Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

Cara KURUS dengan Gula - Gula MINCE

$
0
0
mBella semenjak dua menjak ini, Memang tidak jaga pemakanan. Bersenam?? Memang jangan haraplah. Bella makan saja apa yang terlintas difikiran untuk makan. Bella fikir nanti sajalah jaga pemakanan. Tetapi, segalanya berubah selepas Bella tertimbang badan sendiri. MashaALLAH!! Berat ini adalah berat yang terpaling berat Bella pernah capai. Punyalah Bella terperanjat dan melompat.Sampai rosak mesin penimbang itu. Bella mulalah susah hati. Bella fikir boleh ke berat badan Bella ini turun? Terus Bella Google dan tertarik dengan Cara KURUS dengan Gula - Gula MINCE. Betul ke?? Makan Gula - gula saja boleh kurus? Berat badan ini, Bila dah naik memang susah sangat - sangat nak turun. Ini adalah kerana lemak jadi tepu dan selera semakin meningkat ! Bella macam itulah. Semua makanan nampak sedap. Maknanya Bella kenalah cuba berbagai cara untuk memecahkan lemak tepu ini, Lebih - lebih lagi dibahagian perut. Paling stress tengok perut belapis - lapis.



RESEPI KURUS, Cara kurus




sapu, losyen kurus, tips kurus

Tengoklah.. Berbagai cara Bella buat untuk mendapatkan hasil yang mantap. Green Tea la, Campuran buah - buahan, Air detox dan Gula - gula Kurus MINCE. Termasuklah COOL ROSE Firming Gel. Bersenam, Jangan lupa ya. Sekarang Bella seronok hendak bagitahu mengenai Gula - gula kurus MINCE dulu. Korang kena ingat tau, Bila berat semakin naik, potensi untuk korang mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan paling takut sakit jantung dan stroke sangat tinggi. Jadi, Mendapatkan tubuh badan yang ramping dan berat badan yang ideal, Bukan sahaja dapat menambahkan kecantikkan dan keanggunan diri, Tetapi juga dapat mengurangkan risiko untuk kita berhadapan dengan penyakit yang serious. InshaALLAH.


azam kurus, tips kurus, resepi kurus


Banyak juga pendapat yang menyatakan. Tekanan kerja dan emosi turut menganggu metabolism badan dan menyebabkan selera makan kita makin bertambah.Menambahkan lagi tekanan, Bila orang dah mula menanyakan kenapa kita Nampak makin gemuk dan berisi. Soalan cepu emas yang sukar ditanggani dan dijawab. Jadi, Marilah kita sama - sama menjaga pemakanan dan cuba menurunkan berat badan. Memang susah. Tapi, Bukan mustahil. Bella yakin, Semua boleh.




tips kurus, cantik, tips cantik,


KENAPA GULA - GULA MINCE??

Mesti korang macam tertanya - tanyakan?? Kenapa Gula - gula MINCE?? Banyak lagi kot produk kurus diluar tu. Sila Bella cerita sikit.

  • SENANG CARA MAKAN. cara makan sama macam gula gula. Buka dan masukkan sebiji tablet dalam mulut kemudian hisap sampai habis. Mesti ambik sebelum makan.Tak perlu air pun boleh terus ambil.Bella kunyah. Kunyahan pertama sangat yummy tau.

  • RASA SEDAP. alau hisap Bagi Bella, Kunyahan dan hisapan pertama tu, Memang sedap. Tetapi lama - kelamaan rasanya akan sedidkit pahit. Tapi, Biasalah. Ubat kan.Kalau sedap sangat  takut ketagih plak korang hendak hisap.

  • SENANG NAK BAWAK.Botol yang kecik dan muat dalam bag tangan. Saiz pilnya pun mudah untuk ditelan kalau korang tidak mahu hisap.

  • MENGURANGKAN SELERA MAKAN. Maknanya korang tengok makanan semua rasa macam tidak sedap. Banding sebelum ini, Tinggal batu dengan kayu saja korang tidak makan.

  • SELAMAT . Korang tahu tak yang gula gula kurus  MINCE ini dijamin produk kurus selamat kerana telah pun menjalani ujian Lab Test. Gula gula kurus ni dijamin selamat  kerana kilang yang menghasilkan produk kurus ni ada sijil GMP.
gel kurus, losyen kurus, cara kurus

KENAPA COOL ROSE FIRMING GEL??

Korang jangan tidak tahu, Cool Rose Firming Gel ini telah terjual lebih daripada 10 000 unit. Maknanya jenama ini telah sangat diyakini dan mendapat tempat dihati penggunanya. Bella yakin, Mesti orang yang sama yang beli dan ulang beli. Lepas itu berkesan pada dorang, Dorang pun cadangan pada sedara mara. Mestilah. Bagi Bella sangat terbaik. Kerana :-

  • BAUNYA wangi. Bagi Bella, Baunya tidak terlalu kuat sampai sampai menggangu aktiviti harian kita, Ataupun buat kepala kita sendiri pening.Betullah, Bau yang terlalu kuat akan membuatkan orang sekeliling kita menegur. Bila orang tegur akan terganggulah aktiviti harian  pula. Lepas itu bila kita hendak sapukan saja "firming gel" kita akan teringat, Alamak nanti mesti ada orang tegur. Sudahnya langsung tidak pakai. Membazir. Jadi, COOL ROSE, Walaupun kita dan sapu pada bahagian berlemak, Kita tetap akan yakin untuk membuat aktiviti harian kita.

  • Tidak memedihkan perut dengan rasa yang terlalu panas, atau seolah - olah kulit terbakar. Rasanya amat melegakan.

  • KKM NO : NOT 160904906K

Korang hendak lagi bukti?? Sini Bella letakkan lagi bukti - bukti yang telah berjaya!! Bella punya bukti lambat lagi. Baru sahaja sapu kan..

kurus, cara kurus

jadi kurus

gula-gula kurus, rahsia kurus


Bella ambil contoh sikit saja tu. Korang Boleh terus ke FaceBook https://www.facebook.com/DimarExclusive untuk melihat kesan - kesan positif keatas pengguna setianya. Harganya amat mampu milik :- 

COOL ROSE FIRMING GEL rm60.00 tidak termasuk postage. Beli 2 rm120 dapat hadiah talitape yang comel secara percuma. 

MINCE Gula - gula kurus rm80.00 termasuk postage. Beli 2 Rm140.00. Korang beli satu set Mince Gula - gula kurus + COOL ROSE FIRMING GEL Rm190.00. 2 Mince + 1 Gel dapat Free pos, Hadiah tali skipping percuma dan Talitape percuma.  Free Calender lagi. (Promosi sehingga Stock Masih ada). 


Apa lagi!!! Cepat hubungi Eika yang cantik menawan untuk pembeliaan :- 011-29596740


Tempat Unik The Kabin Kuala Selangor

$
0
0
korang!!! masih tercari - cari tempat berehat yang unik dan lengkap? Bella cadangkan korang ke Tempat Unik The Kabin Kuala Selangor.The Kabin. ini baru dibuka dan sedang diperbesarkan. Tapi, kalau korang pergi sekarang pun, keadaan The Kabin ini amat memuaskan dengan keunikkan biliknya yang dibuat daripada Kontena.Bila korang masuk kedalam biliknya korang tidak akan rasa kita berada didalam kontena. Cantik!!! 

percutiaan menarik didalam malaysia

Sinilah The Kabin. Dekat. Dalam Malaysia sahaja. Apa yang paling penting bagi Bella, terjaga. Cantik, bersih dan pelbagai aktiviti dapat korang lakukan. Bella duduk sini rasa macam tidak mahu balik.Tidak puas. Menenangkan dan nyaman. Bila korang dari perjalanan ke sini, sepanjang perjalanan adalah kelapa sawit dan perkampungan melayu. Banyak juga gerai - gerai makanan enak yang korang akan jumpa.

tempat menarik di selangor

Korang juga akan menyukai tempat ini kerana disini ada kemudahan WIFI. Semua senyum bila baca kan. Wifi sedikit perlahan bila korang didalam bilik dan kepantasan yang amat memuaskan bila korang lepak di cafe ini. Bila korang masuk sahaja The Kabin. Korang akan jumpa Cafe ini. Cafe pun simple dan kemas. Seronok apa, lepak sini, tepi kolam, main wifi sambil minum kopi. Asyikkk...

tempat bercuti menarik

Disitu sudut didalam cafe ini terdapat ruangan membaca yang bagi Bella amat comel. Tapi, bila korang dah pegang HP, Bella tidak rasa ada yang akan capai buku sebelah tu, sebab Bella pun tidak tahu buku jenis apa yang disusun.Ahaks. Jadi, korang kena datang tengok sendirilah ya.

Bercuti di selangor

Apa erti percutiaan tanpa kolam renang. Baik tidur dekat rumah saja kan?. Bella puji sungguh - sungguh dengan kolam renang The Kabin ini. Bersih dan langsung tidak pedihkan mata. Klorinnya kurang. Pandai The Kabin uruskan kolam renang disini. Kolam renang ini terletak di tengah - tengah bilik penginapan yang disediakan. Bilik Bella, buka pintu terus nampak kolam renang. Memang seronok. HB pagi terjun, petang terjun, nasib saja malam kolam renang ini tutup.

percutiaan unik

bercuti di the kabin

pengalaman bercuti di the kabin

Inilah bilik - bilik penginapan disini. Setiap daripadanya diberi nama yang pekerjanya senang hendak ingat. Bilik Bella namanya SANTOS. Sesuai buat yang ada anak, kongsi dengan kawan - kawan ataupun pasangan. Selesa.


Selain daripada terdapat tempat duduk di setiap untuk kita lepak - lepak, Banyak juga buaian yang digantungkan untuk kita bersantai. Memang amat membantu. Bella tengah hari pun lepak dekat sini. Lepak bilik walaupun sejuk, tiada kelainan. Baik lepak rumah. Hayati dan rasailah alam sepuasnya disini.








SHIZENS VISAGE Cantik Semulajadi

$
0
0
"SHIZENS VISAGE percaya, setiap wanita mempunyai keunikkan dan kecantikkan semulajadi yang sepatutnya dibanggakan"
Perkenalkan rangkaian dari SHIZENS VISAGE yang pada Bella sangat terbaik kerana dengan SHIZENS VISAGE korang akan kelihatan Cantik Semulajadi! Bella berpeluang merasai sendiri produk Shizens ini keatas muka Bella. Terkejut! Bella tidak menyangka yang kesannya akan menjadi macam itu keatas muka Bella. Jadi macam mana?? Nampak sangat Natural. Nampak macam tidak mengenakan mekap langsung keatas muka, tidak Over. Tapi Cantik. Mestilah gembira. Nampak cantik. Cantik yang unik dan nampak sangat natural.

shizens, cantik semulajadi

Ia amat berpadanan dengan harapan Shizens iaitu mahukan setiap wanita mempamerkan kecantikkan semulajadi yang terdapat dalam diri masing - masing. Shizens percaya yang setiap wanita mempunyai keunikkan dan kecantikkan semulajadi yang tersendiri. Kecantikkan semulajadi tidak sepatutnya ditutup tetapi sepatutnya dibanggakan dan dipamerkan dengan yakin. Disinilah sebab kenapa wujudnya rangkaian product dari Shizens. Ia adalah untuk menyakinkan setiap wanita untuk mempamerkan keunikkan dan kecantikkan wajah dalam mood "natural look".


PRODUK PENJAGAAN MUKA  SHIZENS


natural look

Pada tahun ini, Rangkaiaan produk SHIZENS berwajah baru. Ia lebih menfokuskan dan membantu kita untuk mendapatkan wajah yang cantik semulajadi dengan memanjakan kulit wajah kita dari dalam dan luar.  penjagaan muka dari Shizens banyak. Tapi, Bella hendak kongsikan korang dengan KRIM MALAM SHIZENS.

shizens beauty

Krim malam adalah untuk melembabkan kulit wajah dan memastikan kulit wajah sentiasa tegang dan mengurangkan kedutan. Bella amat berpuas hati dengan krim malam dari Shizens ini. Bella pakai sebelum tidur. Bila bangun pagi, wajah bella nampak sangat gebu, putih dan bintik - bintik putih diwajah langsung tidak kelihatan. Bella sangat teruja sampai belek wajah sendiri selama 10min. Bella terkejut bila muka bella nampak sangat neutral dan segar walaupun baru bangun tidur. Puas hati. Terus rasa sayangnya hendak pakai. Takut habis. 

cantik semulajadi

Ini pula adalah Time Resistance Essence pati yang dicipta khas untuk menegangkan kulit muka. Ia akan membuatkan dan menjaga kulit muka kita supaya sentiasa tegang, bersinar, lembab, membuatkan tona kulit lebih sekata dan memelihara kulit supaya sentiasa sihat.

kecantikkan wajah

Ia akan memelihara kulit dari dalam. Time Resistance Essence sangat efektif dalam menegangkan kulit muka dan memperbaharui kulit secara natural tanpa menghilangkan kelembapan kulit. Cara pakainya, korang pakai setiap pagi selepas mencuci muka. Titiskan sedikit dan sapu serata. Tunggu sehingga ia menyerap kedalam kulit.


SET MEKAP SHIZENS VISAGE


Apa yang Shizens mahu tekankan adalah 6 set mekap lengkap yang akan membuatkan korang nampak cantik menawan dan paling penting nampak cantik semulajadi. Natural Pore Nutrient Foundation PRO adalah set mekap yang paling Bella teruja bila memakainya. Bella tidak pernah terasa begitu selesa bila memakai Foundation jenis stick ini kerana bila Bella pakai ia sukar hendak disapukan sekata. Melekit dan bertompok. Bella kena sapu kuat - kuat agar Foundation sebegini dapat disapu rata dan sekata. Tetapi tidak bagi Nutrient Foundation PRO bagi Bella amat lain dari yang lain.

1.NATURAL PORE NUTRIENT FOUNDATION PRO



Cara pakai Natural Pore Nutrient Foundation PRO :- 

  • Sapukan Natural Pore Nutrient Foundation PRO keseluruh wajah. 
  • Sapukan serata dan sekata.

Kelebihan Natural Pore Nutrient Foundation PRO :-

  • Extrem ringan. Macam tidak sapu apa-apa pada wajah. 
  • Ia dihasilkan dari dari asas foundation semata - mata. 
  • 100% bebas dari asas bedak 
  • Kaya dengan vitaman E 
  • Menutup semua cela dan menampakkan wajah cantik semulajadi. 
  • Meninggalkan kesan lembab dan licin sekata pada wajah.
Bella amat teruja setiap kali menyapukan  NATURAL PORE NUTRIENT FOUNDATION PRO keatas kulit muka Bella. Terasa sangat testurnya yang lembut bagaikan sutera dan amat ringan. Betul -betul selesa.

2.AQUA EYELINER SHIZENS

mekap terbaik


Mata yang cantik dan menawan juga boleh dihasilkan dengan Aqua Eyeliner dari Shinzens. Ia dilengkapi dengan berus yang sesuai untuk membentuk kening kita, dan juga membuat garisan dimata. Ia berbentuk cecair. Nampak leceh hendak pakai. Tapi sebenarnya sama sahaja fungsi dan cara menggunakannya. Malahan, lagi mudah dan cepat.Kebaikan Aqua Eyeliner dari Shinzens adalah :- 

  • Tahan lama sehingga 12jam pemakaian.
  • Ringan dan tidak melekit.
  • Mudah kering.
 3.HUE-DUO EYESHADOW  - MOCHA GLOW
shizens


Mendapatkan mekap yang Natural. Cantik semulajadi, pewarna mata berwarna natural digunakan. Apa yang paling penting, eye shadow ini memperindahkan lagi sinaran mata kita.

4.AQUA PORE PERFECTION



Aqua Pore Perfection juga adalah bedak asas jenis cecair. Apa yang Bella paling suka liquid foundation ini selain daripada kebaikannya kepada kulit, packaging nya juga sangat cantik dan menarik. Kelebihan Aqua Pore Perfection :-
  • Boleh dijadikan sebagai shading untuk contour wajah.
  • Mengandungi vitamin A, E dan F.
  • Memberikan kesan wajah yang sihat.
  • Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah.
  • Melindungi kulit dari kerosakkan kulit akibat cahaya matahari. 
5.SMACK LIPS - MATTE LIPSTICK



Bella ada beberapa jenis lipstick Matte yang berlainan jenama. Jujur Bella cakap, lipstik matte dari Shizens adalah yang terbaik setakat hari ini. Bella suka dengan :-
  • Baunya yang wangi.
  • Tahan lama.
  • Tidak melekit.
  • Cepat kering dibibir.
  • Tidak membuatkan bibir mengelupas.
  • Boleh juga digunakan sebagai blusher.
Smack Lips dari Shizens ini diperkaya dengan minyak kelapa dan khasiat bunga matahari. Ia akan membuatkan bibir sentiasa lembab. Bibir Bella yang sensitive dengan lipstik ini, buat pertama kalinya tidak mengelupas selepas seharian memakai Smack Lip. Sayang pula nak pakai selalu. Takut habis.

6.ULTIMATE POTENT


ULTIMATE POTENT yang dapat membantu kulit kita mendapatkan warna yang sekata, lembut dan awet muda, boleh digunakan dalam dua cara. Ia boleh dijadikan sebagai penyembur hariaan untuk menjaga kesihatan kulit ataupun sebagai pelembab selepas makep kan muka. Ia akan membuatkan mekap diwajah tahan lebih lama. 

PROMOSI TERHAD!! 


BERITA BAIK!! TAWARAN TERHEBAT!! HARGA TIDAK MASUK AKAL!! Tapi korang kenalah dapatkan segera. Shizens mempromosikan set VISAGE ESSENTIAL dengan Harga promo gila - gila. Hanya rm199 harga asal RM1503 Tau!! Apa ada dalam set ini?

  • Smack lips - Plum Wine
  • Smack lips - Orange Tango
  • Aqua Eyeliner - Black
  • Aqua Eyeliner - Brown
  • Hue-Duo Eyeshadow - Mocha Glow
  • Shizens professional brush set (6 brush)
Terbaik!! Hanya dari 1 March sehingga 31 May 2017 sahaja. Dapatkan di store Shizens berdekatan!! Bukan itu sahaja. Khas buat korang, pembaca setia Bella.

VISAGE CHALLENGE
    Korang boleh belajar mekap dan cuba mekap dari Shizens dengan hanya menunjukkan code (VISAGE01). Korang cakap saja dapat dari Blog Bella Idura. Jangan tidak percaya! Korang boleh belajar mekap dan mekap ini secara PERCUMA!! Tunjukkan sahaja code VISAGE01. Bukan itu sahaja, korang boleh juga sertai VISAGE CHALLENGE dengan syarat yang mudah. Caranya :-

    1. Korang pergi sahaja mana - mana SHIZENS outlet dan cuba buat makeover dengan menunjukkan kod VISAGE01. Kod ini akan membolehkan korang di mekap secara percuma.
    2. Selfie atau tangkap gambar sendiri selepas makeover menggunakan Shizens make up. 
    3. Hantarkan gambar yang korang tangkap itu kepadaSHIZENS MALAYSIA . Hantar ke INBOX tau. PM.
    Senang sangat kan??? Hadiah menarik menanti !! Cash + GIFT worth sehingga Rm6000!! Bella hendak join. Peraduan ini bermula dari15april sehingga 15 May 2017.

    LOKASI SHIZENS STORE


    • Shizens Pavilion Flagship Store
    • Shizens Mid Valley
    • Shizens One Utama
    • Shizens Sunway Pyramid
    • Shizens Gurney Plaza
    • Shizens Genting Sky Avenue
    • Shizens ISetan KLCC
    • Shizens ISetan Garden
    • Shizens Parkson KLCC
    • Shizens Parkson Pavillion
    • Shizens Sogo KL

      Korang cepat pergi serbu, kalau ada event atau apa - apa majlis kan. Gunakanlah kesempatan ini.Dapatkan khidmat nasihat pakar kecantikkaan dari SHIZENS dengan kode  VISAGEO1. PERCUMA!! Bella juga hendak ajak korang ke Pelancaran Shizens koleksi. SEMUA DIJEMPUT HADIR!! SHIZENS VISAGE COLLECTION OFFICAL LAUCH Pada 24-30 April 2017, SHIZENS VISAGE COLLECTION OFFICAL LAUCH akan dijalankan di East Entrance Lobby, Mid Valley dan korang semua dijemput hadir! Selain daripada memperkenalkan produk - produk Shizens, berbagai aktiviti juga akan dijalankan. Bagi mengetahui aktiviti penuh semasa pelancaran produk ini, korang silalah ikut rapat media sosial SHIZENS :-

      FACEBOOK     :-SHIZENS MALAYSIA 
      WEBSITE         :-WWW.SHIZENS.COM
      INSTAGRAM   :- MYSHIZENS

      Pengalaman Berkhemah Di Sungai Berkelah

      $
      0
      0
      Hasrat untuk berkhemah di Sungai Berkelah memang telah lama Bella simpan. Korang hendak tahu bagaimana Bella dan HB sangat terigin atau beria - ia untuk Berkhemah di Sungai Berkelah? Bila tertengok YouTube pengembara yang berkongsi pengalaman mereka dalam bentuk video. Menarik sungguh. Bella seronok melakukan aktiviti sebegini. Sesekali keluar dari zon selesa melepak di Coffee House atau ber window shopping, marilah kita berkotor - kotoran dan memasamkan badan dengan berkhemah. Jom Bella kongsikan Pengalaman Berkhemah Di Sungai Berkelah.


      hiking

      SUBUH DIDALAM HUTAN 

      Balik sahaja dari kerja, seawal 3pagi kami telah bertolak dari KL ke Pahang. Kami menyasarkan selepas cahaya matahari kelihatan saja, kami akan bertolak naik keatas. Kami semua sampai di tapak parking masih terlalu awal. Dikesempatan itu, kami membahagikan barang - barang yang perlu dibawa sama rata memandangkan kami akan berkhemah di atas bukit sungai berkelah. Setelah barang - barang selesai dibahagikan, kami menunggu sehingga azan subuh untuk solat sebelum meneruskan perjalanan mendaki ke atas. Kami duduk di parking dan ada diantara kami yang tidur sementara menunggu matahari naik. Bella pergi dengan penunjuk arah yang memang biasa memanjat bukit sana - sini. Jangan korang baru pertama kali hendak mendaki pepandai pergi bersendirian ya.



      MULAKAN PERJALANAN!!

      Bila jalan semakin jelas kelihatan, perjalanan pun diteruskan. Bagi Bella yang pertama kali hikingyang mencabar ini, memang memenatkan dan mencabar. Last Bella pergi buat aktiviti macam ini adalah pada tahun 2015. Agak lama. Itupun ikut persatuan tempat belajar. Kalau tidak, memang tidak akan pergilah jawabnya. Bella ni seorang yang lembik, jatuh sikit jerit, makan lambat sikit sakit, buka penutup botol pun tidak mampu. Jadi, bila ada HB inilah baru boleh cuba hiking balik. Ada orang jagalah katakan.


      hiking, aktiviti lasak

      AIR TERJUN PERTAMA

      Masa baru mulakan perjalanan Bella excited!! Perggh on Go Pro. Pegang Hp. Selfie sana sini. Baru 5 min dah pancit. Tangan berpeluh2x. Beg yang tiada bawa apa sangat itu pun terasa berat. Tidak kanlah hendak berhenti? Teruskan lagi. Tetiba terdengar bunyi air terjun. Wah!!! Jumpa air terjun yang pertama!! Bella dah excited hendak terjun. HB kata, tidak payahlah!! kita kejar masa mendaki ini. Dalam hati Bella, sini pun Bella ok saja.

      aktiviti hujung minggu

      MASALAH MUNCUL

      Masalah pertama mula timbul bila beg salah seorang pendaki perempuan PUTUS!! Sebab itu Bella kata kelengkapan berkhemah itu sangat penting. Bella dah pening dah. Barang dalam bag banyak tu. Kalau hendak keluarkan dan bahagi seorang sedikit memang tidak muat. Masing - masing bantu dan ikhthiar supaya bag masih boleh digalas. Nasib tali putus. Bukan bag bocor. Kalau bocor, mana ada bawa benang dan jarum nak jahit sementara. Hmmm... boleh masukkan dalam senarai penting untuk dibawa sebelum Hiking dan berkhemah kan. Budak - budak lelaki yang excited mula menunjukkan muka boring. Baru nak panas badan dah kena berhenti. 

      sungai berkelah

      PENDAKIAN DITERUSKAN

      Alhamdullilah, bag berjaya diikat. Katanya memang sudah kuat. Pendakian kami diteruskan. Bella pakai kasut sukan yang memang sesuai untuk berjalan diatas batu. HB Bella pakai kasut sukan juga. Tapi, kasut sukan yang lebih sesuai untuk digunakan di atas tanah, jadi asyik tergelincir saja. Agak kesian sebab dia hendak jaga Bella, tapi dia pula yang asyik tergelincir. Bella separuh jalan dah tidak larat sebab perjalanan Bella dihalang oleh beg. Bila HB bawakan bag Bella, terus Bella boleh berjalan laju. Hari panas, tapi batu yang berlumut memang licin abis. Silap langkah, tergelincir terus ke gaung dan cerunan tajam. Bagi Bella, biar lambat janji semuanya selamat. 



      perkhemahan


      AIR TERJUN CANTIK

      Semakin jauh kami kedalam, semakin cantik kolam dan air terjun yang kami temui. Member yang tidak tahan tengok kecantikkan air terjun waktu itu, terus terjun masuk.Bella tidak bagi HB terjun. Nampak rendah dalam gambar. Tengok yang nyata, dalam dan kena menuruni cerun yang tinggi. Bella gerun sangat. Kami berehat dan melepaskan lelah masing2x waktu ini. Air masak atau mineral paling berharga waktu ini. 


      SUNGAI BERKELAH

      PENDAKIAN SEMAKIN SUKAR

      Selepas melepaskan penat lelah kami bergerak mendaki kembali. Jalan makin sukar dan licin. Bella hampir hendak tergolek sebab bag Bella tersangkut dekat kayu. Nasib HB pegang Bella. HB terus takut dan bawa bag Bella. Terus laju Bella mendaki. Kesian HB pula. Bag dia besar. Bawa bag Bella pula. HB cakap, nasib baik dia selalu main gym. Mampulah dia angkat segala yang berat itu. masa mendaki ni, semua bag berat bawa air, makanan, beras, dan semua2la.

      air jernih

      PERASAAN MAKIN TIDAK SABAR

      Walaupun terasa teruk dan "struggle" sangat, tapi perasaan tidak sabar hendak sampai lagi tinggi. Bella tidak sabar hendak rasmi kan khemah baru. Hahaha. Sebenarnya tidak sabar hendak terjun dalam air sungai yang teramatlah jernih dan sejuk. Abang otai yang jadi petunjuk arah bagitahu, kami akan mendirikan khemah di tapak air terjun yang ke tujuh. Arggghhh dalam hati jauh lagi ke? Nasib dan alhamdulilah kesihatan amat mengizinkan. Kaki tiada rasa sakit ke, lenguh ke, sakit perut ke. Segala - galanya dipermudahkan.

      AKHIRNYA SAMPAI

      Alhamdullilah, akhirnya Bella dan team sampai ke tapak perkhemahan. Bella hendak cerita mengenai rintangan semasa mendaki sampai esok pun tidak abis. Jadi Bella pendekkan sahajalah. Sebenarnya, Sungai Berkelah ini sangat popular dikalangan pendaki. Jadi memang kami sengaja datang awal untuk menempah tapak perkhemahan yang landai dan rata. Kami semua meletakkan bag dan melawat kawasan sekeliling dahulu. Rupanya ada yang sampai lagi awal dan telah mendirikan khemah. Selesa. Betul - betul tepi sungai. Macam tapak kami, sungai agak jauh dan kena mendaki dan menuruni bukit setiap kali mahu ke sungai.

      DISENGAT TEBUAN TANAH!!


      Tapak perkhemahan kami, berada dilaluan untuk ke air terjun yang lebih tinggi. Jadi, sebelum mendirikan khemah, kami berjalan- jalan dan menghilangkan lelah dahulu. Selepas kami rasa tenaga sudah kembali, kami terus kembali ke tapak perkhemahan untuk memasak dan mengeringkan badan. Masing- masing ambil kesempatan menjemurkan kasut dan stokin. Sewaktu berpatah balik, tetiba kawan Bella menjerit. Aduhhhhhhh!!! rupanya kami telah melalui jalan yang mempunyai tebuan tanah! Ada yang telah terusik sarangnya.Alhamdullilah Tebuan itu hanya seekor dan menyengat seorang kawan  Bella sahaja. Kawan Bella pula agak kuat kerana selepas itu dia macam tidak sakit apa pun. Kalau Bella, mungkin dah pengsan dan menangis. Takut sangat masa itu.

      MENDIRIKAN KHEMAH

      Bella sangat takut, tapi masing - masing menberi jaminan yang selamat. Kawan - kawan lelaki mula memotong kayu - kayu untuk dibuat tiang khemah. Kaum perempuan pula, menyapu dan membuang batu - batu kecil bagi menjadikan tapak perkhemahan kami rata dan selesa.

      MEMASAK DIDALAM HUTAN

      Semasa mendaki, kaum wanita banyak menyusahkan kaum lelaki kan? Tapi, saat inilah kaum wanita amat diperlukan. Semasa kaum lelaki sibuk mandi di sungai, kami mulakan dengan memasak air dan memasak nasi. Kawan - kawan Bella yang dah selalu berkhemah, memang sudah membawa dapur masak yang jenis gas punya. Dapatlah kami memasak sama macam dirumah. Awal - awal kami telah membuat kutipan untuk makanan mewah kami didalam hutan ini. 

      PENDAKI LAIN MULA SAMPAI

      Semakin petang, semakin ramai pendaki yang sampai. Tabik spring Bella. Semasa kami mendaki, tidak nampak pula kumpulan lain yang mendaki. Bila kami siap mendirikan khemah, ramai pula yang sampai. Tempat kami terkena sengatan tebuan tanah tadi, kami telah tanda. Tapi masih ramai yang lalu menyebakan semua pendaki baru yang lalu. semua terkena sengatan. Ramai yang patah balik dengan menangis dan bengkak - bengkak dimuka. Ada yang sampai kaki tidak boleh hendak jalan. Bella tidak dapat bayangkan macam mana dorang hendak menuruni bukit. Perjalanan pun masih jauh.   

      AWEK CUN MENDAKI 

      Dalam ramai - rami pendaki, adalah kumpulan pendaki awek ataupun perempuan. Memang cun la. Muda lagi. Bella agak dalam 20an umur masing - masing. Disebabkan khemah kami berada di pertemgahan jalan, jadi dorang kenalah melalui kawasan khemah kami. Apa lagi, masing - masing duduk mengorat dan mengayat. Kumpulan perempuan tadi tersenyum - senyum sambil berlalu pergi.

      KEADAAN CEMAS!!!

      Masa kawan - kawan Bella mengorat ini, lupa hendak bagitahu yang laluan keatas dipenuhi tebuan tanah. Tambahan pula, kami telah menghalan laluan tersebut dengan tali dan ranting pokok. Tidak pasti pula siapa yang mengalihkannya. Tetiba kumpulan perempuan tadi menjerit turun dan masing dikerumumi oleh tebuan tanah. Perempuan tersebut lari ke khemah kami. Jelas. Bella nampak jelas beberapa ekor tebuan melekat pada badan masing - masing dan kepala masing - masing. Kawan - kawan Bella yang ala2x macho masa mengorat tadi, semuanya terpaku keras. Beberapa ekor tebuan tanah menyengat kembali kawan Bella yang telah terkena sengat sebelum ini. Dorang kata, tebuan tanah itu menghidu asid yang telah ditinggalkan dibadan kawan Bella itu. Selagi dia tidak mandi, tebuan tanah itu akan terus menghidu dia dan menyengat. Seram!! Bella menjerit. Sebab memang banyak tebuan berterbangan masa itu. Salah seorang dari kawan Bella marah sebab dorang lari kearah kami dan menyuruh dorang terjun kedalam sungai. Bella dah mula mengalirkan air mata. Dorang suruh Bella jadi kaku dan jangan bergerak. Bella is mengelabah. Nasib alhamdullilah. Keadaan kembali tenang. Kumpulan tadi, balik macam tu saja. Kesian. Tapi, kami tidak mampu hendak bantu walaupun dorang meminta tolong. 

      AKTIVITI MALAM 

      Sepatutnya aktiviti malam kami, melepak diatas bukit sambil menikmati sinaran bulan. Tapi, Bella tidak mampu hendak pergi sebab kena melalui sarang tebuan itu. Dorang kata ada jalan lain. Tapi Bella tetap takut. Waktu ini, cuaca amat panas. Masing - masing tidur diluar khemah sahaja. Ada juga yang tidur didalamhammock.

      AIR SEJUK SEMULAJADI 

      Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan menuju ke air terjun yang paling tinggi. Paling mampu didaki. Kami sampai ke air terjun yang ke 15. Paling Bella tidak boleh lupa, kawan Bella izzat molak, bawa air teh dan letak didalam botol. Botol itu dibenamkan dalam sungai. Semasa kitaorang hendak balik, dia keluarkan air tersebut. MasshaALLAH, nikamtnya. Sejuk. Manis. Baru terasa betapa bersyukurnya dapat minum air sejuk dan manis.

      BALIK

      Sampailah masa untuk kami pulang. Masa ini, beg agak ringan. Perjalanan pulang lebih laju dan lancar. Paling tabik dekat kawan Bella seorang ini.(namanya dirahsiakan) Seluar dia jenis lembut tau. Dia tidak bawa seluar sukan. Kasut dah hancur, dia turun guna selipar saja. Dia mampu turun dengan selipar dan seluar yang koyak sana sini. Lebih laju dari kami. Masa turun amat mencabar sebab air hendak minum habis! Masing - masing minum air sungai. 

      KENANGAN TERINDAH

      Bella rasa, ia adalah kenangan paling bermakna bila mengenali rakan - rakan baru yang sebelum ini tidak pernah tegur pun. Saling bantu menbantu untuk sampai ke puncak. Mengenali alam. Bersyukur. Masa korang dalam hutan ini, korang akan sedar. Duit segunung pun tidak berharga. Apa yang paling penting, sahabat yang saling bantu membantu. Seseorang yang menyokong dan menjaga kita walau apa pun keadaan kita. Kesihatan yang baik adalah hikmat dan nikmat yang terbesar. 

      TERIMA KASIH KORANG... berani bawa Bella yang gemuk dan melambatkan perjalanan korang. Terima kasih shafiq yang bagi minum air yang dibawa dan ambilkan periuk Bella yang jatuh kedalam dasar sungai. Nanti kita berkhemah lagi ok.  Terima kasih TIQA, kenalkan dengan kumpulan yang awesome ini. Terima kasih semua. Bella hendak sebut seorang - seorang pun macam korang baca kan. Bye2x.
        

      Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch

      $
      0
      0
      Pernah dengar dan tengok kan, pencukur buat lelaki. Berbagai saiz, bentuk, warna, jenis, fashion dan corak. Tapi, pencukur wanita adalah sangat terhad. Tengok sahaja lah di pasar raya, barisan pencukur lelaki berbaris - baris tetapi pencukur wanita hanyalah satu baris sahaja. Ini mungkin disebabkan lelaki banyak menggunakan pencukur yang sama untuk mencukur semua bahagian. Tiada pencukur khas tertentu. Bella cuma tengok HB sahajalah Bella boleh jadikan sebagai contoh. Beli sebungkus pencukur dan menggunakan terus 3 daripadanya. Satu untuk muka dan dua lagi untuk bahagian tidak dapat dinyatakan. Bagi wanita. Satu sahaja diperlukan untuk bahagian tersorok yang berbulu. Sebab itu pasaran pencukur tidak menfokuskan kepada wanita. Tapi korang jangan bimbang, VEET telah mencipta Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch yang sangat canggih dan moden. 

      kecantikkan bahagian sulit wanita

      KEISTIMEWAAN  PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

      Mencantikkan diri memang kadang kala melecehkan terutama menjaga bahagian yang tersorok dan sensitif. Memahami keperluaan wanita inilah jenama depilatori NO.1 dunia, VEET melancarkan alat elektronik baru ini. Apa yang paling penting dan sangat Istimewa, Pencukur Khas Wanita - VEET Sensitive Touch ini sangat lengkap dalam satu bekas kecil. Ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk mencukur bulu dibahagian yang tersorok, tetapi sangat sesuai untuk mencukur dan juga membentuk kening. Selamat juga untuk mencukur bulu halus yang terdapat diatas bibir.

      mencukur bahagian intim

      KECANGGIHAN PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

      Pencukur Khas Wanita  VEET SENSITIVE TOUCH ini bagi Bella memang dalam kategori yang canggih dan moden. Satu alat atau mesin yang mampu memikul tanggungjawab dalam membuang bulu di beberapa bahagian tubuh. Apa yang canggih lagi, hanya dengan satu pulasan mesin ini akan berfungsi  dengan memotong dan membuang bulu dibahagian yang kita kehendaki. Ia adalah alat elektronik yang mudah, cermat dan lembut pada kulit.Tiada lagi kulit berdarah selepas mencukur akibat pisau terlalu tajam, dan kerumitan dan menahan kesakitan akibat mencabut.

      buang bulu tanpa sakit


      KELEBIHAN  PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

      Selain daripada kecanggihannya dalam memudahkan kita menjaga kebersihan ditempat yang tersorok, banyak lagi kelebihan lain yang Bella hendak tekankan. Antaranya :-

      • Rekabentuk yang menarik
      Bentuknya seakan - akan pen dan jika dilihat secara kasar. Bagi Bella amat moden dan berstail.

      • Warna yang menarik 
      Menarik minat wanita macam Bella iaitu warna PINK. Merah Jambu. Menarik minat "adik-adik" juga.

      • Mudah dipegang
      Material yang digunakan, membuatkan ia mudah dipegang dan tidak tergelincir walaupun ia bergetar.

      • Mudah digunakan
      Hanya menggunakan suis ON dan OFF sahaja menggunakan pulasan.

      • Menggunakan kuasa bateri 
      Tidak akan takut jika berlaku kebocoran elektrik didalam bilik air. Amat selamat.

      • Menggunakan bahan yang tidak berkarat
      Tidak perlu penjagaan rapi atau penggunaan hanya ditempat yang kering. Tidak perlu risau kerana ia menggunakan bahan yang tahan karat dan boleh dibersihkan menggunakan air.

      penjagaan diri

      CARA MENGGUNAKAN PENCUKUR KHAS WANITA  VEET SENSITIVE TOUCH

      Masa mula - mula hendak guna Bella takut sangat pencukur ini makan kulit Bella. Mesin. Seramlah. Cara hendak guna untuk mencukur bahagian tersorok iaitu bahagian bawah lengan. 

      1.Korang masukkan bateri.
      2.Kunci bahagian bateri.
      3.Sambungkan pencukur yang panjang.
      4.Pulaskan untuk ON 
      5.Letakkan sahaja VEET Sensitive Touch 
      6.Gerakkan VEET Sensitive Touch keatas dan kebawah 
      7.VEET Sensitive Touch akan mula memotong bulu - bulu dengan bijak tanpa mengakitkan kulit. 

      Mudah. Cepat. Selamat.




      BUSANA PILIHAN PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

      $
      0
      0
      BUSANA PILIHAN PHOTOSHOT RAYA KBBA  Bella kali ini adalah dariHANA TAJUDDIN. Kelab Blogger Ben Ashaari telah berkerjasama untuk mengadakan Photoshot Raya untuk Kelab kami. Kalau korang mengikuti perkembangan Bella dan Keluarga #KBBA9, mesti korang perasan yang kami kecoh - kecoh dalam mencari MUA untuk win - win situation dan juga busana untuk digayakan. Ada yang bagi tanggapan negatif yang kononnya kami mahu ambil kesempatan. Sebenarnya bukan begitu. Kami mahu promosikan dan perkenalkan jenama pakaian korang secara percuma. Jika busana itu korang sponsor, korang ada pilihan. Sama ada, korang hendak ambil kembali ataupun korang mahu bagi terus pada blogger yang pakai.

      Padahal ini bukannya win- win situation. Sponsor lagi untung sebab baju korang boleh ambil balik. Tapi promosi kami di Blog, Instagram dan juga Facebook tidak akan dipadam. Tambahan lagi mungkin busana korang berharga kurang dari rm300 tapi ada blogger yang satu penulisanya dibayar lebih daripada rm300. Jadi, sebenarnya pihak sponsor lebih untung. Jangan salah faham, Bella hendak korang semua jelas disini.

      bella idura, kbba9

      Bella memang amat berpuas hati dengan material yang digunakan. Bella shoot dalam keadaan yang masih selesa walaupun dalam panas terik. Tidak nampak kesan peluh di bawah lengan ataupun dibelakang badan. Paling penting tidak jarang dan amat selesa dalam apa juga keadaan. Lompat ke, duduk ke, berlari. Memang selesa. Korang boleh baca mengenai Busana Bella yang cantik ini di

      Korang boleh cari di :-

      Instagram :- @Hanatajuddin dan @HanarTW
      Facebook  :- Hanatajuddin
      Website    :- www.hanatajuddin.com.my
      Telefon    :- 019 2451446

       JURU SOLEK PHOTOSHOOT RAYA KBBA9  


      Baju sudah cantik. Muka haruslah disiapkan. Jadi Bella memilih untuk disolek oleh Suraya Sufian. Suraya lebih senang di panggil OYA, bersetuju untuk berkerjasama dengan Bella. Mudah sangat bekerjasama dengan Oya. Bella hanya ber Wassap beberapa kali untuk pastikan tarikh dan kedatangan dia. Oya pula yang sampai awal daripada Bella. Oya mula menyolek dan menconteng muka Bella selama lebih kurang 2jam. Tapi tidak terasa lama pun, rasa hendak tertidur adalah.


      Bella mengenali OYA masa dia berkerja dengan bank tidak sangka dia ada bakat menyolek. Bella menghubungi Oya untuk bekerjasama dan Oya bersetuju untuk membuat magik ke atas muka Bella. Korang boleh mengenali Oya dengan lebih lanjut di Korang boleh menghubungi Oya di :- 

      FaceBook :- Suraya Sufian
      InsTagram :- @Surayasufian
      Whatsapp :- Oya 011- 11884244
      PHOTOG PROFESIONAL PHOTOSHOOT RAYA KBBA9  

      Membanggakan!! Photog profesional yang akan melengkapkan Photoshoot KBBA9 kali ini. Apakah makna Photoshoot tanpa jurugambar yang hebat dan meletup kan? Kali ini Kelab Blogger Ben Ashaari sangat bertuah kerana photographer profesional Wan Izhar Abu Bakar yang memiliki pengalaman 20 tahun dalam seni photographer dan juga mempunyai studio sendiri iaitu ODS STUDIO. Kiranya otai abislah ini.



      Bella juga berpeluang menjadi model syok sendiri. Credit photo to mama kembar tiga. Sekarang ini, hasil tembakkan Wan Izhar Bella tidak dapat tengok lagi. Masa photoshoot ini dijalankan, memang sangat kekok. Alamak. Bella susah hendak senyum. Keyakinan diri hendak senyum itu tiada sebab gigi Bella tidak cantik. Wan Izhar ini masih tersenyum dan lembut dalam memberi arahan.

      "Awak jangan macam tu, awak bagi senyuman yang palsu tu," 
      "Saya rasa baik awak ubah gaya awak tu, dalam gambar nampak gemuk"

      Alamak!!! Bella sudah buat latihan tubi dah dalam bergaya. Sekali dia suruh Bella naik atas rumah pula. Terus apa yang Bella berlatih bergaya hilang bersama angin. Apa yang pasti, Bella suka sangat tengok gaya dia yang masih boleh buat lawak dan tersenyum. Seorang - seorang tangkap gaya. 40 orang jumlah Blogger. Dah lah seorang pun tiada kepakaran bergaya. Stok - stok model tidak ada pula kali ini. Jadi, melayan jelah kami yang kayu - kayu dalam ber pose ini.

      Korang boleh juga mendapatkan perkhidmatan ODS STUDIO DI Alamat :-  

      E-2-2A BLOK E, JALAN PJU 1A/20G, DATARAN ARA DAMANSARA, ARA DAMANSARA, 47301 PETALING JAYA SELANGOR.
      the.oneizhar@gmail.com
      Website :https://odsstudio.com
      Facebook :- Wan Izhar Abu Bakar
      Instagram :- @wanizhar 

      MUZIUM UPM TEMPAT PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

      Tempat photoshoot kali ini adalah bertempat di UPM Serdang. Tempat yang luas dan menempatkan scenery yang amat indah dan luas. Macam balik ke kampung pula.Pemandangan dan tema yang dipilih disini adalah suasana kampung yang menempatkan beberapa buah rumah papan ala kampung yang amat mengembalikan nostalgia.

      PHOTOSHOOT KBBA


      Bella pasti, mesti ramai yang masih tidak tahu dan tidak pernah mengetahui ada tempat yang sebegini indah yang hanya terletak di UPM Serdang. Memang banyak majlis telah dijalankan disini. Kami #KBBA9 juga tidak melepaskan peluang untuk mengambadikan kenangan kami disini.

      SANTAPAN KAMPUNG PHOTOSHOOT RAYA KBBA9
       




      Penat berposing perut pun berkeroncong. Rezeki KBBA kerana dapat merasa makanan yang amat enak dari Muzium UPM ini juga. Cafe yang terletak disebelah saja. Bella tidak sempat mahu merasa sarapan yang disediakan. Tetapi semua memuji enak dan segar. Bella paling - paling teringat sampai sekarang daging salai masak lemak cili api dia. Perggghhhh!!! meleleh. Rasa hendak pergi ulang makan dekat sana. 

      PENCUCI MULUT PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

      Lebih beruntung kerana Kelab Blogger Ben Ashaari telah dihidangkan dengan Brownies Abang Korie yang memang puas makan dan amat enak.






      Korang boleh terus menempah dengan Abang Korie di:-

      FaceBook :- Khoiri Kamis (Abam Korie)
      Instagram :- abamkorie



      Bella rasa amat bertuah kerana berpeluang mengikuti aktiviti photoshhot bersama Kelab Blogger Ben Ashaari yang diadakan tiap tiap tahun. Semoga persahabatan dan kekeluargaan Kelab kita berkekalan hingga akhirnya.

      HALAMAN HAJI SAAD BUFFET MAKANAN MELAYU BUKA PUASA

      $
      0
      0
      Juadah Berbuka Puasa Buffet "Halaman Haji Saad" Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. 

      Korang pun sedia maklum kan, tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang paling mulia dan dinanti - nantikan iaitu Bulan Ramadhan. Apa lagi, seperti tahun - tahun sebelumnya Bella hendak cadangan dekat korang tempat berbuka puasa yang menarik dan pasti korang puas hati. Kali ini, Bella hendak korang cuba HALAMAN HAJI SAAD BUFFET MAKANAN MELAYU BUKA PUASA. Ia sangat lengkap dengan makanan yang semua orang suka. Sehingga cencalok dan sambal tempoyak turut dihidangkan. 

      buffet ramadhan murah

      Halaman Haji Saad adalah sebahagian daripada Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Berkonsepkan terbuka juga. Korang tahu kan, Hotel Seri Pacific sangat mudah untuk pergi walaupun hanya menggunakan kenderaan awam. Tidak perlu menempuh kesesakkan lalu lintas lagi. Korang boleh naik LRT dan Komuter ke PWTC. Jalan kaki sikit, sampai. Dinamakan sebagai Halaman Haji Saad sempena nama Ketua tukang masak yang akan memastikan makanan sentiasa segar dan bermutu.

      makanan sedap


      Chef turut mengajak korang untuk merasai semdiri air tangan beliau dalam menghasilkan makanan kegemaran melayu iaitu ulam - ulaman bersama Sambal belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek. Korang yang diet tu, jangan risau. Chef sarankan korang makan saja ulam yang tersedia seperti Kacang botol,Pegaga, Ulam raja, Daun Kadok dan Paku Rawan.



      makanan pembuka selera


      Korang rasa macam mahukan yang lebih istimewa di bulan puasa seperti Kambing Golek, Bubur lambuk, Serunding daging ayam, Briyani Gam, Nasi Kandar dan juga Sup Gearbox. Semua menu ini juga ada dan Bella juga memang paksa korang cuba kalau datang ke Halaman Haji Saad ini. Sangat sedap dan lain dari yang lain. Buat pengetahuaan korang, kalau Bella datang lambat sikit, mesti gearbox akan habis dulu. Memang asli dan istimewa. 


      Pemanis mulut juga ada.Bukan pemanis mulut biasa tau. Tetapi, ia adalah resepi kampung yang diturunkan turun temurun. Mesti sedap ni. Ia termasuklah Bubur cha cha, Pengat ubi, Bubur Kacang hijau, Pulut hitam, Pengat pisang, Bubur kacang merah dan bubur jagung. Kalau korang sudah kenyang sangat, Chef turut menyediakan buah - buahan.




      apa yang paling intimewa, Halaman Haji Saad ini akan menukar menunya setiap minggu selama empat minggu dan menyediakan berbagai juadah berbuka di lebih 24 gerai.

      VIP HOTEL - Penginapan Terbaik Di SEGAMAT JOHOR

      $
      0
      0
      Percutian kali ini, Bella memilih untuk menginap di VIP HOTEL - Penginapan Terbaik Di SEGAMAT JOHOR. Lokasinya juga amat strategik dan mudah dijumpai. Sebelah Hotel ini ada petronas. Depan Hotel ada banyak kedai runcit termasuk 7 - eleven. Senang sangat korang nak nampak. Tepi jalan, dan ia adalah bangunan yang paling tinggi disini. Bella rasa Hotel yang tercantik juga, sebab Bella tidak nampak mana - mana hotel berdekatan yang lain.

      bercuti ke segamat johor

      VIP HOTEL SEGAMAT PILIHAN TERBAIK

      Selain daipada itu juga, Bella memilih VIP HOTEL ini sebab ramai yang bagi feedback terbaik semasa menginap disini. Macam Bella yang selalu Travel sendiri ini, memang akan ambil berat pasal kesemua review pengunjung yang pernah menginap termasuklah di Blog (paling bagus sebab sangat terperinci) Facebook, Tripadvisor, Agoda.comdan juga Booking.com sebab tidak mahu ditipu dengan gambar yang cantik tetapi hakikatnya hampeh. Tips Bella untuk korang yang hendak mencari Hotel ditempat yang pertama kali korang pergi, baca review dekat website. Korang jangan tengok rate yang disusun oleh website itu tau, sebab kadang - kadang agak tidak adil. 

      "Sarapan sedap.Kakitangan baik. Semuanya ok bagi saya." Azmi, Malaysia, 1bulan lalu.
      "Para petugas sangat peramah, makanan sedap dan bilik selesa dan katil empuk."Saleha, Malaysia
      "Sarapan yang sedap..Katil yang selesa..Perkhidmatan kolam renang yang bebas tanpa perlu peraturan dalam pemakaian.. kakitangan yang ceria." Shaheera Malaysia.

      Contoh, Orang yang review seorang. Hotel baru. Mestilah dia bagi 5star kan? Jadi dia akan disusun diatas sekali sebagai hotel yang mendapat review terbaik. Korang kena baca, kenapa pengunjung itu bagi rate paling buruk. Kalau sebab kotor. Sila jangan tempah @ booking Hotel itu.Kalau dia bagi rate rendah sebab dia marah dengan staff, tidak senyum, tidak dapat check out lewat, tidak dapat tukar bilik, itu korang jangan baca. Itu lebih kepada masalah jiwa tu. Bila Bella dah baca dan apa yang Bella hendak ada pada VIP Hotel Segamat ini, Barulah Bella tempah. Ia adalah Hotel 3star yang menawarkan berbagai jenis bilik mengikut kemampuaan dan keinginan korang. Kemudahan yang disediakan juga banyak. 

      SARAPAN DI VIP HOTEL SEGAMAT 

      bercuti di johor

      Bella tidak pasti bagaimana pemilihan hotel korang, Tapi kalau Bella, paling terbaik dan best of the best lah kalau dapat hotel yang complimentary sekali dengan sarapan.Jimat banyak beb. Lagi satu jimat masa. Korang boleh bermalas - malasan dulu dalam bilik dan turun saja makanan sudah sedia.VIP Hotel Segamat,sediakan buffet lagi tau. Makanlah sampai kenyang. Jangan membazir sudah.

      bercuti di johor, segamat

      Bella tinggal disini untuk dua malam. Jadi, Bella boleh menikmati sarapan disini sebanyak dua kali. Hari yang pertama, VIP Hotel menyediakan nasi lemak dan rendang ayam. Seriously, Rendang Ayam VIP Hotel memang sedap. Bella dengan HB memang memuji - muji nasi lemak disini.Sambal nasi lemak ini pun sedap. Tapi Bella makan sepinggan sahajalah. Bella hendak cuba yang lain pula.

      makanan terbaik di johor

      Lepas kenyang makan nasi lemak, lepak dan rehat kejap sambil memandang dan menyejukkan mata melihat kebiruaan kolam renang, sambil mulut menerima suapan yogurt ini. Yogurt ini disusun cantik dan terdapat dalam pelbagai perisa. Paling hot. Cepat licin. Budak - budak mesti ambil ini dulu kan. 

      hotel terbaik di johor

      Bubur ini kesukaan Bella. Masa kecil - kecil mak selalu masak sebab susah masa itu. Apa yang mampu bubur nasi dan ikan masin saja. Tapi, dekat VIP Hotel ini segala macam bahan ada. Korang boleh pilih dan masukkan sendiri. Bella makan sekali dengan omelette lagi. Kita order baru akan chef sini akan buat. Jangan risau cepat jer dia buat.

      Bercuti ke Segamat Johor


      KOLAM RENANG DI VIP HOTEL SEGAMAT 


      bercuti ke johor, segamat johor,

      Bella yang menginginkan percutiaan kali ini adalah secara relax, chill, santai, banyakkan rehat dan tidur, haruslah memilih VIP Hotel yang mempunyai kolam renang. Penting sangat bagi kami yang hendak merehatkan diri mempunyai kolam renang. HB memang akan tanya setiap kali bercuti.Hotel tu ada kolam renang tak? Sebab dia suka melompat dan terkinja - kinja di kolam renang. Bella yang tidak tahu berenang ini pun tumpang gembira bila tengok HB gembira. Paling penting, korang hendak mandi pakai apa pun tiada masalah. Malam pun boleh. Warga segamat, korang tahu atau tidak yang VIP Hotel memberi peluang juga buat warga segamat untuk dapat mandi dengan bayaran paling min rm20 mandi sampai lebam.

      KEBERSIHAN DAN KESELESAAN BILIK DI VIP HOTEL

      Penginapan terbaik di segamat

      Paling penting mestilah keselesaan dan kebersihan biliknya. Hendak tidur lama kan. Relaks dan lepak paling lama mestilah didalam bilik. Bagi Bella, bilik yang dipilih mestilah :-
      • Satu katil besar.
      • Bilik mestilah ada bilik air.
      • Aircond.
      • Bersih dan tidak berbau.
      • WIFI laju.
      Semuanya ada di bilik VIP Hotel Segamat. Selasa sangat. Rasa tidak mahu keluar bilik taw.

      hotel di segamat, percutiaan ke segamat

      Paling seronok tilamnya lembut tau. Bella dapat anak patung comel, buah dan surat cinta welcome lagi. Terima kasih VIP Hotel Segamat Johor dengan layanan first class yang diberi.

      GYMNASIUM DI VIP HOTEL SEGAMAT

      hotel terbaik di Segamat Johor

      Bonus!! VIP Hotel ini ada pusat Gym. Terbaik. Korang bolehlah bersenam lepas makan banyak masa sarapan. Gym nya kecil saja. Tapi cukuplah buat Bella berpeluh. Seronok sangat sebab treadmill ini boleh dipasang muzik. Jadi bersemangat Bella. Siapa hendak masuk dan hendak bersukan disini kena minta bantuan staff hotel. Semua kelengkapan disini selamat dan perfect untuk digunakan.

      MAKAN MALAM DI VIP HOTEL SEGAMAT 

      makanan sedap di segamat, tempat makan sedap di segamat

      Korang yang hendak buat apa - apa majlis seperti :-

      • Renioun
      • Candle Light Dinner
      • Birthday Surprise party
      • Perkahwinan.
      Apa - apa saja majlis. Korang boleh langsungkan dan adakan juga di Hotel ini.  Bella makan secara ala carte. Tapi, makanan banyak dan semua - semua sedap - sedap belaka.

      makan malam sedap di segamat

      Sedap sangat - sangat sedap. Segalanya ada di VIP HOTEL SEGAMAT. Bella akan tunjukkan apa yang korang boleh order untuk buat majlis disini. Bella hantu ketam, jadi Bella tunjuklah gambar ketam yang lazat ini dulu.

      PROMOSI DI VIP HOTEL SEGAMAT

      Berikut dengan Bulan Ramadhan bulan yang suci bakal menjelma, VIP Hotel Segamat membuat berbagai promosi!!!
      1. Bermula 29 MEI sehingga 23 JUN 2017 dengan hanya rm55.00 nett untuk dewasa dan rm35.00 nett bagi kanak - kanak. Bukan itu saja, bagi setiap pembeliaan 9pax bagi dewasa, dapat 1pax PERCUMA! Bagi Bella harganya amat berbaloi.
      2. Penginapan 2hari 1malam bagi bilik biasa berkembar, HANYA Rm138.00 per room per night, termasuk dengan buffet sahur untuk 2 orang. Dapat juga 10% diskaun untuk Ramadhan Buffet. Untungnya!! Kena Booking dari 11May - 11June 2017.
      HUBUNGI VIP HOTEL SEGAMAT SEKARANG!!


      VIP HOTEL SEGAMAT, Batu 1, Jalan Buloh Kasap, 85000 Segamat, Johor Malaysia. 
      Tel :- 07 931 2101 (Hotline) H/P :- 019 7774906 / 019 7773991 
      Email :- Sales@viphotel.com.my
      FaceBook :- VIP Hotel Segamat
       

      BUSANA DAN KOLEKSI RAYA HANA TAJUDDIN

      $
      0
      0
      Hana Tajuddin, Baju murah, baju raya cantik

      Bella hendak kongsikan dengan korang semua, dekat mana Bella selalu berbelanja untuk cari baju yang selesa dipakai untuk apa jua keadaan termasuklah untuk Menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Sebenarnya Bella berbelanja segalanya di butik online yang membekalkan dan menjual pakaian yang dipastikan berkualiti dan hanya yang terbaik untuk setiap koleksi pakaian yang hendak dijual.Hana Tajuddin. Rata - rata mesti sudah kenal dan memang tahu tentang kualiti pakaian yang dijual oleh Brand Hana Tajuddin. Bella seronok sangat hendak memberitahu yang Hana Tajuddin juga telah menjadi penaja utama Bella untuk Photoshot Raya Bella bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan Photographer terkenal Wan Izhar. Jom Bella kongsikan dengan korang, BUSANA DAN KOLEKSI RAYA HANA TAJUDDIN.

      hana tajuddin

      busana muslimah, hana tajuddin

      Ini adalah koleksi terbaru daripada Hana Tajuddin. Rekabentuknya sangat comel dan amat selesa dipakai. Reka bentuk plum iaitu sedikit kembang di bahagian bawah baju, bagi Bella amat menarik dan comel. Buat pengetahuaan korang, baju ini diimport khas tau. Mungkin korang akan jumpa rekabentuk yang lebih kurang sama, tapi Bella pasti. kualiti kainnya akan berbeza.

      baju kurung cantik, baju fesyen terbaik

      koleksi raya hana tajuddin, hana tajuddin

      Bella sengaja closed up kan jenis kain dan material baju ini. Korang nampak tak? Apa yang terbaik mengenai kain ini? :-
      • Kainnya jenis lembut.
      • Kain yang amat selesa walaupun pakai di tengah panas terik.
      • Berpeluh tapi tidak nampak basah dibawah ketiak dan belakang badan.
      • Tidak melekat dibadan.
      • Tidak jarang.
      • Tidak menyukarkan pergerakan.
      Baju raya Hana Tajuddin

      Ini juga Koleksi Raya Hana Tajuddin.Bella tidak sempat pakai lagi. Bella pakai nanti, Bella tempek sini ya. Ataupun korang tengok instagram @bella-idura. Itu Bella selalu post Up to Date.  Baju kurung ini pulu, designnya bukan macam design baju kurung biasa,kerana ia labuh sedikit dibahagian belakang. Bila korang pakai, ia akan menampakkan korang kurus dan sopan. Nampak gaya muslimah sejati sangat. Masa Bella cuba baju ini, semua cakap macam itu termasuk HB.

      baju murah, baju cantik

      Tengoklah bila Bella closed up bagi korang puas hati.Apa yang menarik dan terbaik mengenai kain ini? :-
      • Ia adalah material yang tebal dan jatuh bila dipakai. 
      • Tidak jarang.
      • Kain jenis sejuk.
      • Tidak menyukarkan pergerakkan. 
      • Tidak melekap pada badan.
      • Memberi ilusi kurus. 
      Sebenarnya banyak sangat - sangat lagi Koleksi baju sama ada dari jenis seluar, t shirt, tudung, baju labuh, jubah dan macam - macam lagi. Korang boleh cuci mata di:-

      FaceBook :- Hana Tajuddin HT 
      InsTagram :- HanaTajuddinHANARTW
      Website : Hana Tajuddin
      Contact No :- 019- 2451446
       
      Shopping saja tanpa was - was. Hana Tajuddin pilihan bijak untuk berbelanja.

      CANTIK SEMPURNA DENGAN KOREAL COSMETIC

      $
      0
      0

      Cantiknya awak hari ini! Nampak lain sangat. Pakai apa? Seronok betul bila dengar orang puji macam ini kan? Sebab itulah Bella hendak kongsikan dengan korang semua, penjimatan hebat untuk siapa yang mahu cantik! Cantik, tapi dalam masa yang sama, tetap berjimat. Cun melecun dan cantik sempurna. Guna Foundation saja. Foundation saja? Betul, sebab foundation yang Bella hendak perkenalkan dengan korang ini, bukan foundation biasa, tetapi foundation yang diperlukan dan patut digunakan oleh setiap wanita. Inilah dia, Koreal Cosmestic Foundation. CANTIK SEMPURNA DENGAN KOREAL COSMETIC dengan kelebihan 8 dalam 1.



      KENAPA PILIH KOREAL COSMETIC?

      Bella pilih foundation ni sebab kelebihannya 8 dalam 1 yang menjadikan Koreal Cosmetic Smoothie Foundation ni bukan sekadar foundation atau besak asas. Ia juga melindung melindungi kulit wajah Bella dari terdedah kepada cahaya matahari yang merbahaya dan merosakkan kulit.Apa yang paling penting, bila korang menggunakan secara berterusan ia dapat mengurangkan bintik hitam dan membuatkan wajah nampak muda seawal 7 hari!!!Bella baru pakai 2 hari. Sekarang ini Bella keluar rumah memang tidak pakai bedak dah, tapi  Koreal Cosmetics Smoothie Foundation ni. 



      BAHAN - BAHAN FOUNDATION KOREAL COSMETICS

      Inilah diantara sebab yang kuat kenapa Bella memlilih Foundation Koreal Cosmetics ini berbanding yang lain. Bahan - bahan yang digunakan, terbaik dan berkualiti. Diantaranya :- 

      Aqua , Ethylhexyl Methoxycin-namate, Dimethicone , Beeswax , Dimethicone , lauryl PEG/PPG-18/18 Methicone , Isononly Isononanoate , Titanium Dioxide , Malus Domestica Fruit Cell culture Extract , citrus Aurantium Dulcis ( Orange ) callus culture Extract , Rhododendron ferrugineum left cell culture Extract , collagen , ascorbic acid , iron oxides , sodium chloride , phenoxyethanol , tocopheryl acetate , D-Panthenol , 1,2-Hexanediol ,Allantion , chlorphenesin , disodium EDTA.

      Wahhh!! Banyaknya bahan yang digunakan untuk buat kita cantik. Paling penting ada :-

      1. Vit C
      2. Vit E
      3. TRIPLE STEMCELL
      4. Shining 
      5. SPF 35
      6. Salmon collagen 
      7. Titanium Dioxide
      8. Dimethicone 1. Vit C

      Bila usaha meningkat ini, semua benda hendak ada collagen. Kalau boleh,
      Nasi pun nak letak collagen. Bagi maintain muda gitew. Dalam ini ada Salmon Collagen. Terbaik.


      MENGGUNAKAN KOREAL COSMETICS FOUNDATION 

      Foundation ini sedang sangat hendak guna, ia tidak melekit dan bercapuk bila digunakan. Picit sedikit dihujung jari, dan letakan sedikit2 di seluruh muka dan leher. Sapukan rata untuk mendapatkan kesan kulit muka yang lembap , licin dan berseri.

      Penggunaan yang berterusan dan seawal 7 hari korang boleh nampak kesan dalam penggurangan bintik-bintik hitam dan buat kulit nampak lebih glowing kesan dari triple stemcell dan pelbagai vitamin yang terkandung di dalamnya. Bella saja tekankan sekali lagi.


      HARGA KOREAL COSMETICS FOUNDATION 

      Harga yang amat berbaloi dan tidak masuk akal untuk Koreal Cosmetics Foundation yang mempunyai pakaging yang menarik dan tahan lasak!! hanya RM 87 sahaja. Tidak  sampai seratus pun. Cepat - cepat promosi untuk yang terawal!! Dapat juga free gift bernilai RM75 (Untuk 120 pelanggan terawal sahaja)

      ✔ Baucer hadiah bernilai RM10x5 = RM50
      TESTIMONY YANG TELAH BERJAYA



      CARA MENDAPATKAN KOREAL COSMETICS FOUNDATION

      WhatsApp 019 2565 008 atau klik sini terus http://www.wasap.my/60192565008
      Facebook :
Facebook.com/Korealcosmetics
      Instagram :
 www.instagram.com/korealcosmetics
      Website :
 www.korealcosmetics.com

      #SmoothieFoundation 8 dalam 1 keluaran Koreal Cosmetics. 
      Selamat di bawah kawalan KKM (NOT170402257K).

      APA BELLA SUKA MENGENAI KOREAL COSMETICS FOUNDATION


      Saiznya yang memudahkan Bella untuk bawa kemana - mana sahaja dan menjimatkan ruang dalam bag Bella bila Travel. Amat berguna untuk Bella yang suka berjalan ini. 

      SHOPEE MALAYSIA MURAHNYA!!

      $
      0
      0

      raya bersama shopee

      Bella adalah pengguna tegar website yang menyediakan perkhidmatan Shopping ataupun berbelanja secara dalam talian kepada pengguna. Mudah dan memudahkan Bella untuk membeli belah walaupun tengah lepak ataupun menonton siaran ulangan di Astro. Online shopping yang amat popular dizaman cyber ini tidak kiralah bagi lelaki ataupun wanita. Di zaman Cyber ini, semuanya mahu mengaut keuntungan dan kita sebagai pengguna kita bijak memilih laman Website mana yang menyediakan perkhidmatan yang selamat dan menjual barang yang betul - betul berkualiti dan berbaloi. Bella hendak perkenalkan dengan korang tentang satu laman website ini yang terbaik, mudah dan paling penting Murah tahap gorilla!!SHOPEE MALAYSIA MURAHNYA!! 

      APA ITU SHOPEE??

      Shopee adalah pasaran sosial mudah alih NO 1 di Asia Tenggara dan Taiwan. Maknanya pasaran yang memang kukuh dan boleh dipercayai. Ia juga direkabentuk dan dicipta untuk memudahkan pembeli dan juga penjual membuat pembelian dengan lancar dan mudah. Dengan Shopee, kita boleh melakukan sebarang transaksi sama ada menjual ataupun membeli kurang daripada 30min bila- bila masa, dan dimana saja. Paling penting, Shopee akan memastikan kita akan menerima barang yang dibeli setelah kita membuat pembayaran,ataupun wang akan dikembalikan. Rasa selamat kan hendak Ber shopping dengan Shopee?

      CAHAYA RAYA BERSAMA SHOPEE 15MAY-30JUNE 2017

      Cahaya raya, shopee cahaya raya

      CAHAYA RAYA BERSAMA SHOPEE Ia adalah kegembiraan membeli belah dengan potongan harga sehingga 90% dan korang juga berpeluang memenangi hadiah sehingga RM50,000.00!! Memudahkan kita membuat persiapan hari raya sambil memenangi hadiah. Seronok betul.Ia akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari kedai rasmi dan 25 ribu jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%! Murah giler! Terdapat 10 kategori produk dan kita semua akan dapat menikmati keseronokkan membeli belah selama 45hari. Bella memang tidak sabar hendak berbelanja sakan sambil berjimat ini.

      BERBAGAI KEMPEN DAN HADIAH DITAWARKAN SHOPEE

      shopee hari raya, shopee

      Berbagai kempen dan juga HADIAH hebat - hebat ditawarkan sempena dengan 45 hari Hadiah kejutan bernilai sehingga Rm25 ribu. Banyak tu. Besar juga peluang kita hendak menang. Korang boleh memenangi hadiah dengan amat mudah. Tapi, korang kenalah baca terma dan syarat. Barulah korang senang hendak menang.

      TIP MEMBELI BELAH Di SHOPEE

      shopee, shopping raya, pakaian murah

      Tip ini adalah untuk korang menjimatkan masa, semasa membeli belah. Banyak giler barang kot. Paling teruja sebab kesemuanya murah sangat! Kalau korang banyak masa, tidak apalah kalau korang nak layan dan cuci mata dalam ini kan? Kalau korang ada masa yang singkat dan amat tergesa - gesa, korang bolehlah gunakan Tip Membeli Belah Di Shopee Bella ni. Korang boleh terus ke Kategori barang yang korang cari. Contoh, Muslim Wear. Keluarlah semua pakaian muslimah. Senang. Tinggal memilih dari ribu atau ratus - ratus pakaian muslimah saja. Tidaklah pening dan rambang mata tertengok barang lain.


      shopee, barang deko rumah, langsir murah

      Bila korang rasa macam tidak ada yang sama dengan apa yang korang cari, korang boleh gunakan ruangan cari itu. Macam Bella nak cari Home Decor, Bella taip je Home Decor. Keluarlah semua yang berkaitan dengan Home Decor. Dari situ pula, korang boleh pilih hendak tengok yang mana dulu. Barang yang popular? Maknanya ramai yang dah beli dan berpuas hati, ataupun yang terkini ataupun jualan tertinggi, korang tinggal pilih saja.

      bag murah, barangan terkenal

      Kalau korang tidak ada apa yang hendak dibeli, saja hendak tengok - tengok dulu atau cuci mata dulu apa yang Shopee jual. Bella cadangkan korang ke bahagian Produk Popular. Ruangan ini menyenaraikan kesemua barangan yang banyak dibeli oleh pengguna dan ramai yang memberikan penilaian keatas produk dengan rating yang tinggi dan berpuas hati.

      shopee murah

      Bila korang dan pilih barang yang korang hendak tu, jangan lupa baca penilaian produk. Tengok kenapa meraka tidak berpuas hati. Korang janganlah tidak baca. Bella tengok, ramai yang tidak baca. Walaupun sudah ada pembeli yang komen kata nipis. Tidak seperti dalam gambar, tapi ada juga yang beli. Lepas itu dia pun komen benda yang sama. Lepas itu tuduh penjual penipu. Awaklah malas baca. Dah pisang berbuah 4 6 kali.

      barang murah online

      Korang kena bijak berbelanja. Jangan indah khabar dari rupa. Bella dah bagitahu ini. Kalau korang kena, korang yang salah. Nape malas sangat nak baca. Tapi ada juga yang mahukan kualiti LV harga pasar malam. Mana boleh. Harap korang fahamlah apa yang Bella bebelkan ini. Semuanya sebab tidak mahu korang kecewa. Hendak dapatkan harga murah tapi tidak puas hati. Kalau boleh mestilah hendak Happy Ending kan? Murah dan amat puas hati.


      Bila korang dah berpuas hati dan bersungguh hendak beli, bolehlah terus membuat pembayaran. Kalau hendak shopping lagi, letak dulu dalam list. Nanti Boleh Bayar sekali semua.



      Korang boleh membuat pembayaran melalui semua medium yang ada, seperti kredit kad, pindahan bank, dan juga online banking. Mudah sungguh. Korang hendak lagi mudah, boleh download terus Shopee di apps store.

      Maklumat lanjut mengenai Shopee MY :


      Facebook Page Shopee MY : https://www.facebook.com/ShopeeMY/
      Email : support@shopee.com.my

      Hotline : 03 - 2298 9222






      MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS

      $
      0
      0
      "Dear, berbuka mana yerk hari ini?
      "Apa kata kita pergi bazar Ramdhan?
      "Alaaa letih la hari ini, kita pergi tempat yang tidak payah berhimpit nak tak? Tempat yang cantik, cozy, tenang. Jommm.."
      Alamaak, mengadanya bini aku ni, makan penampar baru tahu. Manalah ada tempat macam tu tapi murah.  (Dalam hati, berani nak luahkan?)

      Hari - hari drama macam ini. Betul tak? Puasa setahun sekali. Dalam sehari boleh makan sekali saja. Sebab itulah kita jadi teringin hendak makan macam - macam dan agak memilih. Bila bini merenggek hendak macam- macam. Tempat yang ala - ala exclusive, apa yang suami akan fikirkan, alamak!! banyaklah duit aku terbang. Bayar mahal - mahal sedap ke? Sebab itulah Bella hendak bagitahu ada MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS. Paling penting MURAH! Betul.


      TEMPAT MAKAN YANG SELESA, TENANG DAN EXCLUSIVE 


      MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS

      Bila nampak tempat yang berhias cantik dan ala-ala hipster ini, selalunya ramai yang rasa seram hendak masuk kan? Dalam fikiran mesti mahal nih! Tidak adalah korang. Memang mampu milik. Sekali - sekali lari dari keributan orang ramai. Apa salahnya duduk lepak dengan tenang menunggu waktu azan Maghrib kan? Surau pun ada ditingkat bawah saja. Dekat. Terletak di Publika Dutamas, dan Bella memang selalu datang lepak minum set high tea disini. Tapi, di bulan Ramadhan ini, tidak akanlah hendak ber high tea. Kita serbu set Ramadhanlah pula. Ada MENU BERBUKA SEDAP DI COFFEE SOCIETE- SOLARIS DUTAMAS.

      SET MENU BERBUKA YANG LENGKAP HANYA RM25.00!!


      Tempat berbuka puasa sedap di kuala lumpur

      Betul, Set yang lengkap dengan AYAM KAPITAN bersama dengan FISH KERABU dan NASI ORANGE. Lebih sempurna bila diminum dengan TEH TARIK MILK TEA. Paling terbaik, dihidangkan bersama kuih lagi. Harganya pula, hanya RM25.00. Bella rasa berbaloi sangat. Ayam Kapitan tu, rasanya lebih seperti rasa rendang yang penuh dengan rempah. Cukup rasa manis, masin dan pedasnya. 

      berbuka di kuala lumpur

      RENDANG AYAM SEDAP DI KUALA LUMPUR

      Bagi Bella, memang menepati citarasa dan tekak orang kita. Fish kerabu pula melengkapkan rasa. Bila digabungkan, memang rasa hendak menambah nasi lagi. Nasi pun istimewa. Bila kita lihat pada warnanya ingatkan nasi minyak atau nasi planta. Bila rasa, baru sedar ia adalah nasi Orange. Wah. Kelainan pada nasi. Memang kedengaran pelik ditelinga. Tapi bila ngap masuk mulut, memang terasacukup sempurna.


      TEMPAT BERBUKA DAN BERKUMPUL TERBAIK DI KUALA LUMPUR


      Set Rm25.00 Ramadhan ini, bolehlah dinikmati dan dihayati berseorangan ditempat yang amat selesa ini. Jangan rasa janggal sebab tempat ini ramai juga orang yang lepak berseorangan sambil melayari internet. Jadi, tiada peliknya kalau korang layan berbuka sorang - sorang disini. 


      Paling happening kalau dapat kumpulkan kawan - kawan untuk berbuka bersama - sama. Tiada siapa yang akan merungut sebab berbaloi dan ada kemudahan WIFI lagi. Mesti semuanya akan bersetuju.

      MENU AYAM DI COFFEE SOCIETE - GRILLED BONELESS CHICKEN WITH WEDGES

      ayam grilled sedap di kuala lumpur

      ayam bakar tersedap

      Korang rasa macam set ayam kapitan tu berat atau ayam yang dihidangkan tidak mencukupi? maklumlah, puasa satu hari. Ayam seketul tidak cukup. Tiada masalah. Korang boleh tambah dengan Grilled Boneless Chicken w Wedges. Bagi pengemar ayam, memang tidak salah mencuba. Tambahan lagi, ayam ini di bakar. Jadi, memang sihat.

      MENU KAMBING DI COFFEE SOCIETE - QUICK SEARED LAMB SHOULDER w WIDGES, ROASTED, GREEN PEAS



      Masa hendak berbuka teringin hendak makan kambing bakar? Coffee Societe turut menghidangkan kambing yang enak.Daging kambing bahagian shoulder dibakar kering dan dicurahkan dengan sos black paper untuk menaikkan rasanya.

      MENU SALMON DI COFFEE SOCIETE - SMOKED SALMON ON 3 EGGS SCRAMBLE & SOURDOUGH



      Peminat ikan Salmon yang berkait rapat dengan makanan jepun ini pun korang boleh order di Coffee Societe walaupun nama kedainya kopi. Ikan Salmon ini memang sudah terkenal dengan keenakkannya yang tersendiri dan rasanya yang mewah dan unik. Bella sendiri amat mengemari Salmon. Bila Bella mencuba hidangan ini, memang Bella tidak kongsi sudah dengan orang lain. Hidangan yang ringkas tapi penuh rasa. Yummy sangat. Rasa daging ikan salmon yang segar. Sedap sungguh.

      MENU SPAGHETTI DI COFFEE SOCIETE - CARBONARA SPAGHETTI 




      Spaghetti yang dihidangkan juga tidak mengecewakan. Tapi korang kena makan segera selepas dihidangkan. Kalau spaghetti nya kering, rasa creamy sos carbonaranya akan hilang. Jadi korang kena makan masa panas - panas. Pasti terangkat.


      MENU ROTI DI COFFEE SOCIETE - POACHED EGG ON SOURDOUGH w SMASHED AVOCADO



      Bila menu ini sampai, Bella terus, alamak.. tolong ketepikan. Bella tidak makan sayur dan tidak makan telur rebus separuh masak macam ini. Tapi, HB  paksa rasa yang bahagian hijau tu. Dia kata sedap sungguh. Bella pun cubalah separuh tanpa makan bahagian telur. Wallah!! Memang sedap. Rupanya ia adalah gabungan Avocada segar. Rasa lemak manis Avocado tu, memang terbaik.Bella makan sampai abis plak. Sedap.

      MINUMAN  DI COFFEE SOCIETE


      MOCHATELLA !! air kegemaran Bella bila lepak dimana - mana outlet Coffee Societe ini. Keunikkan ia dari segi hidangan air dan rasanya amat memukau. Ia adalah gabungan Nutella, susu dan kopi. Bahagian bawah cawan,telah diletakkan sejumlah Nutella dan beberapa ketul ais kopi yang menunggu untuk cair dan bergabung dengan susu. Bila korang tuang susu, air akan mencair dan menghasilkan minuman yang lazat. Yummy!!


      Air panas turut tersedia. Mocha latte, Cappuccino, Kopi latte atau apa saja air panas yang korang inginkan juga terdapat disini.  Bella amat berpuas hati dengan rasa dan dengan apa yang kita bayar.
      Korang kena cuba lepak sini sekali, dan mesti jatuh hati macam Bella. Maklumat lanjut :-


      Address: Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

      Instagram : +CoffeeSociété  

       
      Boleh juga tengok menu lain yang terdapat di Coffee Societe :- 
       

      TIP Secantik Gadis KOREA dengan ATOMY

      $
      0
      0
      Siapa yang tidak mahu cantik kan? Lagilah cantik macam gadis Korea. Eh! kenapa gadis Korea? Bukan gadis Malaysia? Gadis Malaysia pun cantik, tapi kulit Gadis Korea licin berkilat. Kita siap termenung bila terpandang gadis Korea yang melintas. Terngaga siap menitis air liur. Eh. Ke Bella seorang saja macam itu? Hehe. Korang boleh bezakan kulit gadis Korea yang putih, bersih, mulus, cantik tanpa sebarang mekap dengan kulit gadis Malaysia yang cantik tanpa sebarang mekap. Memang ada beza sangat. Jadi, Bella hendak bagitahu TIP Secantik Gadis KOREA dengan ATOMY

      TIP Secantik Gadis KOREA dengan ATOMY

      Paling penting, ia seakan - akan melakukan FACIAL MUKA dirumah! kan bila kita lepas lakukan Facial, muka kita akan rasa sangat segar, licin, mulus, tanpa bintik putih atau hitam, minyak dimuka hilang, dan mekap pun senang lekat. Pakai bedak, oles sikit pelembab bibir, terus nampak muka remaja dan gorgeous. Tapi sayangnya, kesan itu hanya tahan untuk 2 hingga 3 hari saja. Selepas itu, muka kembali kepada asal. Berminyak dan penuh dengan bintik putih. Bila berterusan begini, adui!! Poket yang tebal akan semakin menipis. Bella tidak sanggup. 

      TIP Secantik Gadis KOREA dengan ATOMY

      Bella mencari alternatif lain dengan mencari set penjagaan wajah yang dapat membuat kesan seakan - akan membuat facial. Bella diperkenalkan dengan ATOMY. Evening Care 4 Set yang mampu memberikan facial dengan hanya dirumah. Betul buat kan rumah saja. Paling penting, ia dapat bertahan sehingga setahun. Perggh!! Jimat berganda.

      DEEP CLEANSER STEP 1
      cara spa muka dirumah
      Deep Cleanser ataupun pembersihan yang membersih secara jauh kedalam untuk menanggalkan segala kotoran yang tersumbat dan yang degil selepas kita seharian terdedah terhadap kotoran ataupun seharian mengenakan mekap. Menggunakan pati ginseng dan ginkgo yang dapat mengelakkan wajah kita menjadi kusam dan terlihat sentiasa terhydrate.  Deep Cleanser juga membantu kulit kita menjadi dan terlihat cerah sempurna dengan pati teh hijau. Pati lobak dan tocopherol pula membantu memberikan nutrien kepada kulit muka  dan membantu kulit berseri secara sihat.

      CARA PENGGUNAAN DEEP CLEANSER 

      1. Picit sedikit ke atas jari.
      2. Sapukan keatas muka yang kering. Tidak perlu basuh muka terlebih dahulu.
      3. Gosok dan ratakan keseluruh wajah. Deep Cleanser memang tidak berbuih.
      4. Bersihkan dengan tisu. 

      Ia akan bertindak jauh kedalam dan berfungsi sekaligus sebarang pencuci mekap. Memang terbaik. Bella terus jatuh cinta dan terkejut dengan result lepas gunakan Deep Cleanser ini. Bella mati - mati ingat muka dan bersih sebab sebelum itu Bella dah cuci bersih - bersih dengan tisu make up remover. Bila gunakan Deep Cleanser, banyak lagi rupanya kotoran tertinggal dan melekat.

      FOAM CLEANSER STEP 2

      rawatan muka


      Ia akan Bila dan buang segala kotoran diatas kulit muka, kenapa pula kena gunakan Foam Cleanser pula kan? Foam cleanser ini akan membuang segala kotoran yang masih tertinggal dan menjadikan kulit muda remaja. Macam Bella. Ahaks. Bukan muda sahaja, malahan menjadikan kulit kita sihat. Foam cleanser ini akan mengeluarkan buih - buih yang kaya dengan sebum untuk mengekalkan keanjalan kulit dan memberikan kesegaran kepada kulit muka. Kandungan Phelinus Linteus dan ekstrak beras linteus pula akan memberikan keanjalan kepada kulit selepas mencuci. Bella pakai ini, terus muka Bella tidak berminyak lagi. Bella paling kerap pakai Deep Cleanser dan Foam Cleanser. Itupun dah cukup buat kulit muka Bella sihat dan bebas jerawat.

      CARA PENGGUNAAN FOAM CLEANSER

      1. Basahkan muka 
      2. Picit sejumlah kecil Foam Cleanser yang diperlukan 
      3. Sapu rata ke muka 
      4. Gosok sehingga mengeluarkan buih. 
      5. Cuci sehingga yakin bersih. 
      6. Bilas dan lap kan dengan kain yang bersih.
      Bila Bella pakai pencuci muka ini memang terasa muka sangat segar dan tegang gitew. Bangun pagi pun HB tegur makin berseri muka sekarang.Yippeyy!! paling penting pandangan suami tu. 


      PEELING GEL STEP 3


      rahsia kecantikkan wajah

      Peeling Gel digunakan untuk membuang segala kulit mati yang tidak diperlukan tanpa menyebabkan kulit rosak. Penggunaan Peeling gel, lebih digalakkan daripada penggunaan scrub yang akan menyebabkan kulit rosak. Terdapatnya Elm Tree Root and pelembab water-soluble didalamnya ia akan membuang segala kulit mati dan menghindarkan kulit kita daripada kelihatan kusam. Ekstrak limau pula membantu menghapuskan minyak yang berlebihan dan melembutkan kulit yang sensitif.

      CARA PENGGUNAAN PEELING GEL 

      1. Letakkan amount yang diperlukan ke muka
      2. Ratakan keseluruh wajah dan elakkan kawasan yang kering area mata dan mulut.
      3. Biarkan sehingga 1-3 min
      4. Gosok perlahan secara bulatan untuk menanggalkan kulit mati.
      5. Basuh bersih dengan air. 
      PEEL-OFF MASK STEP4

      set penjagaan wajah

      Peel - Off Mask adalah langkah terakhir untuk penjagaan wajah ala - ala spa, tapi buat sendiri saja dirumah. Topeng muka ini, terdapat serbuk kecubung yang membantu untuk membersihkan liang - liang yang tersumbat di wajah. Ekstrak Centella pula akan menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Jangan terkejut kerana didalam ini juga terdapat serbuk jed yang dapat menghaluskan kulit muka.

      CARA PENGGUNAAN PEEL - OFF MASK
      1. Letakkan amount yang diperlukan ke muka
      2. Ratakan keseluruh wajah dan elakkan kawasan yang kering area mata dan mulut.
      3. Tunggu sehingga mask benar - benar kering.
      4. Tarik mask ini dari bawah keatas.

      Atomy Evening Care 4 set adalah dibuat khas daripada herba - herba yang segar dan sumber semulajadi. Ia memang dicipta khusus agar kita mendapat kebaikan daripada sumber semulajadi. Bella cadangkan agar semua wanita, berubah kepada Atomy kerana Bella turut merasa kebaikan daripada sumber semulajadi ini. Kalau korang pakai, wajah korang tiba - tiba tumbuh jerawat, itu adalah perubahan biasa untuk membuang segala kotoran yang terdapat di kulit wajah. Selepas itu semuanya akan ok. Apa yang tinggal hanyalah kulit wajah yang cantik mulus.

      Paling penting korang boleh dapatkan kesan rawatan Spa hanya dirumah. Hubungi 010-4096726 atau www.wasap.my/60104096726 untuk mendapatkan kod diskaun. Korang tidak perlu Bella satu set pun tidak mengapa. Produk ini korang boleg beli satu - satu mengikut keperluaan. Paling penting sangat jimat kerana setiap satu produk isi kandungannya melebihi 100ml. Amat berbaloi dengan harganya yang tidak sampai rm50 pun jika menggunakan kod produk. Terbaik kan?

      PERTAMA KALI KELUAR TV - TUMIT TINGGI

      $
      0
      0
      DIPANGGIL SEBAGAI BLOGGER JEMPUTAN - TUMIT TINGGI TV1

      Pernah dengar tak  Program TV1 Tumit Tinggi yang banyak berkongsi mengenai wanita. Program ini telah bersiaran selama beberapa minggu dan memanggil blogger sebagai jemputan. Bella telah dipanggil untuk siaran minggu ke 10. Pada 11 Jun 2016. Siaran adalah pada setiap hari Ahad jam 12.05 tengah hari. Sebelum ini kawan - kawan Bella dah pernah keluar dah, termasuklah @Juliajohari, @Ayujean, @Nadiajohari, @CikZa, @Mera @Fiza dan @Yanty #kbba9 Terbaiklah. Sekarang sampailah minggu jemputan untuk @Bella-idura. OMG!! Takutnya. Jom Bella ceritakan  pengalaman PERTAMA KALI KELUAR TV - TUMIT TINGGI.

      Tumit Tinggi TV1

      PERTAMA KALI PEGANG SKRIP DAN KELUAR IKLAN - TUMIT TINGGI TV1

      Ini adalah iklan di TV1 mengenai Program ini. Malam itu, dah ada 2 3 orang whatsapp kata 
      "wahhh!! keluar TV la"" Eh Bella kuar TV1 la, ke salah orang? " giteww.. 
      Betullah tu sayang - sayang, teaser pun Bella dah kaku. Ada membe Bella kata, "wei, kenapa cakap macam itu? macam cakap tudung tengah ketat giler. " Hahaha. Tidak tahu lutut tengah mengeletar masa ini.  Sebenarnya sebelum ini dah banyak kali TV panggil, tapi Bella tolak. Selalunya sebab dah ada temujanji lain. Program Tumit Tinggi ini, Bella diberitahu awal seminggu, jadi Bella siap - siap kosongkan minggu itu untuk program Tumit Tinggi ini. Bella tidak mahu mengecewakan hati-hati yang Bella sudah janji.



      MENGHAFAL SKRIP - TUMIT TINGGI TV1 

      Dua hari sebelum Bella dah dapat skrip untuk dihafal. Itu pun selepas HB suruh Bella yang minta. Bella kalau tidak malas hendak minta. Tapi Bella fikirkan takut Bella merapu akibat terlalu gabra jadi Bella pun mintalah. Sekali itu, ituuuu dia! Skripnya panjang bukan main. Bella siap buat toyol sebab tidak mampu hendak hafal. Macam boleh tengok toyol. Marah penerbit. Bila tengah menghafal itu pun Bella dah terasa hendak terkucil dah. Baru hafal skrip. Rasa hendak tarik diri pun ada. Tapi dah janji dan terima, terpaksalah Bella harungi juga. Ketaq!! 


      ALAMAK!!! TIDAK SEMPAT HENDAK MELARAM-  TUMIT TINGGI TV1

      Mula - mula produksi Tumit Tinggi Shima, memberitahu Bella supaya datang ke lokasi pengambaran pada jam 2 ptg. Bella rasa macam ok, sempat ini hendak minta tolong @SurayaSufian jurumekap yang boleh membuatkan hidung Bella nampak mancung dan comel ala2x barbie doll. Sekali diberitahu balik yang Bella kena "Stand by" pukul 11pagi. Alamak! punah! Bella pun datang dengan tergesa - gesa dan mekap yang ala kadar sahaja. Gaya lilitan tudung pun entah apa - apa ntah Bella buat. Padahal, sebelum ini tidak pernah buat pun gaya tudung macam itu. Jadi apa yang korang akan lihat di kaca Television adalah Bella idura yang "neautral beauty" gitew. Plus ke"kayu" an yang terserlah. Arrrgh!! malu. Bella faham, masa yang diberi sekadar garis ukuran yang tidak dapat dijangka jika berubah.


      LOKASI PENGAMBARAN YANG INDAH -  TUMIT TINGGI TV1

      Lokasi pengambaran Bella adalah di Bukit Jugra. Cantik sungguh. Bella pertama kali datang sini. Teruja sekejap. Cabaran bagi krew pengambaran Tumit Tinggi adalah mencari sudut yang tiada orang lalu lalang dan pencahayaan yang tidak terlalu terik. Waktu itu cuaca amat panas dan terik, tambahan tiada kedai berdekatan yang menjual air. Mencabar! Tambahan pula, aktiviti Paragliding sedang rancak pada waktu ini. Sukar yang amat untuk menghalang orang daripada lalu lalang. Mekap Bella pun dah mencair. Tudung pun dan senget benget. Perasaan cemas makin-makin menebal. Rasa nak lari balik!!


      BERDIALOG KALI PERTAMA -  TUMIT TINGGI TV1

      Setelah dicari sudut yang sesuai, jadi Krew Produksi Tumit Tinggi sepakat untuk merakamkan Bella di celah tangga ini. Bella terus berpeluh dengan laju dan bagitahu dekat abg cameraman, "Alamak bang, dekatnya. Nanti nampak saya gemuk." Abang cameraman itu gelak kecil saja. "Mesti dalam hati dia kata "Dah gemuk salahkan aku plak" Hahaha. Tapi Bella seronok kerja dengan abang kameraman ini. Sempoi je layan Bella. Alhamdullilah. Hari ini Bella dapat krew - krew yang sungguh sporting dan sempoi. Ini adalah slot yang pertama. Bella pun sebutkanlah apa yang Bella sudah hafal, sekali    Suriawaty minta Bella sebut skrip yang tengah - tengah. Maknanya skrip Bella dah jadi tungang terbalik dan sukar untuk Bella mengingati skrip Bella, sebab Bella sudah hafal ikut susunan!! OMG!! Cabaran! Sebab sudut yang sangat terhad, pergerakkan Bella amat terbatas. Jadi Bella kena tegak saja sambil berdialong. 


      PERGERAKKAN YANG TERBATAS -  TUMIT TINGGI TV1

      Berbagai gaya dan berbagai sudut Bella kena Shoot. Bella paling takut slot yang kena duduk. Adeh. Kalau berdiri dan nampak gemuk, duduk lagilah. Takut orang confuse, ini abam ke Bella. HB tidak habis - habis gelakkan Bella sebab Bella terlalu kaku dan membaca. Apa lagi, Bella cubalah berdialong sambil feeling - feeling menggerakkan tangan. Sekali cut!!!! Bella, awak sentuh mic. OMG!! kena buat sekali lagi dari awal. Ambil ko. Feeling la kenkonon. Jadi Bella ambil keputusan untuk tegak berdiri macam nyanyi lagu Negaraku sajalah.


      JANGAN KUTUK FATTAH AMIN KAYU LAGI, SUSAHNYA BERLAKON!! -  TUMIT TINGGI TV1

      Adegan seterunya Bella kena berlakon sebagai gadis yang lalai dan leka. Kena ragut dan kena menjerit. Masa ini adalah masa paling memalukan. Padahal senang je. Jerit minta tolong saja. Tapi, Bella jerit minta tolong dengan reaksi muka senyum gembira. Tapi, mulut jerit "Tolong, tolong," Hahahah. Maaflah abang kakak adik dan semua. Hobi saya tu gelak tu. Gelak tu nama ketiga saya. Tidak abis - abis "CUT!! CUT!! CUT!!" sampai Abg Cameraman suruh Bella berlatih menjerit dekat situ sampai jadi. Malangnya Bella masih menjerit sambil muka happy riang dan gembira. Sedih betul. sudahlah orang ramai tengok. Semuanya gelak. HB tidak abis - abis gelak sambil gelengkan kepala.Jadi korang jangan Gelakkan dan Ejek Fattah Amin tu kayu. Bella pun kayu. Susah sungguh rupanya berlakon ini. Siapa yang pernah alaminya saja faham. Masa ini juga tiba - tiba HB kena panggil sebagai pelakon tambahan. Padahal, sebelum itu dia ejek- ejek kan, kata kayu la, macam baca buku teks la. Dia dapat watak kecil je pun, kena tanya "kenapa2x?" suara tak keluar!! Haaa!! padan muka. Ejek orang lagi. Kah! Kah! 100x. Fattah Amin, now i feel you. 


      MENJADI PENGACARA DENGAN SOALAN DAN DIALOG SENDIRI -  TUMIT TINGGI TV1

      Slot menjadi pengacara pula. Masa Bella jadi pengacara ini, tidak ada skrip ok. Hentam kromo! korang tengoklah nanti apa yang Bella merepek masa ini. Tapi Bella rasa ok kot. Hahaha. Puji diri sendiri sikit la.Bella mewawancara En. Hakim Berdasarkan tajuk pada minggu ini Keselamatan Wanita. Disini, En Hakim akan memberitahu sedikit tip kepada wanita untuk menjaga keselamatan di tempat awam yang sunyi. Cabaran Bella selain daripada mengolah ayat dan juga memberikan soalan spontan, Bella juga kena memandang dan merenung En Hakim! malu woi! renung ayah orang.Kadang - kadang anak mata Bella, merenung hutan belukar tepi sana tu. Kang renung lebih2x takut selipar terbang tepat kena muka. HB baling dari depan. 


      TAHNIAH KEPADA DIRI SENDIRI KERANA BERJAYA MENYAHUT CABARAN -  TUMIT TINGGI TV1

      Akhirnya habislah rakaman Tumit Tinggi bersama Bella. Bella rasa amat bersyukur kerana dapat melalui detik - detik gabra dan mengigil kepala lutut. Bella hendak ucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri kerana berjaya mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang Bella rasa amat sukar dan memalukan. Bella kalau diberi peluang lagi, Bella akan cuba untuk buat sehabis baik dan setenang yang boleh. Eceh!! nak lagi. Hahaha.


      TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KREW - KREW PENERBITAN -  TUMIT TINGGI TV1

      Terima Kasih yang tidak terhingga Bella ucapkan kepada Shima yang menjemput Bella, Kak Suriawaty selaku penerbit, abang - abang kameraman, En Hakim, Pelakon peragut dan isteri dan juga tidak lupa kepada HB yang turut sama berpanas dan kering tekak menemani Bella. So touching. Terima kasih korang layan perangai Bella. Terlalu gabra dan asyik kena Cut!! jer. Bella tidak faham kenapa bila sebelum abang cameraman cakap ACTION!! Bella boleh cakap dan berdialong dengan lancar. Tapi bila perkataan ACTION!! itu keluar terasa macam abang Cameraman melepaskan Harimau dari sangkar menunggu masa untuk menerkam Bella bila Bella ada buat salah ataupun tergagap. Bella terus mengeletar dan terpaku bila perkataan Action itu keluar. OHmaigad! Apa - apa pun Bella dah selsai. Alhamdullilah.

      MENJADI PENGALAMAN PALING BERMAKNA DAN TIDAK DAPAT DILUPAKAN -  TUMIT TINGGI TV1

      Pengalaman ini adalah yang amat bermakna dan tidak akan dapat Bella lupakan. Banyak sangat ilmu yang Bella dapat temasuklah Tip Keselamatan untuk wanita.Disini Bella kongsikan juga Tip Keselamatan bagi wanita jika tidak mahu diragut atau diapa - apakan ketika bersendiriaan ataupun berjalan di tempat yang sunyi. 

      - Tengok sekeliling dan jangan leka bermain HP jika berjalan ditempat yang sunyi.
      - Jika leka bermain HP walaupun sudah pasti selamat kerana jenayah dimana - mana.
      - Pegang bag secara selamat dan berjalan laju ke tempat yang ramai orang. 
      - Jika pasangan yang diragut, pastikan pasangan selamat dulu dan emosinya terkawal sebelum membuat apa - apa tindakan. 
      - Jika diserang secara tiba - tiba, cuba sepak atau pukul sekuat - kuat hati bahagian sulit lelaki dan lari ketempat yang selamat.

      Banyak ilmu yang korang boleh dapat selain daripada tengok Ke"kayu"an Bella kan? Korang juga boleh tengok contoh menyelamatkan diri jika didalam keadaan kecemasan. Jadi jangan lupa saksikan Tumit Tinggi Setiap Hari Ahad Jam 12.05 tengah hari. Paling penting minggu ini sebab ada Bella. Selamat menonton.


      10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE

      $
      0
      0
      SUNGGUH SELESA SEHINGGA TIDAK SEDAR SEBENARNYA KITA BERADA Di SPA - THAI PARADISE
      "Feel the paradise by going to Thai Paradise" Anson V, 4May

      Betul!! inilah kita akan rasakan bila kita mendapatkan perkhidmatan dari Thai Paradise yang tersenarai sebagai 10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE.

      SPA terbaik di KL


      Bella baru saja memanjakan diri sambil menenangkan diri dengan perkara dan benda paling seronok dan best untuk dibuat, iaitu ke SPA. SPA bukan Suruhanjaya Perkhidamtan Awam ya. SPA yang membawa maksud memanjakan diri. Perrghh!! idaman semua wanita ini. Selain daripada hendak makan banyak, tetapi hendak kurus lah yer. Bella pun pergi ke THAI PARADISE memandangkan SPA ini adalah SPA yang paling dekat dengan tempat kerja Bella di Kuala Lumpur. Korang pernah dengar Pacific Regency Hotel Suites? amat hampir dengan KL Tower. Disinilah Bella memanjakan diri dan lari dari hiruk pikuk Bandar. Eceh.  Bella pergi saja atas cadangan member. Terkejut Bella bila dapat tahu ia adalah diantara 10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE.


      memanjakan diri di spa

      LOKASI SPA YANG SANGAT STRATEGIK YANG TERLETAK DI TENGAH - TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR- THAI PARADISE
      "Best SPA in town" rajabatumalai2017,KL,Malaysia 11May 2017

      Bella melangkah masuk ke Pacific Regency Hotel Suites dengan perasaan berbunga -bunga. Apatah lagi bila semua pekerja me "welcome" kan kedatangan Bella. Terasa bagaikan puteri. Jangan tidak tahu, Pacific Regency Hotel Suites adalah salah sebuah hotel 5 star yang terbaik di Kuala Lumpur. Kiranya, hanya yang terbaik semuanya disini. Hotelnya pun cantik ya amat!. Memang memuji diri sendiri sebab memilih Hotel yang sangat selesa ini. Mesti perkhidmatannya pun 5 Star.

      spa terbaik di kuala lumpur

      Bella yang pertama kali ke Spa ini, agak kabur tentang lokasi sebenar spa ini. Rupanya Hotel ini mempunyai beberapa lift yang menghubungkan ke tempat dan aras yang berlainan. Nasib baik jumpa flayer ini. Hendak tanya pekerja disini pun malu. Bella pemalu orangnya.Ahaks. Thai Pradise ini terletak di aras 9. Naik kearas 9, keluar saja dari lif, toleh kiri dan kanan, korang terus akan nampak Thai Paradise.

      spa paling mesra
      SPA YANG BERKONSEPKAN THAILAND 100%- THAI PARADISE
      "Finally, the correct Thai Massage" Aliii997,KL, 21 April
      Disinilah Thai Paradise Traditional Thai Massage.Jangan risau, patung dan gaya hanyalah sekadar gaya penarik yang membawa maksud, segala apa yang terdapat didalam Spa ini adalah berasal dan sememangnya dibawa dari Thailand. Originality Thailand 100%. Memang lain dari yang lain. Pemiliknya juga telah berpengalaman lebih daripada 15 tahun menjalankan bisnes SPA ini.

      spa paling bersih

      spa keluarga

      spa terbaik di kuala lumpur


      pusat urut thailand


      pusat urut di kuala lumpur

      SPA YANG BERSIH, SELESA, CUKUP LENGKAP DAN SENTIASA DISIRAMI DENGAN HARUMAN YANG AMAT MENDAMAIKAN - THAI PARADISE
      "Best place for perfect massage" yajoujou, London, 23 April

      Bila melangkah masuk kedalam SPA ini, haruman sermerbak harum terus dapat dihidu. Muzik yang beralun dan berirama perlahan dapat didengar dengan amat jelas. Menjadikan kita sangat tenang seperti berada diawangan. Perrgh!! Terbaik !! kalau korang booking untuk menginap disini sekali dengan pakej SPA disini. Apatah lagi untuk membuat kejutan kepada yang tersayang ataupun berbulan madu. Tapi korang boleh saja datang "walk in" khas untuk ke SPA. 

      Macam Bella, ini kali kedua Bella walk in kesini. Pertama kali untuk makan dan buat supprise birthday untuk HB. Ini kali kedua Bella kesini khas untuk dapatkan rawatan dan memanjakan diri di SPA. Korang boleh saja buat bersama - sama dengan HB ataupun kawan - kawan perempuan kerana disini terdapat bilik yang luas sehingga memuatkan 3 orang dalam sesuatu masa. Kawan - kawan lelaki pun boleh. Maksimum satu hari 11 orang boleh mendapatkan urutan secara serentak.

      spa islam, spa untuk muslim


      spa tanpa lelaki, spa thailand

      SESUAI UNTUK SEMUA JENIS LAPISAN MASYARAKAT DAN AGAMA - THAI PARADISE
      "Tempat yang sangat sesuai untuk merehatkan badan dan memanjakan diri tanpa perlu risau dan was - was. " dura, Malaysia, 6Jun.

      Inilah bilik peribadi untuk Bella. Disini, pemiliknya juga islam jadi sensitivi aurat memang difahami. Bilik Bella sangat "privacy"dengan bilik air turut berada didalam bilik. Jadi Bella tidak perlu keluar daripada bilik untuk menukar pakaian ataupun mandi. Masa berurut cahaya turut dimalapkan jadi keadaan kita tidaklah jelas terlihat. Tidaklah malu sangat.

      tukang urut thailand

      TUKANG URUT YANG MAHIR DAN BERPENGALAMAN- THAI PARADISE
      "Very exotic total indulgence massage, brillant, friendly"Marichu Q

      Tukang urut disini juga, dipilih dengan berhati - hati dan dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang pengurutan. Jangan main - main tau, pengurutan mempunyai berbagai teknik dan kepakaran, jadi setiap tukang urut disini mempunyai kepakaran dan teknik yang berbeza - beza. Apa yang pasti, mereka semua didatangkan khas daripada Thailand. Tapi jangan risau bukan pendatang tanpa izin. Mereka semua permit kerja dan sijil yang sah.Disini hanya menggunakan khidmat daripada Thailand ataupun orang Malaysia yang mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang "nuat thai" Ini semua dilakukan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dan merasakan urutan yang sebenar daripada Thailand.

      spa murah

      RELAX, TENANG, NYAMAN DAN SELESA SEWAKTU URUTAN DIJALANKAN- THAI PARADISE
      "Fantastic massage" khalidali1159,KL, 25 Feb

      Korang tahu tak apa makna THAI MASSAGE sebenarnya? Thai Massage adalah cara sejak dari dahulukala untuk menyembuhkan penyakit dengan penggabungan teknik dari Acupressure, Indian Ayurvedic principles and Yoga positions.Sebenarnya,menurut perubatan Thailand 2013, urutan Thailand secara tradisi adalah tanpa menggunakan minyak dan pelanggan tetap berpakaian. 


      DIMANJAKAN BAGAIKAN PUTERI - THAI PARADISE
      "Amazing experience" KLcitizen,KL, 23 April

      Bella dimanjakan dari hujung rambut sehinggalah kehujung kaki. Tapi, dimulakan dengan hujung kaki dahulu. Bella mengambil Pakej Hot Stone Massage. Penambahan Tradisional Foot Massage dan Body Scrub.Memang terbaik!! Pada mulanya kaki Bella direndam kedalam air perahan limau. Terasa nyaman dan segar. Kaki Bella di cuci dan lap bersih sebelum Bella diminta untuk menukar pakaian. Jangan risau, seluar dalam pakai buang warna hitam disediakan. Fuhh!! lega. Bella pun memang tidak sediakan pakaian lebih. Lupa. Kata scrub badan kan, haruslah basah.


      MUDAH SANGAT UNTUK MENUKAR PAKAIAN BILIK MANDI YANG BERSIH DAN SELESA- THAI PARADISE
      "Great atmosphere,professional service" Marjorie Mae M, 27jan

      Tadi kan Bella ada bagitahu yang amat mudah untuk menukar pakaian kerana tempat ini amat menjaga sensitiviti wanita. Jadi memang amat mudah. Tempat mandi dan persalinan baju amat bersih dan selesa. Selepas Bella menukar pakaian, seluruh badan Bella dilumurkan dengan scrub. Masa ini, keadaan dan masa seakan - akan berhenti dengan urutan yang lembut dan keharuman scrub yang diratakan keseluruh tubuh Bella. Amboi!! Bella rasa scrub ini adalah daripada garam dan juga campuran kopi melalui keharuman baunya. Bella sekadar meneka. Selesai men "Scrub" badan Bella, lebih kurang 30min, Bella sepatutnya mandi menggunakan air panas untuk memboleh khasiat Scrub menyerap ke kulit badan Bella. Bella pergi mandi menggunakan air sejuk pula. Pengalaman pertama kali katakan, tapi Bella terasa kesegaran yang maksimum. Masih ok dan puas hati. 


      HOT STONE DIGUNAKAN UNTUK MENGURUT. AMAT SELESA DAN RELAX - THAI PARADISE
      "A Dream with THAI PARADISE for an hour" PUtera S,4may

      Kemuncaknya, Bella menikmati HOT STONE MASSAGE. Pada mulanya tukang urut mengurut badan Bella menggunakan Aromatherapy. Terasa badan sedikit berminyak dan lembut. Bella tidak pasti adakah penggunaan losyen atau minyak. Bella diminta untuk meniarap dan batu - batu panas disusun dan diatas diatas belakang Bella. Batu itu, bukanlah terlalu panas sehingga kita merasa sakit. Tapi ia akan menyebabkan badan kita menjadi sangat selesa. 


      SEDAP SUNGGUH MENERIMA URUTAN DARi TUKANG URUT - THAI PARADISE
      "Pengalaman Baru yang mengasyikkan"

      Tukang urut ini memang pakar. Batu - batu panas itu turut dipegang dan diurut keatas kaki dan tangan Bella. Perrghhh!! hilang segala lenguh - lenguh dibadan. Bukan itu saja, sambil kepanasan batu menyerap dan menyelinap keatas tubuh Bella, Tukang urut mengurut kepala dan telinga Bella. Fuh!! hampir meleleh air liur Bella menahan keasyikkan dibelai. Selasai 60min Hot Stone Massage yang pada pandangan Bella amat dan teramat berbaloi. Relax, lega dan asyik giteww!! Harus bagi HB cuba juga ini.


      TERASA BADAN LEBIH RINGAN DAN KULIT LEBIH LEMBUT SETELAH SELESAI BERURUT - THAI PARADISE
      "Apa salahnya mengeluarkan sedikit duit untuk memanjakan diri setelah penat membantng tulang" Firdaus, Silk, 10 jun

      Bila tukang urut berbisik kepada Bella, miss, done!! Orait! Bella pun bangun dengan badan yang ringan dan kulit yang terasa lembut dan segar. Badan terasa panas. Menunjukkan yang perjalanan darah Bella menjadi lebih lancar. Kalau korang ada mana - mana bahagian yang tidak boleh diurut atau sensitif sila bagitahu. Kang tidak pasal - pasal sakit balik. Korang dinasihatkan tidak membawa banyak sangatlah barang kemas atau barang berharga sebab nanti kena buka kan, tempat ini agak gelap. Korang diurut enak kang susah hendak jaga barang berharga tu. Nasihat sajalah. Walaupun pekerja disini baik - baik. Sebab pelanggan lain turut ada. Semasa menerima urutan, korang dinasihatkan untuk mematikan telefon bimbit untuk menjamin ketenangan korang dan juga pengunjung lain. Kalau bising sangat macam mana hendak relax kan?



      BARANGAN SPA TURUT DIJUAL ORIGINALLY DARI THAILAND - THAI PARADISE
      "easy and really convinience" Nurul, KL

      Paling istimewa, bila korang rasa sedap dan "feeling giler " dengan bahan yang dilumurkan pada tubuh badan korang, korang boleh minta untuk beli. Disini segalanya memang didatangkan dan istimewa dari THAILAND. Kalau korang terlepas beli disini, dekat luar mungkin agak sukar untuk korang cari dan beli. Bella beli teh yang khas untuk kesihatan turut dijual disini. Siap ada "tester" lagi untuk korang hidundan cuba sehingga korang berpuas hati.


      MAKLUMAT LENGKAP TRADISIONAL THAI MASSAGE - THAI PARADISE

      Lokasi : Terletak didalam banggunan Pacific Regency 
      Level 9, Pacific Regency Hotel Suites, KH Tower Jalan Puncak, OFF Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

      Bella galakkan korang Follow Instagram Thai Paradise untuk mendapatkan harga promosi dan diskaun sehingga 50% !! jangan tidak percaya!! Bella seru semua untuk mencuba mendapatkan perkhidmatan terbaik hanya di THAI PARADISE. Gunakan code "LOVEBELLA" untuk dapatkan harga promosi!!!






      9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU

      $
      0
      0
      Selamat berpuasa buat semua umat islam di dunia. Alhamdulilah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan limpah dan rahmatnya. Bila kita berpuasa, berbuka adalah salah satu nikmat yang dinantikan oleh setiap orang yang berpuasa. Bukan itu saja, malahan orang berpuasa turut dirayaikan dengan adanya Hari Raya selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Paling dinantikan selain daripada Hari Raya itu sendiri, adalah juadah dan hidangan makanan yang dihidangkan untuk menyambut Hari Raya

      Fuh!! ketupat, rendang, lemang, lodeh dan berbagai lagi makanan tradisi yang akan dihidangkan sempena Hari Raya. Bagi keluarga Bella, Hari Raya sajalah Bella dapat makan rendang mak sepuas - puasnya. Tapi sekarang, korang boleh cuba juadah Raya yang telah mula dijual sejak Ramadhan lagi. Ya!! Sebelum tibanya raya. Inilah 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!


      Familymart Malaysia

      FamilyMart ini sebenanya berasal dari negara Jepun,Sayama, Saitama bermula sejak tahun 1973 lagi. Sekarang, FamilyMart telah berkembang pesat sehingga mempunyai 25 ribu stores di 8 buah negara iaitu Japan, Taiwan, Thaniland, China, Vietnam, Indonesia, The philippines dan sekarang di Malaysia. Terdapat berbagai makanan dan minuman dijual termasuklah Juadah Raya sempena Hari Raya yang bakal tiba.

      rendang ayam terbaik
      Memang terlalu banyak makanan dan minuman yang dijual.Kali ini Bella tekankan dulu juadah Hari Raya yang FamilyMart jual, yang masih ramai tidak tahu. Jom kita tengok 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!
      1. NASI PULUT KUNING - FAMILYMART



      Nasi pulut kuning adalah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Ia juga adalah salah satu makanan tradisi yang membawa maksud tuah, kemakmuran, kekayaan dan kehormatan.  Ia turut dijual di FamilyMart. Selalunya kita akan jumpa di kenduri - kenduri saja kan? Sekarang korang boleh beli bila - bila masa di FamilyMart. Harganya RM3.50 satu.

      2.NASI IMPIT -FAMILYMART


      Nasi impit adalah salah satu makanan tradisional Melayu. Bagi keluarga Bella, nasi impit adalah wajib sebab kami tidak pakar dalam mengayam ketupat jadi nasi impit dijadikan pengganti. Rasanya juga tidak beza. Cuma ketupat lebih wangi. Nasi impit korang boleh juga dapatkan di kedai yang menjual satay. Tapi, haruslah kena beli satay dulu. Jangan susah hati, korang borong saja di FamilyMart dengan harga RM3.50 sebekas.

      3. LEMANG - FAMILYMART




      Lemang adalah makanan tradisi raya yang paling dinantikan. Keseronokkan membakar lemang turut dinantikan oleh sanak saudara disamping merapatkan hubungan sirraturahim. Ia diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam. Nampak dan dengar memang mudah. Tapi, jika salah cara dan gaya masak. Lemang mungkin akan hangus atau lembik tidak menjadi. Bagi sesetangah negeri, Lemang adalah makanan tradisi yang wajib ada ketika raya. Bagi yang tidak tahu cara membakar lemang tu, korang beli sajalah di FamilyMart. Harganya hanya RM4.00 setiap satu.
      4.SAMBAL TUMIS IKAN BILIS - FAMILYMART




      Sejujurnya Bella cakap, sambal tumis ikan bilis adalah hidangan paling lazat di FamilyMart. Rugi kalau korang tidak cuba. Harganya hanya Rm4.90. 
       
      5.AYAM MASAK MERAH - FAMILYMART


      Ayam masak merah masakan kegemaran ramai diantara kita kan? Ayam masak merah amat popular di sekitar Selangor dan KL sebagai masakkan wajib semasa kenduri. Ayam masak merah di FamilyMart adalah ala - ala masakkan dari Kelantan yang pada Bella,Ayam masak merah disini, manis. Harganya RM5.90 sahaja. 
       
      6.AYAM KAPITAN - FAMILYMART




      Ia sebenarnya masak ala Baba Dan Nyonya. Ia mempunyai rasa yang unik. Bella sukakan rasanya yang penuh berempah dan sedikit pedas. Memang kena dengan tekak Bella.Sedap.
      7.KARI AYAM - FAMILYMART




      8.RENDANG AYAM - FAMILYMART





      9.KUAH LODEH - FAMILYMART



      Terkejut tak? Semua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini ada dijual di FamilyMart. Tidak perlu tunggu Raya. Sekarang pun korang boleh makan.Menurut pekerja disini, sebelum dijual di FamilyMart Malaysia, kebanyakkan makanan dan minuman disini dipastikan Halal. Tetapi, jika korang merasa was - was, korang digalakkan membaca bahan - bahan sebelum membeli.
      More details boleh usha FamilyMart.com.my atau FB.com/FamilyMartMY
      Cawangan FamilyMart di Malaysia dan waktu beroperasi
      * Wisma Lim Foo Yong (Ground Floor) – 24 jam
      * MidValley Megamall (Unit F027C, Tingkat 1 North Court) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
      * Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI Station) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
      * Gateway @ KLIA2 (Unit L3-12 & L3-13, Level 3) – 24 Jam
      * SS15 (No.20 Jalan SS15/8) – 24 Jam
      * MyTown (Lot No. B1-031, Basement 1) – 10.00 pagi hingga 10.00 malam
      * Jalan Sultan (Lot 119, Ground Floor) – 24 Jam
      * Taylor’s Lakeside (Lot G6, Ground Floor) – 24 jam
      * Jalan Sultan Ismail (42 Ground Floor) – 24 Jam
      * Changkat Bukit Bintang (18-1 Ground Floor) – 24 Jam
      * NU Sentral (G/F 40, Ground Floor) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
      * Sunway Velocity (Lot No.1-22) – 8.30pagi hingga 11.00 malam

      20 KEBAIKAN MINUM CUKA APPLE - APPLE CIDER VINAGER (ACV)

      $
      0
      0

      CUKA EPAL, APPLE CIDER VINAGER

      Puasa memang banyak kebaikannya. Merehatkan usus dan dalaman perut yang dah bekerja sepanjang tahun, jadi bagilah perut berehat sebentar ya. Niat puasa memang demi YANG MAHA ESA, tapi banyak kebaikannya kan? Paling penting ramai yang menyelam sambil minum air. Ambil kesempatan menguruskan badan sekali. Tidak ada yang salahnya pun. Cuma niat puasa jangan terpesong dari landasannya sudahlah. Sambil - sambil kita memperbaiki alam dan meningkatkan kesihatan, Bella nak tambah lagi dengan minuman tambahan yang dapat menambahkan lagi berbagai kebaikan hanya daripada sebotol Cuka Epal. Jom Bella kongsikan,20 KEBAIKAN MINUM CUKA APPLE - APPLE CIDER VINAGER (ACV)

      DETOX TERBAIK
      1. Diperbuat dari buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, pottasium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi.
      2.  Mempunyai sumber anti-oksida yang mempunyai keupayaan untuk menutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi
      3. Membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan lebih sihat.
      4. Sedap tanpa bahan pengawet jadi lebih selamat dan lebih menyihatkan tubuh badan.
      5. Mengekalkan kecergasan badan sepanjang bulan puasa kerana ia turut membekalkan tenaga dan kesihatan yang berganda.
      6. Membantu sistem pencernaan untuk lebih mudah membuat proses pelawasan. 
      7. Melambatkan pengosongan gastrik.
      8. Melegakan  sakit tekak buat mereka yang sakit tekak , gatal tekak mahupun batuk.
      9. Mengurangkan berat badan.
      10. Asid asetik yang terdapat dalam cuka epal ini boleh mengimbangi gula dalam darah.
      11. Meningkatkan sensitiviti insulin.
      12. Memberikan perlindungan terhadap kulit dengan cara mencegah kulit menjadi sangat kering.  (mereka yang memilik kulit sensiitf tidak digalakkan menggunakan ACV)
      13. Mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.
      14. Mengandungi detoksifikasi khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
      15. Menggelakkan masalah senak perut.
      16. Mengurangkan rasa letih sepanjang bulan puasa.
      17. Menglegakan sore throats.
      18. Tiada bau yang tidak menyenangkan dan rasanya sedap.
      19. Sesuai digunakan didalam masakan sebagai penganti asam jawa dan gula untuk memasak ayam masak merah / acar. (cadangan Chef Wan)
      20. Mengunakan pemanis semulajadi iaitu madu asli yang juga dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri - ciri pembersihan dan juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral
      Percaya tak? Hanya dengan mengamalkan 2 sudu Cuka Apple dari Surya Malaysia ini, korang boleh dapat punya banyak khasiat. Langsung tidak rugi jika korang beli. Bagi Bella, setiap satu dapur di setiap rumah, mesti simpan sebotol APPLE Cidar vinegar with honey KELUARAN SURYA MALAYSIA  ini.

      CARA MENYEDIAKAN AIR DETOX MENGGUNAKAN CUKA APPLE - APPLE CIDER VINAGER (ACV) SURYA.MALAYSIA


      Menyediakan air detox menggunakan cuka epal dari Surya Malaysia sangat senang sebab ia sudah sedia ada madu didalamnya. Bagi yang suka manis bolehlah tambah sedikit gula, bagi yang mementingkan kesihatan dan mahu serious kurus, korang hanya perlu 2 sudu Cuka Epal dan terus tambahkan dengan 180ml air. Sejuk atau panas tiada masalah. Dua - dua akan menghasilkan rasa yang sama. 


      Siap!!! sedia untuk diminum. Rasanya sedikit masam. Baunya hanya berbau epal. Jangan ragu dan was - was untuk menggunakannya !! Sebab ia 100% dijamim HALAL.



      Cara hendak beli senang sangat. Korang boleh di BELI di WATSON atau beli ONLINE DEKAT LAZADA atau SHOPEE MALAYSIA. Bersama - samalah kita menyahut misi SURYA MALAYSIA dengan visi "Kesihatan untuk semua" yang mendorong mereka untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang selamat, murah dan berkesan untuk semua, Surya Malaysia bertujuan untuk menyediakan produk kesihatan dengan sentuhan tempatan yang akan meningkatkan landskap penjagaan kesihatan di malaysian dan akhirnya memberi kesihatan kepada semua.


       Untuk Maklumat lanjut :

      Selamat mendapat segala kebaikan dari APPLE Cidar vinegar with honey KELUARAN SURYA MALAYSIA. Benda yang baik, haruslah dikongsi.

      SALAH BELI BARANG,MENYESALNYA!! WATSONS BRAND

      $
      0
      0
      Assalamualaikum semua, sedihnya hati bila apa yang kita hendak dan harapkan tidak dapat. Paling tidak seronok dan tension lagi "STRESS" bila kita sendiri yang salah. Itulah. Tidak fokus. Adus.. SALAH BELI BARANG,MENYESALNYA!! WATSONS BRAND.Betul. Bella salah brand WATSONS.Kebetulan esok Bella ada majlis. Maklumlah seharian menghadap komputer dan kadang - kala tidak tidur untuk menyiapkan task yang diberi. Apalagi, muncullah lingkaran gelap bawah mata dan mata yang penat. Esok ada majlis."Selfie" mestilah wajib. Mata panda pula.

      Bahagian mata Bella ini, paling susah hendak cover. Jurumekap je pandai dan boleh cover menggunakan mekap. Setakat bedak dan foundation tu, memang nampak. Kalau pakai tebal sangat, kang bahagian mata je putih pula. Jadi, Bella cepat - cepat singgah ke Watson yang Bella jumpa dalam perjalanan pulang. Bella cari sesuatu untuk mencantikkan dan merehatkan mata Bella. Bella selalu guna Steam Eye Mask. Selalu dengar Mask atau dark circle mask saja kan? Haa sini Bella ceritakan sikit pasal topeng mata yang ala - ala ber"SPA" ini.



      TERSALAH AMBIL SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS

      Bella selalu pakai yang kotak pink itu. Steam Eye Mask. Sepatunya Bella ambil yang itulah. Tapi sebab hendak cepat punya pasal, kereta pun park tepi jalan saja,  Bella terambil SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS Adui. Brand Watsons? Tak pernah guna. Tak pasti juga pasal keberkesanannya. Hendak pusing balik, tukar dah jauh. Tak apalah. Bella balik cuba dulu.Kalau ok, untung. Harganya pun lebih murah. Jimat banyak. Tapi, rasa tidak puasa hati dalam hati itu tetap menebal. Biasalah, kita dah pakai lama, tetiba suruh tukar. Berat hati kan? Macam - macam pertanyaan dalam kepala Bella ini :- 

      * Sesuai ke? 
      * Berkesan ke? 
      * Brand Watsons ini bagus ke?
      * kalau pakai sakit macam mana?

      Betul tak? korang pun mesti macam ini juga kan? Lagi - lagi dengar cakap orang yang dorang pun tidak pernah pakai cakap Brand Watsons ini tidak bagus sebab murah. Bella pun macam itu juga.


      PERBANDINGAN PEMBUNGKUSAN (PACKAGING) 

      STEAM EYE MASK, berwarna pink. Menarik minat ramai wanita untuk membeli. Termasuklah Bella. Walaupun ramai yang tidak menyukai warna pink, tapi warna pink atau merah jambu, amat sinonim dengan wanita. Cara bukaannya pula dibahagian atas. Pek kecil didalamnya ada 5 dan divacum. 

      SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS lebih funky dan nampak ceria. Bagi Bella ia lebih menarik minat remaja. Mungkin lambang kartun ini menunjukkan siapa yang pakai ini akan nampak muda remaja. Cara bukaan lebih besar dan korang boleh buka dari setiap sisi. Mudah diambil tanpa mengoyakkan kotak. Pek kecil didalamnya ada 5 juga dan dikembungkan. Ada sedikit angin didalamnya.

      Perbezaan : Packingnya yang tidak banyak beza. Kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Isi kandungan juga sama. 5 pak didalam satu kotak. Jadi ok sangatlah kan? Buat apa berbelanja lebih untuk benda yang sama? Berbaloi sangat ni Bella rasa.Jom tukar! Macam kata Fasha Sandha. 



      WATSONS BRAND DENGAN CORAK YANG MENARIK

      Wow!! Betul - betul Bella terkejut dengan corak dan rekabentuknya yang menarik. Coraknya betul - betul Stylo - mylo bagi Bella. Kiranya ada 2 fungsi. Ia mencantikkan mata, sambil kita yang pakai tetap tampak cantik dan bergaya. Bagi Bella coraknya memang cantik dan ceria. Terus menceriakan hati Bella yang tadinya sedih dan menyesal sebab salah beli. 


      Perbezaan : SPA WARM EYE MASK Brand WATSONS ternyata lebih menarik dan bergaya. Bella akan lebih memilih untuk menggunakannya berbanding brand lain. Memang amat sesuai untuk dibawa "travel" dan digunakan bila - bila masa. Mesti tiada siapa syak yang kita sedang berspa. Seronok kan? Fuh! untung lagi bila Bella memilih Watsons Brand.




      SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND LEBIH MUDAH DIGUNAKAN

      Bella juga teruja sebab SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND LEBIH MUDAH DIGUNAKAN. Senang. Tidak tengok arahan penggunaan pun kita dah tahu pakai sendiri. Penyangkut untuk disangkut pada telinga mudah digunakan dan bagi yang pertama kali menggunakan Spa Warm Eye Mask ini, Bella percaya korang dengan sendirinya akan tahu cara hendak guna. Jelas - jelas nampak penyangkut untuk Spa Warm Eye Mask ini. 

      Perbezaan : STEAM EYE MASK brand XXX menggunakan penyangkut ke telinga yang melekat sekali dan menggunakan material yang sama. Bella masa mula - mula hendak menggunakannya menjadi agak keliru dan risau jika badan Steam Eye Mask ini Bella tidak sengaja koyakkan. Berbeza dengan SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND ia jelas kelihatan. Memang amat mudah untuk digunakan.


      KEBERKESANANNYA KEATAS MATA

      Bagi korang yang tidak pernah guna, dan tidak pernah tahu mengenai Spa Warm Eye Mask ini. Ia adalah topeng yang merehatkan mata. Ia bukan setakat merehatkan mata, ia juga memberikan kelembapan kepada mata dan merehatkan mata yang letih akibat tidak tidur seharian ataupun penat memakai cermin mata. Ia akan memberikan aroma lavendar yang tenang dan merehatkan minda dan mata. Automatik kita akan tertidur.

      Cara menggunakan :-
      1. Keluarkan topeng muka dari bungkusan.
      2. Bila korang buka saja bungkusan dan keluarkan ia akan mula memanas dengan sendirinya.
      3. Pasangkan penyangkut ditelinga.
      4. Pakai  sambil menutup mata dalam masa 10min.

      Perbezaan : SPA WARM EYE MASK Brand WATSONS dan Steam Eye Mask berbeza dari segi baunya saja. Brand xxx menggunakan bauan rose, dan Watsons brand menggunakan aroma lavendar. Selain daripada itu, semuanya sama. Jadi, buat apa bayar lebih kan?

      JOM TUKAR DAN JIMAT DENGAN WATSONS BRAND





      Inilah cara Bella memanjakan mata. Kedua –kedua Brand ini sama ada Brand Watsons atau apa saja sekalipun jenama, Ia akan memberikan kesan yang sama dan kepanasan yang sama. Apa yang membezakan adalah harga dan jemana! Apa lagi jom tukar dan jimat. Bella dah tukar.

      BERPELUANG BER SHOPPING DENGAN FASHA SANDHA


      Korang bukan saja boleh berjimat. Korang juga boleh menang hadiah eksklusif jika kongsikan pengalaman korang TUKAR DAN JIMAT menggunakan Brand Watson. Hanya dengan 3 langkah mudah.

      1.Ambil gambar korang bersama dengan produk jenama WATSONS yang telah korang tukar.
      2.Kongsikan sebab kenapa korang tukar ke Brand Watsons.
      3. Gunakan hastag #myswitchandsave & #watsonsmalaysia di Instagram dan Facebook! 

      Senangnya!! Apa lagi, Jom tukar dan berjimat!!

      Untuk maklumat lanjut :


      Facebook : Watsons Malaysia

      Instagram : @watsonsmy

      #myswitchandsave
      #watsonsmalaysia




      5 SEBAB KENAPA BAG DARI MIZZUE MALAYSIA MESTI DIPILIH

      $
      0
      0



      bag kulit murah, mizzue

      Bila korang pergi ke www.mizzue.com.my korang mesti terkejut dan teruja punya melihat semua bag yang di senaraikan di website ini, amat menarik dan cantik giler! Teruja!! Tapi Bella haruslah memilih satu yang terbaik dan kena dengan citarasa Bella. Jadi korang pun mestilah pergi ke website ini dan bersedia menjadi teruja macam Bella. Korang rasa macam jenama ini tidak terkenal dan Brand yang entah apa - apa? Tunggu dulu!! disini Bella senaraikan 5 SEBAB KENAPA BAG DARI MIZZUE MALAYSIA MESTI DIPILIH .





      1.REKABENTUK YANG CANTIK DAN MENARIK

      Bag yang dipamerkan dan disenaraikan untuk korang pilih sangat menarik perhatian dan pada Bella, ia seolah - olah himpunan bag yang cantik dan bergaya. Memang rambang mata hendak pilih yang mana satu. Kalau diikutkan nafsu memang hendak pilih semua. Tapi, Bella terpaksa memilih satu bag yang amat berkenan dihati Bella. REKABENTUK YANG CANTIK DAN MENARIK, serta lain dari yang lain. Kepanjangan talinya juga Bella berkenan sangat. Sesuai dibawa dan digayakan dalam apa jua keadaan.





      2. KUALITI TERJAMIN

      Biar menang membeli alah memakai kan? Bella turut membaca keterangan penuh mengenai cara pembuatannya. Dikatakan, bag ini turut disalutkan dengan kulit. Bila disalutkan dengan kulit, semestinya ketahanan bag dan  KUALITI TERJAMIN, sebab kulit tidak akan mengelupas dan tak mudah untuk terkoyak.



      3. TERDAPAT BANYAK RUANG SIMPANAN 

      4. BERBAGAI WARNA YANG MENARIK UNTUK DIPILIH


      5. SESUAI DIGAYAKAN DALAM APA JUA MAJLIS 


      Resepi Lemang Turun Temurun Dari Baling,KEDAH

      $
      0
      0
      Bella tiap - tiap tahun akan Beraya di Kedah dan tiap - tiap tahun juga Bella akan dapat merasai keenakkan Lemang yang memang dibakar sendiri oleh keluarga mentua. Owh lupa nak habaq, Suami Bella orang Baling Kedah. Siapa orang Baling Kedah?? Angkat tangan. Haaa kena periksa asal usul tu. Takut sedara mara. Bella bukan main-main tau. Blogger Mommy Irra, Bella baru kenal. Ajak datang rumah. Sembang - sembang dengan mak, Sekali betul sedara jauh. Gembira mak jumpa sedara tanpa dirancang. Sebelum Bella membebel banyak, Bella sebenarnya hendak kongsikan RESEPILEMANG TURUN TEMURUN DARI BALING KEDAH. Pasti puas hati.

      lemang terbaik

      Mula - mula sekali kena cari Buluh Lemang yg biasanya akan tumbuh dikawasan yang berdekatannya ada sumber air seperti sungai ataupun parit. Tidak semestinya Buluh Lemang hanya terdapat di tengah hutan belantara ya. Macam HB Bella, Ambil depan rumah saja. HB kata, Kena ambil awal-awal sebelum ada orang kampung yang lain datang ambil. Buluh Lemang akan dipotong mengikut Paksi yang memang sedia ada secara semulajadi di batang buluh itu sendiri. Tiada ukuran tepat yang diperlukan. Itulah keistimewaan Buluh Lemang. Abah mencuci kotoran dan membuang miang buluh terlebih dahulu. Nantikan pulut akan dimasukkan dalam Buluh Lemang, Jadi kebersihan buluh harus diutamakan.

      resepi lemang

      Keduanya! korang mestilah sediakan Daun pisang yang muda. Paling penting, cantik elok dan tidak terkoyak. Kelapa yang tua dan bersantan adalah ramuan paling utama selain pulut. Daun pisang, diambil seberapa banyak mengikut berapa batang Buluh Lemang yang akan dibakar. Selalunya bahagian tengah daun pisang akan diambil. 

      lemang terbaik

      Hanya kelapa yang telah tua sahaja diambil dan dikumpul untuk diambil santannya. Kelapa tua yang banyak diperlukan dalam proses membuat Lemang ini. Selalunya, Bahan utama, Seperti Buluh Lemang, Kelapa tua, Kayu api, Sabut kelapa, Daun pisang dan Beras pulut akan disediakan sehari sebelum proses pembakaran Lemang dibuat. Jadi, Proses pembakaran Lemang pada keesokkan harinya akan lebih mudah dan tidak terlalu penat.

      resepi lemang

      Daun pisang yang telah dipotong dan diambil bahagian yang cantik (terutamanya dibahagian tengah) akan dimasukkan kedalam Buluh Lemang yang telah siap dibasuh dan dibersihkan. Tok kami yang buat. Penuh berpengalaman. Bella tolong tengok saja. Semua proses dalam pembuatan Lemang ini, Bella tidak tolong pun. Bella tolong ambil gambar saja. Kuang2x. Takut tidak jadi.

      resepi lemang

      Cara mengukur untuk mendapatkan saiz daun pisang yang sesuai untuk dimasukkan kedalam Buluh
      lemang, Dari apa yang Bella tengoklah kan. Pada mulanya, Buluh akan digolekkan dan daun pisang akan membaluti Buluh dan Tok akan potong dibahagian tengah. Tok akan memasukkan daun pisang yang telah siap dipotong menggunakan batang pisang yang telah dibelah.Caranya gulungkan daun pisang itu rapat-rapat dan masukkan kedalam buluh lemang. Itu skill dan cara Tok. Korang kena cuba sampai berjayalah ok. Rasanya budak muda sekarang ramai tidak tahu ni.


      Dimasa yang sama, Santan harus disediakan. HB membersihkan kelapa dan membelah dua untuk diparut. Kadang - kala akan jumpa isi kelapa (Tambun) didalam kelapa. Waaahh!!! Bella teringat zaman kanak - kanak. Bila mak belah saja kelapa ini mesti kami adik - beradik berebut. Tapi, Zaman sekarang ini kebanyakkannya beli santan dalam kotak saja. 


      Kelapa yang telah disiap perlulah dibasuh sebelum diparut. Santan memang diperlukan dengan banyak. Maknanya, Bahan utama Lemang hanyalah Beras Pulut dan Santan sahaja. Mudah saja kan bila dengar? Tapi masa hendak bakar, Memang satu kelurga berganding bahu.


      Sementara menunggu santan diparut dan disediakan, Mak memasukkan beras pulut kedalam Buluh. Masa ini Bella pun tolong dan cuba. Apa yang penting untuk beras pulut ini, Perlulah dibasuh terlebih dahulu dan toskan sehingga kering. Mak kata, Jika Beras pulut terlalu basah, Pulut akan melekat ditangan. Bella sempatlah mencuba memasukkan beras pulut kedalam Buluh. Sakit plak hati mak menantu asyik main handphone saja. Eh.. Takdalah Mak Bella baik hati sangat. Dia akan tanya sama ada Bella hendak cuba atau tidak. Senang saja rupanya. Masukkan Beras pulut sehingga penuh. Betul - betul penuh.
      resepi lemang

      Setelah santan disiapkan, Proses memasukkan santan kedalam Buluh pun dimulakan. Hurmm... Cara dapatkan santan tidak perlu Bella ceritakanlah yer. Rasanya semua orang tahu. Masa ini pun Bella tolong. Auww... Bangga jap rasa.
      cara memasak lemang

      Apa lagi, Semua sudah siap sedia untuk dibakar. Pada peringkat ini, penjagaan dan kawalan api amat penting. Api yang kuat akan membuatkan Lemang hanya masak disesetengah bahagian sahaja. Mak memang pakar memusingkan Buluh Lemang supaya lemang masak serata. Kadang kala, jika anak - anak tidak balik beraya, mak dengan tok buat berdua saja. Jadi tau. Cepat dan pantas saja dorang bakar.


      Bila Lemang dah bertukar warna, Tidak semestinya Lemang sudah masak. Kena tengok dalam Buluh sama ada santan sudah kering atau belum. Sekurang - kurangnya 4 hingga 5 jam diperlukan untuk memastikan Lemang betul - betul masak. Paling sedap bila dimakan panas. Ngam - ngam lepas siap dibakar memang sangat sedap dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



      Selamat membakar!!
      Viewing all 395 articles
      Browse latest View live