan rempah ratus dan bahan - bahan semulajadi yang kemudiaannya dikukus bersama ikan siakap yang segar. Ikan siakap masak stim memang selalu menjadi pilihan Bella kalau ke Kedai atau restoran masakkan panas. Restoran Rumah Thai juga menyediakan menu hebat ini. Rasa kesegaran dan kemanisan ikan itu masih terasa - rasa sampai skrg.Ikan siakap masak stim di Rumah Thai ini, rasanya lebih kepada rasa semulajadi bahan-bahan yang dikukus bersama. Maknanya tidaklah pedas, masin atau masam. Neutral saja. Jadi pandai-pandai la korang kalau nak pedas, pecahkan atau lenyekkan cili didalamnya. Jika mahukan lebih masam, perahlah asam limau diatasnya. Mesti lagi terangkat.

       

Korang pernah makan ayam pandan? Mula-mula ingatkan ayam yang dimasak dan digaul dengan daun pandan. Rupanya adunan ayam yang dibaluti dengan daun pandan. Bella suka ratah. sedapnya!!! Bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba menu ayam pandan ini, bolehlah mencuba di Restoran Rumah Thai. Ayam Pandan ini, dihidangkan bersama - sama sos thai.

     
 
Sedap kan? Tapi dimana Restoran Rumah Thai ini yer?? 

Sila ambil perhatiaan , yang Restoran Rumah Thai telah berpindah dari Taman Melati ke lokasi baru:

B-4, G-2, Gaya@Melawati, Lorong Selangor, Pusat Bandar      Melawati Kuala Lumpur.

Google maps, type A.M BISTRO,Kedai  sebelah ambistro jerr.. Blkg Malaysian institutes of Arts 013366203

Maklumat lanjut, Boleh lah korang ke 
Facebook :- Restoran Rumah Thai 
Website    :- http://www.restoranrumahthai.com/ 
Hubungi   :-  call/sms/WA : ema 0182782460 / Saiful 0166489155 / restoran DL 0341628207.


OK... selamat menjamu selera semua...
   

Konsert Akim & The Majistret

$
0
0
Girang rasa hati, dapat pelawaan daripada Abg Ben Ashaari untuk join Konsert Akim & The Majistret bersama - sama dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Jom Bella bawa korang ke Konsert Patriot Akim & The Majistret bersama Yeos!!
               
       
                               

Konsert hari itu percuma saja. Malangnya dah lepas yer.. Boleh dikatakan, Akim pusing satu Malaysia untuk promosikan album beliau dan Yeos! Bella pergi yang di Stadium Shah Alam.

                   

Pada hari itu juga, Akim & The Majistret mempromosikan Album terbaru diorang. Bella tak beli sebab harap Bella dapat cabutan bertuah. Hehehe. Bella datang sebagai media dan di jemput khas, tapi rasa langsung tak special. Ini yang lambat review ni. Sepatutnya bagilah album satu percuma ke, ini dapat air kotak je. Sekotak yang rm 1.20 tu. Marketing out dah kat sini. Sepatutnya bagi banyak lagi barangan Yeos supaya kami sebagai Blogger dapat promosikan produk Yeos di Media sosial. Kami selalu buat live update tau. Tapi, korang bagi setakat sekotak je. Memang tidak la jawabnya.Sekadar teguran kecil buat team marketing Yeos. Kadang-kadang modal yang kecil boleh bagi impak yang besar juga. 

     

Konsert bermula seawal jam 8.30 malam. Tapi kami telah berada di sana seawal jam 6.00 ptg. Haruslah kerana kami Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari memang telah didisplinkan supaya berada awal dan tepat pada masanya supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak KECUALI ada hal yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa la kan... hendak buat macam mana..  Kami dijanjikan dengan VIP seat!! Fuhh gempak je dengar. Yeos kot. Haruslah percaya. Mana tahu dapat pepeluk Akim! Eh haram..  selfie atau tengok dengan tersangat dekat pun jadilah kan??

   

Rupanya TIDAKkkk!! kami hanya diberi masuk ke dalam kandang khas yang bukannya hanya kami didalamnya tapi boleh dikatakan semua peminat boleh masuk dengan hanya membeli barangan YEOS dengan min RM10!! Huh!! Maknanya seat VVIP kami ni rm10 la?? OMG!!! Takpelah lagipun Bella sangat teruja nk bersua dengan Akim.

     

Persembahan dimulakan dengan artis jemputan Precious. Nama yang sangat asing tapi mungkin chinese sudah mengenali mereka. Seksi woo... Dorg ni buat persembahan ala - ala K POP. Terhibur juga la. Lagi lagi budak lelaki la.. Remaja lelaki lebihnya. Asyik jerit I love You.. I love You je... nasib korang la. Macam dia ambik perhatian siapa yang sebut I Love You tu. Penat korang jerit je.



Persembahan seterusnya dari Alinda Masya ALLAH suaranya! Punyalah lunak merdu. Menusuk dalam jiwa. Bergema-gema satu alam. Seriously sedap! Korang pernah dengar x lagu hindi yang macm koch koch hota Hai tu.. Mohabattien.. kan suara dorang lunak giler. Sama lah ni Bella dengar live. Sekali dia AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaAaaAaaaAaaaaAAAA.... meremang! Seriously.


Sampailah ke saat yang ditunggu - tunggu. Kemunculan Akim & The Majistret. Semua orang pun screemmm!!! Menjerit bagai kena rasuk. Terus Akim & The Majistret nyanyikan satu lagu yang tidak berapa selalu berkumandang ya. Tajuknya pun Bella tak ingat. Hampanya. Bella mahu lagu yang pupolar itu. Bella pun turut sama teruja, tengok dari bawah hemsemnya Akim.. Machonya, Jambunya Cutenya!!! Sampai HB kata last ok kita pergi tengok Akim. Hahhahaa...


                                        

Baru nyanyi satu lagu hujan la plak.. lebat plak tu. Lepas tu boleh plak la Si Akim ni bercakap-cakap benda yang kami tidak mahu tahu pun. Mengenai ahli kumpulan diorang. Disitu dah abis banyak masa dah dibazirkan.Bella asyik jerit, nyanyi!! nyanyi cepat!!!  Mungkin cari tenaga balik kot. Nasib Akim ni pandai ambik hati kami dengan basah bersama - sama kami. Tapi,awak nyanyi la dulu lagu-lagu yang menjadi kegilaan semua peminat awak.Bella takut demam ni.



Akhirnya sampai masa ditunggu-tunggu Akim menyanyikan Lagu MEWANGI dan POTRET. Waaaa Bella puji Akim sebab suara dia sangat unik dan lagu dia, Hanya dia seorang saja yang boleh bawa lagu itu dengan unik dan sedap sekali. Bella 


Lepas dengar Lagu kegilaan Bella tu, Bella pun gerak la pulang. HB la lapar la bagai. Jadi terkuburlah harapan Bella nak bersalam - salaman dan ber Selfie dengan Akim & The Majistiret. Itulah peminat. Tengok dari jauh dengan mata kepala sendiri pun jadilah.. Harap lepas ni Akim & The majistret panggil la Bella. Bella sanggup buat satu post hanya untuk Akim & The Majistret sahaja. ok? Nice to meet you Akim..even you didnt notice me. Muahciked.

Itinerary @ Jadual Perancangan Perjalanan Ke Medan

$
0
0
Horas2x..

Bella saja je buat post Medan ni lambat2x. Tunggu ada tak orang tanya. Hahaha... ayat cover. Padahal sangat takda masa. Hahahaha.. Bella pergi Medan selama 4 hari 3 malam. Sebelum Bella dah share kan Tip Penting Bercuti Ke MedanKLIK SINI  Bella dah kongsikan disitu, Perancangan awal korang untuk ke Medan. Bagi yang mahu merancang sendiri ya. Jom Bella tunjukkan contoh Intinerary  @ Jadual Perancangan Perjalanan Ke Medan


Hari Pertama

4.00pg    - Gerak ke KLIA.
7.40pg    - Insha ALLAH sampai.
8.00pg    - Sarapan di medan (macm teringin makn special bihun sup ayam kg) Tp x mkn pun.
9.00pg    - Bergerak ke Danau Toba.
10.00pg  - Singgah di Permantang Siantar makan burung puyuh (try juga sambal hijau).
4.00ptg   - Check in
5.00ptg   - Round naik motor sekitar Danau Toba.
8.00mlm - Makan Malam Maggi Saja. Yummy!
9.00mlm - MenyaksikanTarian Tradisional Suku Batak Menari ko!
End.

Hari Kedua

9.00pg   - Keluar mandi manda di Tasik Danau Toba.
10.00pg - Balik hotel
11.00pg - Lunch
11.30pg - Melawat Muzium batak.
1.00tgh -  Supir bawa Pusing-pusing Danau Toba dan Panjat Bukit.
3.00ptg - Pergi ke Pantai Pasir Putih Barbara.
4.00ptg - MelawatStone chair
5.00ptg - Balik hotel 
8.00mlm - Makan malam di Rumah Makan Nikmat Perapat.

End.

Hari Ketiga

8.00pg    - Sarapan
10.00pg  - Cross Lake Toba menuju Berastagi.
12.00tgh - Simarjarunjung makan goreng pisang dan minum teh halia.
1.00tgh   - Singgah Sipiso-piso Sambil menikmati air terjun.(gagal kedai tutup).
8.00mlm - Sampai Berastagi.
9.00mlm - Dinner. Beli di pasar sebelum masuk hotel.

End.


Hari Keempat

9.00pg    - From Berastagi to Medan
10.00pg  - Pasar Berastagi
11.00pg   - Singgah di Hotspring mandi Belerang.
2.00ptg    - Sampai Medan.
2.30ptg   - Lunch
3.30ptg   - Beli di Toko Bika Ambon Zulaikha.
4.30ptg  - Beli Belah di Pasar Ikan.
5.00ptg  - Istana Maimoon.
7.00mlm - Fly to Malaysia. 

End.

Ok... atas permintaan ramai ya.. Bella kongsikan itinerary Bella di Medan. Lepas ini, Bella rungkaikan apa yang menarik dan perlu di terokai di setiap tempat ya. bai.
Viewing all 395 articles
Browse latest View live