ASSALAMUALAIKUM, harap semuanya baik - baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Doa Bella untuk semua. Rezeki buat korang yang juga ini, Bella nak kongsikan ilmu yang mesti semua orang nak tahu sangat. Kalau betul gaya dan caranya, bolehlah korang jadi InstaFamous. Gitew. Bella nak kongsikan ilmu dan TEKNIK GAMBAR CANTIK HANYA DENGAN HANDPHONE. Gajet paling senang dan ada dengan korang 24jam. Betul tak? Masuk tandas pun korang bawa. Kan? Bella akan di ajar oleh Photografer terkenal dari SONY en. Rahman Roslan dan Kelas ilmu ini dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari.
PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA (MATIC)
Awal pagi Bella dah bergerak Ke Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Kebanyakkan aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari kami adakan disini. 1000 penghargaan daripada Bella khas buat MATIC. Bagi sesiapa nak buat apa juga aktiviti korporat, kursus ke, apa jua majlis. Boleh juga buat dengan menyewa mana - mana dewan yang disediakan disini. Mungkin Neelofa tak tahu dekat MATIC ada bilik dan dewan yang boleh disewa dan penuh dengan kemudahan. Cuma tak virallah nanti. Korang yang tercari - cari tempat yang sangat selesa bolehlah ke WWW.MATIC.GOV.MY dalam tu semua ada. Alamat. Peta. Ruang apa yang korang boleh sewa. Senang sangat. Berbagai kemudahan ada.
Selesa sangat masa bila bengkel fotophone dibuat di MATIC ini. Siap pesan lagi supaya kami bawa jaket takut sejuk. Aircond sejuk. Macam dekat oversea. Saja Bella letak banyak sikit gambar. Mana tahu, Neelofa berminat untuk majlis perasmiaan tudung seterusnya. Dapat pahala Bella. Ahaks.
RESTORAN NELAYAN GOMBAK
Paling seronok bila ada apa - apa majlis atau bengkel, kami banyak penaja. Sarapan pagi kami ditaja oleh Restoran Nelayan Gombak. Terima kasih. Perut tengah lapar, dapat pula air kopi bihun yang lembut dan sedap ini, memang terbaik. Tambahan lagi dengan karipap yang ranggup. Memang menyelerakan. Air yang sedap manis juga Restoran Nelayan Gombak sediakan. Mereka juga sedia menerima tempahan untuk apa - apa majlis atau keramaian. Di Restoran Nelayan Gombak juga ada dewan, ballroom untuk korang sewa. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:
Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 ¾, Jalan Gombak (6.75)km, 53000 Kuala Lumpur
Tel No :- 03 - 61858400 / 013 - 2967228 / 013 - 2237228 / 019 - 2931397
FaceBook :- RESTORAN NELAYAN GOMBAK
WebSite : https://www.restorannelayangombak.com
KHAISYA DELITE
Masa rehat pula, ada masa rehat juga tau. Yelah ilmu berlambak - lambak, berlumba - lumba nak masuk. Kenalah rehatkan sekejap dengan sesuatu yang amat lazat. Brownies dan Sandwich tersedap dari Khaisya Delite. Bella setiap kali ada perjumpaan KBBA9 mesti tak sabar kalau ada Abang Korie, sebab dialah owner Khaisya Delite. Apa saja yang dihasilkan semua sedap - sedap belaka. Abang Korie pun baik. Badan berketak tapi buat kek you! Jangan tak tabik spring ya. Korang boleh saja pergi ke FaceBook Khaisya Delite atau Instgram @khaisyadelite jangan jilat screen telefon korang pula. Terus order, Mesti puas hati.
RAHMAN ROSLAN PAKAR PHOTOJOURNALIST
Perut pun dah penuh dan kenyang. Belajar mesti senang hati kan? Jangan ngantuk plak. Bilik sedap. Makan sedap. Belajar malas. Kena tendang dengan Abang Ben baru tahu. Hehehe. Tak2x. Abg ben baik. Bella perkenalkan dulu, pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan KBBA9 hari ni. En Rahman Roslan daripada Sony. Manis orangnya. Ambil gambar macam couple plak. Malu - malu gitew. Kah2x. Sebenarnya ini jarak jauh ye. Bella depan sikit, dia dibelakang. Nampak macam dekat kan? Tak, jauhhhhh sebenarnya. Bella kena letak gambar ni, kalau letak gambar dia sorang korang kata Bella Google plak kan. So ada bukti. Rahman Roslan Pakar Photojournalist bermula sejak tahun 2006 lagi. Banyak ilmu en Rahman ini dalam dunia fotografi. Terima kasih sudi berkongsi sedikit ilmu dengan kami.
PEMBELAJARAN BERMULA DENGAN 3 ASAS UTAMA
Bila kelas nak mula mata dah berat? Hahaha. Bella tengah perhatikan teknik yang diajar sambil cuba memahami apa yang diajar. @alampauh_09 (cari dekat IG) yang ambil gambar macam ni. Kalau dia bagitahu nak ambil gambar Bella, mesti Bella buat Peace YO! sebab sebenarnya masa ni semangat belajar tu tengah berkobar - kobar. Melalut pula. Kembali ketajuk asal. 3 Asas utama yang diajar adalah :-
- APERTURE - Kecil atau besarnya lubang cahaya yang masuk semasa mengambil gambar.
- SHUTTER SPEED - Kelajuan kamera menutup lubang cahaya.
- ISO / ASA - Sentiviti sensor kepada cahaya.
Haa.. faham ke tak? Sebab tu muka Bella toya. Cuba memasukkan ilmu ini kedalam otak. Bahasa asing bagi Bella. Tahu Auto saja selalu. Maklumlah, iphone takda manual kamera ya. Sony ada. Bella pakai Iphone masalahnya. Memang lagi blurlah.
Korang fahamkan gambar dekat atas ni. Sebab bahasa fotografi ni, nak diterangkan dalam bahasa melayu memang takut tak sampai maksudnya. Gambar diatas Bella sengaja Google supaya ilmu yang Bella nak kongsikan ini sampai. Asas fotografi ini, korang boleh gunakan juga pada kamera samada yang besar ke, kecil ke. Sama saja.
TEKNIK FRAMING
Framing adalah seolah - olah korang meletakkan gambar korang dalam Frame. Gambar Bella dekat atas ini adalah contoh yang terbaik. Lengkap satu framing yang cantik dan tersusun. Terpulang dekat kretiviti korang, sama ada dalam satu frame nak penuhkan dengan semua benda atau nak biarkan fokus orang yang melihat dibawah frame atau dihadapan. Macam Bella, selalunya memang suka jika fokus di tengah - tengah. Apa yang Bella fahamlah pasal Framing ni, dan Bella cuba terangkan. Cuma En Rahman kata, kurangkan dengan apa - apa saja yang berwarna putih. Dia akan hilangkan fokus orang kepada fokus utama. Tapi gambar contoh dekat atas ni Bella rasa ok kot. Bella rasalah.
TEKNIK REFLECTION
Sebenarnya sebelum ni, main tangkap je. Bukan ada teknik apa pun. Ambil sebab cantik. Bila belajar, baru tahu ini dinamakan Reflection. Nampak tak, cahaya yang terbias tu? Menghasilkan bayang - bayang yang membuatkan gambar Bella ni makin cantik! Teknik ini Bella jarang guna. Bella selalunya nak gambar muka Bella yang jelas. Benda lain tak penting. Hahaha. Siapa yang suka tangkap gambar tepi laut, tepi cermin, mesti hebat gunakan teknik ini. Kata En Rahman, teknik ini macam ambil gambar nyorok - nyorok. Ambil dari reflection yang dihasilkan oleh cermin saja.
TEKNIK PERSPECTIVE LINE
Teknik perspective line ini adalah teknik yang paling membuatkan budak - budak KBBA9 pening. semua tanya mana line nya? Tak nampak pun. Line apa? Mula - mula Bella pun pening. Bila diamati memang ada line semulajadi dalam setiap gambar. Bella ambil contoh gambar Bella yang paling mudah. Banggunan diatas membuatkan line didalam gambar tanpa Bella sedari. Perasan tak? Jika dalam gambar, ia akan membawa mata kita ke hujung garisan. Faham kan? Korang telek gambar yang korang dah ambil. Mesti ada punya kewujudan line - line macam gambar Bella ni.
CAFE CERITA KAMBING