Melihat kembali gambar - gambar dalam album Bella sepanjang trip Bella ke Korea, Bella teringat sesuatu yang sedap dan mengiurkan yang Bella rasa patut kongsikan dengan korang. Satu cafe yang cantik dan menyediakan MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Ikut tekak Bella la yer. Bella rasa, Mocha ini lebih sedap dari Mocha yang Bella selalu minum di Malaysia. Jom Bella tunjukan cafe yang comel dan memberikan Bella pengalaman baru dalam menikmati Mocha.Â
Inilah Cafe nya. Cantik kan? Kuning tema cafe ni. Kalau dalam itinerary korang ada Sesoung Lake, korang patut singgah sini. Cafe yang menjadi sangat luar biasa dengan kehadiran ribuan bunga Sakura.Â
Melangkah masuk ke dalam cafe hipster ini membuatkan hati Bella berbunga riang. Inilah minuman pertama bumi Korea yang akan Bella cuba. Nampak tak? Cafe ini menyediakan laluan khas buat orang kurang upaya. Sangat perihatin. Bella melangkah perlahan sambil berfikir - fikir minuman apa yang Bella patut cuba. Harap - harap adalah MOCHA. Itu sajalah harapan Bella.Â
Bila masuk saja, Bella terus terpukau dengan susun atur dalam cafe ini. Gabungan warna yang sangat menarik tapi masih mengekalkan warna tema utama iaitu warna kuning. Cawan dan mug nya juga boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. Bella tak terfikir langsung nak beli. Alasan nak repeat ni. Jom naik ruangan atasnya pula.
Cantik! Kemas! Super. Cafe ini sangat luas dan nampak mewah. Mungkin juga sebuah cafe yang terkenal seperti Starbucks di Malaysia. Mungkin ia sangat gah di Korea.Â
Nasib baik ada Mocha kegemaran Bella sepanjang masa ni. Sedap sungguh. Mungkin ia adalah MOCHA TERSEDAP DI BUSAN. Mesti cuba jika sampai sini.