Quantcast
Channel: Bella Idura
Viewing all articles
Browse latest Browse all 395

9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU

$
0
0
Selamat berpuasa buat semua umat islam di dunia. Alhamdulilah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan limpah dan rahmatnya. Bila kita berpuasa, berbuka adalah salah satu nikmat yang dinantikan oleh setiap orang yang berpuasa. Bukan itu saja, malahan orang berpuasa turut dirayaikan dengan adanya Hari Raya selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Paling dinantikan selain daripada Hari Raya itu sendiri, adalah juadah dan hidangan makanan yang dihidangkan untuk menyambut Hari Raya

Fuh!! ketupat, rendang, lemang, lodeh dan berbagai lagi makanan tradisi yang akan dihidangkan sempena Hari Raya. Bagi keluarga Bella, Hari Raya sajalah Bella dapat makan rendang mak sepuas - puasnya. Tapi sekarang, korang boleh cuba juadah Raya yang telah mula dijual sejak Ramadhan lagi. Ya!! Sebelum tibanya raya. Inilah 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!


Familymart Malaysia

FamilyMart ini sebenanya berasal dari negara Jepun,Sayama, Saitama bermula sejak tahun 1973 lagi. Sekarang, FamilyMart telah berkembang pesat sehingga mempunyai 25 ribu stores di 8 buah negara iaitu Japan, Taiwan, Thaniland, China, Vietnam, Indonesia, The philippines dan sekarang di Malaysia. Terdapat berbagai makanan dan minuman dijual termasuklah Juadah Raya sempena Hari Raya yang bakal tiba.

rendang ayam terbaik
Memang terlalu banyak makanan dan minuman yang dijual.Kali ini Bella tekankan dulu juadah Hari Raya yang FamilyMart jual, yang masih ramai tidak tahu. Jom kita tengok 9 JUADAH RAYA YANG DIJUAL FAMILYMART MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK TAHU!!!
1. NASI PULUT KUNING - FAMILYMART



Nasi pulut kuning adalah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Ia juga adalah salah satu makanan tradisi yang membawa maksud tuah, kemakmuran, kekayaan dan kehormatan.  Ia turut dijual di FamilyMart. Selalunya kita akan jumpa di kenduri - kenduri saja kan? Sekarang korang boleh beli bila - bila masa di FamilyMart. Harganya RM3.50 satu.

2.NASI IMPIT -FAMILYMART


Nasi impit adalah salah satu makanan tradisional Melayu. Bagi keluarga Bella, nasi impit adalah wajib sebab kami tidak pakar dalam mengayam ketupat jadi nasi impit dijadikan pengganti. Rasanya juga tidak beza. Cuma ketupat lebih wangi. Nasi impit korang boleh juga dapatkan di kedai yang menjual satay. Tapi, haruslah kena beli satay dulu. Jangan susah hati, korang borong saja di FamilyMart dengan harga RM3.50 sebekas.

3. LEMANG - FAMILYMART




Lemang adalah makanan tradisi raya yang paling dinantikan. Keseronokkan membakar lemang turut dinantikan oleh sanak saudara disamping merapatkan hubungan sirraturahim. Ia diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam. Nampak dan dengar memang mudah. Tapi, jika salah cara dan gaya masak. Lemang mungkin akan hangus atau lembik tidak menjadi. Bagi sesetangah negeri, Lemang adalah makanan tradisi yang wajib ada ketika raya. Bagi yang tidak tahu cara membakar lemang tu, korang beli sajalah di FamilyMart. Harganya hanya RM4.00 setiap satu.
4.SAMBAL TUMIS IKAN BILIS - FAMILYMART




Sejujurnya Bella cakap, sambal tumis ikan bilis adalah hidangan paling lazat di FamilyMart. Rugi kalau korang tidak cuba. Harganya hanya Rm4.90. 
 
5.AYAM MASAK MERAH - FAMILYMART


Ayam masak merah masakan kegemaran ramai diantara kita kan? Ayam masak merah amat popular di sekitar Selangor dan KL sebagai masakkan wajib semasa kenduri. Ayam masak merah di FamilyMart adalah ala - ala masakkan dari Kelantan yang pada Bella,Ayam masak merah disini, manis. Harganya RM5.90 sahaja. 
 
6.AYAM KAPITAN - FAMILYMART




Ia sebenarnya masak ala Baba Dan Nyonya. Ia mempunyai rasa yang unik. Bella sukakan rasanya yang penuh berempah dan sedikit pedas. Memang kena dengan tekak Bella.Sedap.
7.KARI AYAM - FAMILYMART




8.RENDANG AYAM - FAMILYMART





9.KUAH LODEH - FAMILYMART



Terkejut tak? Semua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini ada dijual di FamilyMart. Tidak perlu tunggu Raya. Sekarang pun korang boleh makan.Menurut pekerja disini, sebelum dijual di FamilyMart Malaysia, kebanyakkan makanan dan minuman disini dipastikan Halal. Tetapi, jika korang merasa was - was, korang digalakkan membaca bahan - bahan sebelum membeli.
More details boleh usha FamilyMart.com.my atau FB.com/FamilyMartMY
Cawangan FamilyMart di Malaysia dan waktu beroperasi
* Wisma Lim Foo Yong (Ground Floor) – 24 jam
* MidValley Megamall (Unit F027C, Tingkat 1 North Court) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
* Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI Station) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
* Gateway @ KLIA2 (Unit L3-12 & L3-13, Level 3) – 24 Jam
* SS15 (No.20 Jalan SS15/8) – 24 Jam
* MyTown (Lot No. B1-031, Basement 1) – 10.00 pagi hingga 10.00 malam
* Jalan Sultan (Lot 119, Ground Floor) – 24 Jam
* Taylor’s Lakeside (Lot G6, Ground Floor) – 24 jam
* Jalan Sultan Ismail (42 Ground Floor) – 24 Jam
* Changkat Bukit Bintang (18-1 Ground Floor) – 24 Jam
* NU Sentral (G/F 40, Ground Floor) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
* Sunway Velocity (Lot No.1-22) – 8.30pagi hingga 11.00 malam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 395